4-Bab17

MALAM bertukar siang. Sedar-sedar dah dua hari Ayen tak balik ke rumah. Apa benda yang dia buat di hospital, Egann tidak pasti. Dia pernah ditahan wad, tetapi suasana hospital yang secara umumnya muram kepam, penuh dengan orang sakit, HO yang dimarahi MO serta pakar-pakar yang lain, bau ubat, bau kencing, raung tangis keluarga yang kesedihan, raung kesakitan pesakit yang tak cukup morfin... dan setiap hari akan berlaku kematian. Entah macammana Ayen boleh bertahan.

Bila difikirkan balik, perempuan itu pernah bekerja sebagai mortician tanpa lesen berbanding buat kerja yang lebih selamat di pejabat. Dia bukan jenis senang takut, agaknya. Tidak takut hantu, tidak takut mayat, tidak takut tengok orang mati, tidak takut tengok orang menangis bila ahli keluarga mati, tidak takut hidup bersendiri dan tidak takut dengan autoriti. Apa yang dia takut, agaknya?

Egann sedang menikmati sarapannya di meja sambil scroll Twitter bila tiba-tiba kasut terbang ke dalam rumah. Terperanjat seketika. Kepala dipanjangkan ke pintu, melihat Ayen mengheret kakinya hingga ke ruang tamu. Penat benar?

Beg tangan dilepaskan ke lantai sebelum rebah ke sofa. Egann tidak menegur, malah terus menikmati nasi gorengnya. Bunyi krrooohh... yang menyapa telinga membuatnya tersenyum kecil. Kesian. Penat benar la tu. Siapa suruh jadi doktor.

Telefon tiba-tiba berdering. Egann mengangkat kepala lagi. Dengkuran dah hilang berganti, "Hello" dalam suara yang sangat rendah dan berat. Penat macam tu pun masih ada tenaga nak angkat panggilan?

Si isteri itu dilihatnya bangun duduk dengan kepala terangguk-angguk. Selepas panggilan dimatikan, dia mengeluh berat.

"Care to share?"

Ayen menoleh lipat maut. Terkejut beruk. "Egann? Dah berapa lama kau kat situ?"

"Sejak sejam tadi."

"Aku tak perasan... keturunan kau sama dengan Husna ke apa?"

Diam, sebab tak faham.

Kening digaru. "Tapi eloklah. Boleh drive aku ke hospital, tak? Aku terlalu penat nak drive sendiri..." pintanya sambil bangun berdiri. Badan dipusing-pusing, mematahkan sendi sendiri yang sengal.

"Tapi kau baru je balik."

"Nurse call. Buku log, aku tak buat."

"Buat bila kau on-call sekali lagi tak boleh ke?"

"Can't. Aku tengah dalam supervision. Aku tak boleh tinggalkan mistake walau sekali. Once is enough..." Amaran dan bebelan Doktor Taha selepas mendengar komplen dari Fatiha masih membuat telinganya panas sehingga sekarang. Tambah-tambah bila penat. Sepuluh kali ganda bahangnya.

Egann buat tak dengar. Nasi goreng dimasukan ke dalam mulut.

"Egann please... nanti aku belanja kau KFC."

Masih senyap. Buat tak dengar.

"Fine! Aku belanja kau masuk gay club kalau itu yang kau nak sangat tapi please..." Masih meminta.

Egann berkerut dahi. "Aku tak cakap aku nak kau belanja aku masuk gay club."

"No, tapi aku berjaya alihkan fokus kau dari handset kau, kan. Kau tengok apa dari tadi? Gay porn lagi?"

"Aku maklum sarkastik memang ada dalam DNA kau, tapi at least biar aku habiskan nasi goreng aku dulu."

"Makan dalam kereta je la. Aku suapkan kau dalam perjalanan." Beg tangan disangkut ke bahu dan dia mendekati meja makan. Pinggan yang masih berisi nasi goreng separuh itu dirampas, membuat kunyahan Egann terhenti dalam terkejut. Dipedulikan mata suami yang mencerlang, Ayen terus berjalan ke pintu dengan pinggan separuh penuh.

"Egann! Cepat la! Aku terlalu penat nak jadi bini penyabar!"

Si lelaki meneguk air selajunya. "Aku tak suka kau bila kau gila kerja macam ni."

"Kau pula songsang. Life is not perfect. To use your phrase, just suck it."


SCIROCCO dipandu laju hingga sekelip mata dah sampai ke hospital. Malas mencari parkir, Egann berniat menghantar Ayen betul-betul di depan pintu masuk hospital walaupun terpaksa beratur dengan kereta lain. Pada Ayen yang tertidur di kerusi sebelah, digoyangkan bahunya supaya bangun.

"Sampai dah," ujarnya sambil memandu betul-betul di depan di pintu. Air liur basi yang meleleh di pinggir bibir itu menarik perhatian. "Tak senonohnya kau ni." Hujung tudung Ayen ditarik, mengelap sisa liur basi itu.

"Emm..." Penatnya. Ayen menggeliat sepuasnya. Foyer hospital yang penuh dengan manusia, dilihat. "Kau pusing sekali lagi. Bagi aku tidur kejap..."

"Hey! Minyak kereta aku, kau nak bayar? Dah la jauh. Jem pula. Kereta pun bersusun kat belakang ni ha." Ibu jari ditunjuk.

Lubang telinga dikorek dari luar tudung. "Kau balik terus ke?"

"Of course. Kau ingat aku takda life nak tunggu kau?"

Sebal. "Fine. Nanti aku balik naik Grab."

"Untung aku dapat bini pandai." Egann terkekeh.

Pintu ditolak. Terhenti seketika, dia berkalih. "Kau prefer nak bini pandai ke bini solehah?"

Terperanjat lagi si lelaki. Perempuan ini rambang benar sifatnya semasa otak tengah mabuk dek penat. "Aku ada peluang ke nak merasa ada bini solehah? Aku ingatkan lelaki yang baik dicipta untuk perempuan baik."

Secara tidak langsung, Egann tengah menyindir Ayen sama kategori dengannya, dan itu menghadir tawa di bibir si isteri. "Kurang ajar..." Kepala terlentok sedikit seperti seorang yang mabuk. "Tapi aku faham... bila ada lelaki macam kau sebagai suami, memang susah gila nak strive jadi isteri solehah sekalipun..."

"Macammana boleh patah balik ke aku..." rungutnya rendah. Stereng dipicit-picit tanda tak puas hati. Muka si isteri dikerling lagi. Jika awal pagi tadi, dia tidak nampak, tapi sekarang memang ketara kulit muka berminyak, tudung yang dah senget benget serta kerut muka penat di wajah isterinya. Dua hari dibalun, mestilah Ayen lebih merasa sengsara berbanding dia yang menunggu di rumah. Hati yang sedikit terasa, serta merta memaafkan.

"Is this worth it?"

"What?"

"Datang sini tak kira penat lelah. Striving for license yang entah akan dihidupkan atau tidak..."

"I don't know... but this is my passion." Egann dipandang dengan senyum lembut. "Pushing me to my limit, tak kira badan, tak kira otak. Challenging... and its fun. Tentang diluluskan atau tidak, kau doakanlah kejayaan aku dalam solat kau."

Air muka penat yang berisi senyuman puas itu direnung lama. Egann akhirnya melepaskan keluh. Mengalah.

Kedengaran hon.

"Dah. Kau keluarlah lekas."

"Yeah." Tangan Egann ditarik dari handbrake dan terus disalami. "Hati-hati drive balik." Pipi si suami dikucup ringan sebagai tanda maaf outburst-nya di rumah tadi sebelum terus keluar dari kereta.

Egann terus menunggu di pekarangan hospital, menghantar lenggok isterinya dengan pandangan mata. Hon kedengaran lagi, mengejutkan Ayen hingga menoleh ke belakang. Pelik sedikit melihat Egann masih tidak bergerak. Lelaki itu dilihatnya menurunkan cermin kereta, melambai padanya, kemudian barulah memandu pergi.

Sampai di kaunter jururawat, dia terserempak dengan Husna.

"Kau buat apa lagi kat sini?" tegur si peguam itu pelik. "Dah kena tahan 36 jam, takkan tak serik-serik lagi? Dah la busuk masam. Dah mandi ke belum?"

"Bising la kau. Buku log. Aku lupa buat." Buku untuk laporan HO yang berada di kaunter itu, ditarik. "Kau pulak kenapa lepak kat sini? Tak takut kena jangkit penyakit Extreme Bitch Syndrome dari nurses ke?"

Husna yang tengah merenung ke pintu luar kecemasan, menoleh ke arah Ayen macam papan ditolak angin. Rakannya itu sedang menulis sesuatu pada buku log dengan muka selamba, entah tak peduli, entah tak perasan apa yang baru disebut. Kemudian kepala dipusing pada jururawat di sebelah kaunter yang tengah memandang Ayen macam raksasa hidung berapi.

"Kau ni betullah bermasalah..." Ketawa nipis dilepaskan.

Tak lama kemudian, ambulans tiba. Husna beralih dari sandaran, memanjangkan leher ke arah ambulans memasuki kawasan hospital dan terus ke pintu bahagian kecemasan.

"So menunggu patient yang sampai dengan ambulans ialah salah satu dalam job description engkau? Atau saja nak tunjuk sibuk sebab takda kerja? Hospital patut tambah polisi 'dihalang berjalan ke hulu ke hilir dengan muka pura-pura sibuk'." Tanpa menghentikan pen, dia menegur.

Husna menjeling. "Kau sangat annoying bila kau tengah penat. Sampai orang pun penat melayan."

Ayen tersenyum. "Yea, orang lain pun tegur benda yang sama." Terus menulis. Laju sekali. Fokus. Sebab nak balik cepat!

Husna masih tegak berdiri, melihat seorang gadis ditolak dengan laju di atas troli. "Dia ialah pesakit yang penting... kalau tak dirawat lekas, hospital rugi besar."

"No wonder kau ambik peduli. Sebab duit."

"Of course kena peduli dengan duit. Or else, hospital tak berdiri, ubat tak dapat dibeli, dan orang sakit takda peluang nak dirawat. Kesihatan sangat mahal harganya, tau." Sebelum bergerak ke lif, Ayen dijeling. "Kau nak ikut?"

"Ehh... merawat duit bunyinya macam seronok, tapi aku terlalu penat nak peduli."

"Sakit dia bermula dengan batuk. Kemudian demam, ruam-ruam, sakit abdomen, sakit perut, muntah. IV drip doesn't show result."

Pen berhenti bergerak. Ayen berteleku seketika pada buku log, memikirkan keganjilan itu. Lalu Husna dipandang dengan riak – teruskan bercakap.

Husna mengukir senyum, suka mendapat perhatian rakannya itu "Keadaan budak ni jadi lebih teruk lepas admit di hospital. Somehow, none of our treatment works. Dia discaj sebab ada perkembangan lepas diberi steroid, tapi ditemui pengsan dan muntah darah beberapa jam selepas discaj. Fail saman dari peguam dia dah sampai ke meja aku. Management tengah furious. Kalau media tahu, kita popular sebulan dalam paper."

"Past history macammana? Dia ada ambik apa-apa medication?"

"Aku tak tau pasal tu." Kepala kembali dipalingkan pada si pesakit yang dah hilang dari pandangan.

"Umur patient?"

"19."

Muda lagi... Bibir dikemam. "Kau sure aku boleh tumpang tengok?"

"Normally orang macam kau takda peluang nak tunjuk bayang sekalipun untuk kes macam ni. Baik ikut aku selagi peluang masih ada."

