Bab 11

KECEWA. Eksperesi wajahnya kelat semenjak pulang dari pusat membeli-belah petang tadi. Semuanya gara-gara Isya. Kalau Isya tak menghilangkan diri secara tiba-tiba, tak usah Farhad berkeluh-kesah.

Belum kober untuk meminta nombor telefon, Isya sudah perlina. Macam pelesit.

Akankah mereka berdua bertemu lagi? Tapi kapan? Farhad sudah tidak sabar menunggu hari tersebut tiba.

Tapi andai kata hari tersebut tidak tiba?

Farhad tidak meletakkan pengharapan yang tinggi, takut semakin kecewa. Namun di hati, tidak putus-putus berharap yang mereka akan berpapasan suatu hari nanti. Tidak kisahlah di mana-mana sekalipun, asalkan dia dapat berjumpa dengan Tengku Puteri Qalisya.

Kalau dah jodoh, tak ke mana. Tak begitu?

Azad bersandar pada pintu bilik. Dipandang lama muka rafiknya yang sedang berbaring di tingkat atas. Apa agaknya masalah yang sedang mengganggu fikiran Farhad?

Azad perlahan-lahan menghendap sebelum menyergah Farhad.

“Bbah! Fikirkan siapa tu?”

Sesak nafas Farhad sejurus disergah. Katil dua tingkat itu bergegar sebaik sahaja dia duduk dari perbaringan. Sengeleng Azad ketawa berdekah-dekah.

Farhad menggesel gigi. Sepet kelopak mata Farhad merenung Azad.

“Okey, macam ni ... biar aku teka. Kau tengah fikirkan Sally?” teka Azad sambil duduk bertongkat ruas di meja belajarnya.

Nope,” balas Farhad masih ingin berahsia. Buku undang-undang di sebelah pura-pura dibaca.

“Habis tu, kau fikirkan siapa? Bapak kau? Kakak kau?” Azad masih mahu tahu.

Nope.” Farhad membiarkan Azad bersama teka-teki.

Azad mengetuk dagu.

“Entah-entah ... engkau sibuk fikirkan tengku tu ya?”

Lantas pembacaan Farhad terhenti di halaman kedua. Buku ditutup.

Tersugil senyum sinis pada bibir Azad. Sekarang dia sudah tahu jawapannya. Jadi telahannya telak?

“Kalau kau nak tahu ... aku ada nombor telefon tengku tu. Tapi aku tak rasa yang kau nak,” duga Azad.

Dengan laju Farhad turun dari katil.
Justeru itu dia menghenyakkan punggung di atas kerusi. Farhad menghela kerusi ke meja sebelah.

“Betul ke kau ada nombor telefon dia? Macam mana kau boleh ada nombor telefon dia? Kau nak buat apa dengan nombor telefon dia?” Terus-menerus soalan diajukan.

Azad tahan gelak. Jadi memang telaklah telahannya.

Yes, aku memang ada nombor telefon dia. Soal dari mana aku dapat nombor telefon dia ... mestilah aku dapat daripada Aida. Kalau ada apa-apa masalah yang berlaku kat Aida, bolehlah aku contact melalui 'tengku' tu,” bebel Azad sambil sebelah tangan menulis nombor telefon seseorang di atas kertas.

“Nah, ambil. Ni nombor telefon dia.” Telefon bimbit disimpan ke poket seraya menghulurkan kertas kepada Farhad.

Farhad tersenyum lebar. Gesit mengambil kertas itu. Nombor telefon yang tertera segera disimpan ke dalam kenalan.

Tengku Puteri Qalisya. Tak tahu kenapa Farhad berasa ada sebarang kekurangan.

Nama penuh gadis itu akhirnya ditambah dengan simbol hati berwarna merah. Kian melebar senyuman Farhad.


SAMPAI bila dia harus menangis? Persoalan itu bermain di minda. Tapi siapa perempuan yang mengepit tangan Zafran tadi?

Persoalan lain belum terjawab, timbul pula soalan lain yang menyucuk fikiran. Siapa perempuan itu?

Rasanya tadi Isya ada terdengar perempuan itu menyebut nama Farhad. Adakah Farhad mengenali perempuan itu? Seandainya Isya mempunyai nombor telefon Farhad, pasti dia sudah temui jawapan.

Isya memeluk bantal busuk sambil teringatkan Zafran. Begitu mudah Zafran membuang namanya dari ingatan? Hatinya sendiri masih remuk di atas perpisahan mereka, namun Zafran?

Tit. Tit. Tit.

Dering telefon menandakan ada panggilan masuk. Nombor tak dikenali. Malaslah Isya hendak mengangkat panggilan tersebut, dibiarkan sahaja.

Makin dia biarkan, makin menjadi-menjadi pula telefon berdering. Daripada nombor yang sama! Mustahil kalau salah nombor.

Jangan-jangan ...

“Helo, Zaf.”

“Assalamualaikum, tengku. Ni sayalah, Farhad.”

Jangkaannya meleset.

“Waalaikumussalam. Oh ... Farhad, awak rupanya. Saya ingatkan siapa tadi.”

Intonasi suaranya kedengaran kecewa.

“Awak ingatkan siapa tadi? Ex boyfriend awak?” tebak Farhad.

Talian sepi seketika. Kena benar pula tekaan Farhad. Jejaka itu berdeham beberapa kali.

“Maafkan saya, tengku ...”

“Farhad ... stop call me, tengku. Just call me, Isya. Boleh?” bahas Isya mengenai isu panggilan.

“Baik, Isya. Maaf lagi sekali,” kata Farhad.

“It's okay ... eh, tunggu. Macam mana awak boleh dapat nombor telefon saya?”

Farhad sudah mengagak yang Isya akan mengajukan soalan itu.

“Saya dapat daripada ... Azad. Kawan baik saya.”

“Oh ... I see,” suara Isya senada.

“Saya nak tanya awak sesuatu boleh tak, Farhad?”

“Boleh ... boleh. Untuk awak semua boleh, Isya ...”

Isya tersenyum simpul.

“Awak kenal ke perempuan yang terlanggar saya tadi?”

Suara Farhad membisu sejenak. Kepala digaru sebelum menjawab.

“Ya, saya kenal.”

“Siapa dia?”

Farhad menarik nafas berat. Perlukah dia memberitahu siapa Sally dalam hidupnya suatu ketika dahulu?

“Entah. Awak ... awak dahlah. Tak penting pun semua ni. Esok awak ada kelas?” tanya Farhad serentak mengubah topik perbualan.

“Ya .... Ala, Farhad. Jawablah pertanyaan saya dulu,” desak Isya mengenai Sally.

“Esok lepas kelas kita jumpa? Saya hantar location nanti. Bye.”

Tut. Tut. Tut.

Talian diputuskan. Isya merengus geram. Kalau iya pun, jawablah pertanyaan dia dulu!

Isya campak perlahan telefon ke sebelah, lalu membaringkan badan ke atas katil. Dia mencebikkan bibir.

Dua minit kemudian, cahaya lampu telefon berkelip menandakan bahawa ada mesej masuk. Isya membuka mesej yang diterima.

“Restoran Ikan Bakar?”


MERCEDES Benz bergerak mengikut arah panduan GPS. Mereka hampir tiba. Lagi 1 minit.

“Destinasi anda berada di sebelah kiri,” arah suara GPS.

Isya mengelokkan stereng dan memarkir kereta di tempat letak kereta. Matanya memandang sekeliling. Tiada kenderaan lain kecuali kereta mereka.

Baru jam tiga. Mana ada restoran ikan bakar buka pada awal waktu begini. Isya dan Aida berlalu keluar dari perut kereta. Isya melingas mencari susuk tubuh Farhad.

Mereka beredar masuk ke dalam restoran yang sunyi. Seperti tiada orang. Tempat apa sebenarnya ini?

“Wei, kau call si Farhad tu sekarang,” suruh Aida sebaik sahaja melabuhkan punggung di meja makan bernombor 6.

Isya anggukkan kepala belan-belan mendail nombor Farhad. Telefon selular didekatkan ke telinga.

“Nombor yang anda dail sedang tiada dalam perkhidmatan.”

Isya merengus-rengus. Apa tujuan Farhad mengajaknya ke mari?

“Cik berdua nak makan apa?”

Kepala didongak. Terpana setagal. Wah, pelayan berkaca mata hitam. Belum pernah wujud pelayan setampan dan bergaya sehebat ini.

Tepi bibir pelayan itu terjungkit. Perlahan-lahan cermin mata hitam dibuka.

Aida dan Isya melopong.

“Farhad?” tanya mereka berdua seraya menengadah.

“Ya ... saya, Farhad. Ini tempat saya bekerja separuh masa.”

“As waiter?” soal Aida seperti kurang senang dengan kerja sambilan Farhad.

“Ya ... kenapa? Tak boleh ke kalau berkawan dengan pelayan?” Sengaja Farhad mengkalihkan renungan mata ke arah Isya. Dia tarik senyum sinis. Ini adalah masanya untuk dia menguji Isya.

“Apa pula tak boleh berkawan dengan kitaorang ... mestilah boleh,” balas Isya ke atas pertanyaan Farhad.

Menu makanan dihulurkan kepada dua gadis yang duduk bertentangan itu. Farhad setia menunggu jawapan pesanan. Sebatang pen biru dan buku nota kecil sudah berada di genggaman.

“Saya nak teh o ais,” tutur Isya namun mata masih ralit melihat menu.

“Saya nak air tembikai. Sya, makanan pula kau nak apa? Ikan apa? Aku ikut je,” ujar Aida kemudian menghulurkan semula menu kepada Farhad.

Yang nyatanya, Aida tengah kebulur.

“Saya nak ikan ...” Isya masih berfikir-fikir.

“Tak perlu. Saya tahu,” sela Farhad sekali gus merampas menu makanan dari tangan Isya.

Sejak membaca isi diari Isya tempoh hari, rahsia hati Isya masih dia
simpan kemas. Bahkan, makanan kesukaan Isya pun masih dia ingat.

Mata Isya mencerun tajam.

Sebelum Isya merah telinga, lagi elok dia mencairkan hati gadis itu. Farhad mengenyitkan sebelah mata. Tanpa melengahkan masa, dia terus berjalan ke kaunter.

Isya terpegun, sementara Aida? Terkesima. Lupa sekejap buah hati yang sedang sibuk mengulang kaji katanya.

Sambil menunggu pesanan makanan sampai, Isya mengorak sila untuk mencuci tangan. Dia mencari singki berdekatan.

Sedang leka mencuci tangan dengan sabun, seseorang hadir menyapa.

“Hai, Isya.”

“H ... hai.” Sedikit gagap.

“Kenapa awak tak tunggu saya semalam?” soal Farhad.

“Mmm ... maaf, saya ada hal penting semalam,” jawab Isya. Dalam pada masa yang sama membasahi kedua-dua belah tangan dengan air agar sabun melurut.

“Isya,” seru Farhad.

Langkah Isya mati. Isya mengeluh halus. Sebenarnya, ia sudah malas nak melayan kerenah lelaki.

“Betul ke awak tak kisah nak berkawan dengan waiter?”

Isya menganggukkan kepala sambil tersenyum ikhlas. Tiada tara untuk menjadi rakan ikrabnya. Dia senantiasa terbuka hati untuk bersahabat dengan semua orang.

“Semua orang, akan saya layan sebagai sahabat. Awak janganlah risau, Far.”

Bibir Farhad mengelopakkan senyuman. Mekar senyumannya. Far?

Isya memanggilnya hanya dengan nama pendek?

Adakah itu bererti, Isya sudah selesa dengan Farhad?





















Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh