AIR mataku jatuh tatkala melihat dia berdua - duaan bersama seorang perempuan yang sememangnya menjadi igauan dia saban hari.
Apa yang aku harapkan?
Kenapa aku taruhkan perasaan aku pada dia sedangkan sudah terang lagi bersuluh yang perasaan dia bukannya pada aku.
Berhenti bermimpi, Aynaa!
“Af-Affan... Ste-Stella...” Aku tahan tangis.
“Aynaa”,
“Ak-aku minta maaf sebab mengganggu kau berdua”, Aku terus berlari meninggalkan Affan dan Stella.
“Aynaa!”
Aku teresak - esak.
Protector.
Dia sememangnya protector aku. Tapi tak bermaksud hatinya juga untuk aku.
Aku ni memang bodoh!
Cepat sangat serahkan hati aku pada Affan.
Hati aku ni sakit...
Pin!!!
Tatkala telingaku mendengar bunyi hon kereta yang kuat, aku terus menoleh ke arah punca bunyi itu. Kakiku serta - merta terkaku di situ tak mampu bergerak.
Allah...
“Aynaa!”
Deru nafasku laju. Dada berombak.
Perlahan - lahan aku membuka mataku tatkala merasa tubuhku ditindih Affan. Seraut wajahnya yang penuh kerisauan itu aku pandang dengan rasa sayu.
“Kau bodoh ke apa?!” Bentaknya bengang.
Aku menahan esakkan.
“Aku minta maaf. Per-pergilah pada Stella. Ja-jangan kisahkan aku dah”. Bidasku. Aku tolak tubuh dia dari terus menindihku dan aku perlahan - lahan bangun.
“Kenapa kau menangis? Takkan sebab kau nampak aku dengan Stella kau nak cemburu sampai kena bunuh diri?!”
“Aku tak cuba bunuh diri! Aku masih lagi waraslah!”
“Kalau kau waras tak adanya sampai sanggup keras kat situ tunggu kereta langgar kau”, Sinisnya.
Aku tahan rasa.
Affan tak pernah sekalipun menyenangkan hati aku. Sentiasa menyakitkan hati dan melelahkan jiwa.
“Jangan pedulikan aku lagi”.
“Aku protector kau, Aynaa”. Tekannya keras.
“Kau protector aku sebagai seorang kawan. Kau ada Stella kan? Pergilah jumpa dia”.
“Siapa kata aku dan Stella ada hubungan? Kau nampak aku kiss dia ke?”
“Perlu ke aku tunggu kau berdua buat maksiat?”
Affan sengih sinis.
Aku terus buka langkah. Malas mahu menghadap perangai sarkastik seorang Affan.
“Kau pegang kata - kata aku ni, Aynaa. Mungkin sekarang aku jadi protector kau sebagai seorang kawan dan mungkin suatu hari nanti status kita akan berubah”. Pesannya bersama sengihan sinis.
Aku ketap bibir.
Status kami akan berubah?
Sebagai apa?
Dia nak jadi suami aku? Lepas tu? Bawa aku madu. Silap - silap aku kena madu tiga!
Aku tak jawab bicara dia. Aku terus tinggalkan Affan seorang diri.
Emosi seorang Affan, memang aku tak mampu hendak meneka.
Penting sangatkah nama protector pada dia? Sedangkan, dulu dia yang menolak!