Home Novel Cinta Permata hatiku
Permata hatiku
Rayyan
7/1/2018 23:08:37
21,326
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

  Langkahnya terhenti apabilasatu pandangan anak matanya mengilau seketika melihat bayang-bayang wajahseseorang yang amat dia kenal selama ini.Meniti di setiap masa lalunya masamula dia bertemu dengan gadis tersebut.

  “Amira”desis kuatnya dalamhati.

  Amira yang dia sangkakandulunya seorang yang masih lagi tidak berpunya,tapi di depan anak matanyakelihatan seorang lelaki berbadan gah serta bergaya disis Amira.Ternyata gadisyang menjadi idamanya di sisi seorang lelaki yang mungkin akan menjadi pasanganya.

  Rayyan mengatur langkahkakinya menapak ke parkir kereta terus menyusup masuk ke dalam perut kereta.Apatak nya Rayyan,dulu kau yang tak ambil peduli dengan Amira.Kan dah terlepas ketangan orang lain.Rasakan kau,syok sangat mengejar cita-cita kau sendiri.Tengoksekarang Amira akan menjadi milik orang Rayyan.Desis hatinya semakan mencakarkalbu.

  Terlerai katanya,terkaku dalamperut kereta mengenangkan apa yang dah terlintas berlalu.Apa aku salah anggapterhadap Amira selama ini.Aku sendiri tidak meneliti segala yang ada disekeliling Amira.

  Tangannya terkacau-kacaumenekan pad kekunci handhone miliknya.Mencari nama yang tertera dengan tulisanSYUK dalam senarai kenalannya.

  Terkebil-kebil anakmatanya,rambutnya diraup ke belakang.Badanya sedikit mengeletar dengan apa yangbaru berlaku.Bagaimana aku nak teruskan untuk ketemukan jodohku jika dia sudahpun berpunya.

  Andai engkau bukan takdirjodohku,jauhkan kan aku dari berurusan dengan aku.Mampukah aku untuk besemukadengan dia di waktu perbincangan tentang projek Citra holding yang berada diGelang Patah Johor.YA ALLAH tabahkan lah hatiku ini.

  Kenapa aku harus berhadapandengan kesukaran begini demi mencari calon menantu Mama.Mampukah aku untukmemenuhi permintaan mama,dan mampukah aku cari Permata Hatiku yang selalumuncul di angan-anganku.

 

  Baju kemas long slipputih  disarungkan ke badan Sado Rayyan.Agaksegak bergaya bila di ikat dengan Tali leher warna ungu dipadankan.Menampakanlagi ketampanan Rayyan untuk mulakan kerjanya seperti biasa.Rayyan harus lebihyakin akan diri sendiri.

  Ruangan pejabat Citra Holdingmenjadi peneman cita rasa Rayyan sejak kebelakangan ini.Matanya meliar mencarisesuatu yang dicarinya sejak semalam berkenaan dengan Projek di gelang Patahyang hampir siap 70% dari mulanya.

  Tuk Tuk!!! Bunyi ketukan pintupejabatnya menyedarkanya dari kesibukan kerja.

  “Masuk” suara garau Rayyan dididalam didengari Murni yang mengatur jadual kerja Rayyan yang agak padat padaketika ini.

  “Encik Rayyan,hari ini Encikakan bertemu dengan Syarikat Datuk Hisyam berkenaan dengan projek Gelang PatahJohor untuk membincangakan hal berkenaan projek yang hampir siap oleh pihakpemaju.

  “hah!!” sedikit terkejut Rayyankenapa lah pula aku harus berjumpa dengan Pihak Amira lagi.Sedangkan aku naklari dari dia dad lagi urusan aku untuk bersemuka denganya.Aduhai.Desis hatinyahanya dia yang mendengar.

  “Kenapa Encik Rayyan,ada yangsalah ke?”tanya Murni pantas.Terus memandang muka merah Rayyan yang duduk dihadapan.

  Kelihatan Rayyan berdiri untukmemikirakan sesuatu.ke hulu ke hilir langkah Rayyan dalam biliknya itumenghairankan Rayyan.Selama ini tak pernah pun Encik Rayyan sebegitu rupa.tapikenapa hairan rasa ada benda yang tak kena dengan diri Rayyan kali ini.Hah!!Bingung pula aku jadinya omel hati Murni.

  “Macam nie je Murni” akhirnya Rayyanbersuara.

  “Macam mana pula Encik Rayyan?”

  “Kau gantikan aku kejapsebagai wakil untuk kali ini.Sebab saya ada benda penting lagi hendakdiurusakan”kata Rayyan memberi alasan.

  “Tapi ini perbincangan,Encikkena datang juga” tambah Murni lagi.

  “Murni bawa je Fail ini,kalaumengikut syarat yang ditetapkan buat keputusan.Itu saja”Jawab Rayyan Ringkasmenyakinkan Murni.

  Rayyan sebenarnya mengelakandiri daripada ketemu Amira tentang projek itu.Dia tahu Amira sudah berpunyabuat apa lagi dia hendak menaruh harapan padanya.Suatu ketika dulu pernah menjadi pujaan hatinya .Tapi kinidengan dua biji matanya dia melihat Amira dengan lelaki lain.Sebak hatinyamemikirkan apa yang dah terjadi.Bagaimana hatinya tak tergores.

  “Satu lagi kalau Cik Amiratanya akan saya katakan Saya ada hal lain”ulas Rayyan lagi.

  “baik Encik Rayyan”jawab Murnipantas mingikut arahan yang dikeluarkan oleh Bossnya itu.

  Dah kenapa pula Encik Rayyannie,dulu bukan main mesra dengan Cik Amira itu tapi sekarang dah lain macampula jadinya.Dulu kalau sebut pasa jumpa Amira pasal projek semuanya benda laindia nak cancel.Apa nak jadi dengan Encik Rayyan ini.Berubah angin kot ataupundia sengaja tukar-tukar pasangan.Ehh lantak lah yang aku sibuk hal orangapasal.Bisikan hatinya.Mulut terkumbat-kambit.

  Merenung kearah lobbypekarangan hotel Lima bintang itu tempat Temu janji Antara kedua syarikatmembuatkan Murni harus akur dengan kehendak Encik Rayyan.Dipandangnya segenap ruangkelihatan seorang Anak gadis yang duduk sibuk menatap laptop.

  Murni menghampiri Amira yangduduk membelakangkan langkahnya.Kelihatan anak muda itu sibuk dengantugasnya.Lama Murni memerhatikanya.Namun dia terus dengan kerjanya.

  “Assalamulaikum”Sapa Murnimulakan salam bicara.

  “Waalaikumussalam”barulahpantas Murni menongak mukanya ke atas.Dek terpandang wajah Murni yang barudikenali.Agak asing bagi diri Amira.

  “Saya Murni wakil Encik Rayyandari Citra Holding”terus menghulurkan tanganya pada Amira untuk bersalam.

  “Owh,begitu rupanya,sayaingatkan sapa tadi.”Balas Amira .Senyuman manis tidak pernah lekang dibibirnya.

  “Encik Rayyan sibuk adabertemu client hari ini.Tu lah saya gantikan Encik Rayyan dalam hal ini.”TerusMurni melabuhkan punggungnya di kerusi.Pertama kali Murni melihat wajah AyuCantik Si Amira membuatkanya tak berkelip-kelip mata memandangya.Patutlah bossaku syok sangat kat dia nie.Omel Murni dalam hati.

  “Jumpa client?”Amirakehairanan.

  “Yup Cik Amira”

  “Kebiasaanya Rayyan tak pernahpun hantar wakil untuk menguruskan projek ini.Tapi tak apa lah Murni segalaperbincangan kita nie nanti,Murni bincang lagi dengan Encik Rayyan Ok”.Ulasnyadengan penuh tanda tanya.

  “Entah Lah CIk Amira ,biasanyaboss akan Happy sangat kalau berurusan dengan Syarikat Cik,tapi kali initidak”terang Murni.

  Hal pagi tadi membingungkanAmira tentang Rayyan.Menggangu pikiranya sejak dia sampai di pekaranganrumah.Takut apa-apa kesalahan yang dia buat Rayyan membuatkan Rayyan tidakmenghadiri perbincangan itu.

  Hai,apa lah yang membuatkan simacho ini tidak menghadiri perbincangan itu.Desis hati Amira.Termenung jauhAmira mingingtkan kisah Rayyan.Patutt kah aku Chat dia atau tidak.kalau macamitu bagus aku telepone.sambil membiarakn terlunjuk jari-jemarinya menekan padkekunci handphone miliknya.Ligat anak matanya mencari nam yang ada terteratulis nama Rayyan Macho.

  “Ahhh..nanti aku puladikatakanya menggedik”suara kecilnya terkeluar.hanya dia sendiri yangdengar.Amira terus melabuhkan punggungnya dia atas tilam dan terus membaringkandirinya.

  Apa salah yang aku dah buatpada dirinya.Sehinggakan dirinya menjauhkan diri daripada aku.Atau mungkin Rayyandah tahu..tahu apanya...alah,biarkan je.Kenapa aku nak fikir sangat hal dianie.

 Kerisauan Nurul Syarifah Amiramula menghantuinya sejak semalam lagi.banyak pekara yang terlintas di fikiranyaketika ini.Apakah Rayyan akan menjauhkan dirinya buat ketika ini.kenapa tidakAmira hubungi Rayyan untuk bertanyakan khabar.

  “Baik aku chat Rayyan tanya diaok ke tak”omel hatinya.Tapi tak nampak kah saya terhegeh-hegeh nak rapat dengandia.Hisy!! Apa lah aku ini.semua keputusan yang Amira fikirkan semuanya takmenjadi.Mengapa harus dia hendak mengelakan diri daripada kenyataan yangsebenarnya dia dah berpunya.Dalam hatinya kalau belum ada apa apa ikatan antaradia dengan kekasihnya itu tandanya dia hak untuk dimiliki untuk sesiapa sahajatermasuk Rayyan sekali.

  Ternyata apa yang dijangkanoleh Amira sendiri memang sebab kenapa Rayyan tak nak bersemuka denganya.Rindudengan gurau senda tawa Rayyan mengusik Amira mengingatkannya seakan-akan sudahbenar jatuh cinta padanya.

  Hisy!!kenapa pula dengan akuini.Omelnya sendirian dalam bilik tidurnya.Ahh biarkan saja aku melayanperasaan aku ini.

  Tok..tokk..pintu bilik yangterbuka luas dari tadi tidak ditutup empunya diri,menyebabkan Datin Alyah sajamemerhatikan anaknya yang asyik termenung dari tadi.

  “Dari tadi Mama perhatikanAmira asyik termenung,kenapa dengan anak mama nie?”soal Datin Alyah pada Amira.

  “Tak ada apa lah Ma”jawab Amira pendek.Tapidalam hatinya seribu tanda tanya yang dia tengah fikirkan.

  “Habis tu...kenapa asyiktermenung je?”bingkas Datin lagi.

  “Masalah kerja kat pejabat lahMa,”cuba melarikan diri dari kenyataan yang benar.Amira terus melabuhkankepalanya di bahu Mamanya Datin Alyah yang duduk disebelahnya.

  Datin Alyah tersenyum lebarmelihat reaksi anakya yang cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya.Kalaumasalah pejabat pun Amira akan berbincang dengan papanya.Mustahil itu masalahpejabat.Dengan apa yang ditermenungkanya memang sah masalah dalam dirinyasendiri.

  “Mama tahu Anak mama,sebabmama yang besarkan,jangan nak tipu mama ok sayang”Datin cuba mengorek rahsiaanaknya.

  “Tak ada lah mama,”terusmembelai manja di bawah pangkuan Mamanya.Riak mukanya membuatkan Datin Alyaterus merasakan yang anaknya itu sedang memikirkan sesuatu di luar jangkaanya.

  “tengok muka Amira pun mamadah tahu apa yang Amira sedang fikirkan,sampai anak mama nie termenungjauh”perangkap Datin mama memerangkap kata Anaknya Amira.

  “Macam mana mama tahu Amiraterfikir sesuatu di luar jangkaan Mama”tambah Amira lagi tak mahu mengalahuntuk tidak membocorkan apa yang tersirat di hatinya itu.

  “Tahu lah mama,mesti Amiratengah fikir pasal Teman lelaki Amira kan..kan..”teka Datin melulu.

  Ternyata tekaanya kena apayang Amira fikirkan.Riak muka Amira mula sedih di mata Datin.Dah betul pun apayang datin fikrkan kan.Sebab selalu anak muda itu akan selalu gembira jikatidak ditimpa masalah yang menggangu fikiranya.

  Sekali lagi Datin Alyahmerhatikan muka senyum nipis anak muda itu setelah tekaan mamanya mengenainya.

 

  “Ma,Amira tengah fikirkanSeseorang ma,yang baru Amira kenal selama ini.Tapi sejak kebelakangan ini diaasyik hendak mengelak daripada bertemu dengan Amira,menyebabkan satu tandatanya bagi Mira ma.”jelas Amira pada Datin Alyah mamanya.

  Terkedu serta terdiam sekejapDatin Alyah mendengar apa yang diluahkan oleh Anaknya itu.Dia keliru akan soalhati anaknya yang dibelenggu Rindu Asmara.Sedangkan selama ini dia bahagianampak keluar dengan kekasihnya.Tapi masih ada ruang lagi juga dia hendakmeletakan orang baru dalam hidupnya.

  “Tapi,kan..kah Irwan selalukeluar jumpa dengan Amira,habis siapa yang Amira maksudkan ini.Mama takfaham?”tercengang mendengar apa yang dikatakan Amira.

  “Ya memang Irwan kekasih AmiraMa,tapi...sejak akhir-akhir ini Amira dah rapat dengan seseorang”tambah Amiralagi.Membuatkan Datin Alya keliru dengan soal hati anak mamnya itu.

  “Habistu,sapa yang Amiramaksudkan ini”tanya Datin semakin hairan.

  Amira terus berdirimenghampiri tingkap bilik tidurnya dipenuhi dengan anak patung hello Kitty.Agakcomel juga biliknya dihiasi dinding cat berwarna Pink colour. Sertasticker bunya di dinding ruang make up.

  DatinAlyah terus berdiri mendapatkan Anaknya yang bediri di tepi tingkap.Datinmengusap lembut rambut anaknya itu.Ternyata Isi hati anaknya itu dah pandaiberbelah bahagi membahagikan cintanya.Dia hanya ingin mendengar penjelasanAnaknya itu.Biar dia sendiri yang tentukan Jodohnya.Sebab soal hati dirinyaterpaksa bagi memberi ruang pada pemilik hati Amira sendiri.

  “Rayyan...”jawab pendek keluardari mulut Amira.

  Kelihatan Datin Alya sedikitterkejut mendengar jawapan yang keluar dri mulut anaknya itu.Dimana letaknyaIrwan pada anak muda itu.Mungkin ada sebab lain dia tidak begitu teguh denganhubunganya.Ataupun Amira sendiri dah terjatuh hati pada layanan Rayyan padasyarikat milik Suaminya itu.

  “Mama faham perasaanAmira,tapi kenapa tiba-tiba Amira berubah hati pada orang lain pula sedangkanAmira sudah setahun jadi teman pada Irwan Mira.”mengeluh sedikit takut dengankeputusan yang dilakar anaknya itu.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rayyan