Nafas didengus. Pada jururawat, dia menutur kata. "Nanti saya datang balik dan siapkan benda ni." Buku log dihulur pada jururawat di kaunter bersama perkataan tolong, namun gadis muda itu sekadar menjulingkan mata ke langit sebelum bergerak ke tempat lain. Ayen merenung lenggok tersebut dengan kening dijungkit sebelah.

"Aku cakap dah, extreme bitch syndrome." Buku log dibiarkan di atas kaunter.

Gelak. "Aku tak pernah jumpa manusia yang paling berbakat buat musuh selain kau."

Dipedulikan. Selajur, dia bergerak laju ke lif bersama Husna.


SELESAI menghabiskan minyak di jalan, dan selesai juga mengisi penuh, Egann kembali ke hospital. Tadi sombong taknak bawa Ayen balik, tapi sekarang jadi rindu pula memandangkan dua hari tak gaduh dengan si bini sengal itu. Berjumpa dengan rakan-rakannya pun dah tak cukup untuk menanggung kekurangan yang dirasakan, hinggalah pagi tadi.

Selepas berjaya mencari parkir, dia keluar dari kereta. Bangunan di hadapannya dipandang. Terasa macam balik ke rumah pula, kerana pada suatu masa dahulu, dia pernah duduk di sini sebagai pesakit untuk beberapa tempoh. Enggan memikirkan benda tak perlu, si isteri terus dihubungi.

"Yel-lo?" sapa Ayen di hujung talian.

"Ada mana? Dah habis dah buat log book?" Punggung direhat pada bonet hadapan kereta.

"Tak sempat siap. Tinggal kat kaunter tadi. Ni tengah tengok kes."

"Lah! Kau cakap nak buat log book je! Aku dah sampai hospital nak ambik kau, kot!"

"What the...! Kau jugak yang suruh aku balik naik Grab!"

"Aku main tarik tali! Aku ingat nak tengok kau merayu mintak aku ambikkan kau!"

"Lain kali boleh tak jangan buat perangai?" Penat nadanya. "Aku rasa tak lama kot. Nak curi dengar kes je ni. Dalam setengah jam aku turun?"

"Setengah jam??"

"Ha'ah."

Orang dah sampai tapi dia tak berkompromi langsung. Perempuan ini la hai.... "Ergh. Okay. Aku tunggu kau."

"Ala. Kau buat aku rasa bersalah..."

"Hahaha. Good..." Puas hati.

"You jerk."

Talian dimatikan. Baru saja nak dipadat ke dalam poket seluar, iPhone bergetar lagi. Nama Ayen sekali lagi terpapar pada skrin, membuat dahinya berkerut.

"Apa lagi?"

"Tadi, kan... masa kat wad emergency, ada emak dan anak dihantar masuk oleh ambulans. Baru lepas eksiden. Budak tu multiple bone fracture, luka dan lebam seluruh badan. Alhamdulillah stabil. Tapi emak dia, takda luka, takda apa, tapi pendarahan dalam otak. Masuk wad dalam keadaan intubasi. Tak sempat diselamatkan. Flatline tak sampai sepuluh minit. Budak tu meraung macam nak gila, menyesal sebab tak bagi mak dia pakai helmet atau apa-apa. Aku jadi kesian. Budak tu kemudian marah Tuhan kejam. Kenapa Tuhan buat macam tu dekat mak dia. Dia macam hilang arah. Al-maklumlah, budak baru mati emak. Jadi aku pergi dekat dia... Aku cakap Tuhan sebenarnya tak kejam... Tuhan cuma nak uji... sebagai hambanya kita kena bertakwa dan terima qada dan qadar. Itu kan rukun islam keenam. Dia tak faham. Lepas tu aku cakaplah, Tuhan pun sebenarnya pandai buat lawak. Buktinya, Dia ciptakan manusia bernama Syafik Egann."

