Home Novel Cinta Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 27

Kebiasaannya pada bulan puasa Alia akan memberi pelepasan kepada semua staffnya habis kerja lebih awal jika hari biasa mereka pulang pada pukul lima petang tapi bulan Ramadhan mereka pulang pada pukul 3.45petang. Waktu kerja juga telah dipercepatkan pada pukul lapan pagi.

Hari pertama berpuasa Alia sudah memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa dia tidak boleh berbuka bersama mereka kerana dia akan menemani Puan Anis berbuka puasa. Petang itu Alia keluar dari biliknya mengambil kunci kereta Syafikah untuk ke rumah Puan Anis. Sebelum ke sana dia telah ke pasar untuk membeli lauk mentah. Alia lebih suka memasak sendiri jika terluang. Lebih kurang pukul lima petang dia sampai di rumah Puan Anis. Kedatangannya disambut mesra.

Alia masuk kemudian terus ke dapur bersama barang-barang yang dibelinya tadi. Dia meninggalkan sebentar barang-barang itu di sink kemudian naik ke atas bilik Puan Anis untuk solat asar. Selepas itu dia turun semula ke dapur untuk memasak bersama Puan Anis. Sambil menyediakan masakan untuk berbuka puasa, Puan Anis memberitahu Alia.

“Lia, tadi Roza ada hubungi ummi katanya baju Lia dan Am sudah siap dia mahu Lia dan Am pergi ke butiknya try baju. Satu lagi barang-barang untuk hantaran Lia bagi pada Roza nanti dia gubah semuanya.”

“Bila ummi?” Saol Alia.

“Lusa, Lia minta cuti pergi dengan Amsya” Arah Puan Anis. Alia mengangguk apa boleh buat terpaksalah dia keluar bersama Amsya lusa.

Selesai sahaja memasak, waktu berbuka hampir tiba. Alia menghidang lauk-pauk yang di masaknya tadi di atas bersama air bandung. Mereka berdua menunggu laungan azan maghrib. Selepas berbuka Alia mengemas semula meja dan membasuh pinggan mangkuk kemudian dia dan Puan Anis menunaikan solat maghrib. Selepas itu mereka berdua bergerak ke masjid untuk solat terawih.

Amsya yang juga berbuka keseorangan pada hari pertama puasa di kondominiumnya. Usai sahaja berbuka dan solat maghrib, sambil berehat sebentar menunggu solat Isyak. Teringat dia pada umminya lalu mengambil telefon bimbit menghubungai umminya. Talian berdering tetapi tidak dijawabnya dua kali dia menghubungi Puan Anis namun panggilannya tidak dijawab. Dia bangun pergi ke masjid.

Selesai sahaja sembahyang terawih Alia menghantar Puan Anis ke rumah. Selepas itu Alia terus balik ke rumahnya di Putrajaya. Puan Anis mengambil telefon bimbitnya di atas meja dilihatnya panggilan daripada Amsya. Dia menghubungi anaknya itu.

“Assalamualaikum ummi.” Jawab Amsya

“Waalaikummusalam, Am telefon ummi ke tadi?” Soal Puan Anis.

“Ya, ummi ke mana tadi? Macam mana dengan puasa?” Tanya Amsya.

“Ummi buka puasa dengan Lia, lepas itu ummi pergi masjid solat terawih. Am pergi terawih ke tidak?” Balas Puan Anis. Amsya tersengih mendengar nama Alia disebut umminya.

“Pergi. Lia ada di rumah ke?” Tanya Amsya sambil membayangkan wajah Alia.

“Tak ada, lepas hantar ummi dia terus balik.” Jawab umminya. Amsya terkilan dan serba salah hatinya berkata…“Baik sungguh Lia dengan ummi.”

