Home Novel Keluarga Gadis Bermata Hazel
Gadis Bermata Hazel
Lily Irdina
11/1/2019 23:07:49
17,864
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 1

Pinturumah ditutup. Badan yang jelas keletihan dihempas ke atas sofa. Kepaladisandarkan sambil matanya tertutup. Penat dengan rutin harian yang kadang-kalamemusingkan kepalanya. Belum lagi dengan tekanan menghadapi pelanggan yangbanyak karenah. Belum lagi dengan pekerja-pekerja lain yang berbagai-bagairagamnya. Manusia. Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.

            Lampu rumah dibiarkan tidak dibuka.Moga-moga badan dapat beristirahat sebentar dalam kegelapan itu. Kaki lenguh.Terasa mahu tidur saat itu juga. Namun, memikirkan yang tekaknya yang kehausandan perut yang tidak berisi sejak dari tengah hari tadi, dia membatalkanhasratnya itu.

            Rehatnya terganggu apabila lampuruang tamu tempat dia duduki sekarang ini terbuka secara tiba-tiba. Matanyalantas dibuka untuk melihat gerangan yang membuka lampu tersebut walaupun diasudah tahu siapa punya badan. Dahi berkerut-kerut menahan sinar lampu yangmenjamah mata sedikit demi sedikit.

            Wajah Amira yang berbaju tidur itu menyaparetina. Wajah itu masih lagi kelihatan manis walaupun tanpa secalit alat solek.Wanita itu masih kelihatan cantik walau hanya berbaju tidur satin berwarnamerah gelap.

            Amira kini sudah menjadi isterikepada lelaki yang bernama Syafiq genap dua tahun. Terasa dialah lelaki yangpaling bertuah di dunia kerana telah memperisterikan wanita itu. Perkenalanyang bermula di sebuah butik di kota London diteruskan dengan jalinanpersahabatan yang utuh.

            Persahabatan yang terjalin tidakberapa lama itu telah menimbulkan rasa cinta langsung diikat dengan pernikahan.Pada mulanya bahagia meniti perkahwinan Syafiq dan Amira. Namun terasa hambarlama-kelamaannya.

            Syafiq sibuk mengurus kereta yangada. Belum lagi dengan bengkel miliknya yang terletak tidak jauh dari rumahmereka. Muka Syafiq baru terpampang di depan mata apabila malam menjelma tiba. Amirapula penuh dengan permintaan rekaan baju. Kadang-kadang artis dan orangkenamaan juga menempah dengannya. Waktu masing-masing yang penuh dengan jadualpadat telah menyebabkan Syafiq dan Amira tidak punya masa untuk menyemai bajacinta dalam perkahwinan yang terbina tidaklah terlalu lama itu. Masing-masingterasa diri diabaikan. Seorang terasa sunyi. Seorang terasa sepi.

            “Awak pergi mana, Syafiq?” soalAmira. Kedengaran hambar sahaja bunyinya pada gegendang telinga si suami.Senyuman lelaki itu langsung tidak dibalas.

            Syafiq mengeluh. Dia tahu Amirabakal menyoal dirinya dengan bermacam-macam soalan. “Awak macam tak tahu,Amira. Saya pergi kerjalah. Saya baru balik ni. Takkan tak nampak.”

            “Kenapa balik lambat sangat? Awakada singgah mana-mana ke?” tanya Amira lagi.

            “Tak ada pun. Lepas selesaikanurusan servis kereta customer tadisaya pergi bengkel kejap. Nak tengok macam mana budak-budak tu buat kerja. Naktahu kalau ada apa-apa yang dia orang perlukan,” jelas Syafiq panjang lebar.Dia tidak mahu ada rasa keraguan yang timbul di hati sang isteri.

            “Amboi, budak-budak bengkel tu bolehpulak nak tanya macam mana kerja semua tu. Boleh lagi tanya apa yang dia orangnak. Isteri sendiri tak boleh pulak nak layan macam tu,” cebik Amira. Perlahantetapi masih jelas kedengaran di deria pendengaran Syafiq.

            “Awak ni kenapa?”

            “Awak jangan nak tipu sayalah.”Amira mula geram dengan sikap Syafiq. Selalu sahaja berdalih. Padahal memangterpampang lelaki itu telah membuat kesilapan.

            Syafiq berkerut. Apa lagi kebenaranyang mahu dinyatakan padahal dia sudah menyatakan apa yang benar. “Apa yangsaya nak tipukan pulak? Betullah apa yang saya cakap ni.”

            “Baik awak beritahu sayabetul-betul. Awak pergi mana hah?”

            “Amira, apa yang awak cakap ni? Sayadah bagi tahu awak tadi saya pergi bengkel sebelum saya balik rumah. Apa yangawak tak percayakan lagi ni?”

            Amira mengherotkan bibir. Susahbetul dia mahu mempercayai kata-kata Syafiq. Kedua-dua tangannya disilangkanlalu berkata, “Awak jangan fikir saya tak tahu, Syafiq. Saya tahu apa yang awakbuat kat luar tu.”

            “Ofcourselah awak tahu. Awak tahu yang saya bekerja kan?”

            Amira menjegilkan mata. Terasabengang dengan si suami yang bermain loyar buruk dengan dirinya. “Awak jangannak main-main boleh tak? Saya tahu awak dah bohong saya. Awak tipu sayahidup-hidup!”

            Syafiq yang sedari tadi duduk diatas sofa kini berdiri menghadap Amira.

            “Apa yang awak merepek ni, Amira?”Kakinya melangkah menghampiri isterinya yang jelas marah dengan dirinya. Atassebab apa dia sendiri tidak tahu. Pandangannya tertunduk melihat isteri yangpula mendongak sambil menjegil.

            “Saya akan tanya sekali lagi,Syafiq. Awak...pergi...mana?” soal Amira kembali. Sungguh serius sekali wajahitu.

            Syafiq mengeluh. Sudah penat diadengan permainan Amira yang ternyata mengarut tatkala itu. “Aduh, awak ni!Rimas saya tahu tak. Saya dah bagitahu kan tadi? Berapa kali saya nak cakap?”

            Amira yang masih lagi tidak berpuashati melangkah lalu menghampiri meja makan yang terletak berhampiran. Terdapatbeberapa kertas yang bersepah di atasnya. Beberapa daripadanya yang telahdiremuk. Beberapa lagi cantik dengan lukisan design bajunya yang akan diperagakan oleh model terkemuka negara.

            Apa yang menarik perhatian Amirabukanlah lukisan-lukisan miliknya tetapi sehelai sampul surat berwarna coklatyang kelihatan berisi. Apa isinya, hanya Amira yang tahu. Dia mahu menunjukkansiapakah gerangan suaminya selama ini. Belang suami yang telah tersembunyidaripada pengetahuannya. Sampul surat tersebut diambil lalu dicampakkan didepan mata Syafiq. Biarpun terasa kurang ajar dengan si suami tetapi biarkan!Dia rasa puas hati dapat melihat wajah lelaki yang telah menipunya hidup-hidupselama ini.

            Terhambur beberapa keping gambaryang kini bertaburan di atas lantai. Syafiq melemparkan pandangan ke arahgambar-gambar itu lalu mengutipnya satu demi satu. Syafiq terbeliak. Kesemua gambaryang direnungnya satu per satu terlihat jelas gambar dirinya. Bukan sahajagambar dirinya bahkan gambar seorang perempuan yang bersama-sama dengannya disalah sebuah restoran di bandar itu.

            Perempuan yang tidak dikenali Amiraitu ranggi sekali dengan pakaian menjolok mata yang jelas lagi bersuluh mahumenggoda suaminya. Si suami pula langsung tidak mahu mempertahankan diri untukmenceritakan hal sebenar. Jadi apa yang ada di fikiran hanyalah Syafiqmembohonginya selama ini. Dikatanya bekerja tetapi keluar berduaan denganperempuan lain. Huh! Dasar lelaki!

            “Siapa perempuan tu?” jerkah Amira.

            Syafiq tahu apa yang ada di fikiranisterinya waktu itu. Sudah semestinya Amira berasa kecewa, marah dan bermacam-macamlagi perasaan yang berkecamuk di hati. Aduhai, Amira! Kenapa kau tak percayakanaku?

            “Dia client saya.” Pertanyaan Amira cuba dijawab sebaik mungkin. Diahanya mahu berlembut dengan Amira. Dia tidak ingin memburukkan lagi keadaan.

            “Dah banyak kali saya bagi peluangkat awak tapi awak tetap tak nak bagi tahu perkara sebenar?”

            “Amira, kita dah dua tahun dirikanrumah tangga. Cuba awak bagi sepenuh kepercayaan pada saya? Saya ni suamiawak.” Bahu isterinya dipegang. Dia ingin meminjam telinga dan akal waraswanita itu buat sementara waktu. “Perempuan dalam gambar tu tak lain dan takbukan hanyalah client saya. Nama diaSeri. Dia datang jumpa saya sebab nak tanya pasal kereta yang dia servis haritu. Kereta yang dia servis tiba-tiba ada masalah. Jadi dia datanglah jumpasaya.”

            Amira bingkas menepis tangan Syafiq.

            “Sudahlah, Syafiq!” tengking Amira.“Saya ingat awak sayangkan saya selama ni! Rupa-rupanya awak ni lelakipembohong! Awak masih nak deny yangawak tak ada hubungan dengan perempuan tu lepas awak tengok bukti yang ada katdalam gambar tu?”

            Syafiq menggosok rambut hitamnyalangsung serabai jadinya. 

            “Amira, jangan menjerit malam-malammacam ni boleh tak? Anak-anak tengah tidur tu.” Fikirannya kini beralih kepadasepasang anaknya yang merupakan kembar kedua-duanya. Dia tidak mahu pekikan Amiramengejutkan anak itu di waktu malam begitu. Dia tidak mahu kedua-duanya terjagadan menangis mendengarkan mama dan papanya bertelingkah atas perkara remeh.

            “Boleh tak awak jangan ubah subjek?”Amira berasa bengis dengan kata-kata Syafiq. “Amboi, awak punyalah ambil beratdengan anak-anak. Dekat isteri sendiri pandang sebelah mata pun tak!”

            “Amira!” Syafiq sudah mulameninggikan suara. Tidak tahan dengan sikap Amira yang suka tuduh melulu.

            Jantung Amira yang agak berdeguplaju akibat mendengarkan terikan Syafiq sedikit sebanyak membuatnya berasatakut tetapi dia cuba untuk menyembunyikannya. Dia tidak mahu kalah.

            “Amira...sayang...” Syafiqmengendurkan suara. Terasa bersalah menghinggap jiwa akibat memarahi isterinyayang sudah lama dicintai. Tangan Amira digenggam kemas. Dia cuba untukmenyalurkan rasa percaya ke dalam diri isterinya.

            “Ifwe don’t have trust, we don’t have nothing,” ucap Syafiq. Sepasang mataisterinya direnung dalam. Sepasang mata itulah yang masih membuatkan dirinyatidak keruan. Tiap-tiap hari dia mencintai wanita itu dek lirikan mata sangisteri yang sungguh mendamaikan.

            Amira walau bagaimanapun melepaskangenggaman suaminya. “Huh, susah saya nak percaya kata-kata awak sekarang ni!”

            Lelaki itu kelihatan sungguhtertekan. Dia tidak tahu apa yang patut dibuat untuk mengembalikan kepercayaanisterinya itu.

            “Beritahu saya, Syafiq. Apakurangnya saya ni? Saya ni isteri awak tau. Apa yang lebihnya perempuan tusampai awak melebihkan dia?”

            “Awak ni tak habis-habis lagi nakmempersoalkan pasal perempuan tu. Berapa banyak kali saya nak cakap? Dia tuklien saya aje. Kenapa awak susah sangat nak percayakan saya hah?”

            “Sikap awak selama ni yangmembuatkan saya susah nak percaya awak,” balas Amira. “Awak balik lewat malam.Bila saya call, awak tak angkat. Bilatelefon pejabat, awak tak ada. Telefon kawan sekerja cakap awak pergi dinner. Ingatkan makan malam denganklien tapi makan malam dengan perempuan tak guna tu! Apa lagi tak cukup padasaya ni, Syafiq? Saya dah beri segalanya. Saya lahirkan anak awak. Awak takbagi saya bekerja kat pejabat sendiri. Awak suruh saya kerja kat rumah ajesebab nak saya jaga Selena dan Amanda. Bila ada event, baru awak bagi saya keluar. Lauk yang saya buat tu pulak dahlama awak tak sentuh. Pernah ke awak tanya saya sihat ke tak? Dah makan kebelum? Tak, kan?”

            “Awak sendiri tahu yang saya sibukuruskan kereta customer. Saya sibukcari rezeki untuk keluarga kita. Takkan itu pun awak nak pertikaikan?” balasSyafiq.

            “Balik-balik dengan kereta-keretaawak tu. Pergi jahanamlah!”

            Tangan Syafiq ringan sahaja menamparpipi putih Amira. Berbekas merah jadinya dek tamparan itu. Tangan Amiramemegang wajah yang kini kemerah-merahan. Perit sangat rasanya. Tidak pernahlelaki itu mengasari dirinya sebegitu rupa. Tidak semena-mena air mata lajumengalir keluar dari kelenjar.

            “Awak kutuk kerja saya eh?” ucapSyafiq berang. Bahang terasa di wajahnya ketika itu. Kakinya melangkah ke arahmeja makan yang sama tempat terletaknya sampul surat berwarna coklat itu tadi.Kedua-dua tangan Syafiq lincah mengambil helaian kertas yang penuh denganlukisan Amira. Dirinya berpaling lalu melemparkan kertas-kertas itu di hadapanisterinya. Terkejut Amira dek tindakan lelaki itu.

            “Cuba awak tengok apa yang awak buatselama ni,” ujar Syafiq.

            Amira diam tidak terkata. Masih lagiterkejut gara-gara tamparan yang dihadiahkan oleh si dia.

            “Tengoklah!” Tengkingan Syafiqmembuatkan tubuh Amira menggeletar tidak tentu fasal. Tiba-tiba dia rasa takutdengan suaminya malam itu. Mata Amira dihalakan ke arah lukisan-lukisannya.

            “Awak tengok apa yang awak lukis.Saya yang tengok ni memang langsung tak berkenan. Awak sedar tak awak dah jualbaju yang langsung tak mengikut ajaran Islam? Terdedah sana sini nak suruhlelaki lain tengok. Nak suruh orang yang tak sepatutnya puja rekaan awak. Awakingat saya suka ke tengok model-model yang memperagakan pakaian awak tu? Sayarasa sangat berdosa tahu tak!” Kertas tadi diambil lalu dicampak ke muka Amira.

            Semakin laju hamburan air mataperempuan itu. “Sampai hati awak, Syafiq. Apa hak awak nak cakap macam tu? Itukan memang kerja saya!”

            Kertas yang bertaburan di ataslantai itu dipungut tetapi Syafiq lebih tangkas merampasnya daripada tanganAmira. Dia memang langsung tidak memberi Amira peluang untuk mengambil kembalilukisan-lukisan tersebut.

            “Awak nak buat apa dengan lukisansaya, Syafiq?”

            Satu demi satu lukisan milik Amiradikoyak di depan matanya. Tanpa belas kasihan kepada isterinya, dia terusmeremuk lalu mengoyak semua kertas yang terpampang. Koleksi design baju yang direka oleh Amira yangbertempat di rak almari juga diambil lalu dikoyak ganas.

            “Syafiq,stop it!” Berderai-derai air mata mengalir di pipi licin Amira melihatkanlelaki itu berbuat demikian. Dia langsung berlari-lari mendapatkan suaminyayang macam dirasuk hantu. Banyak kertas jatuh ke atas lantai yang kini hanyatinggal serpihan. Robeknya hati itu sama seperti robeknya lukisan yang tidakpunya makna sekarang. “Saya merayu pada awak, Syafiq. Jangan buat macam ni.Tolonglah!”     

Amiramemegang lengan Syafiq untuk mengelakkan lelaki itu bertindak tidak tentu hala.“Syafiq. Tolonglah! Saya merayu sangat! Pleasestop this madness! Please!

            “Ah!” Syafiq merentap tangan Amiralalu menolak tubuh wanita itu jauh. Kaki Amira agak tidak stabil lantasbadannya terjatuh. Kepalanya terhentak ke bucu meja makan.

            Tidak cukup dengan pipi, kinidahinya pula menjadi mangsa Syafiq. Tangannya memegang tempat terkena bucu mejayang kini mengalir darah merah. Menggigil-gigil jasadnya ketika itu apabilatertancap dek mata cecair yang dia cukup takut di dunia ini.

            Ya, Amira takut dengan darah!

            Nafasnya turun naik. Kepala terasapusing sekali. Pendengaran di telinga makin lama makin kurang berfungsi. Terasaapa yang berlaku di sekeliling kosong sahaja. Dia langsung tidak mendengarapa-apa. Dia tahu dirinya mahu pitam melihatkan darah yang keluar gara-garaluka yang ada pada dahi.

            Syafiq yang tadi bagaikan orangkurang siuman bagaikan tersedar daripada dunianya yang penuh dengan rasa amarahsebentar tadi. Isteri kesayangannya menjadi tumpuan kini. Bukan lagikertas-kertas yang telah dikoyakkan. “Ya ALLAH! Astaghfirullahala’zim! Apa yangaku dah buat ni?”

            Dia terus meluru ke arah isterinyayang terbaring. Sesungguhnya dia benar-benar berasa bersalah terhadap apa yangdilakukan terhadap isterinya. Kepala wanita itu diangkat dengan penuhhati-hati. Pipi yang masih lagi berbekas merah disentuh lembut. Rambut hitam yangmenutupi sebahagian dahi Amira diselak tepi. Alangkah terkejutnya dia apabilaternampak tompokan darah di dahi isterinya itu.

            Dia tahu Amira takut darah. Dia tahuAmira akan pitam apabila ternampak cecair berwarna merah itu. Ya ALLAH!Ampunkan aku! Aku telah mengasari isteriku sendiri. Ampunkan aku! Berduyun-duyundoa dipanjatkan supaya Amira tidak apa-apa.

            “Amira, maafkan saya. I’m so sorry!” Kata-kata maafdihulurkan. Moga-moga Amira mendengar keikhlasan yang terlahir dari sanubarilelaki itu. Kain sapu tangan kecil yang berada di dalam poketnya dikeluarkanlalu ditekan lembut pada dahi isterinya. Dia mahu menghentikan pendarahan yangada.

            Air mata Amira masih lagi tidakberhenti mengalir. Bengkak di dahi masih belum hilang walaupun darah sudah semakinberkurangan.

            Tubuh Amira dipeluk. Dia benar-benarmenyesal dengan perbuatannya tadi. Sungguh dia hilang kawalan!

            “Amira, maafkan saya. Saya takkanbuat macam tu lagi. I promise. Forgiveme.

            “Syafiq...” ujar Amira perlahandalam dakapan lelaki itu. Pitamnya semakin lama semakin berkurangan.

“It’s okay. Itdoesn’t hurt, Syafiq.”

            “You’regoing to be okay,” ujar Syafiq. “You’regoing to be okay.”

            Ucapan yang sama diungkap berulangkali.

 

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Irdina