BIBIRKU mula tersungging senyuman ceria apabila aku melihat Andrea sedang membaca buku di bawah sepohon pokok yang agak renek. Kawan baikku itu memang jarang sungguh dia tak cantik. Setiap masa dia cantik. Jikalau tidak macam mana seorang Nik boleh terpikat dengannya?
“Andrea!” Tubuhnya dipelukku dari belakang sebaik sahaja aku tiba berdekatan dengan dirinya.
Andrea tampak terkejut.
“Kau ni, mujurlah aku tak ada penyakit jantung”. Marahnya.
Aku tersengih tatkala melihat dia mengurut dadanya.
“Kau baca buku apa?” Soalku ingin tahu. Aku selamba sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi batu berhadapan dengan dirinya.
“Buku tentang haiwan”. Balasnya.
Aku mengerut dahi.
“Bosannya. Kenapa tak baca buku novel?”
Andrea mengangkat wajah memandang seraut wajahku.
“Aku nak ikut Nik pergi bawa anak murid dia ke zoo. Jadi, aku kenalah berilmu sikit tentang haiwan. Baru Nik boleh kagum dengan aku”. Tukasnya.
Aku tersengih.
“Bila kau dan Nik nak berkahwin?” Soalanku membuatkan tubuh Andrea mengeras.
Seraut wajahnya yang cerah mula bertukar merah.
Aku tersengih suka.
“Aku rasa Nik pun sayang sangat pada kau. Takkan dia langsung tak cuba untuk halalkan kau?” Sakatku.
Andrea ini dia nampak aje seorang yang kasar. Tetapi sebenarnya, dia seorang yang baik dan pemalu. Pantang bercakap tentang perihal Nik. Pasti sahaja dia akan jadi persis bunga padma.
“Janganlah tanya”.
“Andreaaaa”. Rengekku.
Andrea hela nafas.
Buku yang dibacanya ditutup lalu Andrea meletakkan buku itu bersebelahannya.
“Duit untuk hantaran dah ada. Rumah pun dia dah ada. Kereta pun dia dah ada. Duit untuk majlis kahwin pun dah ada. Tapi…” Lama juga Andrea berjeda. Sinar matanya kelihatan dia teruja. Namun, apa punca ‘tapi’ itu?
“Kau dan Nik bergaduh ke?” Soalku.
Andrea menggeleng.
“Habis tu kenapa?” Soalku geram.
“Aku tak ready lagi nak jadi isteri dia. Aku tahu Nik akan menjadi seorang suami yang baik. Tapi, aku yang takut kalau aku tak mampu untuk menjadi isteri yang baik”. Terang Andrea dalam nada sayu.
Aku tersenyum nipis.
Tangannya digenggamku.
“Aku tahu kau akan jadi seorang isteri yang baik”. Kataku.
Andrea memandangku.
“Kenapa pula?”
“Sebab kau dah jadi kawan yang baik untuk aku. Kau sentiasa ada untuk aku, Andrea. Jadi, aku pasti kau mampu untuk menjadi isteri yang terbaik. Lebih baik halalkan hubungan sebab dia pun dah lama cintakan kau kan?” Pujukku.
Andrea mengangguk.
Matanya yang mula berkaca - kaca disekanya perlahan.
“Terima kasih sebab berkawan dengan aku”. Ucap Andrea sebak.
Aku tersenyum.
“Terima kasih sebab Allah izinkan aku berkawan dengan kau”. Jawapanku membuatkan Andrea memeluk erat tubuhku. Tangisannya terhambur.
Aku tersenyum.
“Kahwin lah, Andrea”. Pujukku lagi.
Andrea mengangguk perlahan sebaik sahaja pelukan kami dileraikan.
Aku tersenyum melihatnya.
“Untungnya Nik dapat memiliki perempuan seperti kau”. Pujiku.
“Tapi, aku juga bertuah kerana bakal memiliki dia. He’s the one who I need after you and my family”,
+++
SELEPAS menemani Andrea pulang, aku terus sahaja datang ke perpustakaan milik Zahin untuk memulangkan buku novel Romeo and Juliet yang telah aku pinjam beberapa hari yang lalu. Meskipun aku sayang tetapi aku terpaksa pulangkan juga. Kalau tak memang niaya aje kena marah dengan Zahin. Paling ngeri kalau dia kurung aku dalam perpustakaan dia tengah malam. Seram!
Langkahku terus sahaja mati apabila melihat Zahin yang sedang mengepung seorang lelaki tak jauh dariku. Lelaki itu tampak malu - malu dengan perlakuan Zahin.
Aku melopongkan bibir tatkala melihat Zahin mahu mencium lelaki itu.
“Zahin!” Suaraku terus mematikan perbuatan Zahin.
Lelaki yang dikepungnya itu dengan pantas menolak Zahin supaya menjauhinya. Namun, Zahin lebih tangkas memaut erat pinggang lelaki itu.
Ngeri betul.
Ya, Zahin Niyaz ialah seorang gay.
Aku tak tahu macam mana dia boleh bernafsu songsang tetapi itu memang sikapnya semenjak sekolah menengah lagi. Ramai juga lelaki yang kecewa gara - gara dipermainkan oleh Zahin.