“Am, tadi Roza telefon ummi, dia suruh Am dan Alia pergi butik dia try baju lusa. Boleh ke Am minta cuti pergi dengan Lia. Ummi sudah bagitahu Lia suruh dia pergi beli barang hantaran dengan Am. Lepas itu Am pergilah buka puasa dengan dia. Boleh?” Terang Puan Anis. Membuatkan Amsya tersenyum lebar boleh keluar dengan Alia.

“Boleh ummi nanti Am telefon Lia.” Balasnya.

“Bawa Alia tu baik-baik.” Pesan Puan Anis pada anak terunanya.

“Baiklah ummi jangan risau, Am jaga dia baik-baik. Ok ummi bye.”Balas Amsya kemudian terus memutuskan talian.

Malam itu juga Amsya menghubungi Alia. Tidak sabar rasanya dia mahu keluar dengan Alia lusa. Dia melihat jam tangannya hampir pukul sebelas malam. Dia terus menghubungi Alia. Alia baru sahaja sampai di rumahnya, dia melihat skrin telefon bimbitnya yang berdering. Nak tidak nak dia terpaksa menjawab panggilan dari bakal suaminya itu. Dia memberi salam sejerus menjawab panggilan itu. Salamnya disambut oleh Amysa.

“Lia, apa khabar ada di mana ni?” Soal Amsya.

“Baik. Baru jer sampai rumah, dalam kereta lagi. Ada apa En.Amsya telefon?” Jawab Alia,

“Lia pergi buka puasa rumah ummi ke?” Soal Amsya lagi.

“Iya, lepas itu pergi terawih, awak telefon ummi ke? Balas Alia.

“Telefon tanya khabar ummi. Baiknya Lia buka puasa dan bawa ummi pergi terawih lagi.” Puji Amsya.

“Kenapa pula tidak boleh ke? Saya sayang ummilah, takkan nak tengok ummi buka puasa sorang-sorang kesian ummi.” Balas Alia menyentuh perasaan Amsya.

“Tidak kata pun tidak boleh, Ummi ada bagitahu apa-apa ke?”

“Ada, ummi suruh kita pergi butik Roza lusa.”

“Abang ambil Lia lusa pukul sepuluh. Kita pergi beli barang lepas itu pergi butik kemudian kita pergi buka puasa. Lia nak abang ambil Lia dirumah sewa Lia ke? Di mana rumah sewa Lia?.” Alia mendengarnya menyampah dengan Amsya membahasakan dirinya abang. Dia membalas pertanyaan Amsya.

“Kita jumpa diluar saja. Jumpa di Presint 15.”

“Ok. Selamat berpuasa.” Balas Amsya mengakhiri perbualannya. Alia juga meletakkan telefonnya setelah Amsya memutuskan talian.

Alia terus masuk ke rumahnya. Syafikah masih ada diruang tamu menonton TV selepas balik dari terawih. Hana dan Mimi sudah masuk bilik. Alia menuju ke Syafikah sambil tersenyum Syafikah melihat sahabatnya begitu gembira.

“Happy semacam jer.” Kata Syafikah.

“Eh, mestilah boleh buka puasa dengan orang yang kita sayang.” Balas Alia.

“Sayang betul kau pada Puan Anis.” Kata Syafikah

“Kau tahu kenapa?” Soal Alia sambil tersenyum keningnya diangkat-angkat.

“Sama dengan mama kau tapi tak serupa.” Jawab Syafikah. Alia senyum lebar mendengar jawapan dari sahabatnya itu.

“Tahu tak apa… Samakan sikap dia dengan mama. Cara dia berjalan, bercakap, senyum dia lemah lembut macam mama akukan? Walaupun wajahnya tidak sama, ummi cantik tapi… mama aku lagi cantik. Aku rindulah dekat mama, kalau jumpa Puan Anis terubat juga rindu aku pada mama. Tadi masa berbuka dan solat terawih bila tengok saja wajah Puan Anis nampak wajah mama.” Kata Alia sambil membayangkan wajah mama dan papanya apalagi mengalirkan airmatanya. Dia cepat-cepat mengesat airmatanya. Syafikah faham perasaan Alia, dia tahu Alia sangat rapat dengan mama dan papanya. Semasa mereka masih hidup Alia setiap malam menghubungi mamanya ada saja cerita yang dibualkan dengan mamanya.

“Syaf, macam mana kalau lepas ini aku boleh pujuk ummi terima kekasih En.Amsya sebagai menantu dia. Dia akan sayang aku dan anggap aku macam anak dia tak? Soal Alia membuatkan Syafikah tersentuh hati dengan pertanyaan itu tidak tahu bagaimana mahu menjawab. Syafikah menarik nafas panjang.

“Mestilah dia kan sayang kau. Kau pernah jadi menantu dia.” Pujuk Syafikah tidak mahu kawannya itu terasa hati dan bersedih. Alia tersenyum. Tiba-tiba Alia teringat pada Mak Tim dan Pak Majid. Dia terus menghubungi orang tua itu.

Panggilan Alia dijawab. “Hello”

“Hello Pak Majid. Pak Majid dan Mak Tim apa khabar? Macam mana dengan puasa?” Tanya Alia.

“Alhamdulilah. Kami sihat, Lia macam mana?” Soal Pak Majid.

“Lia sihat juga. Mak Tim ada tak? Lia nak cakap dengan Mak Tim.” Rayu Alia

“Ada. Kejap Pak Majid panggil.” Beberapa minit kemudian Alia mendengar suara Mak Timnya diceruk talian telefon dia menarik nafas panjang. Mak Tim memberi salam padanya. Alia menjawab salam itu. Mak Tim mendengar suara Alia sedikit sebak.

“Along kenapa ni? Along menangis ke?” Soal ibu susuannya.

“Rindulah.” Jawab Lia sepatah.

“Rindu sapa? Mama ke Mak Tim? Soal Mak Tim dengan manja.

“Dua-dualah. Mak Tim hujung minggu ni Lia balik Mak Tim masak masakan kegemaran Lia boleh? Kita buka puasa sama-sama nanti Lia telefon Arshraf.” Pinta Alia dengan mesra.

“Boleh sayang. Semalam abang Hairi ada telefon, dia kirim salam.” Beritahu Mak Tim pada Alia. Alia menjawab salam itu.

“Abang sihat ke?” Tanya Alia.

“Sihat, Lia tidak hubungi abang ke? abang bagitahu dia ada satu sem lagi lepas itu habislah.” Jawab Mak Tim.

“Oh…Enam bulan lagi, pejam celik pejam celik sampai masa enam bulan. Lia tidak telefon lagi nantilah Lia telefon abang. Ok Mak Tim pergilah tidur sudah lewat ni nanti nak bangun bersahur pula, kirim salam pada Pak Majid.”

Alia memutuskan talian. Syafikah melihatnya mengelengkan kepala itulah Alia semua orang tuanya mahu dihubungi itu tidak lagi Tok Wan dan Akinya.

“Syaf, pagi esok kita pergi pejabat Arkitek Shukri nak sain surat claim. Lusa aku cuti… Aku naik dulu nak tidur. Sahur nanti kau tolong kejut aku kalau aku tidak sedar.” Kata Alia mengangkat kening kepada Syafikah. Syafikah mengangguk namun dahinya berkerut.

Alia bangun mendaki tangga loteng rumahnya naik ke atas untuk ke biliknya, Syafikah bertanya.

“Kau cuti kenapa?”

“Jumpa orang sewellah apa lagi.” Balas Alia sedikit melaung. Syafikah sekali lagi tersenyum mengelengkan kepala sambil mengambil remote television lalu menutupnya, dia juga ke bilik untuk tidur.