Ternganga. Bila berjaya menghadam motif cerita, kepalanya dijatuhkan dengan muka berkerut.

Aku mati-mati ingatkan cerita sedih... "That whole fuckin' story... is just a set-up to make fun of me? Really? You're that dedicated to make fun of me? Seriously?" Berkali-kali ditanya bersama geram yang tertahan.

"Heheh!" Puas hati. "Kau bengang ke?"

"Ye la!"

"Good." Talian dimatikan. 

Melopong dibuatnya. Tanpa dapat ditahan, ketawa nipis terlepas. Dalam bengang, wujud pula rasa hibur dek sikap nakal itu. Egann merenung iPhone sambil meneliti perasaan yang bercampur aduk yang wujud untuk isterinya itu. Tunggulah dia balas balik nanti....

"Syafik?"

Egann menoleh. Seorang gadis genit dengan rambut gaya pixie cut, tshirt hitam tengkorak, seluar beige paras lutut dan sneakers hitam. Telinganya dicucuk anting-anting sampai tiga biji di kedua belah telinga. Riasnya menyerupai muka Ayen sedikit, cuma mungkin lebih cerah kulitnya dan kulit muka juga bersih dari kecacatan.

"Eli? Kau buat apa kat hospital?"

"Nurse call aku. Awan masuk wad balik. Kalau nak ikut, jom." Kepala diisyaratkan ke pintu masuk hospital sambil dia berjalan terus.

"Lah. Lagi sekali?! Sakit apa pulak kali ni. Kumulunimbus betul la adik kau tu."

Elisa menoleh bersama senyum kelakar. "Gaya kau bercakap macam bini kau dah."


SETIBA di wad seperti yang dimaklumkan oleh jururawat, Egann dan Elisa dikejutkan dengan suara lantang dari seorang lelaki.

"Clean room?! Untuk apa?!"

Di koridor itu, ada beberapa individu berkumpul, dan ada beberapa karakter dikenali Egann sendiri. Doktor Taha, Datuk Roslan dan Ayen. Ini ke kes menarik yang isterinya cakapkan tadi? Manakala seorang lagi doktor india yang tengah bercakap dengan Datuk Roslan, serta seorang perempuan dengan gaya rambut Bob serta bersut, berdiri tegak di sebelah isterinya.

"Kami masih syak dia diserang some sort of infection, jadi kami buat ujian pada bone marrow untuk pastikan darah putihnya berada dalam jumlah yang tinggi melawan infection. However, it's down. Way down and dropping. Jadi, sebab itulah..."

"Jadi kalau Awani diletakkan ke dalam clean room..." Kening dijungkit tinggi, meminta penjelasan lebih supaya terus memahami keadaan budak itu.

"Itu akan membantu dia untuk terus bernafas dan elakkan Awani dari terkena sebarang jangkitan lain dari udara atau faktor luaran lain yang kita tengah berada sekarang ni. Kalau dia sakit... walau diserang selesema sekalipun... dia boleh meninggal..."

Datuk Roslan mencerun. "Kau jangan berani berikan aku benda bodoh macam tu. Aku nakkan solution! Kau sepatutnya dah boleh agak Awani tengah sakit apa lepas semua masa yang terbuang selama ni! Kau jangan sampai aku saman hospital ni sebab inkompetensi!"

"Kau sure kau ada hak nak saman orang lain sebab inkompetensi?" sampuk Egann dari jarak boleh dengar.

Mereka semua menoleh. Air muka Ayen nampak terkejut, termasuklah Doktor Taha dan Datuk Roslan, namun dipedulikan. Name tag doktor India itu dilirik. Doktor Ganesh namanya. "Saya abang angkat patient dalam tu." Telunjuk dituding ke arah katil Awani di dalam wad. "Ini pula kakaknya." Ibu jari menunjuk pula Elisa di sebelah.

Lelaki berpangkat itu mengerut dahi. Egann dan Awani yang tak sedarkan diri di wad dituding silih berganti. "Abang... abang angkat?"

"Yeah. Keluarga angkat berdaftar. And you are?"

Elisa menarik lengan Egann supaya menundukkan telinga. "Sugar daddy Awani," bisiknya.

"Huh." Lelaki yang masih berkerut dengan amarah itu direnung tak berkelip. "Jodoh kita tak putus-putus.  Aku terkejut."

"You and I both." Datuk Roslan mencekak pinggang bersama helaan nafas panjang.

Egann kemudian menoleh pada Doktor Ganesh. "Doktor masih tak dapat cari apa masalah kat Awan?" soal Saiful pula.

"Kami masih usahakan." Doktor Ganesh merendahkan suaranya, cuba menunjukkan simpati.

Ayen terpejam kelip, spontan merapat. "Obviously kes Awani ni disebabkan oleh environmental factor, kan? I mean... dia baru masuk universiti. Dia takda sejarah penyakit berjangkit, takda pendedahan pada dadah or anything?" Cuba memberi pendapat.

"Kami dah periksa medication yang dia ambil. 500mg tablet of Panadol Actifast. Awani tak pernah consume apa-apa ubat atau racun yang menyumbang kepada sakit dia sekarang ni. Mulanya kami ingatkan antibiotik yang kami berikan yang buatkan creatinine dia meningkat, tapi lepas kami spin the urine, kami dapati dia ada acute interstitial nephritis."

"Acute interstellar what?" Elisa mengulang pelik.

"Maksudnya kidney Awani gagal berfungsi bukan sebab antibiotik, tapi sebab benda lain," jelas Doktor Ganesh.

"Apa-apa pun yang dia ambil di luar, sepatutnya dia semakin okay di bawah kawalan hospital, bukan? You guys control ubat apa yang dia ambil... makanan dia, tempat tidur dia..." soal Ayen lagi.

Seketika, Doktor Ganesh terkaku. Datuk Roslan pula mencekak kedua belah pinggang, sukakan soalan itu.

"Kalau diikutkan, ya... dia ada tunjukkan perkembangan selepas kami mulakan rawatan... tapi for some reason, dia jadi lebih teruk berbanding selepas diberi steroid petang semalam. Bila saya tergerak nak periksa bone marrow dia, immune system dia flunk."

Ayen mengerut dahi, menoleh ke wad. "AIDS?"

"Hey!!" Egann dan Elisa serentak menoleh dengan muka tegang.

Serta merta Husna merangkul bahu rakannya dan ditarik ke belakang, meminta supaya jangan menyampuk lagi.

Doktor Ganesh merenung Ayen yang tengah tersipu. "Takda sebarang presentation for AIDS... jadi, apa-apa yang dihinggapi oleh Awani, kami masih tak tahu..." Elisa dipandang lagi. "Saya minta maaf, tapi kami perlukan kebenaran untuk alihkan Awani ke clean room."

"Ye. Okay. Asalkan adik saya sihat balik."

Doktor Ganesh berterima kasih.

Dibiarkan Elisa dan Doktor Ganesh bercakap, Datuk Roslan merapati Egann.

"Kau masih hidup rupanya?"

"Yeah. Terima kasih kat semua duit kat bank yang tak pernah luak."

"Good to hear that." Bahu Egann ditepuk dan dia terus bergerak pergi. Husna pula mengekori gerak langkah lelaki berpangkat itu. Sempat berbalas pandangan mata dengan Ayen, memberi isyarat - aku gerak dulu. Ayen turut membalas dengan isyarat mata sambil merapati suaminya.

"Kau kenal dia?" soal Ayen sambil mengambil tempat di sebelah Egann. Lelaki itu menoleh sekilas.

"Kenalan lama, sama tahap lama dengan Doktor Taha." Doktor pakar bercermin mata itu dipandang. "Assalamualaikum doktor." Tangan dihulur pada Doktor Taha yang merapat.

"Wah, dah pandai bagi salam." Huluran itu bersambut. "Kau nampak lebih sihat dari dulu."