Bila kau nak berubah, Zahin?
“Kau datang sini buat apa?” Soal Zahin.
“Aku nak pulangkan buku yang aku pinjam ni pada kau. Dia ni siapa?” Soalku sambil memandang seorang lelaki yang kacak bersebelahan dengan Zahin.
Ini zaman Nabi Luth ke?
“Awek aku. Alexia. Baby, ini bestfriend bie. Amiera Natasha nama dia. Baby boleh panggil dia Miera”. Ujar Zahin bersama - sama senyuman mesra.
Aku kemam bibir.
Alexia atau Alexander?
“Hai, Amiera. Nice to meet you”. Sapa Alexia dengan senyuman yang manis.
Ya ampun, handsome betul dia. Sama aje macam Zahin.
Kenapa kau berdua pilih untuk jadi golongan yang dilaknat Allah?
“Kenapa kau jadi gay?” Tanpa membuang masa, aku terus sahaja menyoal pada Alexia. Kalau aku tanya pada Zahin, sudah pasti dia takkan menjawab soalanku.
Air muka Alexia dan Zahin berubah.
“Apa yang kau cuba katakan ni?!” Soal Zahin garang.
Alexia menepuk lembut dada Zahin agar dia bersabar. Aku merenung kosong seraut wajah Zahin.
“Amiera…” Suara Alexia membuatkan aku memandang seraut wajahnya.
“I macam typical gay boy yang lain. Jadi macam ni sebab future wife I tidur dengan lelaki lain di atas katil. Segala usaha I untuk halalkan dia itu cumalah usaha yang sia - sia sebab dia langsung tak pernah ikhlas untuk jadi milik I. So, why not I pilih untuk hidup bersama - sama bie”.
Okey, sekarang aku betul - betul rasa mahu muntah apabila melihat Alexia memeluk manja lengan Zahin.
“Tapi kau tak sepatutnya terus putus asa macam itu aje. Kau tak sepatutnya memilih untuk jadi golongan yang dilaknat Allah”. Ujarku tegas.
“Kau nak cari gaduh dengan aku ke? Jangan sibuk perihal aku”.
“Kau percayakan Zahin, Alexia? Mamat ni playboy. Aku takut kau pilih jadi bisexual pula nanti sebab kecewa dengan Zahin”. Sinisku.
Zahin mengetap gigi.
Alexia hanya tersenyum.
“I percayakan Zahin”. Jawapan Alexia membuatkan Zahin cium pipi Alexia. Kemudian, Zahin merenung tajam seraut wajahku.
“Pergi balik sekarang”. Halau Zahin.
Aku mencebik.
“Tak nak. Nanti kau buat maksiat”. Bangkangku.
Bukan aku tak tahu perangai Zahin. Pantang ada girl-err, boyfriend terus aje ajak buat ‘itu’. Mujurlah selama dia buat begitu, dia tidak menghidap sebarang penyakit yang berbahaya. Semoga dia cepat berubah sebelum dia menghidap penyakit sebegitu rupa.
“Suka hati akulah. Kau pergi balik sekarang!”
Aku jeling Alexia yang tersenyum memandangku dan buku novel yang setebal 500 muka surat itu aku hempas pada dada bidang Zahin dan aku terus sahaja berlalu pergi meninggalkan dia.
Mentang - mentang ada awek, dia campak aku macam kertas. Nanti bila awek dia busy barulah terhegeh - hegeh cari aku untuk teman dia pergi ke sana sini. Benci betul, hmph. Dia ingat aku ni sampah untuk dikitar semula ke?!
Alexia pula menjadi satu hal.
Tatkala melihat reaksinya selepas mendengar teguranku, aku tahu bahawa Alexia merupakan seorang lelaki yang penyabar. Tapi kenapa dia boleh buat kerja gila untuk jadi awek si Zahin? Tak faham aku dengan lelaki zaman sekarang ni.
Gila!
+++
Sepuluh tahun lalu…
HARI ini pertama kali aku akan melangkah masuk ke sekolah menengah. Bersama - sama imej yang baru dan perangai yang baru. Aku kena jadi pelajar yang cemerlang supaya aku mampu membanggakan ibu.
“Pelajar baru ke?” Suara seseorang membuatkan aku mendongak.
“Ya”.
“Kelas mana? Mana boleh merayau seorang diri di dalam sekolah ni. Bahaya”. Pesan lelaki itu lagi.
“Saya sesat”.
Lelaki itu memandang aku.
“Nama aku, Zahim Niyaz. Kau boleh panggil aku, Zahin. Nama kau?” Soal Zahin bersama - sama wajah beku.
“Nama saya, Amiera Natasha. Awak boleh panggil saya, Miera atau Mie”. Balasku.
Zahin mencebik.
“Zaman bila guna saya-awak ni? Geli lah. Kau guna je aku-kau. Apa pun, selamat berkenalan”. Bidas Zahin.
“Selamat berkenalan”.
“Zahin!”
Aku terkebil - kebil apabila melihat seorang lelaki mendekatinya.
“Jom”. Tanganku yang berlapik ditarik mengikutinya.
Terkial - kial aku mahu mengikuti langkahnya. Anehnya. Kenapa dia mahu lari dari lelaki itu? Dia merajuk dengan kawan baiknya ke?
“Kenapa kau lari?” Soalku hairan.
“Exboyfriend aku”.
Longgar rahang aku apabila mendengar dia kata begitu.
Aku rentap tanganku dari terus dipegangnya.
“Kau ni gay?” Soalku.
“Kau sendiri pun dengar apa yang aku cakap kan? Takkan tak faham lagi? Perlu ke aku nak jelaskan lagi?” Tiba - tiba aku pula yang dimarahinya. Dia ada masalah dengan bekas awek dia. Aku pula yang menjadi mangsa untuk dia melepaskan amarah.
“Aku tanya aje. Bukannya aku nak judge kau”. Bidasku.
Zahin menjuih bibir.
“Ya, aku suka lelaki. So? Kacau hidup kau ke?”
Aku menggeleng perlahan.
“Tahu pun. Aku tak suka kau tanya aku perihal ni sebab aku paling benci kalau orang sibuk tentang life aku”. Tegasnya.
“Kalau kau setakat nak cari gaduh dengan aku, lebih baik kau tak payah menegur aku!”
Bibir merah Zahin terus mengukir senyuman senget.
Aku sendiri pun terkedu melihatnya.
“Aku tegur kau sebab aku pilih kau untuk jadi kawan baik aku. Hadam kata - kata aku, Miera. Bermula hari ini, kau akan menjadi kawan baik aku sampai bila - bila. Aku tetap akan ada dengan kau bila kau perlukan aku”. Kata - kata Zahin yang penuh yakin membuatkan aku hilang kata.
Zahin mengenyit mata kirinya padaku.
Jikalau dia lelaki normal memang aku sudah lama tersangkut padanya!
16 Oktober 2020
SEMENJAK hari itu, kami mula berkawan. Zahin yang pada mulanya aku sangka bahawa dia seorang lelaki yang angkuh sebenarnya silap. Zahin seorang lelaki yang ceria dan sporting. Cuma, dia akan menjadi serius jika kena dengan waktunya. Paling aku tak tahan apabila aku seringkali menjadi asbab utama mengapa Zahin berpisah dengan semua bekas kekasihnya.
Disimbah dengan air paip? Ya, pernah.
Katak diletakkan di dalam beg aku juga pernah dan pelbagai lagi perkara yang aku pernah kena sehinggakan Zahin memberikan amaran kepada semua bekas kekasihnya agar tidak menyalahkan aku.
Meskipun dia gay tetapi Zahin tetap seorang Zahin.
Zahin lelaki yang prihatin dan dia sangat - sangat melindungi.
Alhamdulillah, sudah sepuluh tahun kami menjadi kawan baik.
Pintu bilikku diketuk dari luar.
Aku bingkas bangun dari katil lalu tombol pintu dipulasku dengan perlahan. Bibirku menguntum senyuman manis apabila melihat ibu berdiri di hadapan pintu bilikku.
“Kenapa ibu?”
“Ini, Zahin bagi kamu”. Satu beg kertas dihulurkan padaku.
Aku kerut dahi.
“Apa ni?”
“Manalah ibu tahu. Kamu bukalah sendiri. Dah solat maghrib ke?” Soal ibu dengan nada garang.
Okey, kalau aku jawab tak memang kepala aku bakal diluku oleh ibu.
Tapi, aku dah solat maghrib terlebih dahulu sebelum mahu termenung.
“Dah!”
“Bagus. Jangan lupa solat isyak. Baru kamu boleh tidur”. Pesan ibu lagi. Aku hanya menganggukan kepala.
Sepasang mataku memerhatikan ibu yang sudah berlalu pergi meninggalkan aku.
Aku tutup semula dedaun pintu dan mengorak langkah mendekati katil.
Berkerut dahiku sebaik sahaja mengeluarkan isi di dalam beg kertas yang diberikan oleh Zahin.
Buku novel Romeo dan Juliet?
Kenapa dia pulangkan semula kepada aku?
Aku selukkan tangan ke dalam beg kertas itu. Apabila terasa sehelai kertas yang berada di dalam itu, terus sahaja aku ambil kertas itu keluar.
Lekas sahaja aku membuka kertas itu.
Aku tak berniat nak marah kau. Minta maaf. Kau pun kenal aku dari dulu macam mana kan? Tolong jangan sibuk siasat tentang hubungan aku dengan Xia. Aku tak suka orang menyibuk. Anyway, novel tu hadiah untuk kau. Aku tahu kau dah lama sukakan novel tu sebab kau asyik pinjam novel yang sama. Bye.
- Zahin
Bibirku terus melebarkan senyuman sebaik sahaja menghabiskan nota ringkas yang diberikan oleh Zahin.
Buku novel itu pula dibawa ke dalam pelukkan.
Yes, akhirnya aku dapat novel ni. Arghhh, aku suka betul novel ni!
Terima kasih, Zahin.
Aku sayang kau, bestfriend.