Selepas bersahur pagi itu Alia terus mandi dan berpakaian kemas untuk ke pejabat sebelum itu dia bergegas ke masjid terdekat untuk jemaah subuh, kemudia itu dia terus ke pejabat. Dia tidak tunggu kawan-kawannya. Sampai sahaja dipejabat dia terus membuat kerja-kerjanya seperti biasa. Dia teringat kad kahwin yang dikirimnya ke kampung, dia mengangkat gangang telefon pejabatnya lalu menekan nombor rumah neneknya. Dia memberi salam terlebih dahulu setelah mendengar suara tok wannya diceruk telefon.

“Tok Wan ada terima ke kad kahwin yang Lia hantar?” Soalnya.

“Ada. Tok Wan sudah bagi pun pada saudara-mara kita dan orang kampung. Terkejut pak long dan mak su kamu.” Jawab Tok Wannya.

“Apa kata mereka Tok wan?”

“Mak su kamu tidak cakap apa dia setuju saja, cuma Pak long kamulah kecil hati kamu tolak pinangan Faris,” Balas Tok Wannya. Alia diam.

“Seminggu sebelum hari raya Lia balik nanti kita buat persiapan sama-sama. Tok Wan jaga diri, kirim salam pada Aki.” Sekali lagi Alia memberi salam mengakhiri perbualan dengan neneknya.

Dia menyambung semula kerja-kerjanya. Syafikah masuk ke bilik Alia seperti biasa dia membaca laporan kerja kepada bosnya itu. Selepas itu dia bertanya pada Alia.

“Awal kau Lia, kau pergi masjid ke tadi? Pukul berapa kau nak pergi ke pejabat arkitek.”

“Maaflah aku tinggal kau tadi, aku ke masjid solat subuh lepas tu aku terus datang office. Pukul 9.00 kejap lagi kita pergilah. Kau tolong bawa semua dokumen yang memerlukan tandatangan arkitek, report untuk projek hotel bawa juga sekali dengan interim” Balas Alia.

“Baik bos. Aku keluar dulu.” Balas Syafikah, lalu keluar dari bilik Alia.

Sambil Alia Nasuha membuat kerja-kerjanya dia melihat cincin tunang yang dipakainya. Teringat dia pada Amsya difikirnya mampukah dia menyatukan Amsya dengan kekasihnya. Apa nasib dia selepas menjadi janda ada ke lelaki yang ingin terima dia selepas ini. Macam mana dengan Puan Anis. Kenapa aku sayang sangat pada ummi sampai aku tidak boleh lupa dia. Sedang asyik mengelamun intercom biliknya berbunyi.

“Lia, Faris line 2, kau nak cakap dengan dia ke?” Kata Syafikah.

“Apa lagi dia nak? Aku jawablah.” Balas Lia, dia menjawab pangilan Faris.

“Hello, Faris kenapa kau telefon pejabat. Lain kali telefon hanset aku. Kau nak apa lagi?”

“Kau nak kahwin ya Lia? Berani kau tolak pinangan aku. Aku sayang dan cinta kau kenapa kau tidak balas saja cinta aku dan terima aku sebagai suami kau. Aku tidak akan lepas kau Alia.” Tengking Faris dengan marah.

“Eh, Faris aku sudah bagitahukan jangan ganggu aku. Aku tidak akan terima kaulah. Sudahlah Faris.” Balas Lia, terus meletakkan telefon kuat. Malas dia mahu layan Faris. Huh…Alia mengeluh.

Dia bangun mencapai handbagnya lalu keluar mendapatkan Syafikah. Sampai sahaja didepan meja Syafikah dia terus mengajak Syafikah ke pejabat Shukri Arkitek. Alia membawa keretanya ke KLCC. Dia bersuara.

“Syaf, kau jangan bagi tahu siapa-siapa tentang perkahwinan aku termasuk budak office kita dan kenalan-kenalan papa aku.”

“Aku tidak akan bagi tahu siapa-siapa Lia. Aku faham semua itu.” Balas Syafikah.

“Tapi aku takutlah Syaf, tadi Faris telefon ugut aku lagi. Apa dia nak dari aku pun aku tidak tahu. Macam mana nasib aku lepas ini jadi janda, ada ke orang nakkan aku selepas ini.” Kata Alia dengan sedih dan kesal sedikit dengan perkahwinan yang akan di tempuhi.

Syafikah memandang Alia dengan penuh kesyahduan.

“Lia, apa pendapat kau tentang Amsya?” Soal Syafikah.

“Aku tidak tahulah Syaf. Itu satu, dia tidak sabar-sabar nak kahwin. Iyalah mungkin dia sudah ada perancangan bagi dia dan kekasihnya. Aku pun tidak tahu berapa lama aku kahwin dengan dia. Macam mana aku mahu hadapi semua ini. Kes papa sudah mula, aku mesti cari punca kematian papa aku.” Balas Alia dengan rasa resah.

Mereka sampai di KLCC Alia parking kereta di tingkat bawah. Dia dan Syafikah mengambil dokumen yang memerlukan tandatangan En.Shukri.

“Lia kau sudah buat temujanji dengan E.Shukri ke? Kau tidak bagitahu pun kau nak jumpa dia hari ini.” Soal Syafikah, sambil mereka melangkah ke pintu lif. Alia tidak menjawab hanya senyum kepada Syafikah.

Sampai sahaja di pejabat En.Shukri, mereka di pelawa masuk ke bilik En.Shukri, kebetulan Zafrul ada dipejabat ayahnya. Alia dan Syafikah masuk Zafrul yang ada di situ memandang Alia dengan senyum manis. Senyum itu dibalas Alia. Mereka membincangkan pelan dan dokumen yang berkaitan dengan projek-projek yang mereka laksanakan sekarang.

Sepanjang perbincangan itu Zafrul hanya memerhati Alia. Alia perasan dengan sikap Zafrul yang asyik memandangnya. Bisik hati Alia “Kenapa Zafrul asyik tengok aku jer. Sebelum ini pandang aku pun tidak mahu.”

Hampir satu jam setengah mereka berbincang Alia dan Syafikah meminta diri untuk pulang. Mereka meninggalkan pejabat En.Shukri terus ke parking kereta. Zafrul mengekori mereka dari belakang.

Danial Amsya dan Irfan baru sampai di pejabatnya tengah hari itu selepas pergi meeting di salah sebuah anak syarikat Petronas. Irfan memarkingkan keretanya di basement. Ketika berjalan menuju ke lif. Amsya terpandang satu kereta Hyundai Sonata dia memberhentikan langkah melihat nomnor plate WA8189A. Bisik hatinya. “Ini kereta Syafikah. Alia atau Syafikah yang bawa?”

Amsya nekad untuk melihat sendiri siapa yang pakai kereta itu? Apa mereka buat di sini, nak katakan mari makan jauh sangat lagi pun sekarang ini bulan puasa. Dia memangil Irfan.

“Fan pinjam kunci kereta kau.” Minta Amsya.

“Kau nak buat apa? Soa Irfan. Amsya menunjuk kereta Hyundai Sonata milik Alia itu kepada Irfan.

“Kau tengok tu, aku kenal kereta itu. Kereta bos Alia. Aku nak jadi spy sekejap, aku nak tunggu dalam kereta kau.” Kata Amsya.

“Aku ikut, jom kita tunggu sama-sama” Balas Irfan. Mereka berdua melangkah ke keretanya yang selang beberapa buah dari kereta Alia.

Selang beberapa minit Amsya melihat kelibat mereka berdua. Sampai sahaja di kereta Alia belum sempat membuka kunci kereta. Zafrul muncul dari belakang telah memanggil Alia. Alia memberhentikan langkahnya. Alia menyerah kunci kereta pada Syafikah. Zafrul menghampiri Alia yang kebetulan berdiri didepan pintu kiri keretanya. Syafikah melangkah masuk ke dalam perut kereta disebelah driver kali ini dia membawa kereta Syafikah.

