“Uncletu, kan kita dah janji nak tengok kapal terbang sama-sama lagi, kan mama?”Khaliesya mula beraksi teruja, mula mengingati janjinya.
“Yap,mama tahu, Esya nak pergi tak?”
“Nakla mama, jom la, nanti uncle tutunggu lama.” Khaliesya mula bangun, patung Barbienya ditinggalkan di atasbuaian.
“Kejapya, mama pergi pakai tudung, Esya tunggu dekat sini ek.” Sarah turut bangun,senyumannya mula terukir di bibir, tetapi kenapa aku yang over senyum sangat ni? Macam aku je yang beria nak pergi jumpa dia.
Ah,bukan beria nak jumpa, aku pergi ada sebab, mana tahu aku boleh siasat serbasedikit pasal hubungan dia dengan Khalil. Dia melangkah kebiliknya di ruangatas, selendangnya yang senada dengan baju kurung cottonnya dicapai laludipakai. Setelah berpuas hati dengan penampilannya itu barulah dia keluarmendapatkan Khaliesya di beranda.
“JomEsya.” Tangan Khaliesya dicapai.
“Esyamasuk dalam kereta dulu, mama nak jumpa dengan Asyu kejap.” Sarah melangkah kearah adiknya yang seronok bercerita itu, kunci rumah dihulurkan.
“KakSarah nak pergi mana?” Farah bertanya dengan reaksi terkejut.
“Jumpakawan kejap, jaga rumah ek.” Sarah pergi meninggalkan Farah, dia menghampiripintu kereta lalu dibuka.
“Jommama.” Khaliesya bersuara ceria, sudah tidak sabar untuk pergi.
Sarahsenyum, enjin kereta mula dihidupkan. Beberapa saat kemudian Proton Saga milikayahnya itu mula bergerak, meninggalkan Farah dan sepupu-sepupunya yangmelambai mesra ke arah Khaliesya.
Keretanya diberhentikan ditempat biasa,jam di pergelangan tangan mula direnung. Dia awal sepuluh minit, mungkin Ishrafbelum sampai lagi, kelibat lelaki itu masih belum kelihatan. Khaliesya mulamelangkah keluar, pintu kereta ditolak perlahan, senyuman mula terukir di bibirapabila matanya melihat kapal terbang yang berada di depan bangunan.
Sarahturut melangkah keluar, kakinya diatur ke arah Khaliesya sambil matanya menolehkiri dan kanan. Dia mula berdiri di sisi Khaliesya, selendang yang beralun ditiupangin petang dibetulkan. Dia menyandar di kereta sambil memeluk tubuh.
“Hai.”
Khaliesyadan Sarah menoleh serentak, Khaliesya tersenyum ceria manakala Sarah telan liur.Entah kenapa setiap kali wajah itu muncul didepannya pasti dia kaget, reaksinyacuba dikawal, senyuman dihulurkan walaupun tidak seceria Khaliesya.
“Dahlama tunggu?” Ishraf turut senyum, menampakkan lesung pipitnya di pipi.
“Baruje uncle, tengok tu uncle, dia dah nak terbang.” Tangannyamula ditunjukkan ke arah kapal terbang yang masih kaku di situ.
Ishrafmengambil tempat di sebelah Khaliesya, jam tangannya ditoleh, pasti kapalterbang itu akan berlepas pada pukul enam lima puluh lima minit ke KualaLumpur, jadual penerbangan sudah dihafal, senang untuk memberi jawapan jika Khaliesyabertanyakan soalan nanti.
Sarahberdehem perlahan, tekaknya terasa kering. Dia cuba untuk bersuara, tetapimacam tersekat sahaja di kerongkong.
“Sorry kalau saya menyusahkan awak.”
Sarahmenoleh bila suara itu kedengaran, dia telan liur apabila wajah itumemandangnya.
“Apaawak cakap?” Sarah bersuara juga akhirnya, telinganya tadi tidak dapatmenangkap sepenuhnya ayat yang dikatakan oleh Ishraf.
“Maafkalau saya susahkan awak, hari raya macam ni sepatutnya awak duduk dekat rumahje, tapi terpaksa bawa Khaliesya ke sini.” Ishraf senyum, matanya masihmemandang ke arah Sarah.
“Takmenyusahkan pun.” Sarah menjawab ringkas, dia telan liur lagi. Berkira-kirauntuk mengeluarkan soalan yang sentiasa ada di mindanya.
“Meriahkan raya haji dekat Kelantan.” Ishraf kembali memandang ke arah kapal terbang.
“Meriahla dari KL.” Sarah senyum, semua orang berkata begitu. Tetapi baginya biasa sahaja,sama seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
“Awakbuat apa dekat sini, maksud saya dekat Kelantan?” Sarah beranikan diri untukbertanya, rasanya Kak Sya tidak pernah cakap pun Khalil berasal dari Kelantan.
Ishrafmenoleh semula memandang Sarah, membalas pandangan itu sesaat sebelum Sarahmengalihkan wajahnya.
“Balikkampung.” Ishraf menjawab dengan senyuman.
“Balikkampung?” Sarah mula bereaksi terkejut, mukanya memandang semula ke arah Ishrafyang bersahaja menyandar di keretanya.
“Yap,balik beraya di kampung.” Ishraf mengulangi jawapannya.
Sarahmula diam berfikir, Ishraf ada kampung dekat Kelantan. Maknanya dia berasaldari Kelantan. Tetapi menurut Kak Sya, Khalil berasal dari KL, dan tidak pernahmenjejakkan kaki ke negeri itu. Semua maklumat yang ada dimindanya muladiingati semula. Aduh, aku ni dah betul-betul salah orang ke.
“Yake? Kampung belah mak ke? Ke belah ayah?” Sarah bertanya, ingin mendapatkansedikit maklumat lagi,sudah tidak sabar untuk merungkai segala pertanyaan dimindanya. Mana tahu Khalil ada keturunan dari Kelantan yang tidak diceritakanoleh Kak Sya.
“Kampungmak dan ayah angkat.”
“Kampungmak dan ayah angkat?” Sarah diam seketika, mindanya mula membuat pelbagaiandaian.
“Yap,mak dan ayah angkat saya.” Ishraf mula selesa berbual dengan Sarah, diabukannya jenis yang mudah ramah dan bercerita itu dan ini, tetapi lain pulaapabila dengan Sarah.
“Uncle, dia dah gerak.” Khaliesyamencelah perbualan mereka, kini mata mereka mula memandang ke arah kapalterbang yang bergerak di landasan.
“Yangni nak pergi mana?” Khaliesya bertanya soalan yang sama setiap kali berada disitu.
“Yangni nak balik KL.” Ishraf memberi jawapan pasti.
“O….”Khaliesya mengangguk faham, berpuas hati bila Ishraf memberi jawapan kepadanya.
“Bye bye…” Khaliesya melambai teruja,kapal terbang sudah mula meninggalkan mereka.
“Dulusaya belajar dekat sini.” Ishraf menyambung ceritanya apabila semua sudah diam,Khaliesya juga sudah menyandar di kereta, mungkin sudah penat berdiri.
Sarahmula tekun mendengar, mungkin cerita ini yang akan memberi jawapan yang pastikepadanya.
“Kalausaya cuti saya akan ke rumah mereka dan bila saya nak hilangkan stress saya akan berada di sini.” Ishrafmembelai anak rambut Khaliesya yang berdiri di sebelahnya.
“Macammana boleh kenal mereka?” Sarah mengambil peluang untuk bertanya.
“Masasaya mula-mula datang dekat sini, ayah angkat saya yang hantar saya ke tempatsaya belajar dekat sana, dia seorang pemandu teksi.” Ishraf mula mengingatitentang masa lampaunya. Kali pertama dia sampai di negeri itu, dia hanyaberseorangan, mama dan papa tidak menemaninya. Dia tidak kisah itu semua, janjidia dapat mencapai cita-citanya.
Pertama kali diabertegur sapa dengan lelaki itu adalah apabila dia bertanyakan tempat yangbakal ditujunya kepada pak cik tersebut berdasarkan alamat yang ditunjukkankepada pak cik itu. Dengan ramah pak cik itu memberi pertolongan, siapmenawarkan diri untuk menghantarnya.
Pak cik itulah yangmenghantarnya sehingga ke bangunan Asia Pacific Flight Training. Bayaran tambangteksi yang dihulurkan juga ditolak kerana tempat yang ingin dituju terlaludekat dengan airport, katanya diahanya menolong, tidak luak pun minyak keretanya jika dia menghantar Ishraf kesitu. Katanya dia kesian untuk membiarkan Ishraf berjalan kaki ke bangunan APFTdengan begnya yang agak besar itu.Budi baik ayah angkatnya itu akan dikenangsampai bila-bila.
“O….”Sarah angguk faham.
“Diaselalu nampak saya berdiri dekat sini, suatu hari dia datang menegur dan kamimula mengenali, lepas tu dia bawa saya kerumahnya.” Ishraf menambah tanpadipinta. Sudah lama sebenarnya dia tidak menjenguk mereka, ayah angkatnya kinisudah tidak membawa teksi lagi, sudah tidak larat katanya, lebih suka menguruskankebun dan menjual hasilnya di pekan, mak angkatnya juga bekerja, mengambil upahmenjahit baju. Anak-anak mereka masih bersekolah.
“Baikkeluarganya.” Ishraf tunduk, dia selalu membandingkan keluarganya sendiridengan keluarga angkatnya. Mereka hidup sederhana tetapi mereka gembira,keluarganya hidup mewah tetapi ada sahaja yang tidak kena. Keluarga angkatnyasaling berkongsi cerita itu dan ini tetapi keluarganya sendiri membiarkan diamembawa diri.
“Selaluke balik ke sini?” Suara Sarah mengembalikan Ishraf ke alam nyata.
“Dahlama tak balik sebenarnya, dalam setahun.” Ishraf berterus-terang. Tetapi kaliini dia sudah berjanji dari awal lagi dengan ayah dan mak angkatnya, inginberaya bersama-sama mereka dan menjalankan ibadah korban di sini.
Sarahangguk, keluarga angkat sahaja. Ingatkan keluarga betul. Lega apabila ceritaitu didengari dari mulut Ishraf.
“O…bila nak balik KL?”
“Malamni, flight pukul8.55 ”
Sarahangguk lagi, mindanya mula merangka soalan-soalan bernas untuk ditanyakankepada Ishraf, tetapi dia tidak tahu macam mana untuk memulakannya. Segala ayatmula disusun, agar dirinya tidak nampak hendak menyibuk atau bertanyakan halyang bukan-bukan.
“Mama,jom la balik, kapal terbang dah pergi dah kan.” Baru sahaja mulutnya ingindibuka, Khaliesya sudah mencelah laju.
“Hmm….Esya penat ke?” Sarah gigit bibir, aku baru je nak bertanya, dah tak jadi, takkan nak suruh Khaliesya tunggu sekejap kut, nanti nampak sangat aku yang nakberbual dengan dia.
“KakiEsya dah sakit mama.” Khaliesya menjawab manja.
“Okay, jom la kita balik, lagipun dahlewat ni.” Sarah mengalah juga, Khaliesya lebih diutamakan berbanding dengansoalannya itu.
“Bilabalik KL?” Ishraf bertanya bila Sarah sudah memimpin tangan Khaliesya.
“Esokmalam.”
“Flight?” Ishraf bertanya lagi.
“Yap.”Sarah angguk, pintu dibuka untuk Khaliesya.
“Pukulberapa?”
“9.55malam.” Sarah senyum, banyak pula tanya kali ini, dulu masa jumpa dekat kafemacam takde suara, asyik kawan dia je yang bercakap.
“Sayabalik dulu.” Sarah mula meminta diri.
“Sayatunggu awak esok, dekat depan balai ketibaan.”
Sarahmula berdebar mendengar ayat yang baru sahaja dikatakan oleh Ishraf, Khaliesyayang masih berdiri dipintu kereta dibiarkan di situ, dia berjalan ke arah pintupemandu dengan perasaan serba tidak kena, dia nak tunggu aku?
“Jumpaesok.” Ishraf senyum.
Sarahdiam tanpa reaksi, dan akhirnya dia mengangguk setuju.
“Bye uncle, jumpa esok.” Khaliesya masukke dalam kereta sambil tangannya melambai mesra.
“Awak datang denganapa?” Sarah bertanya apabila dia mula menyedari bahawa hanya keretanya sahajaberada di situ.
“Ayahangkat saya.” Ishraf menunjukkan ke arah kereta yang agak jauh di belakangkereta Sarah yang masih menunggunya.
“La…ya ke, kesian dia kena tunggu, saya ingat awak datang sendiri.”
“Itulah,saya dah cakap nak datang naik teksi tapi dia berkeras juga nak hantar.” Ishrafsenyum lagi, sudah diberitahu kepada ayahnya itu bahawa dia akan bertolak awalke lapangan terbang kerana ingin berjumpa kawan dahulu dan mungkin ayahnya akanbosan untuk menunggu, tetapi tetap juga dia ingin menghantar Ishraf.
“Sayabalik dulu la, kirim salam dekat ayah angkat awak tu.” Sarah turut senyum, diamula masuk ke dalam kereta, enjin dihidupkan dan dia mula membawa keretanyapergi. Khaliesya melambai mesra ke arah Ishraf sehinggalah susuk tubuh itu hilangdari pandangan.