Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
54,908
Kategori: Buku
Genre: Umum
Belajar

Manis sungguh buah labu,
Cukup makan hanya sekali,
Ini kisah si Abu,
Datang membawa harapan kembali.

Setelah Raja Muda itu berbincang dengan adiknya selama hampir 2 jam. Akhir nya baginda datang semula. Mereka berdua terus sembah hormat.

Raja Muda : Baiklah, kamu di izinkan untuk bertemu dengan adik beta sehingga waktu sebelum maghrib. Sekiranya adik beta tidak mahu bertemu dengan kamu esok hari, janganlah kamu ingkari. Itu saja syarat nya.
Abu : ampun tuanku, patik tak faham.
Yunus : maksud nya, kalau tuan puteri tak suka kau, jangan pula kau bertemu dengan dia lepas ni. Maknanya dia tak nak berkawan dengan kau.
Abu : oh begitu.
Raja Muda : Abu Sadad, kamu ikut beta. Yunus tunggu di sini. Jika mahu solat zohor di sini, dayang beta akan tunjukkan tempatnya. Selepas itu, kamu jamahlah makanan disini.
Yunus : menjunjung kasih tuanku.

Lalu Raja Muda dan Abu terus pergi di sebuah taman di belakang istana. Sewaktu dalam perjalanan,..

Raja Muda : beta tak sangka hari ini beta berselera untuk makan. Lama sudah beta tak rasa berselera seperti ini.
Abu : Alhamdulillah.. semua nya sebab Yunus Tuanku.
Raja Muda : kenapa pula?
Abu : jika saja dia tidak mengingatkan Tuanku untuk baca Bismillah, tentu tuanku tidak berselera untuk makan selamanya.
Raja Muda : oh begitu. Jadi selama ini beta tidak ada selera makan hanya sebab beta terlupa baca Bismillah. Baiklah, mula dari ini.. beta tak akan lupa. Insya-Allah.

Kata baginda dengan riang. Tiba-tiba, Raja Muda berhenti melangkah.

Raja Muda : sebelum kita sampai di sana, beta nak bagitahu sesuatu.
Abu : apa dia tuanku?
Raja Muda : semenjak ayahanda beta mangkat dalam perperangan yang mengorbankan nyawa nya demi kedamaian ini, adik beta terus bersedih. Dia tidak lagi ceria seperti dulu. Padahal dia ketika kecil memiliki senyuman yang manis.
Abu : oh sebab itu lah dia tidak pernah terlihat di luar istana.
Raja Muda : ya, dia terus mengurung kan dirinya. Sehinggakan dia tidak banyak berkata-kata dan menjadi seorang yang pendiam. Dia juga selalu termenung. Beta sedih dengan keadaan dia. Beta tak tahu apa yang terjadi pada dia sekiranya beta tak ada.

Abu merasa kasihan dengan Tuan puteri. Pada masa yang sama dia juga merasa sulit untuk mengambil hati seorang puteri.

Abu : pernahkah tuanku bercadang untuk mencarikan dia seorang suami?
Raja Muda : itu sudah semestinya.. Beta sudahpun merisik beberapa Raja di negeri-negeri yang lain. Tetapi tidak ada satu pun yang mampu menahan diri dengan sikap adik beta. Ya lah, siapa mahu beristeri kan seorang wanita pendiam dan murung seperti itu.
Abu : kenapa tak cuba dengan rakyat biasa ?
Raja Muda : beta takut mereka ambil kesempatan atas kerana dia seorang puteri. Jadi, kenapa kamu mahu berkawan dengan adik beta?

Abu pun menceritakan kisah masa kecilnya.

Raja Muda : ..........

Raja itu cuma terdiam sejenak. Baginda cuma tersenyum kecil.

Raja Muda : beta cemburu, kamu lah orang terakhir yang melihat senyuman nya.

Sampai di suatu gerbang,.. Raja menunjukkan tempat Tuan Puteri itu berada.

Raja Muda : jangan berbuat perkara yang tak baik dalam istana beta. Kamu di jaga oleh pengawal beta di sini dari jauh. Ingat! Sebelum maghrib..

Raja Muda itu pun mengundurkan diri. Tinggal lah Abu yang masih tercari-cari keberadaan tuan puteri tersebut. Setelah dia masuk dalam taman itu, dia melihat sosok tubuh seorang wanita di tengah taman itu. Dia membelakangi Abu. Abu pun mendekati wanita itu. Dan melihat dari sisi kiri wanita itu. Memang benar, dialah tuan puteri.
Abu mula berpuitis dalam fikiran nya.

Rambutnya sehitam arang,
Matanya bagaikan kolam bulat yang kosong,
Memandang keindahan dengan mata yang layu,
Wajahnya cantik namun murung.

Apakah aku boleh mendekati nya?
Apakah aku boleh memberi harapan padanya?
Harapan untuk hidup tertawa riang seperti dulu,
Yang ku lihat sinar cahaya tetapi apa yang dia lihat gelapnya malam,

Luka di hati yang tak terbendung lagi,
Tidak di siram dengan bahagia,
Mungkin baginya waktu telah berhenti,
Menjanjikan sesuatu yang tak pasti.

Kemudian, Abu tersedar kembali dalam lamunan itu. Dia menyedari bahawa dia tidak tahu bagaimana hendak meluahkan. Dia tiba-tiba mendapat idea, mungkin dia harus memulakan dengan nama dahulu. Ya, mereka tidak pernah tahu nama antara satu sama lain.

Abu : ampun tuan puteri, nama patik Abu Sadad.

Tuan puteri itu hanya terdiam sambil memandang daun-daun pokok di depan nya.

Abu : jika tidak keberatan, izinkan patik bertanya siapa nama Tuan puteri?

Tetap diam.......
......
.........

Raja Muda memasuki ruangan makan. Di situ dia melihat Yunus sedang asyik nya makan.

Raja Muda : wah , sungguh berselera kamu.
Yunus : ya lah, patik sudah berapa hari makan Mi Ayam tu. Hari ni dapat rasa makanan dalam istana. Sungguh bertuah patik hari ini. Tuanku, silakan makan sekali.

Raja Muda itu pun makan. Dia senang hati dapat makan dengan berselera.

Raja Muda : beta nak tanya kamu sesuatu..
Yunus : Silakan Tuanku.
Raja Muda : Apakah di kampung sutera mengamalkan budaya berpantun itu?
Yunus : Ya tuanku, hampir setiap perbuatan dan kata-kata kami di selitkan dengan pantun. Malah ada budak-budak belum cukup umur pun pandai pantun 4 kerat.
Raja Muda : 4 kerat?
Yunus : maknanya , baris ayat tuanku.
Raja Muda : oh ada berapa kerat dalam setiap pantun?
Yunus : kayu buluh sudah tua, kita sudahpun bersua.
Raja Muda : ini 2 kerat kan?
Yunus : ya tuanku, cepat sungguh tuanku tangkap. Pantun ada dua kerat, 4 kerat, 8 kerat. Nak lebih pun tak apa
Raja Muda : wah sampai 8 kerat. Cuba beta nak dengar.
Yunus : Sarang merbah di celah dahan, Tempat punai bermain di situ,
Bekejar-kejaran anak rusa, Tampak dari tanah seberang, Bersyukur aku kepada Tuhan, Kalau nasib memang begitu, Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

Raja Muda merasa kagum melihat ilmu dari Yunus itu. Dia terdiam tanpa kata kerana asyik dengan pantun tadi.

Raja Muda : Wah hebat sungguh.. beta mahu belajar!! Ajarkan beta!!
Yunus : ya pergilah belajar.

Raja Muda itu berubah wajah.

Raja Muda : maksud beta, beta ingin berguru dengan kamu , Wahai Yunus.
Yunus : Apa ?! Patik tuanku? Apakah tuanku ini benar-benar?
Raja Muda : Ya. Mulai dari sekarang beta lantik kamu menjadi Guru Peribadi beta. Upah kamu beta akan beri secara lumayan sehinggakan kamu boleh beli tanah.
Yunus : wah itu satu tawaran yang bagus. Baiklah, patik terima
Raja muda : terima kasih tuan guru.

Bersambung.....

Previous: Hajat
Next: Puteri

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy