Pandanganku tidak berkalih. Ya Allah, kenapa aku bersetuju untuk menjayakan rancangan ini sedangkan terang lagi bersuluh ia bakal menghancurkan saki-baki hidupku ? Buat seketika aku terpempan. Dia yang suatu masa dulu sering menayangkan senyuman kini bertukar muram, terpaksa dan tidak rela. Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh mengatakan 'ya' untuk rancangan sampah ini. Maksud aku, perkahwinan sampah yang boleh aku simpulkan hanya di atas kertas. Memikirkan apa yang bakal berlaku pada masa akan datang cukup membuatkan bulu romaku meremang. Arghh, berikan aku kekuatan. Kekuatan yang luar biasa agar aku mampu menjalani kehidupan sebagai seorang isteri biarpun sekadar di atas kertas bersama dia. Siapakah dia ? Tidak lain tidak bukan si juruterbang kacak, Khan Fadzil !
"Aku terima nikahnya Nur Shakirah binti Abdul Rashid dengan mas kahwin sebanyak RM300 tunai", dengan sekali lafaz, kini aku telah sah bergelar isteri kepada Khan Fadzil. Lelaki yang dulu aku anggap sebagai idola. Aku sendiri bagaikan tidak percaya. Ternyata angan-angan mat jenin menjadi nyata. Haih, apalah episod-episod yang bakal kami lalui ? Adakah aku mampu bertahan ? Entahlah.
"Eh, Shakirah ! Tu tu tu.. salamlah suami kamu. Nak tangkap gambar ni", kata Aunty Rose sambil menolak aku untuk menerima huluran tangan lelaki itu. Aku mencuba namun tanganku tetap terus menggigil sehingga aku sendiri tidak berasa selesa. Malulah ramai tengok ! Huhu.
"Ya Allah ! Salam je lah. Kan dah halal. Tak payah risau", gigih Aunty Rose memujuk.
"Tapi saya tak biasa", satu jawapan yang cukup bodoh aku beri. Jelas kedengaran gelak-ketawa seluruh tetamu yang hadir.
"Alolo comelnya lah ai. Tak apa. Salam je. Nak tangkap gambar ni"
"Untunglah, Khan dapat isteri macam dia ni"
Setelah muka aku tebalkan, aku mengumpul sedikit tenaga untuk menerima huluran tangannya. Walaupun menggigil tetap aku biarkan. Pasti dia dapat merasai tanganku sejuk seperti mayat hidup !
"Haaaa macam tu lah", kata Aunty Rose sambil menayangkan muka ceria. Aku hanya tersengih. Malu dengan gelagat sendiri. Setelah bersalaman, kini tiba masanya untuk dia mengucup dahiku. Eyyerks. Sungguh aku tidak mahu dilihat oleh tetamu yang hadir. Aku malu !
Walaupun tidak rela dahiku dikucup oleh lelaki itu, aku hanya mampu berserah. Aku tidak mahu orang lain menganggap aku kolot dan sebagainya. Cepatlah habis ! Nak balik butik ! Nak story-mory dengan Izzah ! Huhu.
---
Aku mengikuti dia ke sana-sini. Membuntuti dia sehingga dia kejap-kejap menoleh ke belakang. Sebenarnya aku tidak petah untuk berseorangan ketika ini. Aku perlukan peneman.
"Kau ni dah kenapa ?", soal dia yang tiba-tiba sahaja berhenti lantas membuatkan aku terlanggar tubuhnya. Dia melepaskan keluhan geram. Menyampah dengan kelakuanku barangkali.
"Awak temanlah saya. Saya tak selesalah sorang-sorang"
"Kau duduk je lah dengan Aunty Rose. Tak payah nak ikut aku. Aku ada urusan kejap"
"Khan, awakkan suami saya", aku cuba untuk memegang tangannya dengan harapan dia bersetuju untuk menemaniku. Namun dia menepis sehingga membuatkan aku tersentak.
"Don't ever touch me ! I don't want to be touch by you. Kita kahwin pun sebab my mom yang beria sangat. Aku tak nak kau anggap aku macam suami kau. Cuma cover sikit depan my mom", kata dia lalu pergi meninggalkan aku seorang diri. Aku terkesima. Adakah dia terlalu membenci diriku ? Adakah kerana aku yang gedik-gedik bersetuju menghalang cinta antara dia dan Alisha dengan perkahwinan ini ? Air mataku seakan mahu mengalir namun aku tahan sedaya yang mampu.
"Adik", kedengaran suara yang halus memanggil diriku.
"Kakak !", aku menjerit dan berasa lega apabila kakak hadir ketika ini. Aku seperti ingin meluahkan segala-galanya kepada kakak. Namun lidahku terkunci dan kelu untuk memuntahkan bicara.
"Jom kita duduk di sana", kakak mengarahkan aku untuk duduk di taman mini milik Khan. Aku hanya akur.
"Adik, akak tahu apa yang adik lalui sekarang ni. Akak dah dengar tadi. Walau macam mana pun dia benci adik, adik tetap kena patuh arahan dia. Hormat dia. Kerana syurga seorang isteri itu terletak pada suami. Ingat apa akak cakap ni", kata kakak dengan lembut sambil mengusap bahuku. Air mata yang tidak dapatku tahan aku seka. Entah mengapa aku rasa seperti budak kecil. Cengeng.
"Adik takut adik tak boleh", air mataku semakin laju mengalir setelah memikirkan kebarangkalian jika aku tidak mampu. Kakak cuba menenangkan aku. Namun ketika ini aku hanya ingin menangis.
"Shutt. Diam. Macam mana adik tahu adik tak mampu ? Belum sampai satu hari lagi adik jadi isteri dia. Sabarlah dulu. Cinta ni makan masa"
"Thank you, akak"
---
"What ?! Kenapa you bodoh sangat, Khan ? You dah janji yang you akan kahwin dengan I. Kita bercinta hampir 6 tahun, Khan. Bukan 6 hari", Alisha berteriak dari dalam talian. Ternyata gadis itu terkejut dan kecewa apabila mendapat tahu Khan telah bergelar suami kepada perempuan yang dia sendiri tidak tahu siapa.
"Sayang, I terpaksa. Mommy I dahlah hidap kanser. I tak nak burukkan keadaan dia. So I setuju je lah dengan kehendak dia. You know what I mean, right ?", Khan cuba memberitahu perkara sebenar agar kekasihnya tidak menganggap dia sebagai seorang lelaki yang curang dan tidak berpegang pada janji.
"Tapi takkanlah you senang-senang je terima ? Ramai orang dah tahu pasal hubungan kita. Mana I nak letak muka kalau mereka tahu yang you dah jadi suami orang lain ?"
"Sayang, please. Kita boleh je bercinta macam biasa sebab I memang tak suka dengan dia. You jangan risau. Sampai waktu yang tepat, I akan ceraikan dia"
"Pegang kata-kata you, Khan. I tak suka dengar you kata janji tapi kosong semata !", bentak gadis itu lalu memutuskan talian.
"Oh, damn !", Khan mendengus. Kepalanya berdenyut-denyut. Kusut memikirkan perihal hubungannya bersama Alisha. Sungguh dia menyesal kerana meninggalkan gadis itu. Gadis yang dicintainya sepenuh hati. Dia masih ingat lagi cinta mereka bermula di Nanjing, China saat dia dan Alisha ditugaskan dalam penerbangan yang sama. Alisha merupakan seorang pramugari Malaysia Airlines yang cukup peramah. Wajahnya yang menawan mampu menambat hati mana-mana lelaki sahaja. Buat seketika Khan rasa bertuah namun rasa bertuahnya tidak lama tatkala dia perlu berkahwin dengan seorang gadis biasa. Gadis yang dahulunya tersengih-sengih meminta autograf sambil menghulurkan beberapa paket coklat cadbury. Bukan dia tidak kenal Shakirah. Seketul donat yang meminati dunia penerbangan sehingga sanggup pergi ke lapangan terbang untuk meminta autograf serta gambar bersama juruterbang. Biarpun begitu, dia masih tidak berasa gembira apabila terpaksa berkahwin dengan gadis itu tanpa mengenali hati budinya. Namun, apakan daya ? Nasi sudah menjadi bubur. Redha je lah.
---
Ruang tamu yang luas aku tengok dengan penuh rasa teruja. 'Cantiknya rumah dia !' Set televisyen yang dilekat pada dinding, set sofa yang mewah dan meja kaca yang cantik cukup membuatkan aku terpesona seketika. Semuanya serba mewah ! Keghairahanku melihat ruang sekeliling terganggu apabila mendengar bunyi tapak kaki seseorang berjalan ke arahku.
"Shakirah, mana Khan ? Mommy tak nampak dia pun", ibu mertuaku menegur. Entah mengapa aku rasa peluh dingin mula membasahi dahi. Apa aku nak jawab ? Takkan nak kata yang dia tidak mahu aku sebagai isteri ? No no no ! Jangan bunuh diri, Shakirah ! Stay focus as always !
"Tadi dia kata nak pergi toilet. Dia tak ada dekat toilet ke mommy ?", pantas sahaja aku menjawab sambil menayangkan muka penuh keyakinan. Mommy mengerutkan dahi.
"But mommy baru je keluar dari toilet"
"Eh ?", aku hanya membalas sepatah. Sungguh aku kehilangan kata-kata. Janganlah kantoi aku menipu.
"Pergi tengok dekat bilik dia. Cakap dengan dia, turun bawah kejap. Mommy ada benda nak bincang dengan korang"
"Kejap eh mommy", aku terus mendaki tangga menuju ke atas kerana aku tidak ingin memanjangkan lagi perbualan antara aku dan mommy. Jika tidak dihentikan, pasti tembelangku bakal pecah kerana aku tidak dikurniakan bakat untuk menipu. Ececeh.
Aku berhenti betul-betul di hadapan bilik lelaki yang bergelar suamiku. Okay. This is weird. Should I do this ? Aku memulas tombol perlahan-lahan dan apabila aku berjaya menyeludup masuk ...
"Allah !", aku menjerit ketakutan apabila kaki aku terpijak permukaan lantai yang licin.
Namun, tiba-tiba aku merasakan yang badanku langsung tidak mencecah lantai. Jantungku semakin berdebar. Aku mengambil keputusan untuk membuka mata perlahan-lahan. Dan ya ini sangat mengejutkanku sehingga boleh membuatkan jantungku seperti ingin gugur. Rupa-rupanya Khan pantas menyambut tubuh kecilku. Menyedari dia sedang memakai tuala, cukup membuatkan aku rasa malu. Lagi-lagi dengan posisi aku di dalam dakapannya. Buat beberapa saat, kami bertentangan mata. Dia ternyata tidak berkelip merenung sepasang mata milikku.
Ya Allah, apa perasaan yang aku alami saat ini ? Kenapa jantung aku berdebar hebat ? Kenapa Ya Allah ?
"Sorry", aku cepat-cepat bangun lalu menapak semula ke arah pintu.
"Kenapa kau masuk bilik aku ?", dia menghampiriku. Semakin lama, aku semakin merapati dinding. Dia menolak aku sehingga aku akhirnya tersandar pada dinding. Jari-jemarinya pantas bermain-main dengan rambutku. Aku dapat merasakan hembusan nafasnya ketika ini. Bulu romaku meremang. Ya Allah, takutnya ! Keluarkan aku dari neraka ini !
"Gatal eh ?", kata-katanya cukup memualkan aku. Eleh ! Tak heran lah weh.
"Sorry sikit. Mommy panggil awak turun. Ada benda dia nak bincang dengan kita", aku menolak tubuhnya dengan saki-baki tenaga yang ada. Aku cuma mahu keluar segera. Malu !
"Alah kalau dah gatal tu cakap je lah. Perempuan macam kau ni senang macam ABC", kata Khan sambil berjalan menuju ke almari pakaiannya. Aku hanya melihat gerak-geri lelaki itu. Dalam fikiranku, seperti ingin cekik sahaja. Sesuka hati melabel aku seorang yang mudah ? Nanti kau ! Kita baru nak start game.
