Home Novel Cinta Permata hatiku
Permata hatiku
Rayyan
7/1/2018 23:08:37
21,302
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 24

  Seperti yang dijanjikan segala tugas yang diberikan akan adanya ganjaran yang diberikan oleh Datuk Ikram kepada anak buahnya.ganjaran yang lumayan atas kerja yang cemerlang akan ditambahkan dengan sedikit bonus.

 

“Hakimi,nah ini duit yang aku janjikan untuk kau kerana berjaya membakar tapak projek tanpa sebarang kesan yang tertinggal.Sekarang aku puas hati.Biar Citra holding menga,lami kerugian dengan apa yang telah musnah”.sambil tebahak-bahak ketawa tanda gembira dengan hasilkerja hakimi yang mengetuai kemusnahan itu.

 

“Terima kasih bos.”Terus membuka isi kandungan dalam sampul surat.seperti yang dijanjikan.semuanya melebihi.

 

“Lepas nie aku nak kamu dan konco-konco kamu keluar dari negeri ini buat sementara waktu bagi mengaburi mata pihak Polis.”Menegaskan anak buahnya supaya tidak dapat dicari.Bijak sungguh rancangan yang dilakukan Datuk Ikram.

 

“Baik boss.Boss jangan risau,dengan duit yang boss bagi boleh menampung kami untuk bercuti di luar negeri.Mungkin di sarawak lagi bagus jauh dari semenanjung supaya sukar dijejaki sekiranya ada bukti yang dapat dicam pihak penyiasat.”jelasnya dengan begitu angkuh dengan kerjaya sebagai seorang penjenayah.

 

“Lepas ini kalau sekiranya kamu tertangkap.kamu semua jangan libatkan aku dalam hal ini.Anggap saja kita tidak pernah berjumpa.Faham!!!”

 

“Faham Boss.Jangan kamu risau,pndai-pandai lah kami untuk lari jauh.lagipun tak mungkin polis tahu yang kami melakukanya.Tak ada sebarang bukti yang kami tinggalkan disitu.”jelas Hakimi dan berlalu pergi.

 

Datuk Ikram mengusap perlahan sepucuk pistol yang diabeli dari rakan seniaganya di sempadan Thailand.Agaknya dia dah bersedia awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku nanti.

 

“Razi aku nak jumpa kau tempat biasa”menelepone peguam Mohd razi untuk membincangkan sesuatu.

 

“Baik Datuk” jawab Razi rigkas.

 

Heningan malam mengambit kesunyian di kediaman Datuk Ikram.Sepasang mini spy CCTV HD di ruangan luar gate kediamanya dipasang secara sembunyi oleh orang suruhan Syuk.Ijam sengaja mengenakan kain buruk padabadanya supaya tidak diketahui pemilik rumah tersebut.Ikram menyembunyikancamera cctv mini itu di sebalik tiang lampu electric yang berdekatan denganrumah Datuk Ikram.

 

Baru habis pasang kelihatan kereta pemilik rumah tersebut menghampirinya.Terus Ijam bepura-pura nak kencing kat tiang lampu tersebut.Kelakuannya dibuat macam orang gila dengan pakaian bau busuknya dan badan yang kotor dengan tanah.

“Razi kau tolong check orang yang berada dekat gatetu.”Kata Datuk Ikram yang baru pulang berbincang dengan Razi petang tadi.Malam baru mereka balik kerumah.

“Hey budak...kau buat apa kat sini”tanya Razi padaIjam

 

“Kau lah permata hatiku.kenapa kau tinggalkan aku!!!.Aku nak kencing dulu sayang..Kau tunggu ya”Ijam terus membuka Drama kayunya.

 

“Orang gila rupanya...tu lah engkau nak sangat bercinta sampai gila”omel Razi keseorangan.

 

Ijam meneruskan perjalananya meninggalkan perkarangan rumah Datuk Ikram.Apa yang dirancangnya dengan Syuk menjadi.nasib menyebelahi mereka kerana Razi tidak dapat mengesan tindakannya yang seakan seorang yang gila sesat ke pintu rumah tersebut.tak sia-sia sahaja idea mengenakan baju yang lusuh buruh badan yang di ukir mengunakan tanah liat membuatknnya tidak dapat dikesan akan perbuatanya.

 

“Siapa orang itu Razi”soal Datuk Ikram.

