Home Novel Komedi/Romantik Komedi CIKGU ELLINA
CIKGU ELLINA
Maya Myra
17/8/2017 18:58:07
5,849
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 2

 HADI sesekali mengerling jam tangannya sudah menunjukkan jam 7:01 pagi. Dia menantikan rakan-rakannya. Hari ini bermula persekolahannya ditingkatan 6, sesekali dia membetulkan tali leher yang dipakainya itu. Senyumannya terukir apabila terpandang Amira, Rakesh dan Ferdi sudah pun sampai. Hadi mengambil beg sekolahnya lalu disilang kebadannya. Mereka mengayuh basikal beriringan menuju ke sekolah.

            Mereka berempat ditempatkan dalam satu kelas aliran tingkatan 6 Sains, beberapa rakan-rakan kelas mereka semasa ditingkatan 5 pun turut sama mendapat tawaran ke tingkatan 6 juga berada dalam satu kelas dengan mereka. Seorang guru wanita masuk kedalam kelas mereka, sambil memberikan senyuman kepada mereka didalam kelas.

            “ Assalamualaikum, salam sejahtera cikgu...” Mereka semua memberi salam.

            “ Waalaikumusalam, salam sejahtera pelajar-pelajar,” memberi senyuman kepada pelajar-pelajarnya.

            “ Cikgu baru ke?  Saya tak pernah lihat pun cikgu ini.” Kata Rakesh kepada Ferdi.

            “ Baiklah nama saya Cikgu Ellina, guru matapelajaran Pengajian Am merangkap guru kelas kamu semua,” Memperkenalkan namanya kepada pelajar baru tingkatan 6 dihadapannya.

            “ Yelah, rasanya cikgu baru ni. Muda lagi, mungkin guru praktikal kot?” Duga Ferdi.

            Hadi tersenyum memandang guru muda itu, dia mengalih pandangannya memandang Ferdi dan Rakesh. Amira berkerut dahinya apabila melihat kelakuan Hadi yang masih tersenyum memandang guru muda tersebut. Dia mencuit bahu Hadi bersebelahan mejanya. Hadi terkejut seketika lantas mengalih pandangannya memandang Amira.

            “ Hadi, kamu kenapa? Kamu jangan buat hal, itu guru kita tau?” Tegas Amira.

            “ Isk! Kamu ni Amira? Jangan fikir yang bukan-bukan boleh? Saya tersenyum pada cikgu tu, sebab dia adalah sepupu saya.” Hadi menerangkan kedudukkan yang sebenarnya kepada Amira.

            Terbuntang mata Amira apabila mendengar kata-kata Hadi tadi. Rakesh dan Ferdi terkejut mendengar apa yang diperkatakan oleh Hadi tadi.

            “ Apa! Cikgu Ellina tu sepupu awak?” tanya Ferdi.

            “ Ya, Cikgu Ellina tu sepupu saya… anak saudara ibu saya.” Hadi tersengeh.

            Rakesh, Ferdi dan Amira memandang sesama sendiri sambil mengangguk kepala mereka seperti burung belatuk. Hadi tersenyum melihat gelagat ketiga-tiga rakannya itu.

            Ellina meletak handbag diatas meja guru, dia berjalan memandang pelajar tingkatan 6 yang baru berdaftar hari ini.Matanya mengerling memandang Hadi, dia mengukir senyuman bermakna kepada sepupunya itu.


ELLINA, guru yang mengajar matapelajaran Pengajian Am berumur 24 tahun seorang guru muda yang baru sahaja ditempatkan di sekolah Hadi belajar. Dia menulis sesuatu didalam buku laporannya, sesekali dia menyelit rambutnya dicelah telinganya. Ellina bangun mencapai pen marker didalam bekas yang tersedia ditepi meja guru, dia menulis sesuatu diatas white board. Semua pelajar leka memandang Ellina mencoret sesuatu diatas white board. 'Siap!' Ellina tersenyum sambil matanya mengerling kearah pelajar-pelajarnya.

            “ Baiklah! Memandangkan hari ini kamu semua baru berdaftar masuk di tingkatan 6 di sekolah ini, erm… ohya! Mula-mula sekali saya ucapkan tahniah kepada kamu semua kerana berjaya ditawarkan berlajar di tingkatan 6 disini.” Tersenyum memandang pelajar-pelajar baru dihadapannya.

             “ Cikgu, hari ini kita semua akan belajar tentang apa ya?” Rizal bertanya.

             “ Erm, oleh kerana awak semua baru sahaja memulakan persekolahan…. Kita belum lagi memulakan apa-apa pelajaran. Tetapi saya ingin buat pemilihan ketua kelas dan penolong kelas serta AJK kelas. Bagaimana?” Memandang pelajarnya.

            “ Setuju!” Serentak satu kelas menyetujui kata-kata Ellina.

            Ferdi terpilih selaku ketua kelas mereka manakala Amira sebagai penolong ketua kelas. Hadi tersengeh memandang Ferdi yang masih termangu lagi dengan pengumuman jawatan ketua kelas yang disandangnya itu. Hadi tahu, Ferdi memang sejak tingkatan satu lagi tidak suka menjadi ketua kelas. Akhirnya! Ferdi terpaksa akur jua kerana tidak mahu dipermainkan oleh rakan-rakannya. Ferdi mencebik geram kerana Hadi dan Rakesh berpakat dengan yang lain agar dirinya dipilih menjadi ketua kelas.

            Ellina mengerut dahinya apabila memandang Ferdi yang memuncungkan mulutnya, dia melihat Hadi dan Rakesh tersengeh-sengeh kepada Ferdi.

            “ Ferdi, kamu kenapa muncungkan mulut macam tu?” Ellina tersenyum memandang Ferdi.

            “ Eh! Tidak ada apa-apa cikgu,” tersengeh memandang Ellina.

            Hadi dan Rakesh sudah ketawa mengekek mendengar kata-kata Ferdi tadi. Ellina mengangkat keningnya memandang mereka berdua. Dia menghampiri Hadi dan Rakesh, memandang penuh isyarat kepada mereka berdua. Ellina menggeleng kepalanya memandang Hadi, mengetahui perangai Hadi memang suka menyakat orang termaksuk dirinya jika bertemu.

            “ Kamu berdua ini kenapa? Asyik ketawakan Ferdi sahaja dari tadi, ada apa-apa yang lucu ke?” Tanya Ellina kepada kedua pelajarnya. 

            “ Tidak apa-apa cikgu, cuma kami…” Rakesh menahan ketawanya itu.

            “ Sebenarnya, Ferdi ni… tidak suka jadi ketua kelas.” Sampuk Hadi.

            “ Hah? Apa betul ke Ferdi?” Memaling kepada Ferdi.

            Ferdi tersengeh menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya, dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

            “ Erk! Sebenarnya cikgu, saya tidak berminat sandang jawatan ketua kelas…”

            “ Beri sebab dan alasan kenapa kamu tidak sukai jawatan ketua kelas ini?” Merenung mata Ferdi.

            Aduh! Cikgu Ellina ni, jangan renung aku macam tu? Detik hatinya.

            “ Ermm, sebenarnya saya khuatir kalau-kalau tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya bila pegang jawatan ini.” Ferdi menghembus nafas perlahan.

            “ Itu sahaja?” Kata Ellina.

            “ Erk, saya…”

            “ Ferdi, bagi sayalah… kalau saya diberikan tanggungjawab sebagai ketua kelas saya akan terima dengan hati yang ikhlas. Sebab tanggungjawab ini adalah amanah dan mengajar diri kita tentang kepimpinan tahu?” Kata Ellina

            Ferdi mengangguk kepalanya dengan perlahan mengiyakan kata-kata Ellina. Hadi dan Rakesh turut mengangguk tanda bersetuju.


HADI terkocoh-kocoh mendapatkan telefon bimbitnya diatas katilnya. Dia tersenyum melihat nama yang tertera di skrin telefonnya itu. Dia menekan punat hijau lalu di dekatkan telefon itu ditelinganya.

            “ Hello, kak El! How are you? Sihat?” Hadi terjerit kecil.

            “ Hehehe, akak baik-baik sahaja dik. Kelakarlah kamu ni Hadi?” Terkekeh-kekeh.

            “ Kelakar? Maksud akak?” Hadi mengerut dahinya.

            “ Yelah, kamu tu tanya akak sihat ke tak? Sedangkan kamu baru je jumpa akak disekolah pagi tadi. Kelakarlah!” Ellina ketawa terbahak-bahak.

            Muka Hadi sudah kemerahan menahan malu. Aduh! Nasib baik kak El bukan didepan aku. Getus hatinya perlahan.

            “ Hadi, are you still there?” Ellina menegur Hadi.

            “ Erk, yes! I'm still here…” Hadi terkejut seketika.

            “ Mengelamun ye?” Kata Ellina.

            “ Tak adalah kak, hehehe” Menggaru kepalanya yang tidak gatal.

            Hadi berjalan menuju kearah slinding door, lalu ditolak pintu itu ke sisi kanan. Dia melabuhkan punggungnya diatas bangku. Angin malam meniup sepoi-sepoi rambutnya. Jari jemarinya bermain-main dengan buku komik Lawak Kampus diatas meja.

            “ Ohya Hadi, may be… akak tinggal dirumah Hadi tau? Mak Ngah dan Pak Ngah minta akak tinggal sana.”

            “ Hah! Are you  sure?” Hadi seakan-akan tidak percaya.

            “ Yes! It’s true ... why?”

            “ Tidak ada apa-apa kak, i just… yelah! Tidak sangka akak akan tinggal disini bersama-sama.”

            “ Hadi tidak suka akak tinggal rumah Hadi ke?” Perlahan suara Ellina.

            “ Eh! I do not mean like that, I'm happy when you say want to live here. Do not think like that?” Hadi cuba menerangkan maksudnya agar kakak sepupunya tidak salah sangka akan maksudnya tadi.

            “ Hahaha, I just joking only just now!” Ketawa besar Ellina dengan kata-kata Hadi tadi.

            “ Kak Elllll! Akak kenakan saya…” Separuh menjerit.

            “ You know me? Hehe, terkena juga kamu… selalu kamu sakat akak and now it's your turn…” Ellina sudah tergelak besar kerana berjaya menyakat adik sepupunya itu.

            “ Pandai ya akak kenakan saya? Erm,when are you going to come home?” tanya Hadi.

            “ Ermm, maybe next week… akak ke sana. Akak nak kena kemaskan barang-barang akak dahulu yang dekat rumah sewa.”

             “Erm, can I help you?” Hadi menawarkan dirinya.

            “ Serious you want to help me? Nyiru akak tadahkan…”  kata Ellina.

            “Of course!” Sungguh-sungguh Hadi mengiyakan.

            Ellina tersenyum, Hadi sudi membantunya mengemaskan barang-barangnya nanti. Fuhh! Lega rasanya Hadi sudi bantu aku, kalau tak…

            “ Hadi, dah pukul 10:00 ni… akak mahu tidur sudah ni. Hadi pun esok sekolahkan?” Ellina menguap seketika.

            “ Ermm, yelah kak… dah jam10:00 malam dah ni. Okay! See you tomorrow…” Hadi mengerling jam didinding biliknya. 

            Talian diputuskan, Hadi berjalan masuk ke dalam biliknya. Dia menarik slinding door balkoni biliknya ditutup rapat. Dia berjalan menuju kearah katil empuknya lalu merebahkan dirinya diatas. Dia meletak telefonnya diatas kabinet kecil sebelah katilnya. Dia menutup lampu kecil, memejamkan matanya. Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran kenderaan dan bunyian cengkerik diluar sahaja kedengaran.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.