Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 25

          “Ehh, dah tak ada. Mana dia pergi?” Fikiran Nabila menjadi kusut apabila setelah bangun dari tempat tidurnya itu.

          Dan, dia hanya terfikirkan sahaja di manakah rakannya itu yang telah tidur bersebelahan dengannya di malam hari. ‘Dia mandi kot, selimut ni macam tak dicuit je,’ fikir Nabila lalu bingkas bangun untuk menuruni anak tangga.

          “Kita ingat, kita nak beli barang. Siapa nak join sekali?” Kak Gee mengambil kotak bijirin yang berada di atas meja makan itu.

          “Saya nak ikut, nak ikut kak.” Ifah menyahut lalu terus mengangkatkan kedua-dua belah tangannya dan diikuti dengan Aliya.

          “Nabila, nak ikut kita orang tak pergi keluar?” Kak Gee menyapa Nabila dari belakang yang sedang membancuh secawan air milo di dapur.

          “Boleh juga.” Ringkas Nabila seketika.

          “Kak, malam tadi ada orang menangis ye.” Terdetik hati Nabila untuk menanyakan soalan tersebut kepada Kak Gee.

          “A’ah, Fida menangis kat bawah. Puas kita orang pujuk. Sebab tu kami tidur kat bawah.” Jelas Kak Gee seketika.

          “Awak pula tidur sorang-sorang kat bilik tu. Ingatkan kita nak tidur kat bilik tapi tertidur kat bawah pula.” Sambung Kak Gee sambil gelak tawanya kedengaran di dapur.

          “Ohh okay.” Aku hanya terdiam sahaja dan jantungku mula berdegup dengan lajunya.

          ‘Seriuslah, malam tadi aku tidur dengan siapa? Aduh, memang tak ada benda lain lagi ke nak jelma, jadilah almari ke, pintu ke. Meremang bulu roma aku, patutlah dia tak menyahut bila aku tanya,’ aku bermonolog lalu aku hanya mendiamkan diri sahaja.

 

……………………………………………

          “Cik, lama lagi ke kawan cik nak keluar.” Salah seorang pembeli sedang menunggu di hadapan pintu yang tertulis ‘Bilik untuk Persalinan Pakaian’, yang berada di dalam pusat membeli-belah itu.

          “Ohh, kejap ye. Saya panggilkan dia.” Nabila hanya tersengih sahaja.

          “Enny.. oohh Enny.” Nabila mengetuk-ngetuk pintu bilik itu secara perlahan-lahan untuk memanggil kawannya.

          “Ye, kejap. Tiga helai baju lagi ni.” Enny menyahut.

           “Oii, ada orang nak gunalah. Dah 20 minit dah kau kat dalam ni. Cepat..!!!” Aku membebel lalu hanya mampu tersengih sahaja kepada seorang pembeli yang sedang menunggu dari tadi di hadapan pintu bilik itu.

          “Kejap.” Sahut Enny lagi.

          ‘Hishh, budak ni. Nak beli pakaian pun berjam-jam. Belum tengok jualan murah lagi yang ada di depan tu. Aduh, nasib, nasib,’ rungut aku seketika.

          “ELLENNA SOFEA..!!! Jangan sampai aku tinggalkan kau kat sini.” Aku berasa sedikit geram dan hanya tersengih lagi.

          “Okay okay.”

          Enny memang pantang melihat jualan termurah yang diadakan secara besar-besaran di Putrajaya itu. Inilah masa dia untuk menghilangkan stress selepas bermesyuarat dengan klien-klien mereka.

          Nabila hanya mengikuti sahaja jejak rakan sekerjanya itu. Kadang-kadang dia juga menjadi rambang mata apabila melihat semua barangan dengan potongan harga dan diskaun yang banyak. Bagi perempuan, memang tidak cukup satu jam untuk bersiar-siar, kalau boleh satu negeri ini mereka akan terokai sampai betul-betul mereka berasa berpuas hati.

          “Weh, aku dah kena gastrik dah ni.” Nabila mengadu apabila perutnya sudah mula mencucuk-cucuk.

          “Tulaa, aku suruh kau makan buah, kau tak nak. Tak isi apa-apa pun dari pagi tadi.” Enny membebel lalu melihat beberapa buah gerai makan yang berada di sekelilingnya itu.

          “Kau bagi buah mangga, kan masam. Lagi bertambah gastriklah aku.” Sahut Nabila sambil menekan perutnya untuk menahan rasa sakit.

          “Ye tak ye juga. Kejap.” Enny hanya menggarukan sahaja kepalanya.

          “Jom jom. Kita makan kat Umai Cafe ye.” Sambung Enny lalu terus menarik lengan Nabila untuk bergerak ke arah cafe tersebut.

          Perutku semakin sakit seperti mencucuk-cucuk dengan pisau yang tajam kerana dari pagi lagi hinggalah ke tengahari masih belum ada sedikit makanan pun yang dijamah olehku. Hanya secawan milo panas sahaja yang sempat diteguk bagi menambah sedikit tenaga di waktu pagi.

          “Weh, sedap giler makanan kat sini. Berlemak pula tu.” Enny berasa senang hati apabila makanan yang berada di cafe ini sangat sedap dan digemari oleh ramai orang di sini.

          “Kau nape tak makan lagi. Makanlah, kang aku lahap kau punya.” Sambung Enny sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya.

          “Aku tengah makan ni.” Sahut Nabila lalu dia melihat ada beberapa panggilan yang tidak dijawab olehnya kerana nada dering telefonnya itu telah diletakkan dalam keadaan ‘silent mute’.

          “Kau nak tau tak…”

          “Tak nak tau pun.” Nabila terus mencelah apabila Enny ingin memberitahu sesuatu kepadanya.

          “Hishh, kau ni. Aku taulah aku salah, aku tak boleh tengok barang yang murah. Mesti aku nak beli tapi yang memerlukan sahaja.” Enny mengeluarkan suara yang manja dan hanya memandang ke arah Nabila yang asyik khusyuk dengan telefon pintarnya itu.

          “Beb, kau marah kat aku ke?” Enny berasa bersalah apabila menyuruh Nabila untuk temannya membeli-belah.

          “KAU GILA..!!!” Nabila menjerit lalu menepuk meja di hadapannya itu.

          Enny terkejut dan hampir-hampir sahaja ingin melatah tetapi dia sempat mengawal keadaan apabila melihat gelagat Nabila yang begitu marah setelah melihat sesuatu di muka skrin telefon pintarnya itu.

          “Ni yang buat aku marah ni..!!!” Berang Nabila lagi apabila dia masih lagi melihat telefon pintarnya itu.

          “Beb, kau marah aku ke. Atau marah kat phone tu.” Enny berasa amat takut apabila melihat rakan sekerjanya itu seperti mahu sahaja memakan orang.

          “Sorry sorry, aku main game tadi. So, I jadi agresif sikit.” Nabila hanya tersengih dan tersenyum sahaja ke arah Enny.

          “Hishh, kuasam laa…..” Enny tersentak seketika apabila terdengar perbualan yang begitu kuat sekali seperti orang yang sedang berdebat atau ingin bergaduh sesama sendiri.

          Nabila pun turut terhenti bermain game di telefonnya lalu terus mengalihkan pandangannya kepada pelanggan-pelanggan yang sedang berbalah di dalam cafe tersebut.

 

          “KAU INGAT INI GERAI BAPAK KAU KE..!!!”

          “PERGI MAMPUS LAA..!!!”

          “ORANG BIADAP MACAM KAU NI, PATUT PERGI MAMPUS..!!!”

          “KAU YANG MAMPUS..!!!”

 

          “Weh, apahal dengan dorang tu. Guna perkataan yang kesat pula, memang kurang sopan betul.” Enny hanya membulatkan matanya sahaja.

          “Biarlah dorang. Habiskan makanan, lepas tu kita cau.” Nabila tidak mengendahkan kejadian yang berlaku di dalam cafe itu.

 

 

……………………………………….

          “Abah pergi kerja dulu.” Rosdi menghidupkan motosikal ais-krimnya untuk dijual di sekitar kawasan perumahan.

          “Nanti abah tinggalkan ais-krim untuk angah tau.”

          “NO ICE-CREAM..!!! Okay.” Sergah Hasnah seketika kepada anaknya.

          Belum sempat Rosdi keluar dari pagar rumah, dia terlihat sebuah kereta Proton Saga telah menghampiri di hadapan rumahnya. Rosdi terkejut seketika apabila melihat dua orang yang berbangsa cina telah keluar serentak dari pintu kereta mereka dan terus menuju ke arah Rosdi.

          “Hello, Encik Rosdi. Apa khabar.”

          “Apasal you orang datang ini rumah.”

          “Mau kutip hutang laa.”

           “Kan saya sudah bayar sama lu, sudah habis woo.” Jelas Rosdi kepada dua orang yang berbangsa cina itu.

          “Itu punya hutang sudah settle.” Salah seorang daripada mereka menyahut seketika.

          “Habis tu..!!!” Tegas Rosdi.

          “Ini bunga maa.”

          “You tak cakap pun sama saya ada bunga. Yang you cakap sama saya, nanti bayar itu hutang secepat mungkin.” Rosdi menjelaskannya lagi.

          “Itu dulu, sekarang sudah berubah maa.”

          “APA INI MACAM BERUBAH..!!!” Rosdi mula berasa berang terhadap dua orang cina yang sedang mengugutnya untuk membayar bunga kepada mereka.

          “Ayoiii, jangan jerit laa. Kita bincang dulu.”

          “APA MAU BINCANG. SAYA SUDAH HABIS BAYAR. APA LAGI YOU MAU DARI SAYA..!!!” Rosdi mula berasa rimas dan api kemarahannya mula merebak di dalam jiwanya.

          “Memang sudah settle. Saya mau bunga laa..!!!” Seorang daripada mereka turut berteriak.

          “Ayoii, you memang tak faham woo. Saya mau bunga saja.”

          “Okay, berapa bunga..!!!” Rosdi meredakan keadaan untuk tidak bertelingkahan kerana dia risau akan isteri dan anak-anaknya terjejas akibat samseng ini.

          “Kan bagus ini macam, kita kasi settle saja.”

          “Berapa you mau.” Ringkas Rosdi.

          “Cuma lima ribu saja.”

          “Okay, tunggu kejap. Saya mau ambil wang di kereta.” Rosdi terus menuju ke arah keretanya tanpa sebarang bantahan.

          “Wah, sangat bagus ini orang. Simpan wang di dalam kereta maa.” Mereka sangat gembira kerana Rosdi menuruti segala kemahuan dan kepentingan mereka.

          Mereka bergelak ketawa sesama sendiri kerana mereka akan mendapatkan wang secara percuma daripada Rosdi. Akan tetapi mereka melihat sesuatu perubahan terhadap Rosdi yang sedang memegang sesuatu yang panjang di tangannya apabila dia kembali keluar dari keretanya.

          “Huishh… you…” Mereka berdua terkejut dan hanya membulatkan mata mereka sahaja.

          “APA YOU BUAT..!!!”

          “MAU KERAT YOU ORANG EMPAT BELAS..!!!” Jerit Rosdi sambil menunjukkan sebilah parang yang tajam untuk menghala ke arah mereka berdua.

          “Ayoo ayoo, kami gurau saja.”

          “PERGI BERAMBUS..!!!” Jerit Rosdi lagi.

          “Okay okay, baik.”

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.