Home Novel Cinta BUKAN SALAH CINTA
BUKAN SALAH CINTA
AURUM FUHAIRA
3/10/2018 11:37:46
7,358
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

            

Kring!!!!! Loceng waktu akhir sudah berbunyi. Sejak akhir-akhir ini, Zahra rasa seperti waktu persekolahan tersangat panjang. Lambat masa berlalu bila mana dia berada di sekolah. Mungkin kerana dia rimas dengan insan yang telah lama dia buang dari hatinya. Bukan mungkin lagi tapi memang!!! Memang merimaskan. Arissa jom makan sekali..Arissa tengah buat apa tu? Arissa lambat sampai hari ni? Arissa,awak manis hari ni... Arissa itu..Arissa ini... rimas, lemas.. sesak..serabut. Bikin serabut hidup Zahra. Bukan dia membenci, tapi dia tidak selesa. Kurang suka!

            Jika 5 tahun dulu mungkin dia selesa, tapi bukan kini. Status mereka bukan lagi sama. Putus buat cara putus! Bukan Zahra tidak cuba mengelak. Secara halus sudah, secara terang-terang pun sudah. Tapi Alif tetap buat toya! Bagaikan tidak faham yang sememangnya Zahra tidak selesa untuk rapat dengannya. Jika sekadar rapat secara profesional, Zahra boleh saja terima. Tapi untuk kembali semula kepada Alif, maaf sejuta kali maaf. Hatinya tak mampu terima tikaman kali kedua. Dia serik dengan Alif.

            Mujur hujung minggu sudah tiba. Dapatlah Zahra lari seketika  dari Alif. Selesai sahaja mengemaskan mejanya dibilik guru, Zahra cepat-cepat bergerak untuk pulang. Dia tidak mahu terserempak dengan Alif dipejabat untuk punchcard nanti. Sepanjang dua minggu ini, ada saja kelibat mamat itu dipejabat.Malam ini pula, rakan-rakan sekolah menengahnya mengajaknya makan dan lepak.Lega rasa hati Zahra ada aktiviti yang akan dilakukannya untuk lupakan bab AlifIskandar.

            KataMastura, ramai yang akan turun malam ini. Mastura teman baiknya dari bangkusekolah lagi. Segala rahsianya Mastura tahu. Perihal Alif Iskandar juga tidakterkecuali.  

            Tersenyumsendiri Zahra teringatkan kata-kata Mastura dalam telefon dua hari lalu.Katanya, ‘sudah berkurun budak-budak sekolah tak jumpa dengan the only cikgu senget dalam geng kita’..Mana tidaknya, selepas saja SPM, Zahra terus menyambung Ijazah sarjana muda diIPG Kota Bharu di Pantai Timur semenanjung Malaysia. IPG pula cutinya tidakseperti IPTA atau IPTS lain.  Cutinyaseperti cuti persekolahan. Jadi, memang susah dia mahu berjumpa dengan rakansekolahnya. Bila sampai saja masuk ke dunia pekerjaan, lagi bertambah jauhjaraknya dengan rakan-rakan.  Nun jauh dipedalaman Sarawak bumi kenyalang. Bila difikirkan semula sudah hampir 9 tahunmereka tidak bersua muka.

 

            “Assalamualaikum.”

            “Waalaikumussalam.Awal sampai hari ni? Along bawa kereta laju ya?” pertanyaaan ibu buat Zahra geli hati.

            “Along pemandu berhemah ok! Tak ada maknanya nak speeding tak tentu hala tu. Lagipun Along tak nak la nanti, ibu menangis air empat hari empat malam kalau Along accident ke arwah ke... nanti ibu meracau-racau pula.. Along..Along.. Alongku sayang..Along takde la kesiankan diri Along ni, tapi kesian dengan ibu la. Hilang intanpayung kesayangan ibu nanti.”

