Home Novel Cinta Cinta Yang Sempurna
Cinta Yang Sempurna
Iman Zahri
13/6/2018 20:54:34
6,304
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

SUDAH masuk tiga hari dia bekerja di restoran yang terkenal di ibu kota. Mujur rezeki berpihak kepadanya. Jadi, dia tidak perlu lagi khuatir soal kekurangan wang. Sekarang ini, masalah utama adalah tempat tinggal. Sepanjang tiga hari ini, dia hanya tidur di surau atau pun masjid.Ingin menyewa hotel murah, dia takut membazir. Lebih baik dia simpan duit untuk mencari rumah atau pun bilik sewa.

Sedang dia mengemas meja makan, kakinya terasa terpijak akan sesuatu. Pantas dia mengalihkan kaki dan menunduk untuk mengambil apa yang dia terpijak tadi.

‘Dompet? ’getusnya.

Dengan segera dia membuka dompet tersebut untuk melihat isi kandungannya. Mana tahuada maklumat mengenai pemilik dompet itu.

“Hannan, kau menungkan apa tu?” tegur Anis dari arah belakang. Kus semangat.

Hannan menunjukkan dompet yang dipegang. “Aku jumpa dompet ni dekat lantai. Tapi, tak jumpa pula kad pengenalan atau pun maklumat tuan punya dompet ni,” beritahu Hannan dengan jujur.

Berkerut dahi Anis. “Bak sini dompet tu. Aku nak tengok.”

Seketika kemudian, dompet sudah bertukar tangan. Hannan menyambung semula tugasnya.Pinggan dan gelas diletakkan di atas dulang dengan penuh hati-hati. Kalau pecah, boleh meraung dia dua hari dua malam.

"Weh Hannan!” sekali lagi dia terperanjat dengan teriakan kecil Anis.

“Kenapa kau ni?” tanya Hannan dengan hairan.

“Kau nampak kad ni? Ada tulis Menara Holdings. Jadi, pemilik dompet ni mungkin bekerja dekat tempat tu. Apa kata, lepas ni kita pergi syarikat tu. Lagi pun hari ni shift kita sampai pukul tiga petang je.”

“Buat apa nak pergi sana? Paling tidak pun sekejap lagi tuan dompet ni datang sini semula,” balas Hannan.

“Sepanjang aku kerja dekat sini tiga tahun, belum pernah ada orang yang hilang atau tertinggal barang datang semula ke sini cari barang diaorang tau. Kitorang yang kena pergi hantar. Kalau tak kitorang, bos kita sendiri yang pergi,” beritahu Anis panjang lebar.

 Hannan mengerutkan dahi. Aneh betul orang kaya. Barang hilang atau pun tertinggal tak datang ambil semula? Dibiarkan saja? Hmm.. Banyak duitlah katakan. Eh! Boleh pula dia kata dekat orang. Dia juga sebenarnya berada dalam keluarga berada juga. Cuma sekarang dia tidak lagi senang seperti dulu. Nasibnya sudah sama macam kisah yang dibaca di dalam novel cinta.

“Mengelamun lagi? Cepat kemas. Aku tunggu dekat dalam. Kejap lagi kita pergi sana.  Mana tahu tuan dompet ni handsome. Bujang pulak tu. Boleh aku kenenkan dia dengan kau,” sempat Anis berseloroh.Mentang-mentang dia sudah berpunya, suka hati saja nak kenenkan orang.

Satu tamparan hinggap di bahu Anis. “Banyaklah kau. Dah, pergi sana. Dompet tu jaga elok-elok,” pesan Hannan.

“Baiklah, Hannan,” jawab Anis. Patuh akan pesanan Hannan.

Belum sempat dia beredar dari situ, dia mendekati Hannan semula. Dia teringat akan permintaan Hannan menyuruhnya membantu mencari rumah sewa.

“Kau nak cari rumah sewa kan, Hannan? Apa kata kau duduk je dengan aku. Kita boleh kongsi bilik. Lagi pun bilik aku tu besar,” cadang Anis.

Hannan segera menoleh. Dia berdiri menghadap Anis. “Tak payahlah susah-susah. Aku taknak kau berasa tak selesa sebab terpaksa kongsi bilik dengan aku. Kau mesti hendakkan privacy,” bantah Hannan.

Anis mengeluh perlahan. “Hannan, aku dah dengar semua cerita kau. Dari A sampai Z. Aku pun tak sangka hidup kau yang dulunya senang, sekarang dah jadi macam ni. Terima kasih sebab kau percayakan aku. Kau dah terus-terang semua pasal kau walaupun kita baru kenal tiga hari. Kau kawan baik aku dekat sini. Aku gembira sangat dapat kawan macam kau. Aku dah tak sunyi lagi dah dekat sini. Sekarang ni susah nak cari rumah sewa. Harga dah melambung naik. Duduk dengan aku,okey?” Bersungguh-sungguh Anis memujuk.

Dia benar-benar berasa besar hati jika Hannan tinggal dengannya. Boleh mereka pergi kerja bersama-sama. Lagi pula, giliran mereka bekerja juga sama. Memang kebetulan.

Hannan pandang ke dalam anak mata Anis. Ternyata gadis itu benar-benar jujur dan ikhlas menawarkan tempat tinggal kepadanya. Akhirnya, dia mengangguk tanda bersetuju. Tidak mahu menghampakan Anis.

“Yeay! Terima kasih Hannan. Ada juga orang yang akan teman aku. Meh sini aku tolong kau kemas meja ni. Sekejap lagi, lepas kita pergi Menara Holdings, kau ikut aku balik ya. Jangan risau, housemate aku semua baik-baik. Ada dua orang aje. Seorang jururawat. Lagi seorang, kerja dekat Seven Eleven berdekatan rumah.” Bersungguh-sungguh dia bercerita.

Hannan tertawa kecil. “Kejap lagi kau kenalkan diorang dekat aku ya. Sekarang, kerja dulu. Bos dah ushar lama tu.”

Anis terus menoleh ke belakang sebaik mendengar kata-kataHanis. Kelihatan Puan Amanda sedang tersenyum manis memandang mereka. Sedikit pun pemilik restoran itu tidak melenting melihat pekerjanya berbual. Sikapnya itu lah yang membuatkan para pekerja senang bekerja dengannya.

Dia juga langsung tidak lokek soal wang. Jika ada untung yang lebih setiap bulan, pasti pekerja akan diberi bonus. Disebabkan itu jugalah Anis betah bekerja di situ walaupun sudah mencecah tiga tahun. Tak pernah terfikir dek akal pun untuk mencari kerja di tempat lain.

“Puan Amanda!” laung Anis dari jauh. Tangan Hannan ditarik supaya mengikutnya.

“Ada apa Anis?” tanya Puan Amanda dengan kerutan di dahi.

“Tadi ada pelanggan tertinggal dompet. Hannan yang jumpa bawah meja. Nak minta balik awal boleh? Kami nak pergi Kiara Holding. Nak hantar dompet ni dekat tuan punya badan,” beritahu Anis sejujurnya.

Hannan pula hanya mengangguk mengiakan kata-kata Anis.

Puan Amanda tersenyum manis. Bertuah mempunyai pekerja sejujur dan semulia Anis dan Hannan.

“Boleh… Pergi baik-baik. Jangan nak mengurat pekerja dekat sana pula,” sempat Puan Amanda berseloroh.

Hannan ketawa kecil. Lega hati apabila Puan Amanda membenarkan mereka pulang awal. Anis pula sempat menumbuk perlahan bahu Puan Amanda. Memang brutal sungguh.

“Sakit bahu saya,” rungut Puan Amanda. “Saya potong gaji baru tahu.” Usiknya kemudian.

Terbeliak biji mata Hannan. Hish! Anis pun satu. Nak bergurau pun tak kena tempat.

“Kenapa kau jegil mata sampai macam tu sekali? Takut Puan Amanda potong gaji?” tegur Anis.

Spontan Hannan mengangguk kepala. Laju pulak tu.

Ketawa besar Anis dan Puan Amanda dengan gelagat Anis. Lurus betul gadis ini.

“Jangan risau, Hannan. Saya bergurau saja. Nak balik sekarang kan? Tunggu apa lagi?” Puan Amanda bertanya lagi.

“Okey, boss! Bye!” ditariknya tangan Hannan sekali lagi dan keluar dari restoran. Seronoknya boleh balik awal satu jam.

Hampir tersadung Hannan dibuatnya. Laju benar Anis berjalan sampai tidak pandang kiri kanan. Sudahnya, dia menampar perlahan belakang Anis.

“Kenapa?” tanya Anis.

“Kita nak pergi Kiara Holdings jalan kaki ke? Apa kata kita naik teksi. Tu dekat sana banyak teksi.” Cadang Hannan. Sudah hampir lima belasminit mereka berjalan tidak tentu hala tuju.

Anis termenung seketika. “Ha’ah kan. Ish! Lembap pulak otakaku hari ni.” Dia tersengih.

“Dah, jom!” ajak Hannan.

Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.