Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 38

"Kita ni sebenarnya dulu kena letakkan sasaran untuk suami kita. Bukanlah akak menyesal, tapi kadang-kadang ada juga rasa tu. Sepatutnya kita kena cari lelaki yang banyak kelebihan.."

Iman Melina yang sejak dari tadi sibuk melayan karenah 2 orang anak lelakinya bersuara. Ketika itu Iman dan Irdina sedang berada di dapur.

"Dina pernah ada..kawan lelaki..yang baik, yang banyak kelebihan tapi nak buat camana.." 

Irdina terhenti seketika. Dia teringatkan Hariz. Hariz hanya menganggapnya kawan biasa sahaja, tak lebih dari itu. Kenyataan itu Irdina tahu tapi di depan Imanina, Irdina cuba menyembunyikan kenyataan itu.

"Dah dia tak mahu kat kau apa boleh buat.."

"Fuh, pedas ayat kau kak!" Desis hati Irdina.

"Dia tak cakap pun dia tak nak, kami memang jarang keluar berdua tapi sebab dia busy dengan study dia, dengan kerja part time dia.." 

Hatinya sedikit terguris dengan kata-kata Imanina.

"Orang ni, kalau dia nak, dia akan usaha..kalau dia tak usaha, maksudnya dia tak nak lah." Sambung Imanina lagi.

Bukan untuk menambahkan rasa sakit Irdina tapi bagi Imanina itulah lumrah kehidupan. Dia tidak pernah bersemuka dengan lelaki idaman adiknya itu tetapi nama itu selalu disebut adiknya beberapa tahun lepas.

"Umi, Umi..abang nak kencing.." 

Arian anak Iman yang sulung tiba-tiba mengganggu perbualan mereka.

"Ok, ok..mari Umi bawak ke tandas."

Irdina mengeluh panjang. Itu cerita beberapa tahun lepas. Tapi sentiasa terngiang-ngiang di telinga nya sehingga kini. Bukan sahaja Iman yang selalu mengata Irdina bertepuk sebelah tangan, malah rakan-rakan Irdina semasa di universiti juga. Walau hati Irdina rasa sakit dan pedih, pada ketika itu dia masih ingin menanti. Menanti kalau-kalau Hariz berpaling semula memandangnya..

Kini..Hariz telah kembali. Kembali dengan wajah yang sama. Apa yang membezakan Hariz yang dulu dengan yang sekarang ialah dari segi layanan Hariz terhadapnya. Jika dulu, dia yang tergila-gilakan lelaki itu. Dia yang umpama perigi mencari timba. Tapi sekarang, timba pula yang mencari perigi. Padanlah muka kau Hariz! Hahahaha! Irdina mencebik bibir.

Irdina teringat Hariz lagi. Sudah dua kali Hariz melamarnya dan dua kali juga Irdina menyatakan belum bersedia. Sehingga Hariz pernah menuduhnya ada lelaki lain. Ah, Hariz! Suka bersangka buruk, dengan anak saudara sendiri pun pernah dia cemburu...


Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee