Home Novel Keluarga QASIH DALAM HATI
QASIH DALAM HATI
HANA J. JUHARI
21/1/2018 15:38:47
2,279
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 1

  "Qasih! Turun sarapan. Nanti lambat turun kerja." teriak mama, Datin Zameera. "Ye mama. Qasih dah nak turun lah ni. Mama pergilah sarapan dulu." balasku kepada mama ku. Oopps! sorry lupa nak memperkenalkan diri. Saya Nur Qasrina Qasih Emily, berumur 27 tahun. Mama dan daddy memanggil ku Qasih. Aku mempunyai tiga adik perempuan termasuk diriku dan aku adalah anak sulung. Setiap nama daripada kami mempunyai huruf Q. Qasrina, Quraisya, Qeera dan Qarina. Dato’ Aiman Alexander, iaitu daddy kami yang tercinta, orang Jerman manakala Datin Zameera Amera, mama kami yang paling cantik, orang Sarawak tapi kami bermastautin di Australia selama 10 tahun.

"Qasih!! Cepat turun. Daddy dah tunggu Qasih. Apa yang kamu buat di dalam bilik tu?” "Ye mama. Nak turunlah ni."

Paris, France

   Quraisya yang baru nak tidur, terus dikejutkan oleh rakan baiknya, Melissa. "Hey Irene, Wake up! Somebody wants to meet you." kata Melissa daripada Australia. “Who? I almost fell asleep. Tell that person that I’m asleep." Quraisya atau nama panggilannya Irene sewaktu dia tinggal di Paris, France." Umm... Irene, your sister, Rina wants to meet you.” “My sister?”

 "Rina, come in. Irene will catch up with you later. Have a sit. I'm going to cook right now." Melissa jemput Qarina atau nama panggilannya Rina. "Thank you Melissa."

Qarina melihat sekeliling rumah villa milik kakaknya. "Best nya rumah ni. Kenapa Kak Isya tak beritahu pasal rumahnya yang megah dan besar ini? Apa yang dia nak sembunyikan dari mama dan daddy, termasuk Kak Qas dan Kak Erra juga?"

Banyak persoalan yang melanda dalam pemikiran Qarina, adik bongsu mereka. Qarina merupakan anak bongsu dalam keluarga. Sejak kecil dia didik untuk bersikap sopan dan pandai menjaga diri seperti mana mama mereka, Puan Zameera mendidik kakaknya yang lain. Sedang dia khusyuk melihat permandangan di luar villa kakaknya, tanpa dia sedar, "Rina? Rina buat apa di sini? Seorang je?"

" Eh akak, assalammualaikum kak."  " Walaikumusalam. Dari mana Rina tahu yang akak ada di Paris? Nak minum? Biar akak buatkan." Rina terus tunduk dan memberi salam di tangan kakaknya.

“Boleh juga. Sebenarnya, Rina dapat tahu dari Kak Melissa. Dia yang suruh datang. Tapi, jangan risau. Mama dan Daddy tak tahu." Qarina pun duduk di atas sofa mewah milik kakaknya." Oh... Akak harap Rina jangan beritahu mereka.” Quraisya pun membuat air untuk adik bongsunya.

“Ahh... akak, Rina nak balik Malaysia malam esok. Akak nak ikut?” Quraisya hanya mendiamkan diri. “Akak belum bersedia nak balik. Lagipun, I’m not sure whether Daddy still can accept me or not.” “Ok, tapi Rina dah tempah untuk akak sekali. Manalah tahu, akak nak balik." Quraisya hanya senyum mendengar jawapan adiknya. Sedang Qarina minum air buatannya, Quraisya memikirkan kisah yang amat perit.

Lima tahun yang lalu…

Kedengaran pintu bilik tidur Quraisya diketuk oleh Qarina. "Akak, mama panggil. Mama kata ada hal penting nak cakap." "Baiklah. Nanti akak turun." Qarina pun beredar, lalu turun ke ruang tamu.

"Dah cakap dengan Kak Isya?" tanya mama dengan Qarina. “Dah mama. Mama, Rina nak masuk bilik dulu ye?" Puan Zameera hanya mengangguk.

"Dear, are you sure?  Za takut kalau dia tolak pinangan Tengku Kamarul untuk anak lelakinya." Dato’ Aiman hanya mampu senyum dan berkata, "Za, Isya will listen to us. Kita kan dah didik dia agar menghormati keputusan orang tua? You don’t have to worry about it.  Just let me handle this.”  Puan Zameera hanya mampu tersenyum, namun dia berasa tidak sedap hati.

Quraisya pun keluar dari bilik, terus menuju ke ruang tamu. “Yes mama, daddy. Anything? Rina kata mama nak cakap sesuatu. Hmm... Isya tahu!” Datin Zameera terkejut. “Macam mana Isya tahu? Mama dan daddy belum cakap apa-apa dengan Isya pun pasal...” Dato’ Aiman terus pegang tangan isterinya lalu menggelengkan kepalanya. Datin Zameera terus mendiamkan diri. “Mama, Daddy? Ada apa ni? Pasal apa? Isya cuma nak cakap pasal Isya ada apply sambung pengajian di Paris saja. Umm... Bukan ye?” “Isya, Isya sayangkan daddy dan mama kan?” Kata Dato’ Aiman dengan penuh senyuman. “Apa yang daddy merepek ni? Isya sayang mama dan daddy.”

 

“Daddy ada sesuatu nak bincang dengan Isya. How do i start? Umm.. Ok, Daddy nak Isya kahwin dengan Tengku Heykal, anak Tengku Kamarul.” Quraisya yang baru nak duduk, terkejut dengan apa yang Dato’ Aiman cakap. “Kahwin? Isya? Kenapa Isya? Kenapa bukan Kak Qas saja? Isya baru 21 tahun and you expect me to married with someone who I don’t even know?? Why you do this to me, daddy?” “Tengku Heykal nak meminang Isya, bukan Kak Qas. He really wants you to be his wife. Isya darling, no matter what is your decision, you must marry with him!” Quraisya terkejut apabila ini kali pertama Dato’Aiman memaksa dia untuk menurut kata. Selama ini, Dato’Aiman tidak pernah memaksa dia untuk menurut kata dia. Sekarang?  ‘No daddy. No! I don’t want to marry with him!” Dato’Aiman yang baru nak membuka mulutnya, Quraisya sudah lari, menuju ke biliknya. “Isya! I haven’t finished talking yet. Nur Hannah Quraisya Humaira!” teriak Dato’Aiman. “Abang, sudahlah tu. Kan Za dah cakap, dia takkan terima pinangan tu. Jangan paksa dia lagi.” Datin Zameera mengusap bahu suaminya.

“Akak? Akak?” Quraisya yang sedang mengelamun sementara, terkejut apabila Qarina memanggil namanya. “Ye Rina? Dah habis minum?” Qarina bingung dengan perangai kakaknya. ‘Akak, kenapa ni? Ada masalah ke?  Tadi, akak macam tengah berfikir sesuatu je. “Tak adalah, Rina. Akak ok je. Rina lapar ke? Kalau macam itu, makan malam di sini ye?” “Baiklah kak.”

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh HANA J. JUHARI