“Ada apa En.Zafrul?” Soal Alia. Memerhati Zafrul menuju ke arahnya.

“Tidak payahlah berencik-encik panggil macam biasalah macam dulu-dulu. Panggil abang jer. Hujung minggu ni abang nak ajak Lia buka puasa nak tak?” Pelawa Zafrul membuat Alia terdiam seketika dia serba salah. Lalu menjawabnya.

“Tidak boleh Lia balik Puchong sudah janji dengan Mak Tim dan Arshraf nak berbuka bersama-sama. Lain kali sajalah.” Balas Alia dengan senyum. Amsya dan Irfan sedang memerhatikan mereka.

“Lia tidak sudi keluar dengan abang ke?” Soal Zafrul lagi.

“Bukan macam tu, tapi Lia betul-betul tidak boleh.” Balas Alia.

“Baiklah kita jumpa lain kali, nanti abang telefon Lia.” Jawab Zafrul memandang tepat ke arah mata Alia dengan senyum mengoda membuatkan Alia melarikan pandangannya kearah lain.

“Wowww…siapa tu Amsya. Kacaknya boy tu. Hai! tidak kahwin lagi sudah ada pencabar. Berat kau Am,” Uji Irfan pada Amsya sambil memerhati Amsya yang diam tidak terkata melihat jejaka yang sedang bercakap dengan Alia. Amsya merasa cemburu apa tidaknya bakal isteri bercakap dengan jejaka handsome begitu.

Bisik hatinya. “Pernah aku jumpa lelaki ini tapi dimana?” Difikirnya, baru dia ingat. “Yes…lelaki yang tolong Lia semasa Lia jatuh dulu. Apa hubungan mereka?”

Selepas itu Zafrul beredar dari situ. Alia memerhati Zafrul yang melangkah pergi sambil berpaling ke arahnya. Amsya keluar dari kereta Audi milik Irfan dengan pantas mendapatkan Alia yang baru hendak masuk dalam perut kereta. Sekali lagi nama Alia dipanggil. Alia tersentak dan berpaling semula ke belakang.

“Hi, Lia dari mana ni?” Sapa Amsya. Sesampainya dia didepan Alia.

“Oh! En.Amsya, saya ada meeting dekat sini. Awak buat apa kat sini?” Balas Alia sedikit terkejut melihat Amsya didepannya.

“Di sinikan pejabat saya. Siapa tadi tu? Esok jadikan janji kita?” Balas Amsya senyum pada Alia. Soalan itu membuatkan Alia tahu yang Amsya nampak Zafrul bercakap dengannya.

“Tadi tu, engineer C&S. Esok jadilah kenapa nak ubah fikiran ke?” Jawab Alia.

“Tidaklah. Esok saya datang ambil Lia di persint 15. Kita jumpa di sana.” Balas Amsya lalu beredar dari situ. Dengan senyum penuh makna.

Alia memerhati Amsya yang berlalu dari situ kemudian dia memasuki keretanya yang dipandu oleh Syafikah. Alia diam seketika memikirkan dua lelaki yang hadir dalam hidupnya kini dua-dua bermasalah memeningkan kepalanya. Syafikah sambil memandu berpaling tengok Alia sedang termenung memikirkan sesuatu.

“Kau kenapa Lia?” Tanya Syafikah.

“Entahlah terjumpa pula dua lelaki dalam satu masa. Kau rasa siapa lebih kacak, tampan, dan bergaya?” Soal Alia dengan gaya poyonya mengangguk-angguk kepada Syafikah.

“Dua-dua pun handsome, kau pilih siapa?” Balas Syafikah.

“Eh, kau ni sewel ke apa? tidak pasal-pasal dapat title sewel. Dua-dua kacak pun bukan aku punya.” Jawab Alia dengan gelak ketawanya. Syafikah menggeleng kepala malas nak layan si Alia. Dia menumpu perhatian pada pemanduannya.

Previous: BAB 26
Next: BAB 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina