Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 50

Rafiq agak terkejut mendengar pengakuan itu, Delya masih hidup? 


Setelah selesai perbualan di telefon, dia pergi berjumpa dengan orang–orangnya dengan perasaan marah. 


“Mana mayat Delya?” soal Rafiq dingin.


Semua konco–konco Rafiq menundukkan wajah mereka. 


“Aku tanya, mana mayat dia?!” Mereka tersentak mendengar suara yang kuat itu, perasaan takut makin menghantui mereka. 


“Ka.. Kami dah tanam..” jawab Mikail. 


“Dah tanam? Kau yakin?” soal Rafiq sinis. 


Pantas Mikail mengangguk. Rafiq tersenyum sinis. Dia mendekati lelaki itu. 


“Tunjukkan aku tempatnya, kita gali balik. Kalau tak jumpa, kau yang aku tanam.” ugut Rafiq. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena. 


“Maafkan kami boss! Kami.. Kami sebenarnya, belum jumpa mayatnya..” ujar seorang dari konco–konconya. 


Rafiq mendekati Fakhir, lelaki itu sudah menundukkan wajahnya takut sesuatu akan berlaku. 


“Kan senang mengaku.. Ingat, lagi sekali korang buat silap, aku bunuh sorang–sorang.” mereka mengangguk laju. 


“Aku nak keluar, pastikan tempat kita tak ada siapa yang ceroboh.” Arah Rafiq. 


“Kami macam mana..” soal Fakhir. 


“Aku pergi sorang.” balas Rafiq. 


______________________


“Dia buat apa dekat sini? Haih, Delya. Liat betul nyawa kau kan. Patutnya kau dah mati haritu! Kau silap sebab panggil aku, kau tunggu nasib kau.” dia melihat di sekeliling tempat itu, kilang besi buruk yang sudah lama ditinggalkan. Gelap saja suasananya. 


Delya melihat kelibat Rafiq, tangannya sudah menggenggam sebuah pisau. Air matanya bertakung apabila terkenangkan abangnya yang dibunuh oleh lelaki itu. 


“Kau tunggu Rafiq, aku akan bunuh kau harini jugak!” bisik hati Delya. Air matanya dikesat dan dia kembali fokus pada lelaki itu. 


Sewaktu dia ingin menonjolkan diri, seseorang telah menghalangnya terlebih dahulu. Lelaki itu memeluk Delya dari belakang sambil tangannya menekup mulut Delya. 


“Mmm, mmm!” Delya cuba bersuara. 


“Shh! Diam, Aku Haris.” kata lelaki itu. 


Mata Delya terbeliak apabila mendengar nama yang disebutkan, Haris?


Delya memusingkan badannya menghadap lelaki itu. Haris juga turut memandang Delya.


“Delya..” panggil Rafiq. 


“Mana kau Delya..” panggilnya lagi. 


Makin lama suara itu makin menghampiri mereka berdua. Haris masih tidak melepaskan tangannya dari menekup mulut gadis itu.


“Delya..” panggil Rafiq lagi, kali ini dah serupa seperti pembunuh bersiri. 


“Delya kau keluar sekarang!” 


Delya minta dilepaskan, namun Haris makin kuat memegangnya.


“Kau jangan sampai aku tembak semuanya!” ugut Rafiq. Namun hampa, kelibat Delya langsung tidak kelihatan. Hatinya semakin panas menghadapi situasi yang begini. 


Dalam fikirannya hanya satu, bunuh Delya. Dia mahu Delya mati di tangannya. 


Tiba–tiba mereka mendengar bunyi tembakan yang tak henti–henti. Dari berdiri, mereka terus menundukkan badan ke bawah, takut terkena peluru yang sudah merata. 


“Delya!!” jerit Rafiq. 


Tembakan seterusnya terkena pada lengan Delya. “Argh!” Delya mengaduh kesakitan. Suara itu dapat didengar oleh Rafiq. Pantas dia mencari pemilik suara itu. 


Belum sempat dia mencari, Haris menonjolkan dirinya. Delya tidak sempat menghalang. 


“Eh, kau lagi?” soal Rafiq sambil tersenyum sinis. 


“Sampai bila kau nak buat Delya menderita?” soal Haris pula. 


“Sampai dia mati.” perlahan saja Rafiq membalas. 


“Kau ada kena mengena dengan Delya rupanya? Tunjukkan aku mana dia kalau kau taknak senasib dengan dia.” 


Ugutan itu langsung tidak berhasil, Haris tidak goyah, hatinya membuak–buak perasaan marah dan benci pada lelaki di hadapannya. Dia inginkan Rafiq mati. Itu saja. 


“Kau tak takut mati ke? Eh, kau tak payahlah bazir nyawa kau dekat perempuan tak guna tu. Tak ada manfaat langsung.” hasut Rafiq. 


“Aku tak takut, kita lawan free hand. Baru adil.” cadang Haris. Rafiq mengangkat kening sebelum pistol itu dijatuhkan. 


Rafiq terus melepaskan tumbukan tetapi Haris sempat mengelak. Mulalah aksi tumbuk menumbuk di mata Delya. Dia ingin menghalang, tetapi dia tiada kudrat untuk melawan mereka. 


Dia hanya mampu melihat dengan perasaan yang takut, risau Haris mati di tangan Rafiq. Dia memang ingin membalas dendam, tapi bukan ini caranya. 


“Berhenti!” suara itu menghentikan pergaduhan mereka, Rafiq toleh ke kanan untuk melihat siapakah gerangan itu. 


Terlihat seorang lelaki berpakaian polis serta pistol ditangannya sedang ditujukan pada Rafiq. 


“Haish!” Rafiq terus mengambil keputusan untuk lari. Rayyan yang berada di situ cuba mengejar Rafiq, tapi kelibatnya begitu cepat hilangnya. 


Rayyan memandang Delya yang berada di belakang tiang, pantas dia mendapatkan isterinya. 


Haris turut melihat situasi itu, namun dibiarkan saja suami isteri itu. 


“Rayyan..” sambil dia mengaduh kesakitan, pendarahan di tangannya semakin banyak mengalir. 


Penglihatannya beransur kabur, dan akhirnya dia memejamkan mata. 


“Delya!” dia menggoncang tubuh kecil itu, namun tiada pergerakan. Haris juga turut risau, tapi dia tidak ingin masuk campur hal Rayyan. Dia tahu gadis itu masih ada harapan untuk hidup.








[FOLLOW ME TO KNOW MY UPDATE] 

IG : misslia_here

Previous: BAB 49
Next: BAB 51

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.