Home Novel Kisah Hidup Duka Tak Dirancang
Duka Tak Dirancang
Eez Aliff
25/1/2022 08:27:20
56,003
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 2

Susah Senang Dalam Persahabatan!

 

Sedar tak sedar aku kerja di sini dah setahun lebih. Kalaunak memikirkan bab gaji, dah lama aku berhenti. Tapi aku rasa selesa kerja disini. Kerja di kedai makan memang ada tekanan tapi tak lah sama macam kerja akuyang dulu.

 

Di sini kami susah senang bersama sama. Boss kami baik hati.Setiap hujung minggu kami akan dapat Rm 5. Saja saja boss bagi. Boss sukatengok cara kami semua bekerja. Semua bergerak pantas.

 

Pernah ada satu masa, Pyan nampak macam bermasalah. Mulamula aku ingat dia kecil hati dengan aku kot. Mungkin gurau aku terkasar dalambergurau. Aku pun cuba ajak berbual tapi dia macam nak mengelak. Masa ni mulaaku nak rasa sedih. Aku tertanya apa salah aku.

 

Macam macam cara aku cuba untuk berbual dengan dia tapi diamengelak. Aku jadi geram dan aku marah dia. Aku marah dia sebab cara dia buataku serba salah. Aku tarik telinga dia dan paksa dia jujur dengan aku. Akhirnyadia bercerita masalah sebenar yang dia tengah hadapi.

 

Pyan :" Loqman, aku sebenarnya aku tak da duit. Duitkesemuanya aku kirim ke kampung aku. Ada ahli keluarga aku sakit. Aku tak daduit nak beli barang keperluan. Aku tak sampai hati nak susahkan ko tentangmasalah aku."

 

"Aku minta maaf Loqman, aku malu nak minta tolong orangpasal duit. Mak aku dulu walaupun susah mau cari duit, dia tak pernah tunjukmuka sedih depan anak anaknya. Bapa aku meninggal masa aku umur 7 tahun. Jadiibu aku yang berusaha mencari wang untuk keluarga."

 

Loqman :" Pyan, kalau ada cara untuk cari duit lebihuntuk ko hari ni, aku sanggup buat Pyan. Demi ko aku sanggup. Aku tak kisahkerja apa pun. Macam ni, kita sama sama pergi tanya. Ko tanya kawan ko, akutanya kawan aku."

 

Pyan :" Syukur, syukur sangat sangat Loqman, terimakasih banyak banyak yaa."

 

Pyan terus peluk aku. Jadi kami sama sama mulakan misimencari duit tambahan untuk Pyan. Aku buka senarai untuk dihubung dalam telefonaku. Kesemuanya aku hubungi dan bertanya, kebanyakan semuanya tak tahu.

 

Pyan pun makin buntu bila kawan kawan Pyan pun tak dapatbantu. Jadi aku dengan Pyan berbincang cari jalan untuk bantu Pyan. Harapanterakhir adalah kami tanya boss kedai makan yang kami kerja.

 

Pukul 9 malam kebiasaannya boss kami akan sampai ke kedaiuntuk tutup akaun jualan harian. Jadi sebelum boss kami sibuk dengan aktivitidia, aku dan Pyan rancang untuk terus jumpa boss dan berbincang.

 

Kami punyalah menunggu sekali boss tak dapat datang malamni. Alamak,kesian kat Pyan. Wajah Pyan pun jelas nampak sedih. Habis kerja, akupun jalanlah dengan Pyan. Ingat nak ajak Pyan pergi kedai runcit.

 

Pyan pun macam tengah tak ada mood tapi sekadar ikut aku.Masa tengah berjalan aku ternampak ada sekeping flyer atas lantai. Nampak macampertandingan. Aku angkat flyer tu dan baca dengan Pyan.

 

"Pertandingan Makan Burger Bakar 5 tingkat". Akudan Pyan terus membaca flyer. Sesiapa yang berjaya habiskan burger bakar 5tingkat dan kentang goreng dalam masa 30 minit. Akan mendapat Wang tunaisebanyak Rm 150.

 

Loqman :" Ni harapan kita Pyan, kita kena pergisekarang Pyan. "

 

Pyan :" Loqman, ini kerja gila Loqman. Ko tengok dagingburger tu tebal. Kalau kalah mau kita kena bayar."

 

Loqman :" Pyan, aku yang akan makan burger ni. Apa nakjadi jadilah malam ni. Aku rasa aku tau tempat ni. Seksyen 27 tak jauh Pyan.Jom sementara kedai tu belum tutup,jom pergi sekarang."

 

Ini Kerja Gila Loqman!

 

Pyan pun ikut sajalah aku. Aku dalam hati, memang aku kesiandengan Pyan. Tak apa Pyan. Aku cuba menang pertandingan ini. Dalam otak akutengah berfikir, daging tebal 5 tingkat.