"Kau tengok apa ? Keluarlah", lamunanku terhenti apabila gelagatku disedari oleh Khan. Ya Allah, malunya !
"Aihhh"
---
"Mommy nak bincang apa ? Macam serius je", Khan memulakan bicara sambil mengambil tempat duduk di sebelahku. Sofa mewah ini semestinya boleh dijadikan katil kerana keselesaannya dan kegebuannya sangat luar biasa. Aku hanya diam menanti balasan mommy.
"Khan.. Khan satu-satunya anak mommy yang dah kahwin sekarang. Boleh tak kalau mommy nak cucu cepat ? Adik lambat lagi", mata mommy ditumpukan ke arah anak mata Khan, kemudian beralih kepada aku berulang-kali.
Adoi, lain macam ni ! Nak cucu pulak ? Tang mana cucunya kalau anak mommy tu tak sukakan saya ? Kelakar pun ada. Ya Tuhan. Apa semua ni ?
Khan tidak memberi sebarang reaksi sebaliknya meliar melihat sekeliling. Tidak mahu bertentangan mata dengan mommy barangkali.
"Eh, boleh ke tidak ? Mommy teringin sangat Khan. Kawan-kawan mommy semua dah ada cucu. Hari-hari main dengan cucu. Mommy pun nak juga macam tu", nada mommy lebih kepada memujuk. Ceh, kalaulah anak mommy yang bertuah ni nak terima dengan hati terbuka. Kalau aku pun, aku tak nak mengandungkan anak dia kalau dia tak cintakan aku. Hahaha.
"Mommy, Khan bukan tak nak tapi kitorang baru je kahwin. Nak puas hidup berdua dulu", Khan membalas, berharap mommy mengerti.
Aku yang mendengar rasa ingin tergelak. Ingin puas hidup berdua ? Ya Allah ! Pandai betul suami aku ni mengelak. Eleh, macam aku tak tahu yang dia tak sukakan aku. Tapi depan mommy kan. Ultraman, sedia untuk bertukar ! Hiyak !
"Alah, itu pendapat Khan. Cuba tanya Shakirah. Mana tahu dia pun nak baby awal", kata-kata ibu terus mematikan senyumku. Waduh, kenapa tiba-tiba nama aku naik ni ?
"Haa, sayang. Sayang nak baby awal ke kemudian ?", tanya Khan dengan lembut sambil mengusap tanganku.
What ?! Dia panggil aku sayang ?
"Sha tak kisah. Terpulang pada abanglah. I'm fine", aku membalas pendek. Tidak mahu memanjangkan cerita. Segan dengan kelakuan suami sendiri.
"Haa, mommy. Tengoklah. Kalau ada rezeki, ada lah"
"Khan ni. Mommy betul-betul serious ni"
"Insya-Allah, mommy. Khan tak janji"
---
Aku dan Khan mendaki tangga menuju ke bilik tidur. Dia pantas sahaja baring di atas katil. Aku pula masih bingung sama ada mahu tidur bersama dia ataupun tidak.
"Khan, saya nak tidur mana ?", aku menyoal sambil melihat dia baring di atas katil. Mata dia terpejam rapat. Soalanku diendahkan.
"Khan, saya nak tidur mana ni ?"
"Ish, kau ni ! Tidur je lah kat mana-mana", bentak dia dengan nada geram.
"Okay, fine !", aku laju sahaja mencapai bantal di atas katil lalu baring di atas sofa. Muka aku tutup dengan selimut. Air mata yang bertakung kini laju berjujuran. Sungguh Ya Allah aku tersinggung dengan nada tinggi dia tadi. Sedangkan ayah aku sendiri pun tidak pernah memarahi aku seperti itu tetapi dia, suami aku, mampu meninggikan suara tanpa mengira perasaan orang lain.
---
"Nanti elok-elok kat rumah baharu ya ? Jaga Shakirah ni baik-baik", mommy memberi sedikit nasihat buat kami berdua sebelum bertolak ke kondominium Swiss Garden di Bukit Bintang.
Hal ini lagi membuatkan aku kecewa. Kerana terpaksa tinggal berdua bersama dia.
Kami memulakan perjalanan dengan menaiki kereta BMW milik Khan Fadzil. Selama 15 minit perjalanan, kami hanya ditemani bunyi radio. Lawak yang disampaikan pun hambar. Membuatkan hari aku muram. Lagi-lagi bila bersama dia.
"Esok aku fly ke Nanjing. Balik ni nanti kau tolong iron kan baju aku", dia memulakan bicara apabila kereta kami berhenti disebabkan lampu merah.
"Okay", aku membalas sepatah. Entah mengapa kereta lalu-lalang lebih menarik perhatianku.
"Kau tahu masakkan ?"
Ya Allah ! Apa punya soalan ni ? Nasib baik aku tahu. Sekurang-kurangnya kenyang kau jugak bila kahwin dengan aku. Ececeh.
"Mestilah saya tahu"
"Such a relief", selamba sahaja dia berkata begitu. Aku hanya diam tidak membalas. Menyampah !
"By the way, kau tak rasa bertuah ke kahwin dengan aku ? Dulu kau minat aku kan ? Siap DM tanya macam-macam pasal pilot. Tengok-tengok sekarang dah jadi isteri aku", nadanya kedengaran seperti menjengkelkan. Kau perli aku ke ?
"Kapten Khan Fadzil, dulu saya minat awak sebab awak pilot. Lagi pun saya ni memang aviation lover"
"Eleh, kau. Dulu bersemangat minta tandatangan aku kat KLIA", kata-katanya diiringi ketawa.
"Khan, stop ! It's not funny okay !"
"Kau malu ke ?"
"Malas nak layan awak"
"Hahaha", tawanya masih tidak berhenti malah semakin galak apabila aku menayangkan muka cemberut. Dalam kata benci, aku rasa gembira juga apabila dapat melihat dia ketawa mengimbas kenangan antara kami. Entah mengapa aku rasa tidak betah. Malu ? Suka ? Sayang ? Tak tahulah.
---
Wow !
Itu sahaja yang keluar dari mulutku sebaik sahaja menapak masuk di dalam kondominium mewah itu. Pandai Khan pilih ! Memang type aku ! Cat di dinding yang berwarna coklat pekat menjadikan rumah ini kelihatan redup. Barang perhiasan moden menyerlahkan lagi dekorasi menarik.
Khan tidak mengendahkan aku lalu terus sahaja menuju ke dapur. Aku mengikuti langkahnya.
"Kalau kau nak makan ke masak ke, aku dah suruh maid aku beli. So, semua dah ada dalam peti ais ni. And ya, kalau kau nak makan biskut or air milo, ambil dalam almari ni", dia menerangkan serba-sedikit tentang barang-barang yang mungkin aku perlukan. Hah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aku masih terpegun melihat seni deko rumah ini. Pendek kata, setiap sudut aku ternganga. Cantik sangat !
"Cantiknya rumah awak, Khan", kata-kata yang meniti di bibirku mengundang tawanya.
"Of course lah cantikkan ? Rumah ni dah bertahun aku beli tapi aku tak duduk sangat. Yelah, mommy duduk sorang-sorang je", terangnya sambil menutup pintu peti ais. Aku sekadar memerhati. Masih kagum dengan dia.
"Oh ya, by the way, aku dah sediakan bilik untuk kau", laju sahaja dia berjalan ke arah bilik tidur kecil di sebelah sebuah bilik tidur bersaiz besar. Sungguh aku tidak kisah, asalkan aku tidak tidur bersama dia.
"So, jangan harap dapat tidur dengan aku sebab ..."
"Cuz you don't wanna be touch by me. Saya ingat apa yang awak cakap kat rumah mommy and I don't even care", aku memotong kata-katanya. Dia hanya diam. Malas mahu bergaduh agaknya. Sekarang ini aku hanya mahu rehat. Rehat yang secukupnya sebelum memulakan tugas biasa sebagai seorang isteri. Ececeh. Berkobar pula semangat !
[SILA TINGGALKAN KOMEN :) SAYANG KORANG FOREVER ]