Home Novel Fantasi Neo : Mimpi Semalam
Bab 11

Bab 11 : Ikran & Maya


Ikran mundar-mandir di dalam bilik. Sukar baginya untuk duduk bersahaja. Dia memikirkan tentang Maya. Takut kalau-kalau sesuatu berlaku kepada Maya. Dia bimbang, kalau-kalau musuhnya dapat menghidu kehadiran Maya di Pasadianka, sudah pasti dia akan menghapuskan Maya pada saat itu juga.

Jam menunjukkan pukul 2.15 minit pagi. Maya sepatutnya sudah pulang setengah jam yang lalu. 'Di manakah dia?' soal Ikran bersendirian.

Tuk! Tuk ! Tuk!

"Maya?" kata Ikran selepas dia mendengar bunyi ketukan pada pintu bilik.

"Ya Ikran, ini Maya" Jawab Maya dari luar. Suaranya bergetar. Ikran dengan segera membuka pintu dan menyuruh Maya supaya segera masuk. Ikran menjengah ke luar. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Cuba memastikan tiada sesiapa yang lalu – lalang di situ.

"Bagaimana?" soal Ikran kepada 'kupu-kupu' kesayangannya itu.

"Aku sudah bereskan dia" jawab Maya. Matanya berkelip-kelip. Dia meletakkan badannya yang keletihan itu di atas katil.

"Kau berjaya masuk ke sana?" soal Ikran. Dia benar-benar ingin tahu.

"Ya" ringkas jawapan Maya.

"Kau pasti tiada siapa yang akan mengesan kau?"

Ikran bertanya lagi. Dia mahukan kepastian. Dia tidak mahu segalanya terbongkar.

"Ya aku pasti, dia telah pun aku hapuskan." Jawab Maya dengan yakin.

"Bagus. Bagus" Ikran mengusap-usap kepala Maya.

"Jadi, apa rancangan kita yang seterusnya? Berapa ramai lagi yang perlu kita buru?"

"Kita rehat dahulu, kita tentukan dahulu di mana mereka semua berada. Ada dua puluh satu sasaran yang perlu dihapuskan. Kita baru sahaja menghapuskan tiga sasaran. Ini bermakna kita ada lagi sembilan belas sasaran" terang Ikran yang mula mencongak dan merancang.

"Okey, kalau begitu aku berehat dahulu. Terlalu banyak tenaga yang aku gunakan tadi. Kau fikirkanlah apa yang patut" kata Maya. Dia memejamkan mata dan meregangkan otot tubuhnya yang keletihan.

"Baiklah Maya. Berehatlah..." Kata Ikran.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.