Kami pun naik motor ke sana.

 

Dalam masa hampir 20 minit kami pun sampai. Burger BakarPadu Bro nama kedai ni. Memang ramai pengunjung datang membeli burger di sini.Aku dan Pyan pun masuk.

 

Kami nampak ada tempat kosong,dengan pantas kami pergiduduk. Pyan masa ni berkali kali tanya aku.

 

Pyan :" Loqman, ko betul ka nak masuk pertandingan ni?Aku tengok burger di meja sebelah pun besar sangat Loqman."

 

Loqman :"Tak pa Pyan, bukan selalu kita nak buat kerjagila ni."

 

Pelayan pun datang nak ambil pesanan.

 

Pelayan :" Selamat datang, nak order apa Encik?"

 

Loqman :" Abang, saya nak masuk pertandingan ni."

 

Aku pun tunjuk flyer ni. Pelayan tu tengok dan gelak kataku. Pelayan tu cakap kat aku.

 

Pelayan :" Encik ni betul ka nak masuk pertandingan ni?Setakat ni baru 2 orang saja yang menang."

 

Loqman :" Ko rasa aku datang sini, lepas tu dapat restuko baru boleh masuk pertandingan ni? "

 

Pelayan :"  Bro bro bro bro rileks lah bro,takkanlah cakap macam ni nak marah. Saya sebagai pelayan mestilah kena bagipendapat yang murni, bro kalau terkalah ni, kena bayar hidangan tu dekat Rm70."

 

"Tapi kalau bro memang betul nak masuk pertandingan ni,saya sekarang juga panggil boss."

 

Loqman :" Bro, saya memang nak masuk pertandinganni."

 

Pelayan pun panggil boss. Tak sampai 5 minit boss kedai pundatang.

 

Boss :" Aku dengar korang nak masuk pertandingan makanburger 5 tingkat dan kentang goreng ni, betul? "

 

Loqman :" Ya betul bro, saya ready."

 

Boss :" Ok isi borang ni. Ingat dalam pertandinganni,senang faham dalam 30 minit burger 5 tingkat dan kentang goreng mesti habissemuanya. Kalau bro menang, Rm 150 secara tunai saya hadiahkan untuk Tuan,Kalau bro kalah kena bayar harga menu ni. Jam loceng ni ukuran masa."

 

Loqman :" On!! "

 

Aku pun isi borang, dan order air suam diri aku dan teh oais untuk Pyan. Aku selepas isi borang dan bagi kat boss, aku jadi rasa takut.Aku risau sebab dalam dompet aku ada Rm 50 sahaja.

 

Aku cuba tenangkan diri. Pyan asyik tengok wajah aku. Akutak nak sikit pun Pyan syak. Aku cuba nak fokus untuk menang. Tak sampai 15minit, hidangan pertandingan aku dah siap.

 

Boss :" Haaaa, Para pengunjung ke semuanya. Malam nikita ada seorang pencabar untuk menang pertandingan makan burger 5 tingkatdengan kentang goreng! "

 

Masa ni dengar sorakan dan tepukan yang gemuruh. Pyan pulanampak macam tak senang hati. Di sebalik sorakan ada juga lemparan kutukan.

 

"Woooooiiii, kalau nak makan free pon tak kan kenatunggu pertandingan!"

 

" Berpuluh orang try pun kalah, ini pulak mamat ni nakmenggelabah lebih, Alamak!"

 

"Buang masa weeeyhhh nak tengok mamat ni pelahap,bukanboleh menang pon."

 

Terus Boss tu pun sambung dengan pengumuman dia.

 

Boss :" Ingat dalam masa 30 minit burger 5 tingkat dankentang goreng mesti habis semuanya. Kalau bro menang, Rm 150 secara tunai sayahadiahkan untuk Tuan, Kalau bro kalah kena bayar harga menu ni."

 

Pertandingan Bermula!

 

"Jam loceng ni ukuran masa pertandingan bermula danberakhir. Dah bersedia?"

 

Loqman :" Ya dah sedia!"

 

Boss pun tengok jam loceng.

 

Boss :" Ok, Bismillahirahmanirahim. Mula!"

 

Terus Pyan cakap

 

Pyan :" Loqman sumbat saja Loqman jangan fikir keenakanburger Nanti ko kenyang."

 

Aku cabut lidi yang dicucuk atas burger dan terus makandengan cepat. Pada gigitan aku yang pertama, aku dapat rasa memang burger nisangat sedap. Bagi aku memang 5 bintang. Ikut hati nak layan burger ni denganperlahan lahan sebab sedap sangat.

 

Tapi aku rasa tak berbaloi buat macam ni, takut aku kenyangterus aku menyerah kalah. Aku pun berusaha makan dengan laju. Burger 5 tingkat,roti burger saiz bulat besar dan daging burger tebal.

 

15 minit yang pertama,aku dah berjaya habiskan 3 tingkatburger. Sekarang cuma tinggal 2 tingkat burger dan kentang goreng. Aku masa nidah terlampau kenyang. Aku mula perlahan makan dan akhir berhenti. Aku memangnak angkat tangan dan bagitau kat boss yang aku nak menyerah kalah. Tapi dalammasa yang sama aku tak sampai hati tengok wajah Pyan.

 

Masa ni aku dengar ejekan demi ejekan dengan kuat.

 

"Tulah gelojoh nak makan free bukan menang pon!"

 

"Sudahlah, ko pergi bayar jelah burger yang ko dahmelantak!"

 

"Hahahaha, tulah buat kerja bodoh."

 

Aku masa ni jadi sedih. Aku masuk pertandingan ni bukanuntuk gembirakan perut aku. Kenapa perlu hina aku sampai macam ni. Bukan akuganggu kehidupan orang orang yang menghina aku di sini. Kenapa jahat sangatmereka ni.

 

Tengah aku rasa macam dah tak bersemangat, boss pun datangdan senyum kat aku. Boss tu pun mula menegur aku.

 

Boss :" Bro, kalau bro nak tahu, inilah erti kehidupan.Ramai yang akan tunggu untuk gelak kat kita. Sikit saja yang bagi semangatdekat kita. Belum pasti siapa yang akan kekal dengan kita sehinggalah keputusandiumumkan. Menang atau kalah itu cerita lain."

 

Masa ni aku perasan, geng yang mengejek aku tadi tetibadiam. Semua fokus dekat apa yang boss nak sampaikan. Boss tu sambunglagi."

 

Boss :" Bro dalam hidup kita, kita mesti kuat denganapa yang kita nampak. Kuat dengan apa yang kita percaya. Bukan kuat sebab mulutorang. Mulut orang sekejap buat kita percaya, sekejap lagi buat kitakecewa."

 

"Bro saya tak tau bro ni datang dari mana sebab brobukan pelanggan saya. Saya kenal muka pelanggan saya. Tapi saya yakin brodatang sini bersebab yang kuat. Bukan datang saja saja nak uji kehebatan dirisendiri."

 

"Bro,saya nak cerita tentang 2 orang pemenangpertandingan saya ni. Kalau bro nak tahu 2 orang ni sama macam bro, bukanpelanggan saya. Tapi 2 orang pemenang datang dengan sebab yang kuat. 2 orangyang menang pertandingan makan burger ni, dia punya mind set sangat kuat."

 

"Dia sikit pun tak hairan orang sekelilling ejek diaka, atau hina dia ka. Dia fokus sampai habis. 2 orang pemenang tu saya tanyadiorang macam mana boleh menang sebab berpuluh yang masuk pertandingan tapi 2orang saja menang."

 

"Pemenang pertama pertandingan saya, seorang lelaki Cina.Kita bagi dia burger ayam 5 tingkat dan kentang goreng. Dia kurus tau. Tapibersungguh sungguh dia makan sampai habis. Dalam 26 minit semua habis."

 

"Saya pun interview dia macam mana boleh menang, sebabbanyak orang masuk tapi kalah. Dia cerita yang dia betul betul Ada masalahwang. Dia tak duit nak beli susu anak. Bro, aku yang dengar masa tu. Aku dapatrasa naluri sayang seorang bapa. Aku pun ada anak. Aku tau apa dia rasa."

 

"Dia macam tak berdaya nak teruskan bercerita sebabbila dia dapat Rm 150,dia menangis tak berhenti henti. Bro, mana mungkinseorang bapa tergamak tengok anak lapar. Bapa dengan mak tak makan tak apa,jangan anak lapar."

 

"Pemenang no 2 saya tu, lelaki India. Sama juga kitabagi kat dia burger ayam 5 tingkat dan kentang goreng. Lelaki India tu dasyatdalam 24 minit habis semuanya. "

 

"Saya pun interview dia juga macam mana boleh menang,sebab banyak orang masuk tapi kalah. Dia cerita yang dia perlu bayar duit anakdia naik van sekolah."

 

"Dia kerja security guard. Kerja ikut shift yang bossbagi. Dia mau anak dia pi sekolah, belajar pandai pandai. Nanti dah besar bolehdapat kerja bagus. Dia tak mau anak dia kerja security guard macam dia."

 

"Bro, dalam hidup ni kita yang tentukan sama ada kitajadi hero atau tak. Orang boleh cakap macam macam tapi kita yang tentukan. Brosekarang bro ada lagi 8 minit sahaja baki masa. 8 minit ini akan tentukan Broni betul jantan untuk jadi pemenang atau tak."

 

"Bro, gerak hati saya bagitau bro pemenang malam ni.Sekarang tinggal 7 minit dah. Terpulang kat Bro."

 

Masa ni, aku betul betul rasa bersemangat. Aku fokussepenuhnya kat burger dan kentang goreng. Aku makan dengan laju. Kunyah pun 2ke 3 kali pastu telan terus. Aku tak peduli rasa mengah di perut aku.

 

Pyan macam tak percaya tengok aku tetiba bersemangat nakmakan sampai habis. Selesai burger, terus aku gengam kentang goreng denganbanyak dan aku masuk terus dalam mulut.

 

Terus aku dengar boss tengah kira 10 saat terakhir. Akuangkat terus sapu baki kentang goreng masuk dalam mulut aku dengan laju. Akukunyah dengan dan terus telan. Selesai aku terus maklum kat boss.

 

Loqman :" Boss, saya dah settle semua!"

 

Terus aku bangun dan buka mulut luas luas tunjuk kat bossaku berjaya habiskan makanan. Boss periksa dan terus buat pengumuman.

 

Boss :"Ok kita ada pemenang no 3 pertandingan makanburger 5 tingkat. Masa yang diambil untuk habiskan burger dan kentang gorengadalah 29 minit dan 53 Saat! "

 

Terus pelanggan di situ semua sorak dan beri tepukan yanggemuruh. Yang mengutuk dan mengejek aku pun tepuk tangan. Punyalah seronokcampur rasa geram sebab kena ejek tadi. Aku angkat pinggan makan aku dan akuberdiri atas kerusi. Terus aku jerit dengan kuat.

 

Loqman :"Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! "

 

Aku punya jerit macam aku jadi juara tinju di dunia. Akutunjuk pinggan aku licin habis dekat semua orang. Memang aku rasa puas hatimasa ni walaupun perut tengah meragam.

 

Belum boss mula nak interview kejayaan aku. Aku pun teruscerita semula sebab aku ke sini.

 

Loqman :" Aku datang sini dengan harapan yang sangattinggi. Aku datang sini, sebab nak Rm 150 bukan untuk aku, tapi untuk kawanaku. "

 

Ramai mula macam tertanya kenapa kawan tu pula yang perlu Rm150 tapi aku yang masuk pertandingan. Aku pun cerita lagi.

 

Loqman :" Aku masuk pertandingan ni sebab aku sayangkawan aku. Aku tahu dia dalam kesusahan. Baru ni dia kirim semua duit gajiuntuk kegunaan keluarganya di Indonesia."

 

"Aku tak tergamak nak tengok kawan aku tak berduit. Akutak tergamak kalau aku boleh mandi bersabun dan boleh wangi wangi pi kerja tapikawan aku kerana dia susah, aku tak ambil tahu apa pun tentang dia."

 

"Aku tak tergamak tengok kawan aku bersendirian fikirmasalah kewangan. Aku tak tergamak kalau aku boleh makan sedap sekali sekala,tapi kawan aku nak makan sedap sekalipun tak boleh."

 

"Sebab nilah aku tekad untuk datang sini. Aku perlumenang pertandingan ni walaupun nak habiskan burger ni cukup susah. Moga dengankemenangan pertandingan ni adalah lambang persahabatan aku dan kawan aku,Pyan."

 

Selesai aku berucap, terus ramai bangun tepuk tangan. Adayang datang bersalaman dengan aku. Ada yang datang bermaafan dengan aku. Adayang bagi sikit duit tangan kat Pyan.

 

Sebelum kami balik, boss datang kepada kami dan kotakanjanjinya. Dia memberi Rm 150 dekat seperti yang aku suruh dan burger dagingbiasa dekat Pyan. Boss pun pesan pada aku.

 

Boss :" Tak sia sia bro berjaya jadi hero dalam 7minit. Ingat bro ada orang ambil masa yang lama nak jadi hero, ada orang ambilmasa yang singkat untuk jadi hero."

 

"Dalam hidup ni, kita mesti ada tujuan dan usaha yangkuat untuk berjaya. Jangan bagi mulut orang tentukan siapa kita. Apa apa puntahniah bro. Terbaik! "

 

Kami pun pergi bersalaman dengan boss kedai dan ucap terimakasih banyak banyak. Selepas itu kami pun pulang ke rumah masing masing. Bilaaku sampai bilik aku. Aku tak dapat tidur pun sebab perut aku terlalu penuhdengan makanan. Tapi aku gembira sangat sangat sebab kawan aku Pyan dah adaduit tangan untuk berbelanja.

 

Inilah malam yang aku tak boleh lupakan. Apa yang aku buatmalam ni, adalah cerita lagenda bagi aku.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eez Aliff