Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 73A

RIUHRENDAH rumah Dato Faris dengan penghuninya. Walaupun yang ada disitu hanyakeluarganya dan besan tapi cukup membuatkan suasana rasa meriah. Majlisperkahwinan Emel dan Zirah akan berlangsung seminggu lagi. Tapi oleh keranaketerujaan Zirah dan Emel, mereka mahu ramai-ramai siapkan apa yang perlu. Takada sikit pun yang diupah untuk menyiapkan hantaran dan perkara lain.

            “Bunga ni kalau kita guna pelepahkelapa jadi daun, unik jugak kan dinda?” Irwan mula menyibukkan diri mengacauAnis membuat bunga telur.

            Anis mendengus geram. Mamat sorangni lah kalau tak mengacau, tak sah! “Kenapa tak cakap suruh guna batang pokokkelapa je? Sibuk je, dah main jauh-jauh.”

            “Ish, garangnya singai ni. Kacau MakEsah lah. Buat apa tu dik Non!” Sergah Irwan kepada Mak Esah yang sedang ralitmelilit reben disekeliling kotak.

            “Omak den main reben belit-belit!”Latah Mak Esah sambil membelitkan reben tersebut ketelinga Irwan. Ambik kau,nak sangat sergah Mak Esah.

            Ketawa semuanya melihat Irwan yangterkapai-kapai itu. Habis satu kepala aku dililit Mak Esah ni. Ni memangbetul-betul melatah ni.

            Zirah yang sedang menggamkan bungapada lidi itu dihampiri oleh Emel. “Nak milo.” Rengek Emel.

            Zirah terpinga-pinga. Namun bilaternampak Emel disebelahnya sambil buat muka seposen setengah itu membuatkanZirah tersenyum. Comelnya Emel buat muka macam ni. Alolorh!

            “Sayang nak Milo eh? Jom.” Akumenarik lengan Emel menuju ke dapur.

            Emel duduk diatas meja itu sambilmelihat Zirah rancak membancuh Milo. Wajah isterinya itu 24 jam ceria dantersenyum. Tak dapat dibayangkan kalau Zirah tahu perkara itu. Agaknya,senyuman indah itu mesti tak kelihatan lagi.

            “Dah siap.” Zirah menyerahkan botolsusu milik Adam kepada Emel.

            Terkebil-kebil kelopak mata Emelmelihat botol susu tersebut yang penuh dengan air Milo. Mahunya orang-orang katruang tamu tu nanti gelak tertonggeng-tonggeng kalau tengok aku minum Milodalam botol susu Adam. “Sayang nak suruh abang minum guna ni?”

            Hampir mengekeh Zirah ketawadibuatnya. “Tak adalah, ini untuk Adam lah.” Dia menghulurkan mug berisi airMilo. Botol susu tadi diambil dan diberikan kepada Mak Ngah yang kebertulanmahu membuat susu untuk Adam.

            Aku kembali duduk dikerusi sambilmenemani Emel minum Milo. Aku menongkat dagu dipehanya. Mendongak sambil memandangwajah lelaki tu yang ralit minum Milo.

 Sejak duamenjak ni, selalu sangat aku nampak Emel kelihatan lain dan pelik. Wajah lelakiitu pun nampak pucat. Lepas solat maghrib tadi, Emel sambung balik berbaring.Katanya dia penat.

            Kekerapan Emel ke bilik air punbuatkan aku terfikir, dia sakit apa? Keracunan makanan ke? Kalau keracunanmakanan, tak akan berlanjutan selama hampir berbulan-bulan? Boleh dikatakan,dalam sehari empat kali dia berulang alik. Ada kalanya sampai sepuluh kalisehari. Dia memang sentiasa buat biasa dihadapan aku, seolah-olah dia takpernah sakit. Namun aku tahu, dia sedang menahan sakit. Tapi pengakit apa, akutak tahu! Dia tak pernah cerita kat aku.

 “Abang, sakitlagi ke perut tu?” Aku mengusap perutnya. Semalam Emel tak tidur menahan sakitdiperutnya. Setelah makan ubat, barulah dia tidur.

            Emel hampir tersedak. Dia memandangwajah isterinya sambil tersenyum. Dicapai tangan mulus isterinya itu dandigenggam erat. “Tak. Sorry, semalamsusahkan Zirah.”

            “Abang ni, Zirah ketuk dengan lesungbatu karang baru tahu. Zirah tak pernah rasa susah kalau untuk abang tau. Zirahsayang sangat dengan abang. Bila Zirah tengok abang tahan sakit semalam, rasanak menangis je. Zirah takut kalau abang tinggalkan Zirah.” Bergenang air mataZirah.

            Emel tersentak. Perlahan dia bangundari duduk dan memeluk erat isterinya. “Zirah jangan cakap macam tu. Andai kataabang tak ada satu hari nanti, Zirah kena kuat. Ingat Allah sentiasa bersamakita.” Balas Emel hampir sebak.

Previous: KEJUP 3
Next: Bab 73B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.