 

“Orang gila.nak kencing kat tiang lampu”terus mengeleng kepala.

 

“Oww..patutlah pakaianya serabut semacam aku tengok.”jawab datuk ikram.

 

Selepas melepasi pekarangan lorong rumah Datuk ikram Ijam terus membuka bajunya dengan yang baru.Disimpanya pakaian yang dipakainya tadi.takut untuk meninggalkan kesan yang orang dapat tahu akan rancangan itu nanti.Omel hatinya berdesis mengatakan yes apa yang dijalankanya berjalan tanpa dapat dikecam oleh Datuk Ikram sendiri.

 

Kali ini Syuk mengambil langkah menyelidik tanpa menanya atau berbincang dengan Rayyan lagi.Sebab ketika ini dia nak Rayyan fokus akan projek yang berada di Gelang Patah Johor.Walaupun sedikit dia tidak mahu Rayyan terlibat.Semuanya dia sendiri yang aturkan.

 

“Syuk kau bercakap dengan siapa dari tadi aku tunggu kau kat kedai nie”sapa Rayyan melihat kemunculan muka Syuk di depan matanya yang dari tadi hilang di pandanganya.

 

“Aku bercakap dengan mak aku mengatakan yang kita baru sampai di Johor” kata Syuk terus menyembunyikan Rashia siasatan daripada Rayyan.

 

“Lama sangat cakap dengan Mak kamu tu...Nak kahwin kesampai setengah Jam aku tunggu kat sini.Jom kita gerak menuju alamat Rumah ini”kata Rayyan Lagi.

 

“Rahsia saya dengan mak saya mana boleh kau tahu”Syuk membetulkan kola baju T nya.

 

 

“Macam aku pernah lalu lorong rumah ini Syuk”beligaran mata Rayyan mengenali pekarangan lorong tersebut.Ini semua rumah orang kaya kawasan ini kalau tak silap aku.Omel hati Rayyan.

 

“Ini rumahnya.Rayyan”jelas Syuk menunjukan alamatnya.

 

Tanpa pandang kiri kanan Rayyan terus masuk ke rumah yang dikhaskan Papanya untuk dijadikan penginapan dan pejabat bagi mengendalikan Projek Gelang Patah amatlah begitu rapi sekali.Siap ada pengawal keselamatan di pintu Jaga keluar.

 

Rasa penat yang dirasakannya menyebabkan Rayyan tak pandang dah ke luar rumah.siapa yang ada disekelilingnya masa ini.Entah kalauada musuh sekali pun dia tidak akan tahu tentang pekara itu.Rayyan terus merebahkan badannya yang belum mandi berada dalam dakapan bantal goleng yang sudah dilengkan khas di dalam bilik tidurnya.

 

Indah dibuai mimpi Rayyan  mengigau apabila lenanya dikejutkan dengan suara Syuk yang membangunkanya.Jam di dinding sudah menunjukan Jam pukul 9.00 pagi tanda dia tidak sedar dengan tidurnya.

 

Lets breakfast fisrt.dekat bawah orang sudah tunggu.”Syuk membangunkanya untuk mandi dah sarapan pagi.

 

Kaki di langkahnya perlahan ke bawah melihat dua orang pembantu rumah yang sibuk menyediakan segala hidangan menu pagi hujung minggu tersebut.Rayyan agak kaku kalau semalam dia tidak nampak pun pembantu rumah itudi disitu.

 

Apa yang menghairakan Rayyan dia seakan kenal dengan pembantu rumah tersebut.Tapi dimana dia sudah tak berapa ingat.

 

“Selamat pagi Tuan”,sapa mak cik Senah dengan penuh senyum.

 

“Kejap”hanya itu saja dapat keluar dari mulut Rayyan.

 

“Kenapa kau nie Rayyan?”Syuk terus menarik tangan Rayyan.

 

“Tak payah pangil saya Tuan.Sapa nama mak Cik”kepala dan tanganya terus dipusing-pusing tanda hairan dan keliru.

 

“Mak Cik Senah kau nie pembantu...”terus terputus kata Mak Cik Senah

 

“Bukan Mak cik pembantu...”memetik jari tangan kananya untuk mengingatkan sesuatu dalam fikiranya.

 

“Pembantu Rumah Datuk Hisyam sebelah sana tu.berhadapan ni sahaja”terus berlalu menuju ke dapur

 

“Alamak...kenapa lah papa letakkan rumah pejabat ini berhadapan dengan Dia.”jatuh Roti yang di pegangnya tadi.Sangat melucukan dengan segala kejutan yang dirancang Datuk Hisyam dengan Tan Sri Imran ini.

 

“Kau kenal kah mak cik nie?”soal Syuk penuh tandatanya.

 

“Kau nak tahu sangat kan..depan tu Rumah Datuk Hisyam share holder projek di Gelang Patah Johor ini.Mak cik senah iniA.d.a.l.a.h  pemban..tu rumah Amira anak kepada Datuk Hisyam.Kau Faham sekarang”perlahan-lahan Rayyan menyebutnya dimuka Syuk.

 

“Hahahaha..sekarang kau yang terkena”terus ketawa terbahak-bahak meriuhkan suasana di rumah itu ketika itu.

 

“kenapa kau ketawa ha..”terus mecubit badan Syuk yang mengejeknya dari tadi.

 

“Baguslah dekat senang tiap hari dapat tengok muka.biarlah cinta berputik” terus belari ke arah dapur tempat Mak Cik Senah menyediakan barang makanan.

 

Rayyan terus mengejar Syuk yang mengejeknya dari tadi.Tak Keruan hati dan perasaan Rayyan ketika itu.sebahagian hatinya gembira dengan semua itu.sebahagian hatinya sakit kalau-kalau dia melihat Amira dijemput kekasihnya di depan rumah dilihat di pandangan matanya nanti.Seksalagi hatinya nanti.

 

“Rayyan,Syuk. kenapa nie macam budak kecik,kejar sini sana dengan si Syuk nie”Mak Cik senah menegur manja kedua anak muda tersebut.

 

“Kalau Mak Cik nak tahu Rayyan nie suka akan orang sebelah sana”Usik Syuk lagi

 

“Dia bohong Mak Cik Senah” terus mengelilingi meja makan mngejar Syuk.

 

“Kalau suka apa salahnya kalau seorang Dara dan seorang Teruna.bagaikan pinang dibelah dua”Ketawa panjang Mak Cik Senah.

 

“Kan Mak Cik Senah.Rayyan tak nak mengaku yang dia sayangkan orang itu.”usik Syuk lagi.

 

“Jaga kau lepas nie Syuk aku kerjakan kau”Malu-malu kucing Rayyan pada semua mereka yang berada di situ.

 

Tanpa mereka sedari Amira masa itu berada di depan rumah Rayyan diam.Tak sengaja dia mendengar segala perbualan mereka di dalam rumah.Amira terus melangkah masuk.

“Assallamulaikum” berpura-pura tidak mendengar perbulan mereka tadi Amira.

 

“Walaikumussallam.Oww..Amira rupanya “sahut Mak Cik senah di depan Pintu.

 

Rayyan setelah mendengar perkataan Amira terus menoleh 360 darjah kehadapan pintu rumah.Wajah pemilik nama yang diktakan itu dicarinya dengan mata duanya itu.Senyuman Amira tidak lekang di bibirnya membuatkan Rayyan jatuh Hati sekali lagi pagi buta ini.

 

Seperti seorang yang kudrat Rayyan memandang ke arah tepat ke anak mata Amira yang tercengang di hadapan pintu.Sempat Rayyan mengelamun yang dia sekarang tengah berbulan madu di luar negara dengan sicantik molek itu.

 

“Rayyan apa khabar”tanya Amira dari jauh.

 

“Alhamdullilah,saya sihat.Awak apa kha..bar?”tersekat katanya dek kerana menelan air liur di dalam mulutnya.

 

“Sihat hendaknya”jawab Amira ringkas.

 

“hem..hem”terbatuk seketika Syuk melihat keduanya.

 

“Tak,sebenarnya Datuk Hisyam suruh saya jenguk ke sinipagi nie kot Kamu berdua dah sampai ke belum”Jelas Amira.

 

“Kamu berdua ke ..Rayyan S.A.H.A.J.A.”usik Syuk lagi.

 

Jawapan Amira hanyalah senyum panjang lebar dimulutnya.sampai ke cuping telinga.Kelihatan Sinar cinta mula berputik kembalidi antara kedua-duanya ketika ini.mungkin tiba masanya mereka saling mengenali antara satu sama lain lagi.kalau dahulu Rayyan cemburu akan Amira yang sudah berpunya.tapi sejak kebelakangan ini Amira dah tak ada lagi keluar dengan kekasihnya tak tahu sebab kenapa.Semuanya dalam siasatan Syuk Juga.Di arahkan sendiri oleh Datuk Hisyam kepadanya.

 

Sunyi seketika ruang tamu Rumah pejabat Rayyan pagiitu bila mereka tengah sarapan pagi.Kelihatan Rayyan seakan resah dengan apa yang berlaku.Nak juga menefon pada Tan Sri tapi awal lagi Tan Sri pesan Rayyan kena terima juga rancangan Tan Sri itu untuk proses pembangunan projek Citra Holding di Gelang Patah berjalan dengan lancar.

 

“Apa yang kau menungkan lagi Rayyan.Kekasih dah didepan mata.Manfaatkanya lah,jangan asyik kerja 24 jam cik Abang oi”usik Syuk memecah kesunyian pagi itu.

 

“Kau nie,asyik-asyik Kekasih,Asyik-asyik Cinta.Aku tengah fikir hal kerja lah Syuk” tegas Rayyan pada Syuk.

 

“Eleh,bukan Aku tak masak dengan perangai engkau”terus ketawa.

“Syuk kau tak faham hati aku.Aku tak nak benda yang aku lalui dahulu menimpa aku kembali.itu semua kerana aku tak berhati-hati memilih calon kekasih”terus ada rasa sebak menyelubungi diri Rayyan.

 

“Aku faham perasaan engkau”megusap perlahan belakang Rayyan.

 

“Habis tu kau nak suruh aku macam tu aje.macam mana aku mahu lari sedangkan keluarga aku sendiri mendekatakan aku dengan keluarga Amira.Aku tak faham lah dengan diri aku sendiri” Jelasnya dengan nada yang beralun sedih.

 

“Tak,sekarang nie kau kena faham jodoh kau mungkin tak ada dengan Nas dahulu tapi kau kena ingat Jodoh kau sekarang depan rumah tahu tak”tambah Syuk lagi.

 

“Bukan begitu maksud aku Syuk.Buat apa aku nak terhegeh-hegeh dengan kekasih orang.Dan bila masanya nanti dia bukan milik aku.”Soalan yang serabutkan fikiranya sejak dulu lagi.

 

“Ok,Aku faham perasaan Kau.Sekarang kita tak payah sebut ni lagi.Aku tak nak paksa kau dengan semua ini ok.”terang Syuk lahi.

 

Beberapa hari yang lepas Syuk sendiri menyiasat kekasih Amira yang selama ini bersama Amira dengan Perempuan lain bermesraan disebuah shooping complek yang menjadi bahan bukti untuk Syuk kemukan pada Datuk Hisyam dan Amira sendiri.Amira lama sudah memerhatikan tingkah laku Irwan selama ini.

 

Sebab selama ini Amira amat menyayangi Irwan sebelum kemunculan Rayyan dalam hidupnya.Selepas kemunculan Rayyan Amira mula membataskan pergaulannya dengan Irwan kerana bapa Amira sendiri tidak berkenan dengan perangai Irwan yang kaki perempuan.Selama Amira mengenali Irawan belum pernah Irwan kantoi lagi dengan mana -mana perempuan di hadapan mata Amira.

 

Jadi sekarang Amira nak sangat bukti yang Irwan berlaku curang di belakangnya.Sebab kalau sekadar dari mulut orang lain Amira tak akan mudah percaya.Ini semua kerana Amira sudah mengenali Irwan sejak Zaman universiti lagi.Walaupun Amira sangat mengenali Irwan lebih lama lagi tapi Amira sangat menjaga batasnya dengan hal hukum agama,dalam erti kata lain sangat menjaga maruah diri.

 

“Syuk,agaknya apakhabar Nas sekarang?mesti dia bahagia dengan lelaki pilihanya dan family .Ya lah kan dulu keluarga Rayyan bukan macam yang sekarang ini.Dulu Papa dan Mama hanya jadi pekebun kecil je.Itu sebab keluarga  Nas  tidak dapat menerima Rayyan dalam hidup mereka.Sedih sangat bila ingatkan kisah lalu bersama Nas.”mengusap muka dengan kedua belah tanganya.Rayyan seakan putus asa lagi dengan cintanya.

 

 

     “Dah lah Rayyan,sekarang nie kau kena pandang kehadapan.”balas Syuk.

 

Previous: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rayyan