"Yeah. Lebih bahagia too." Tangan Ayen ditarik sebelum terus dirangkul si isteri. Ayen terperanjat, nak mengelak, namun pegangan Egann lebih erat.

Doktor Taha merenung si perempuan, sebelum memandang Egann kembali. "So the rumour is true..."

Bahu dijungkit.

Doktor Taha merenung si mata biru buat beberapa ketika, seolah-olah sedang menghadam maklumat lumat-lumat dalam kepala sebelum menoleh pada wanita pendek di sebelah si lelaki. "You happy? Dengan dia?" soalnya tepat ke anak mata.

Terkedu seketika. Ayen melangut pada Egann, dan lelaki itu sedang merenungnya bersama renungan redup.

Perkahwinan ini ialah lakonan semata, dan dia bertanggungjawab untuk hidupkan lakonan ini.

Lalu pinggang suaminya dipeluk dan kepala dilentokkan ke dada itu. Doktor Taha dipandang dengan senyum se-natural yang boleh. "Yeah, actually I do. I love him." Sebagai rempah ekstra, Ayen menjungkit setingginya. Leher ditinggikan dan rahang Egann dikucup. Terperanjat kerana kasarnya rahang yang dipenuhi bulu-bulu halus itu, lalu mulut ditutup dengan tangan. 

Kemudian sama-sama tersengih menentang saksi di depan mereka. 

Lelaki berusia itu sekadar tersenyum lembut. "Alhamdulillah. Dan kau Egann, bawak-bawak la datang appointment. Jangan consume semua dadah itu lagi." Bahu lelaki tinggi itu ditepuk dan dia pula yang pergi, meninggalkan laki bini itu dengan Elisa yang merenung wad dari luar pintu.

Ayen kemudian melepaskan diri dari rangkulan si suami. Kepala dilangut, merenung wajah kacak itu dengan pandangan menduga. "Appointment? Dadah?"

"Aku akan ceritakan bila kau dah mandi dan berehat sebab aku tak rasa kau boleh terima apa yang akan aku bagitau," balas Egann rendah sambil mengusap rahang. Tempat kucupan Ayen tadi masih terasa sentuhannya. Dua kali kena cium Ayen pada pagi ini. Tidak dijemput, tidak dirancang, dan tidak dijangka. Diam-diam, hatinya suka juga dengan perhatian yang diberi itu. Pada Elisa yang memandangnya, hidung dijungkit sebagai isyarat nak balik. "Aku gerak dulu. Nanti aku datang balik."

"Okay..."

Ayen memberi senyum pada Elisa yang tekun merenungnya sebelum terus mengejar langkah kaki panjang itu.

"Aku ada banyak nak tanya, tapi seriously... dadah? Aku boleh expect kau in anything, tapi kau penagih dadah?!"

"Hey! Orang macam kau yang bebas edar dadah kat semua orang takda hak nak judge aku!"

Makin luas ngangaannya. "What the! Kami bagi ubat, bukan dadah!"

"It's the same thing! Kau bagi ubat sampai overdose, itu ialah dadah. Kau bagi ubat yang salah, itu ialah dadah! Apa yang membezakan ialah cara penggunaan," getusnya, menolak pintu kecemasan dan menuruni tangga. Malas nak menunggu lif.

Ayen terdiam terus. Pintu kecemasan dibiarkan tertutup, dan kepala dipalingkan ke hujung koridor – pada Awani yang tidak sedarkan diri. Setiap kali dia berjumpa dengan gadis itu, Awani dalam keadaan sihat. Jadi, dia sakit apa sampai immune system jatuh hingga kena masuk clean room? 

"AYEN!!"

Kedengaran namanya bergema kuat, lalu daun pintu kecemasan ditolak terus. "Yeah, coming!" Dia berlari anak ke arah suaminya yang dah menunggu. 


Previous: 4-Bab16
Next: 4-Bab18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh