Home Novel Cinta Cinta! Come Back!
Cinta! Come Back!
Stars Juliet
2/2/2018 14:16:44
33,160
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 30

Mai, aku lambat sikit pagi ni. Traffic jammed! Kau tolongcover untuk aku eh.

-         Bifa

  Maisarah melepaskansatu keluhan setelah membaca sms Bifa. Pagi-pagi ni juga si Bifa buat hal.“Leceh betul lah”, omelnya. Dia masih berdiri diluar bangunan. Malas rasanyanak masuk awal tambahan lagi belum sampai waktu kerja. Sambil menunggu tu nakprocrastinating kejap lah.

  Instagram, Facebookdan Pintrest dibuka untuk menghilangkan bosan.

  “ Assalamualaikum”,tegur satu suara. Maisarah yang sedang asyik dengan iphone nya tersentak.“Wa’alaikumsalam”, jawabnya sambil memusingkan badan. Terkejut beruk diamelihat manusia dibelakangnya. Hampir saja iphone terlepas dari genggaman.

  Benjamin dan Zafwan!

  “ Errr.. Hai,uncle.. Zafwan..”, gadis itu menundukkan lehernya sedikit tanda hormat.Suaranya terketar-ketar. Lama tak bersua membuatkannya sedikit kekok.

  “Boleh tepi sikit?Uncle nak masuk ni”, pinta Benjamin dengan wajah yang masih tersenyum. Dalamhati dia mencari kelibat Zafriel. Anak buahnya tu bukan main rindu dengan gadisini.

  Wajah Maisarahterasa seperti baru saja dibaling belacan. Patutlah mereka berdua berdiridibelakangnya dari tadi. Dia jadi penghalang rupanya. Memalukan betul!

  Maisarah beralihsikit dengan wajahnya yang penyek. “ Maaf uncle”, Benjamin melangkah masuk.

  “ So.. Long time nosee.. Awak kemana?”, tanya Zafwan pula.

  Serba salahmengerumuni hati Maisarah. Dia menguntum senyuman. “ Saya busy je lately” ,jawabnya. Padahal separuh nyawa dia cuba nak menghindar.

  “ I see.. Ni awaktak masuk lagi ke?”

  “ Kejap lagi lah.. ”, kata Maisarah.

  Zafwanmengangguk-angguk lalu terus melintasi Maisarah. Gadis itu terasa hati denganreaksi Zafwan macam orang yang takde perasaan. Mungkin saja lelaki itu masihberkecil hati dengannya. 

  Belum jauh langkahZafwan, lelaki itu berpaling. Rasa tak puas hati semakin mekar.

  “ Maisarah..”,panggil Zafwan. Dia berjalan balik menuju gadis itu.

  “ Yeah?”

  “ Awak tak nakberkawan dengan saya ke?”, nada suara Zafwan macam kecil hati je.

  “Bila pula sayacakap macam tu?”, tanya Maisarah. Makin dia rasa bersalah. 

  “ Belakangan ni sayatengok awak macam menghindar dari jumpa saya. Did I do something wrong?”

  “ Takde, Zafwan..Its just that.. I need some space. Jangan la salah faham..”, Ye aku perluruang! Ruang nak melupakan adik kau yang gila tu! Tak dapat dinafikan melihatZafwan sama saja mengingatkannya dengan Zafriel jadi buat apa menyeksaperasaan?

  Zafwan kebingungandengan jawapan Maisarah, “ Space? for what?”

  “ Buat masa ni biarlah saya rahsiakan dulu..”, Maisarah masih kekal dengan senyuman.

  Satu keluhandilepaskan Zafwan. Tak guna dia nak memaksa gadis itu. “ Okay lah. Kalau tuyour answer, saya nak buat macam mana.. “. Dengan berat langkah dia kembalimasuk ke bangunan.

   Maisarah melepaskannafas lega. Kesian pulak Zafwan jadi mangsa emosinya. Kerana Zafriel, iamelibatkan banyak pihak. Tapi apa lagi yang mampu dilakukannya? Hmm.. 

   Maisarah masihkekal diluar depan pintu. Sehandal mana pun dia ingin menyembunyikan diri,akhirnya takdir menemukan mereka juga. Package pulak tu. Dua orang.

  Tapi yang soranglagi mana ye?

  “ HOI PEREMPUAN!”,jerit satu suara yang menembusi lobang telinga Maisarah. Terlompat gadis itu.

  Celaka betul orangbelakang ni! Baru je nak emo sikit!

  “ Kau kawan baik kengan pintu ni?!”, kelihatan wajah Zafriel agak tegang mengalahkan RaksaksaTidur dalam cerita Boboiboy.

  Tubuh Maisarah darikepala hingga kehujung kaki sudah mula hangat. Hatinya melonjak-lonjakkeriangan kerana Zafriel  terpacak depanmata tapi segala macam perasaan indah tidak dapat menandingi angin taufan yangmelanda dihati. Lagipun kenapa perasaan nya ni sibuk-sibuk nak jadi indahpulak? Oh hati~

  “ Apa jerit-jeritpagi ni? Saya belum tuli lagi lah!”, tempelak Maisarah. Diberanikan dirimenentang mata Zafriel setelah lama tidak bertemu. Siap cekak pinggang lagi. Kembangkempis hidungnya menahan marah.

  “ Aku jerit sebabkau ni jenis orang yang bermimpi disiang hari! Kalau kau sayang sangat pintuni, kau tebuk je lepas tu bawak balik rumah! Jangan asyik menyusahkan orang!”, balasZafriel dengan nada angkuhnya.

  Maisarah menjeritgeram!!! Munjur tak ada orang. “ Awak ni kalau tak cari pasal dengan saya bolehtak? My beautiful morning dah hancur kerana awak!”

  Dahi Zafriel berkerutsekaligus memandang kearah awan. “ Beautiful apanya? Dah nak hujan la,perempuan”

  “ Maisarah!”, jeritgadis itu.

  “ Apa?”, soalZafriel.

  “ Jangan panggilsaya ‘perempuan’. Nama saya Maisarah!”,  hilangdah segala kesopanan dan keayuan perempuan melayu terakhir.

    Air muka Zafriel berubah dengan permintaanMaisarah. Seperti keberatan nak melaksanakannya.          “Tak nak!”, jawabnya.

  “ Mana boleh macamtu!”, Maisarah masih dengan geramnya.

  “ Suka hati aku lah.Mulut aku!”, Zafriel tak berani melihat Maisarah sekarang. Jauh disudut hatidia betul-betul rindu dengan gadis ini. Tak sangka pagi ini ada hikmah diadatang awal. Tapi melihat Maisarah dan Zafwan sebentar tadi membuatkan darahnyamembuak. Dia cemburu!

  Maisarah berpeluktubuh. Lelaki itu direnung dari sudut penglihatannya. Apa masalah merekasebenarnya? Terngiang pula kata-kata Kahfi hari tu, “Kakak, kami lelaki sukacari pasal dengan perempuan yang kami suka”  

  Zafriel suka aku?Betul ke?

  “ Awak boleh jepanggil perempuan lain dengan nama diorang terutama girlfriend awak tu. ”,Maisarah meluahkan ketidakpuasan hatinya. Air muka juga berubah jadi mendungsikit. Kenapa lelaki ni susah sangat nak faham?!  

  “ Girlfriend mana?”,Zafriel menggaru kepalanya yang tidak gatal.

  Maisarah menjengkilmata, “ Eleh! Tak payah buat-buat tak tahu. Hari tu kat kafe. Korang bukan mainmesra lagi”

  Kat kafe? MindaZafriel cuba mengingati fakta yang dapat menolongnya mencari jawapan. Fikirpunya fikir dan ting!

  “ Ooooooooo~”, bulatmulut Zafriel. “ Maksud kau Husna?”, keningnya ternaik.

  “ Whatever her nameis!”, marah Maisarah. Dia tak sanggup mendengar Zafriel menyebut nama perempuanitu!

  Melihat reaksiMaisarah begitu, keegoan Zafriel hilang sekelip mata digantikan dengan kebahagiaanyang tak terhingga. Bibirnya menguntum senyuman nakal.

   Dengan selamba diamendekatkan diri dengan gadis itu hingga tercium bahu mereka. Maisarah malasnak tengok wajah Zafriel lebih rela melihat lipas berdating diatas tiang.Jantungnya yang berdegup kencang tidak dihiraukan.

  “ Cemburu ke?”,tanya Zafriel. Hatinya berlagu riang!

  Maisarah masih tidakberdetik dari posisinya. Dia mengumpul sekelumat tenaga untuk memandang mataZafriel semula.

  Wajahnya sengajadiayukan. “ Zafriel..”, fuuhh~ lemah lembut suara tu!

  “Hmm?..”

  Riak wajah Maisarahterus berubah jadi macam wajah singa nak menyerang mangsanya. Dengan pantaskaki kanan Zafriel dipijak dengan kuat.

  “Ouuuwww!!!!” ,terduduk lelaki itu mengerang kesakitan.

  “ What.. was thatfor?!”, Dahinya berkerut. Tanga kanannya memicit kaki yang jadi mangsa. Pedihsekali serangan Maisarah. Tidak dia menyangka dalam perasaan ingin menyulamkasih ada bala menantinya! Nampak je manis tapi perangai macam naga!

   Maisarah apa lagi,sudah bersedia nak lari namun lengan tangannya sempat digenggam Zafriel. Diaterperangkap!

  “ Lepaskan saya!”,Maisarah cuba meloloskan diri.

  “  Berani kau perempuan! Sakit tahu tak?!”

  “ Padan muka!Lepaskan!”, Maisarah berusaha sekuat tenaga nak melepaskan tangannya tapiapalah daya tenaga perempuan tak dapat menandingi tenaga lelaki. Tambahan lagini Zafriel, makin lah lemah semangatnya.

  “ You won’t get awaywith this!”, Zafriel cuba menahannya. Minda Maisarah berkerja. “ Kalau aku takdapat challenge tenaga dia then I can do this!”

  Jari jemari Maisarahdengan lajunya menggeletek pinggang Zafriel membuatkan lelaki itu mengeliatkegelian. Maka dengan itu terlepaslah genggaman Zafriel.

  Maisarah bolos! Sempatlagi dia menjelir lidah pada Zafriel. Dalam hati sebenarnya dia merasa belasmelihat Zafriel begitu tapi mengenangkan sakit hatinya, perasaan aneh itudiketepikan.

  “ Perempuan! Woi!Perempuan! Tak guna! ”, Zafriel cuba mengejarnya tapi kesakitan dikakimenghalang. Terus tak lancar langkahnya. Cis!  

  Maisarah hilang daripandangan. Wajah bengisnya terus hilang menjadi senyum semula. Walau kaki baruhabis dipijak, susah berjalan dan sakitnya mengalahkan pijakan seekor gajah,dia masih mampu tersenyum. Hatinya yang sugul kembali ceria. Ceria melihatMaisarah marah, melenting dan paling istimewa sekali, cemburu..

  Setelah sekian lama,rindunya terubat. Terubat oleh seorang perempuan gila bernama Maisarah! 

Previous: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Stars Juliet