(Madah 7) WALAUPUN MASIH SAKIT.

Seorang insan yang bergelar gadis, yang dulu dikenali dengan gadis yang lincah, periang, lasak, manja, yang suka bersosial bersama rakannya, mula berubah menjadi gadis yang impikan gelaran wanita solehah selepas mengenali seorang insan yang bergelar jejaka.

Kini tutur bicaranya di susun lembut, semakin pemalu dan amalannya juga dijaga. Yang wajib didahulukan, yang sunat diperbanyakkan, yang haram dijauhkan, yang mudarat dielakkan.

Dia juga sanggup meninggalkan kekasih yang dahulunya pernah menjadi insan yang terpenting dalam hidupnya. Yang sering menemaninya ke tempat-tempat yang mungkar.

Dan mendekatkan dirinya dengan yang Maha Pencipta. Tangan yang penuh dosa itu, dihulur olehnya, diterima seadanya. Akhirnya rebah juga dia dengan cinta. Ternyata dialah insan yang dicari selama ini.

Insan yang menjadi impian setiap wanita solehah untuk mendapatkan lelaki yang soleh. Tiada siapa yang mampu menolaknya.

Bahagia itu semakin dicipta. Hari demi hari aku semakin mengenali agamaku yang dulu seperti samar – samar dan kabur. Hati yang dulu sering gundah kini semakin tenang bersamaNya.

Dia juga banyak mengajar aku untuk mendahulukan perkara yang wajib, memberiku semangat baru agar aku tidak lagi seperti dulu. Memberi aku harapan bahawa setiap insan juga punya kisah silam.

Itulah yang dinamakan pengalaman dalam mengajar erti kehidupan. Terukir senyuman disetiap hariku. Terasa rindu bila tidak berhubung. Biar kami jauh, biar laut memisahkan kami, namun kami cuba untuk selalu terasa dekat.

Dia juga sering menasihatkan aku supaya sentiasa sabar dengan setiap dugaan dan ujian dari Allah. Sesungguhnya Allah bukan saja – saja menguji hambaNya.

Namun, setiap permulaan itu diiringi dengan pengakhiran. Dia yang disayangi telah dijodohkan dengan wanita pilihan keluarganya sendiri. Aku tidak mampu untuk menghalang kebahagian itu.

Allah benar – benar menguji aku, sungguh kadang diri terasa tidak terdaya, terasa seperti hendak mati. Air mata itu mengalir juga. Membasahi pipi hari demi hari. Mencari dimana silap diri.

Apakah ini yang dinamakan ujian Allah, aku tidak layak untuk mempersoalkan, inilah yang harus aku tempuhi. Demi membuktikan yang aku tidak lagi seperti yang dulu.

Bangun wahai diri. Bangun lah, Allah Maha Mengetahui, Allah tidak akan menguji hambanya melebihi dari kemampuan hambaNya. Allah sayang pada hambaNya yang sabar, banyakkan berselawat.

Ingatlah bahawa dengan Dia kamu datang, dengan Dia juga kamu pergi. Astagfirullahhalazim..

Alhamdulillah, walaupun hati ini masih lagi sakit, masih lagi dalam kesedihan. Tapi dugaan itu diharungi dengan tenang. Walaupun tidak setenang air dialutan.

Air mata itu mampu juga dihalang. Semoga apa yang telah aku pelajari dapat diperaktikkan. Dapat mengukuhkan lagi iman dan akidah aku. Biarlah apa yang berlaku, ku serahkan pada yang Maha Pencipta untuk menuntukkan.

Aku akan kuat, aku akan tabah. Dan inilah dinamakan cintaku tidak akan melebihi dari cinta ku kepada Sang Pencipta. Kenangan tetap kenangan, dan akan ku ukir dengan senyuman dan diiringi doa kebahagian buat mereka.

“Sesungguhnya apa yang sering kamu impikan tidak mustahil untuk kamu dapatkan, tapi janganlah berbangga apabila yang kamu impikan itu menjadi kenyataan, malah bersyukurlah.

Namun jika ianya datang sekadar sementara, ingatlah bahawa kamu hanya peminjam dariNya. Jangan sesekali mengeluh dan menyesal”

Kredit untuk ukhti Syarifah Mukhtar Al Alawi.

Bertemu berpisah kerana Allah, kerana malam tak akan selamanya pasti siang datang                                           menjelma.-Aminah Assofwah Saipul Kohar

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh