Home Novel Cinta Cinta Yang Terpilu ..
Cinta Yang Terpilu ..
Zulaikha Azni
24/10/2018 05:27:45
2,936
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 1

Seperti biasa aku jalani kehidupan harianku . Bangun pagi , mandi dan gosok baju . Ah ! Gosok baju paling aku tak gemar , lagi-lagi gosok baju untuk adik aku . Daripada sepasang yang perlu digosok , sekarang jadi dua pasang . Setiap hari juga pagiku menjadi haru-biru . Bila bangun pagi dah siap gosok baju , baru lah adik aku bangun untuk mandi . Memang masing-masing berlari rebutkan satu bilik mandi .


Tok !! Tok !! Pintu bilik ibu diketuk .


"Ibu .. Fea nak pergi sekolah ni . Salam cepat ." 


Dalam keadaan mamai , ibuku membuka pintu dan menghulurkan tangan . Kemudiannya di sambut oleh adikku . 


"Belajar rajin-rajin ya ." Pesan ibu pada kami dua beradik sambil mengikuti kami ke pintu .


"Baik bu . Assalamualaikum." Balas Sonia , adikku yang kini berada di tingkatan satu .


Kemudian kami pun berlalu menuju ke lif untuk turun ke bawah . Sejak abah tinggalkan kami tiga beranak tanpa berita , kami sekeluarga berpindah ke flat Sri Murni di sekitar Selayang . Walaupun agak payah untuk sesuaikan diri dengan keadaan di sini tetapi ibu selalu berpesan walau dimana jua kita berada , selagi niat dan hati kita baik Allah akan membantu kita .


**


Loceng sekolah berbunyi menunjukkan jam 7.30 pagi . Masa ini lah pelajar-pelajar sibuk berlari menuju ke kelas masing-masing . Siapa yang lewat pasti dapat ‘habuannya’ tersendiri .


"Hei Fea ! Kau dah siap ke kerja sekolah semalam ?" Tanya Ziela kepadaku . Ziela satu-satunya kawan yang sanggup berkawan dengan aku sejak aku memasuki sekolah . "Dah la . Bukannya banyak pun . Kenapa ? Nak tiru la tu . " jawabku dengan selamba . Sebab aku tahu satu-satunya kawan aku ni memang liat nak siapkan kerja sekolah yang cikgu beri . Lagi-lagi subjek Kimia . "Hehe. Terima kasih daun keladi kerana memahami ." balas Ziela dengan sengihan jahatnya . Walaupun agak malas buat kerja sekolah tetapi aku tetap senang berkawan dengan Ziela .


Teringat kali pertama kali masuk ke sekolah . Oleh kerana berpindah ke rumah baru , agak jauh ke sekolah lama . Jadi ibu decideuntuk pindahkan kami adik beradik ke sekolah yang dekat . Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights yang paling dekat dengan rumah kami .


Biasalah bila masuk sekolah baru , agak kekok nak mendapat keserasian . Apatah lagi bila hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah tanpa bertudung . Dan paling ketara aku budak baru di sekolah sebab aku satu-satunya Muslim yang tidak bertudung . Manalah aku tahu sekolah ini tidak menggalakkan pelajar untuk free hair .


Pengalaman hari pertama aku di sekolah ni takkan dapat aku lupakan . Mana tidaknya , aku jadi tumpuan kerana free hair . Ada pula pelajar-pelajar senior lelaki yang miang-miang cuba menyakat aku . Ada juga pelajar-pelajar perempuan yang tidak selesa dengan kehadiran aku yang free hair ni . Paling kasihan bila tak ada siapa yang nak berkawan dengan aku . Nak kata aku ni sombong , penat bibir ini mengukir senyuman tapi tak ada seorang pun nak membalas senyuman .


Hari pertama persekolahan aku juga lah aku dibuli oleh sekumpulan pelajar perempuan yang kononnya gangster dalam tingkatan tiga . Waktu tu masa persekolahan dah pun tamat . Aku menuju ke pintu pagar belakang , jalan shortcut ke stesen bas . Tiba-tiba datang sekumpulan pelajar perempuan lingkungan 10 orang menghampiri aku dan salah seorang dari mereka menghayunkan beg sekolah ke arah aku . 


"Hei perempuan ! Kau kenal tak aku siapa?" Seorang daripada mereka bertanya dengan suara yang agak kasar . Aku cuma diam dan cuba beredar tetapi mereka menutup laluan dengan mengelilingi aku . 


"Ada masalah ke ?" Tanya ku kepada mereka kerana agak pelik dengan perilaku mereka . Tak pernah aku melihat perilaku begini di sekolah lama ku jika ada kedatangan pelajar baru .


Belum sempat mereka menjawab , tiba-tiba datang seorang lelakiberdiri di hadapanku . "Adina , kau jangan buat masalah ya . Jangan ganggu la budak baru ni atau aku laporkan pada Cikgu Ruzmi ." Ujarnya kepada pelajar perempuan yang menghayunkan begnya ke arah aku sebentar tadi . Dan serta merta pelajar-pelajar perempuam itu berlalu pergi .


"Awak tak apa-apa ? Nama saya Haikal ." Lelaki itu memperkenalkan dirinya . Dan tiba-tiba datang seorang perempuan berkulit sawo matang , memakai cermin mata dan kelihatan agak lembut . Itulah Ziela yang kini menjadi teman rapat ku di sekolah . "Awak ok tak?" Sampuk Ziela . Aku hanya menganggukkan kepala . "Terima kasih awak berdua tolong saya . Saya pun tak tahu kenapa diorang layan saya macam tu ." Aku agak lega kehadiran Haikal dan Ziela buat aku terlepas daripada gangguan buli tadi . 


Dari situ lah perkenalan aku , Ziela dan Haikal . Haikal juga pelajar tingkatan 3 aliran Akaun . Seorang lelaki yang tinggi , berkulit putih dan mempunyi wajah yang tampan .


"Sofea Zahira .." Suara itu membuatkan aku terkeluar dari alam throwback aku . 


"Iya cikgu ." Jawabku putus-putus . 


"Saya panggil dah 2 kali ni ." Ujar Cikgu Aniza dengan lembut . Cikgu yang mengajar subjek Kimia . Orangnya lemah lembut . Kalau cikgu lain panggil tak menyahut , sudah pasti aku akan dimarahi . Nasib baik kelas Cikgu Aniza pagi ni .


"Maaf cikgu . Saya berangan kot tadi ." Jawabku sambil tersenyum malu . 


Ziela memandang ke arah ku dan menggelengkan kepalanya . Pembelajaran pun bermula seperti biasa .


**


Loceng kedua berbunyi menandakan waktu rehat untuk tingkatan 3 , 4 dan 5 . Haikal dah pun menunggu di depan pintu kelas . Sejak dua bulan lepas perkenalan kami , setiap hari kami rehat bertiga . Jadi aku tak perlu risau diganggu oleh perempuan-perempuan gangster tu lagi sebab aku dah ada bodyguard kanan dan kiri . 


"Cepat la Ziela ." Rungut ku kerana penat melihat cara slow motion Ziela mengemas buku-bukunya .


"Sabar kan separuh dari iman . Haikal boleh bersabar tunggu kau , takkan kau tak boleh sabar tunggu aqu ." Jawab Ziela yang cuba memanipulasikan keadaan dengan usikan yang tak masuk akal sambil menuju ke arah Haikal yang masih menunggu . 


"Hai korang . Aku ada berita gembira ni nak share dengan korang ni." Haikal mulakan sapaan pada aku dan Ziela .


"Cerita apa tu ? Cepat laa cerita ." Tak sabar aku nak dengar berita gembira apa yang Haikal cuba sampaikan .


"Actually aku dapat call dari sekolah sukan . So bulan depan aku dah pindah ke sekolah tu . Dah lama aku tunggu panggilan ni ." Nampak kegembiraan terpancar dari wajah Haikal . Ya , Haikal salah seorang olahragawan sekolah ni . No wonder dia dapat call dari sekolah sukan dan dia memang berbakat dalam olahragawan . 


Tapi kenapa tiba-tiba aku rasa sedih . Berita gembira yang aku sangkakan jadi berita menyedihkan . Sepatutnya aku tumpang gembira untuk Haikal . 


"Well , itu memang berita yang gembira . Tapi nanti tinggal aku dengan Fea berdua je kat sini . Tak syiok lah tak ada kau ." Ziela mencelah dengan wajah sedikit muram . 


Dan aku tetap terdiam . 


**


Waktu persekolahan hari ini berlalu dengan cepat . Tapi aku hanya terngiang berita yang Haikal sampaikan tadi . Entah kenapa aku rasa macam kehilangan . "Dah kenapa kau ni Sofea Zahira ." Detik hati aku . Apalah yang membelenggu hati aku ni .


"Assalamualaikum bu . Fea dah balik ni ." Aku cuba mendapatkan ibu ku di dapur . Bau masakan ibu hingga ke luar dapat dihidu . 


"Dah balik ya anak ibu sorang ni . Adik Nia mana ?" Soal ibuku .


"Nia ada sukan hari ni . Balik lewat . So Fea balik dulu la . Nanti Nia balik dengan kawan-kawannya ." Jawabku sambil mencapai gelas dan mengisi air suam untuk diminum .


"Fea masuk bilik tukar baju dan baring kejap ye ibu ." 


**


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zulaikha Azni