Home Novel Keluarga Mahar Cinta Untuk Kirana
Mahar Cinta Untuk Kirana
Iman Zahri
13/6/2018 13:34:22
17,557
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 6

KEESOKAN harinya, Kirana dibenarkan pulang. Soffea dan Balqis yang menjemput dan menguruskan urusan dihospital. Bukan main seronok lagi Kirana apabila dapat pulang ke hostel. Dia sudah tidak tahan dengan bau hospital dan juga makanan hospital.

            “Bawa aku makan char kuehtiau di warung Pak Ali malam ni,” pinta Kirana sebaik sahaja mereka sampai di hostel.

            “Boleh. Lepas maghrib kita pergi,” Soffea bersetuju.

            “Nak pergi naik apa?” tanya Balqis. Dia sedang mengasingkan baju kotor Kirana untuk dicuci.

            “Grablah. Macam tak biasa,” jawab Soffea.

            “Okay. Lepas tu kita pergi coffee-coffee. Aku belanja,” ajak Balqis. Sudah lama dia tidak menikmati Caramel Macchiato di Starbucks.

            “Untungkan jadi anak orang kaya. Ada duit, semua boleh jalan. Terlebih duit sampai nak belanja orang,” tutur Kirana. Dia merebahkan diri di atas katil.

            Soffea dan Balqis berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing memberi isyarat matameminta membalas kata Kirana.

            “Nanti bila kau dah kaya, kau pula belanja aku. Boleh? Lainlah kalau kau nak lupakan kitorang,” Balqis membalas.

            “Mana boleh aku lupa korang? Kalau tak ada korang, aku tak merasa makanan mahal-mahal. Lepas ni bolehlah selalu belanja aku lagi. Aku nak makan Kyochon pula. Ayam korea tu,” selamba Kirana meminta.

            Soffea melempar bantal kepada Kirana. Tepat mengena muka gadis itu.

            “Banyak cantik! Kalau kau bercinta, aku akan belanja kau makan apa je yang kau nak,”Soffea menabur janji.

            “Aku akan belikan caramel macchiato seminggu sekali untuk kau,” Balqis juga berjanji.

            Kirana bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas katil. Dia pandang Balqis dan Soffea silih berganti.

            “Simpan duit korang. Jangan membazir untukaku. Aku takkan bercinta selagi tak kerja sebab duit yang aku ada cukup-cukup untuk tampung hidup aku di kampus. Nanti dah bercinta sibuk nak berdating. Tak cukup duit aku nak keluar dating.”

            “Macam-macam alasan kau bagi bila suruh bercinta. Kau ni straight ke bengkang-bengkok?” selar Soffea.

            “Straight!” Tegas Kirana menjawab.

            “Layan korang berdua sampai bila pun tak habis. Aku nak ke bilik dobi dan cuci baju Kirana. Soffea, kau ikut aku. Kirana kau tidur dan rehat. Malam ni kita keluar,” Balqis mengangkat bakul baju.

            “Alah… Kau pergilah. Aku temankan Kirana,” Soffea memberi alasan.

            “Jangan mengada. Sementara tunggu baju siap dicuci, kita pergi library sekejap. Aku nak cari buku.”

            “Tolong pulangkan buku aku. Baru teringat dah beberapa hari due date untuk pulangkan buku,” Kirana bergerak ke meja belajar dan mencari-cari buku yang dipinjam dua minggu lepas.

            “Tak payah cari. Aku dah pulangkan pun. Kelmarin semasa kemas meja, aku saja belek buku kau. Terus ternampak tarikh hantar dah lewat. Aku terus pergi pulangkan,” kata Soffea.

            “Kalau macam tu, tolong pinjamkan novel untuk aku. Kau mesti tahu novel yang aku belum baca,” pinta Kirana.

            “Yalah. Kau tidur sekarang,” arah Balqis apabila melihat Kirana masih lagi tercegat berdiri di hadapan meja belajar.

            “Macam mak nenek lah kau ni,” kutuk Kirana. Dia rebahkan tubuh di atas katil semula dan memejamkan mata.

            Soffea dan Balqis cepat-cepat keluar dari bilik sebelum Kirana bersuara lagi. Bukan boleh dibiarkan gadis itu. Ada sahaja celotehnya.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.