Home Novel Cinta DIA CEO HATIKU
DIA CEO HATIKU
Pemburu Malam
6/11/2017 16:03:59
81,546
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 26

       TAMAT sudah semester pengajiannya dan kini Ayra masih lagi menunggu debaran untuk dua majlis paling teristimewa dalam hidupnya itu.Dan majlis itu adalah majlis penyatuan hatinya dengan Firhad dan majlis konvokesyennya yang tak lama lagi.

      Entah kenapa kepalanya berdenyut kuat .Diary di tutup lantas di simpan dalam laci meja tulisnya.Botol berisi beberapa tablet putih dengan pantas dibuka penutupnya lalu diambil sebiji lantas di telan setelah itu dia bergegas ke meja lampu untuk mencapai tupperware yang airnya makin surut .

      " Aduh sakitnya!! ," rungut Ayra memicit-micit kepalanya yang makin kuat denyutannya.Pandangannya kian kabur kini....


******


       " DOKTOR ! Berjanji ya....kalau papa tanya jangan bagitahu perkara ini...," rayu Ayra yang masih lagi terlantar di wad hospital." Tapi Ayra, sampai bila? Mereka perlu tahu juga.Ayra kena ingat penyakit Ayra ni dah tahap 3 dah....," ujar Dr.Laili doktor yang sedari mula menjaga kes Ayra.

      " Doktor jangan risau.Bila tiba masanya nanti Ayra sendiri akan buka rahsia ini  ....But for know please doctor dun tell them....I dun want to make they sad....Oh ya , sebelum terlupa doktor datang nanti ya 1 mei 2017 my wedding day...," ujar Ayra yang telah biasa dengan doktor muda itu .

      "Inshaa Allah...Ingat jangan lupa makan ubat ya...Okaylah, jika tak ada apa- apa lagi saya mahu memeriksa pesakit bilik sebelah pula"

      " Baiklah ...," jawab Ayra tersenyum .Doktor muda itu mulai menapak ke arah pintu.Setelah tombol dipusing pintu telah pun terbuka dia menapak keluar sebelum pintu itu di tutup semula dari arah luar.

      " Ya Allah Ya Tuhanku...Tolong...Berikan aku sedikit lagi kekuatan untuk menempuh ujian Mu ini..."

       Pintu di ketuk dari luar, Ayra sepantas mungkin menyeka airmatanya ." Mama...Papa...Masuklah...Petang nanti Ayra dah boleh balik....Bolehla nanti singgah butik sekejap ....Abang Fir pergi dari pejabat....," ujar Ayra menyalami tangan kedua ibubapanya.

      " Alhamdulillah, migrain dah ok ke?," soal Puan Sabella Merican seraya membelai rambut anak gadisnya itu." Mama , jangan risau dah makin ok...," laju Ayra menjawabnya.

     " Papa lepas ni kerja balik ke ?," soal Ayra pada En.Wahab Fenner pula." Tak papa kerja half day...Kan papa nak temankan mama and Ayra shopping apa yang patut ..."

      Ayra mengangguk menandakan dia memahami apa yang papanya beritahu ." Ayra , mari mama tolong simpan barang dalam beg nanti senang ..." 


*******


       " AWAK rasa macamana dengan baju ni ? Ok tak ? ," soal Ayra sambil memusingkan badannya memperagakan persalinan pengantin biru firus itu dihadapan kedua ibu dan bapanya juga Firhad.

        " Ayra pakai apa pun cantik...Kan Firhad ," ujar Puan Sabella Khan merujuk pada Firhad ." Ahah mama..

," jawab Firhad pula tersenyum nakal.

       " Eeeer....Betul- betullah..."

       " Betullah..."

       " Maksud Ayra ok tak tu yelah loose ke fit sangat ke ok - ok ?"

       " Mama and papa tengok ok jela...Fir , apa pendapat kamu ?"

       " Okay , match dengan Ayra...Tak loose sangat....Tak fit sangat ..."

       " Okay, if like that apa kata pengantin lelaki pula yang cuba pula....Mak harap uolls selesalah dengan rekaan mak ini...I create speciall for u ollz...,  " ujar perunding perkahwinan sotong terlebih air itu sambil meliuk lentok bahasa tubuhnya.

      " Nah, try lah "

      " Baik bang"

      " Abang ? Sally je uollz..." Ujar Sally a.k.a Sallihuddin.Tahi lalat palsu yang menghiasi wajah tampan (cantik)nya itu selalu bertukar- tukar port(tempat).


*****


       TAK SABAR RASANYA MAHU MENEMPUH ALAM BARU....AKU TAK HARAPKAN APA- APA , CUKUPLAH ANDAINYA AKU DAPAT BERTAHAN LAMA SEDIKIT....AKU JUA SEPERTI WANITA LAIN YANG INGIN MERASA MENJADI SEORANG ISTERI PADA SEORANG LELAKI BERNAMA SUAMI ! MENJADI SEORANG WANITA BERGELAR IBU PADA ZURIATNYA NANTI ....NAMUN, AKU AKUR PADA KETENTUANNYA JIKA TAKDIR AKU HIDUP TAK LAMA...


AKU HARAP AGAR FIRHAD SELALU MENGINGATI AKU ....MENJAGA ANAK- ANAKKU DENGAN TIDAK MEMBIARKAN ATAU MENGANIAYAI MEREKA SEANDAINYA DIA BERTEMU DENGAN JODOH LAIN...


FIR....

WALAUPUN JIKA WAKTU ITU AYRA TELAH TIADA....

AYRA TETAP BERADA DALAM HATI FIR....

CINTA AYRA HANYA PADA FIRHAD SEHINGGA NAFAS TERAKHIR....

       Buku diary berkulit tebal hitam itu di simpan semula ke dalam laci meja tulisnya .Kepalanya mulai berdenyut namun Ayra cuba bertahan.Sehelai kertas kajang berukuran A4 di koyak dari bukunya dan mencapai sebatang pen dari dalam pensel box .


KEHADAPAN SAYANGKU, FIRHAD,


ASSALAMUALAIKUM SAYANG....

SEANDAINYA ABANG SEDANG BACA WARKAH INI , AYRA TELAH PUN TIADA DI DUNIA INI....


ABANG   ....

PERTAMA KALI AYRA MAHU UCAPKAN TERIMA KASIH KERANA ABANG SUDI MENYINTAI DAN MENYAYANGI DIRI INI WALAUPUN HANYA UNTUK SEMENTARA...


ABANG PERCAYALAH HATI AYRA DAH LAMA AYRA SERAHKAN UNTUK ABANG....

ABANG ...

SEANDAINYA JODOH KITA TIDAK PANJANG ....AYRA REDHA ....ABANG CARILAH PENGGANTI AYRA....AYRA TAK SANGGUP LIHAT ABANG MENDERITA KESEPIAN....


ABANG...

MAAFKAN AYRA KIRANYA SELAMA INI AYRA TERPAKSA MERAHSIAKAN PENYAKIT AYRA INI...

KERANA AYRA TAK MAHU KAMU SEMUA BERSEDIH  ...SUSAH HATI .....AYRA JUGA TAK MAHU HIDUP DALAM KESEDIHAN...


AYRA MEMANG SAKIT TAPI AYRA TAK SANGGUP SAKIT PABILA MELIHAT ABANG HIDUP MENDERITA...


TULUS IKHLAS,

AYRA 


" Ayra...!! Mak andam dah sampai ....!! Silalah naik ...," ujar suara mamanya kedengaran.

        Surat yang telah elok dilipat dia letakkan bawa pasu bunga kecil atas kepala katilnya.

         KHAS BUAT FIRHAD


Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.