KALANG-KABUT Nasriq menyelongkar storyang ada dibawah tangga itu. Naik berpeluh-peluh dia mencari fail yang papapesan malam tadi. Aduh, dah dekat pukul 9 pagi ni. Papa ni pun satu, failpenting macam itu pun boleh pulakdisimpan dalam stor? Careless lah papa ni… Tengok, dah berpeluh aku mencarinya.Hilang macho aku, bau wangi pun hilang dah..
Sedangligat mencari, akhirnya Nasriq tersenyum. Jumpa pun kau. Namun, sebaiksaja fail itu ditarik dari rak yangtersusun fail-fail dan buku-buku lamanya, tiba-tiba melayang sekeping gambar.Nasriq terdiam sebaik saja tangannya sempat menangkap gambar itu. Jelas sekaliwajah kawan-kawan baiknya.
Nasriqketawa, kelakar benar melihat kawan-kawannya itu. Hafiz yang sedang memegangpenyapu laksana gitar pulak dibuatnya. Kimi pulak yang sedang mengangkattoncang Noni. Noni hanya tersengeh macam minah terencat. Hahah.. Dia puladengan selamba memeluk erat lengan Tasnim,Nampak sangat wajah marah Tasnimapabila dibuat begitu. Lama pandangannya melihat wajah ayu Tasnim.
“Ariq!Jumpa tak? Lamanya… Qila dah tunggu lama kat luar tu.” Laung Datin Rina dariarah ruang tamu.
Nasriqmengeluh. Bosan sungguh apabila mendengar nama Qila disebut. Macam tak bolehpergi kerja sendiri! Mama pun satu, Qila tu kan lagi kaya daripada keluargakita. Kereta berlambak-lambak. Pemandu pulak sampai dua orang. Tapi disuruhjugak aku jadi pemandu terhormat dia! Ish, gedik betul perempuan tu! Denganlonglai Nasriq melangkah.