Home Novel Fantasi NERAKA DUNIA
NERAKA DUNIA
MahzuzWafa
17/4/2017 18:55:34
7,324
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Senarai Bab
Bab 5
BAB 5

TERDAPAT satu pasangan kembar lelaki bernama Qabil dan Habil dari generasi A. Kedua-dua mereka sangat menyukai Iqlima yang cantik jelita berbanding adiknya, Lyudza yang hodoh. Mereka bersaing dan ternyata si abang iaitu Qabil berjaya memiliki Iqlima dengan cara paksaan. Tetapi sebelum Iqlima disentuhnya pada malam pertama, Iqlima bertekad untuk melarikan diri bersama Habil yang dicintai. Mereka berdua keluar dari pulau Segitiga Bermuda menaiki perahu tetapi Lautan Atlantik yang bergelora sukar diredah. Perahu mereka dilanda ombak menyebabkan Iqlima terkorban manakala Habil terselamat dan kembali terdampar di pulau Segitiga Bermuda.

Sejak dari saat itu, Qabil dan Habil bermusuhan sehinggalah Raja Mahdi memperkenankan permintaan mereka untuk hidup kekal abadi. Mereka kembali berbaik-baik dan mengelilingi dunia bersama-sama. Hampir 500 tahun berlalu setelah seluruh pelusuh dunia sudah diterokai, mereka ingin mengembara ke angkasa lepas pula. Mereka pergi berjumpa dengan segolongan bijak pandai untuk membinakan kepada mereka sebuah kapal angkasa. Tetapi permintaan Qabil dan Habil tidak tercapai memandangkan sejak dari dahulu belum pernah ada satu kapal angkasa yang berjaya menembusi keluar dari planet Bumi. Kesemuanya meletup diangkasa setelah melepasi lapisan Ozon yang ketujuh. Setelah didesak dengan kekerasan oleh Qabil, sebuah kapal angkasa yang besar dan canggih dibina juga. Qabil dan Habil menjadi manusia pertama yang berjaya meneroka alam semestar. Kejayaan saudara kembar itu menjadi pencetus semangat untuk mereka yang lain mengikuti jejak langkah Qabil dan Habil namun Allah SWT hanya mengizinkan mereka yang hidup dari generasi A sahaja. Mereka yang hidup selepas generasi A tidak akan berjaya keluar dari Bumi walau dengan apa jua cara sekalipun. Menyebabkan Bumi semakin padat dengan kebanjiran manusia yang terus membiak dan terus hidup.

Misi pertama Qabil dan Habil adalah untuk menjejakkan kaki di atas planet Marikh yang berwarna merah. Selepas itu mereka berdua harus pulang ke Bumi semula untuk mengisi bahan bakar. Jika tidak kapal angkasa mereka bakal terdampar diangkasa lepas. Tetapi Qabil bersikap tamak apabila berdegil untuk meneruskan penerokaan alam semestar. Kini planet Zuhal yang cantik kerana mempunyai gegelung menjadi destinasi seterusnya. Ternyata sebelum mereka sampai disana, kapal angkasa mereka berhenti bergerak akibat kehabisan bahan bakar. Qabil dan Habil menjadi semakin cemas apabila semua bekalan makanan turut habis. Kerana terpaksa akibat kelaparan yang teramat sangat, Qabil bertindak untuk keluar dari kapal angkasa. Niatnya untuk kembali ke Bumi semula dengan membiarkan dirinya terapung-apung diangkasa. Namun saat gas-gas beracun yang berterbangan diangkasa disedut ketika bernafas, Qabil merasai tubuhnya bagaikan terbakar. Dia meraung-meraung kesakitan dengan sekuat hati. Neraka Dunia yang ditakuti sudah bermula kerana penyeksaan ini bakal terus berlanjutan selagi mereka tidak kembali semula ke Bumi. Dan ternyata keajaiban itu tidak akan berlaku sama sekali. Qabil dan Habil bakal terapung-apung diangkasa untuk selama-lamanya.
Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MahzuzWafa