Home Novel Cinta Kan Aku Dah Kata!!!
Kan Aku Dah Kata!!!
Aini Marisha Marisha
29/12/2013 16:20:01
137,394
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Prolog

“Ya Allah jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang beriman mencintaiku” (Hadis Riwayat Muslim).

Ellyssa terpesona dengan keindahan ayat yang dibacanya di muka hadapan kulit buku itu. Buku motivasi agama bertajuk “Cintai dirinya kerana ALLAH” dipegangnya lama. Dia sendiri hairan bagaimana buku itu pula yang disentuh oleh jari-jarinya sedangkan matanya liar mencari novel berbahasa Inggeris. Apabila kulit buku itu dielus lembut, seolah-olah ada satu aura indah sedang memenuhi jiwanya. Hatinya terbuai dengan perasaan yang sukar digambarkan. Pelik! Kerana tafsirannya tentang “cinta” adalah negatif. Baginya cinta adalah duri yang tajam. Apabila tercucuk, ia hanya akan menyakitkan diri. Oleh itu dia tidak mahu langsung mendekati “CINTA”. Tetapi yang peliknya, buku di tangannya umpama magnet. Menarik-narik hatinya supaya membeli dan membawanya pulang untuk dibaca. Ellyssa membuat pertimbangan. Mahu beli atau tidak?
Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.