             Tiba-tiba saja datang mood Zahra ingin bergurau manja dengan ibunya. Bukan selalu dapat begini. Kerjaya guru ni bukan semudah yang orang sangka. Selalunya pukul 4 petang baru dia sampai rumah. Kalau ada mesyuarat atau kelas tambahan mahu sampai pukul 6 petang baru sampai di rumah. Belum lagi di campur, tolak,tambah,bahagi dengan kelab, persatuan, sukan, menyemak buku dan sediakan alat bantu belajar anak murid kesayangan.

            Cup!Ada lagi! Key in data dalam segalabagai ‘e’ itu ini pula dah makan masa separuh malamnya. Jadi, bila saja ada peluang untuk bermanja dengan orangtuanya, Zahra pasti takkan mahu melepaskannya.

            “Ke situ pula budak ni. Ibu risaukan awak tu. Dia boleh pula nak melawak. Dah!sudah la tu, jom masuk. Ibu masak asam pedas ikan tenggiri hari ni.”

             Kecur liur jadinya bila ibu menyebut asam pedas ikan tenggiri. Masakan itu memang kegemarannya. Lagi mengasyikkan kalaudicampur bendi. Tidak sempat mandi, Zahra terus melangkahkan kakinya keluar dari bilik kesayangan menuju ke dapur.

            “Along tak mandi dulu ke?” sambil mencedok kuah ke dalam mangkuk, Pn. Zaleha sempat mengerling ke arah Zahra yang kelihatan tak sabar mahu menjamu selera.

            “Along mandi lepas makan la ibu. Lepas tu solat terus.” Jawab Zahra sambil menyambut pinggan yang berisi nasi dari tangan ibunya.

             “ Sebelum Along lupa, nak bagi tahu ni, malamni Along ada reunion dengan kawan-kawan Along. Along pergi Queensbay lepas maghrib. Diorang ajak makan Johnny’s.Lepas makan, kami pergi duduk-duduk tepi pantai.”

            “Kawan yang mana Along? Laki ke perempuan?” ibunya bertanya.

            “Kawan sekolah menengah dulu ibu. Ala.. si Mastura, Adam, Wani, Imran semua  tu la ibu. Bukan ibu tak kenal diorang tu.Laki perempuan campur. Along tak pasti berapa ramai yang ikut, tapi ikut kata Mas ada la dalam 10-12 orang macam tu.” Balas Zahra selepas selesai mengunyah nasi bersama lauk yang dirasakan nikmat sangat!

            “Sebutnama mereka semua tu, ibu pun lama juga tak dengar cerita pasal diorang. Masa je la yang ibu tahu sikit-sikit berita dia. Tu pun sebab kamu selalu bercerita.”

            “Tu la pasalnya ibu. Along ni pun dah dekat 9 tahun tak face to face dengan diorang. Setakat komen-komen facebooktu ada la.”

            “Pergilah Along... tapi, jangan balik lewat sangat. Marah nanti ayah kamu tu.Dia bukan suka sangat anak dara balik lewat malam.”

            Pn.Zaleha sekadar memberi peringatan. Dia tahu suaminya itu bagaimana. Walaupun manja dengan anak-anak, tapi tegasnya ada. Garangnya bila perlu.

            Zahratersenyum.

             “ Ibu jangan risau. Along tahu tu.Paling lewatpukul 10.30 malam Along sampai rumah. Pasal ayah, nanti Along urus. Lepas ayahbalik solat Jumaat nanti Along cakap dengan ayah.”  

            Zahratahu karenah ayahnya. Tak mungkin dia akan keluar tanpa meminta izin terlebih dahulu. Walaupun dia sudah berusia 29 tahun, dia masih lagi anak kecil ayahnya.Lagi pula dia tahu, memang tak manis anak dara keluar malam.

            Usai solat maghrib dan membaca Al-quran yang sudah menjadi rutinnya setiap hari,Zahra bersiap untuk berjumpa dengan rakan-rakannya. Mastura sudah berjanji untuk pergi dengannya. Zahra yang bersungguh memujuk Mastura untuk pergi bersama. Zahra malu untuk sampai ke tempat yang dijanjikan berseorangan.  Malam itu, Zahra mengenakan jubah ungu.Selesai bersiap, Zahra terus bergerak ke rumah Mastura. 15 minit memandu, Zahratiba dihadapan rumah Mastura.

            “Assalamualaikum... Hello Mas, aku kat depan pagar rumah kau dah ni.”

            “Waalaikumussalam...sekejap! Nak kunci pintu ni.. dah keluar pun.”          

            Zahradapat melihat kelibat Mas yang kelam kabut mengunci pintu rumahnya. Sengaja ingin mengusik mastura, Zahra menekan hon keretanya beberapa kali. Berlari Mastura ke arah kereta Zahra hingga hampir tersadung kakinya.

            “Hoi! Agak-agak la. Aku dah siap kot! Tengah kunci pagar je pun. Kalut sangat! Nak jumpa Nash la tu!!” bingit jadi kereta Zahra saat Mastura melangkah masuk. Buntang mata Zahra bila tiba-tiba saja Mas menyebut nama Nash. Ingatkan dirinya yangmahu mengusik Mastura, alih-alih dirinya yang terusik dengan nama yang disebutoleh Mas.

            “Amboi kau Mas, nak melawak sikit pun dah tak boleh sekarang. Relaks la... baruusik sikit, dia lontar bom tangan serang balas. Tersedak Nash kau sebut namadia tak pasal-pasal.” Zahra senyum-senyum membalas kata-kata Mas.

            “Eleh kau ni, sebut Nash terus muka lain. Tau la dulu kau ada history dengan dia. History monyet nak makan cili. Aku nak itu! Aku nak itu! hahahaahah” Mas terus mengusik Zahra.

            Zahrahanya menjeling ke arah Mas. Zaman sekolah dulu, Zahra pernah jadi secret admirer Nash.Tapi, hanya Mas yang tahu perihal itu. Ahhh... zaman sekolah semuanya hanya mainan kanak-kanak yang menceriakan. Bagaimana rupa Nash sekarang...

            “dah..dah..sudah. Cepat pakai tali pinggang keledar. Kita dah lambat ni. Nanti budak-budaktu bukan boleh. Tak nak aku kena sakat dengan diorang.”

            Zahra sengaja mengalihkan topik. Sudahlah disakat oleh Mas, dia tidak mahu lewat dan disakat lebih teruk dengan rakan-rakan lamanya.

            Setengah jam memandu kereta, Mas dan Zahra sampai di tempat yang dijanjikan. Sampai saja di depan Johnny’s, Zahra sudah dapat menangkap suara rakan-rakannya rancak bersembang. Zahra dan Mas terus mendekati meja itu.     

            “Assalamualaikum..” serentak Zahradan Mas memberi salam.        

            “Waalaikumussalam..”serentak rakan-rakan mereka menjawab salam.

            

           TapiZahra dapat dengar suara menjawab salam yang terlalu dekat dengannya. Suarayang datang betul-betul dari arah belakangnya. Zahra menoleh. Terkejut Zahra  bila saat dia menoleh, wajahnya hampir saja berlaga dengan dada bidang milik seorang lelaki. Zahra mendongak. Ingin memohon maaf kepada tuan punya badan, tapi lain yang jadi. Zahra terkesima melihat wajah tampan jejaka yang sudah lama dia tidak ketemu.

            

          “Nashriq Iman!” itu kalimah yangkeluar dari mulut Zahra sambil dia menjarakkan dirinya dengan lelaki itu.  

            “Amboi...sekali nama penuh aku kau sebut Zahra. Nash sudahlah... lama betul kita tak jumpa. Kau apa cerita?” lelaki itu kelihatan gembira dan tersenyum sambil bertanya kepada Zahra.

             Nashriq Iman! Lelaki itu nampak lebih matangsekarang dengan kumis nipis dan janggut rapi. Kulitnya yang putih merah itu pernah buat Zahra jatuh hati. Ditambah pula dengan lesung pipit di pipi, lelaki itu nampak begitu tampan.

            “Akuterkejut lah.. Aku ok je sekarang. Dah pindah balik Penang dah sekarang ni. Kau apa cerita? ” giliran Zahra pula. Belum sempat Nashriq menjawab, Hafiz menegur mereka berdua.

            “Oi yang berdua tu!! Bawa-bawa la duduk nak bersembang pun. Dah Nash, meh duduk tepi aku ni. Zahra kau duduk depan Nash tu. Lepas tu, sambung la sembang.”  Teguran Hafiz membuatkan mata-mata yang lain terus menoleh memandang Zahra dan Nashriq yang masih berdiri. Baru terseda ryang mereka masih berdiri, mereka berdua terus mendapatkan kerusi yang dimaksudkan oleh Hafiz. Baru mahu menyambung perbualan, usikan nakal dari Arifpula membuatkan semua rakan yang hadir ketawa besar.

            “Hang pun Pih, bagi can la. Depa tudah lama dah menanggung rindu,memendam rasa. Sudah lama kekanda tak jumpa adinda. Biar la nak lepas rindu dendam. Hang tu pun Pih, dok renyih tak abis kat Shima tu sapa pun tak kata pa!”  Arif memang begitu. Kuat mengusik. Dialah yang selalu menjadi pak lawak dalam geng mereka. Kalau tiada Arif, pasti mereka sunyi.

            Merah muka Zahra mendengar usikan Arif ,tapi masih dia mahu membalas usikan Arif. “Awat? Hang jealous ka aku tak menyembang dengan hang, Arif?”  Nashriq pula hanya tersenyum.

            “Dak aih.. aku tak jealous pun. Tak dak masa! Dari aku jealous baik aku mengayat Mas ni. Hang la ni lawa noh Mas. Dulu belemoih. La ni macam Deepika Padukone!”Balasan selamba Arif sambil mengenyit mata ke arah Mas membuatkan mereka semuaketawa lagi.

            “Simpan la hasrat nak mengayat hang tu Arif. Dulu aku mau kat hang, hang jual mahal. La ni, sudahlah! Hatiku sudah dimiliki!” Mas pula tiba-tiba berdrama. Mas memang kaki drama!

            “Aduh!Sakitnya tu disini!” balas Arif sambil memegang dadanya. Yang lain ketawa berdekah-dekah melihat dua orang kawan mereka yang ting tong itu.

            Beginilah mereka bila sudah berkumpul ramai-ramai. Ada saja adegan-adegan, aksi-aksi dan kata-kata yang tak tahu dari mana asal-usulnya keluar. Dari bercakap pasal A boleh terus melompat kepada Z. Malam itu, tak ramai yang hadir seperti yang dijangkakan. Yang ada hanyalah Hafiz, Arif, Azlan, Mastura, Shima, Nashriq, Intandan Zahra. Daripada 16 orang yang berjanji, cuma 8 saja yang datang. Yang lain ada aktiviti lain ataupun pulang ke rumah mentua. Kebetulan pula, yang hadir malam ini semua yang bujang-bujang sahaja.

            Makan-makan di Johnny’s  saja terlalu rancak dirasakan. Macam-macam hal yang dibualkan. Semua memori zaman sekolah kembali segar. Tidak cukup dengan makan-makan lebih sejam, mereka sambung pula dipersisir pantai Seagate yang indah dengan panorama malam menghadap Pulau Jerejak. Masing-masing bergerak dan berkumpul semula di kawasan yang dijanjikan.

            Setibanya mereka di pantai, mereka mula rancak berbual lagi. Zahra dihampiri Nash lagi saat dia melabuhkan punggung di sebelah Mastura. Bila semua telah mula duduk,cerita mereka bermula semula. Malam itu Zahra lupa langsung dengan Alif. Malamitu malam mereka berlapan.


 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AURUM FUHAIRA