12,192
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 3

Raiqal memandang susur atur koc. Tempat duduk usang. Ada kayu dinding koc yang teleh serepih. Kain yang menyeliputi tempat duduk agak kusam. Asap dari corong mula kelihatan. Keretapi bergerak perlahan. Raiqal melihat Aiman Aklaken yang memeluk begnya dan menutup matanya. Keretapi perlahan-lahan meninggalkan platform. Kemudian koc melintasi lembaga ketua stesen. Hanya paras dadanya sahaja yang nampak. Raiqal nampak tangannya mengayunkan loceng.

Kling! Kling! Kling!

Raiqal menjenguk ke luar. Rupanya tingkap itu tidak bercermin dan angin sepoi bahasa menyapa wajah Raiqal. Keretapi itu membelok ke kanan. Nampak melihat ke bawah landasan. Tidak ada landasan besi seperti mana keretapi biasa. Keretapi bergerak di atas tanah. Asap dari corong kadang kala melintasi Raiqal. Suasana di luar diterangi oleh bulan mengambang. Raiqal melihat ke hadapan. Nampaknya keretapi akan masuk ke terowong. Dia beredar dari tingkap lalu duduk.

“Agaknya apa yang ada dalam terowong tu ya. Perghhh! Tak sabar!” gumam Raiqal teruja.

“Terowong? Alahai. Mesti gelapkan. Sudahlah koc ini tiada lampu,” Aiman Aklaken mencelah.

“Lebih baik gelap dari terang. Terang nanti nampak benda yang tidak sepatutnya,” balas Raiqal.

“Menyesal aku naik keretapi ini.”

Raiqal hanya tersenyum. Sesekali koc teroleng-oleng.

Ponnnn!

Bunyi nyaring hon keretapi. Nampaknya keadaan di dalam koc semakin gelap. Raiqal menyeluk begnya. Dia mengambil lampu suluh kecil. Dia melihat pemandangan di luar. Di kiri kanan kini adalah hutan tebal.

“Adui… makin gelap pula ni,” gumam Aiman Aklaken yang didengari oleh Raiqal.

“Aik. Boleh tahu pula makin gelap?” soal Raiqal.

“Aku bukannya tutup rapat. Tutup sikit-sikit. Nampak cahaya semakin sedikit. Malap. Kabur,” jelas Aiman Aklaken.

“Bukalah. Takde hantupun atau apa-apa lembaga. Apa nak takut. Aku ada,” arah Raiqal.

Aiman Aklaken membuka matanya sedikit demi sedikit. Dia menarik nafas lega apabila tidak nampak benda ynag menakutkan. Hanya Raiqal duduk bersebelahan dengannya dengan memegang lampu picit. Suasana malap.

“Mana lembaga tadi?”

“Di stesen. Kita nak masuk terowong ni.”

“Fuh lega. Seram sial mukanya.”

“Kan kau nak ambil idea untuk karya kau akan datang. Mestilah meletup punya lepas ini sebab jumpa hantu betul-betul. Sebelum ini tak pernah jumpa?” soal Raiqal.

Aiman Aklaken menggelengkan kepalanya. Dia hanya dapat rasa akan kewujudan entiti. Tapi berhadapan seperti tadi tidak pernah.

Ponnnnn!

Bunyi nyaring hon kedengaran. Raiqal menjenguk sedikit kepalanya.

“Kita nak masuk terowong!” jerit Raiqal teruja.

Raiqal cuba untuk menghidupkan lampu suluhnya tetapi gagal. Raiqal mengetuk-ngetuk lampu suluhnya. Keadaan semakin gelap. Raiqal memandang Aiman Aklekan yang menunjukkan wajah cuak.

“Apa nak mendatang ni… gelapnya,” gumamnya.

Sebaik sahaja Aiman Aklaken berkata kocnya masuk ke dalam terowong. Keadaan menjadi gelap gelita di dalam koc. Tidak nampak apa langsung seolah-olah pandangan mereka telah menjadi buta. Raiqal terasa bahunya dipegangnya.

“Aiman… kau ke tu yang pegang bahu aku?” soal Raiqal.

“Aku takut. Apasal gelap sangat?” balas Aiman Aklaken.

Raiqal berasa tangannya dipegang oleh seseorang.

“Sebelum aku tumbuk muka kau. Baik kau lepaskan tangan aku,” Raiqal memberi amaran.

Aiman Aklaken telah melampau. Makin menjadi-jadi pula Aiman Aklaken ni.

“Yelah. Yelah,” kata Aiman Aklaken lalu melepaskan pegangannya.

Aaaaaa! Aaaaaa! Aaaaaaa!

Kedengaran jeritan perempuan dari keluar koc bergema. Raiqal serentak memandang ke luar tingkap. Kelihatan lembaga putih terbang melintas dengan laju di luar. Jeritan nyaring masih jelas kedengaran.

“Apa benda putih bertebangan kat luar ni Raiqal? Ngeri suara jeritan mereka!” soal Aiman Aklaken dengan nada takut.

“Diam sahaja. Tutup mata!” arah Raiqal.

Memang nampak kelibat kain putih berterbangan sana sini di luar. Wajah tidak jelas. Hanya rambut yang mengerbang sahaja nampak. Nampak macam Cik Ponti. Apa jadah ponti berterbangan laju di dalam terowong. Tak terantuk ke? Soal Raiqal di dalam hati.

Aaaaaa! Aaaaaa! Aaaaa!

Jeritan-jeritan nyaring masih kedengaran. Kemudian lembaga yang berterbangan hilang dari pandangan. Raiqal berasa lega. Seram seh Cik Ponti berterbangan di luar. Tiba-tiba lampu di dalam koc terbuka. Raiqal terpempan. Kini Cik Ponti yang tadinya berterbangan di luar sudah duduk di dalam koc. Setiap duduk penuh dengan mereka. Mereka hanya tepat memandang ke hadapan. Rambut mereka berterbangan di tiup angin. Malah di hadapan mereka ada 2 orang cik ponti duduk tegak. Rambut mereka mengerbang ke belakang.  Raiqal cuba mengelak rambut mengerbang mengenainya. Tetapi rambut cik pon yang duduk di hadapan Aiman Aklaken yang mengerbang menyapa wajah Aiman Aklaken.

“Apa benda pula menyapu wajah aku ni ha?” soal Aiman Aklaken.

“Bukalah mata tengok,” arah Raiqal.

Aiman Aklaken membuka matanya. Ada rambut mengerbang yang sesekali terkena wajahnya. Serentak dia menggunakan tangan kanannya menepis rambut.

“Eh! Ada lampu rupanya koc ni. Ada penumpang lain? Siapa awek depan ni. Rambut panjang gila mengerbang sampai kena wajah aku yang handsome ni. Cik… ooo cik,” tegur Aiman Aklaken.

Serentak dengan itu semua cik pon memandang Aiman Aklaken. Cik pon yang ditegur oleh Aiman Aklaken kepalanya berpusing darjah memandang Aiman Aklaken dengan wajah marah. Matanya memerah.

“Eh. Eh…. maaflah ye menganggu cik kak. Saya bergurau tadi,” kata Aiman Aklaken lalu memeluk begnya erat.

Matanya ditutup. Badannya mengigil. Raiqalpun terpaku melihat kepala cik ponti yang boleh berpusing ke belakang. Wajah mereka pucat sepucatnya. Mata mereka memerah. Kemudian semua lembaga memusingkan kepala mereka ke hadapan dan membatu. Tiba-tiba lampu terpadam. Suasana di dalam koc gelap segelap-gelapnya.

Ponnnnn!

Kedengaran bunyi nyaring hon keretapi. Keadaan terang kembali. Koc sudah melepasi terowong. Lembaga yang duduk di dalam koc sudah hilang. Raiqal menghembus nafas lega. Raiqal melihat Aiman Aklaken. Aiman Aklaken masih mengigil. Raiqal menyentuh bahu Aiman Aklaken.

“Adui. Dia pegang bahu pula. Tak cukup ke rambut kena wajah kita yang handsome ni,” kata Aiman Aklaken.

Raiqal tersenyum. Dia mahu mengenakan Aiman Aklaken. Boleh dijadikan bahan sepanjang perjalanan. Raiqal mengusap pipi Aiman Aklaken dengan lembut.

“Adui… dia usap pipi kita pula. Tolonglah. Tolonglah jangan ganggu aku. Aku taknak jadi anak ikan… aku tahu aku handsome. Tolong, aku terpaksa ja naik keretapi ni,” kata Aiman Aklaken lagi.

Raiqal hampir menghamburkan ketawa mendengar kata-kata spontan dari Aiman Aklaken. Sampai ke situ sekali Aiman Aklaken berfikir.

“Abang… tengok wajah kita yang putih bersih berseri ini,” Raiqal mengajuk suara perempuan.

Aiman Aklaken mengerutkan dahinya.

“Putih berseri apanya. Pucat macam hantu. Tidak ada darah. Mata sahaja merah. Tidaklah kita nak menengoknya. Apasal kasar sangat suara ponti ni?” soalnya lalu membuka matanya.

Dia terperanjat melihat  tangan kiri Raiqal mengusap pipinya.

“Celaka!” marah Aiman Aklaken lalu menepis tangan Raiqal.

Raiqal ketawa berdekah-dekah. Dia sudah tidak tahan lagi menahan ketawa. Puashatinya membahan Aiman Aklaken.

“Nak kena samak pipi aku ni! Aku ingatkan pontilah yang pegang tadi. Hairan juga aku kenapa kasar tangannya,” marah Aiman Aklaken.

“Ha… ha… ha. Kenapalah kau ni lurus sangat. Imaginasi kuat betul! Anak ikan! Hahaha!”

Ponnnnnn!

Kedengaran bunyi nyaring hon. Raiqal berhenti ketawa. Keretapi diperlahankan. Raiqal bangun lalu menjenguk ke luar tingkap. Dalam samar cahaya bulan dia melihat sesuatu berceracak di atas tanah. Aiman Aklaken juga menjenguk kepalanya keluar.

“Apa benda yang berceracak di atas tanah ni?” soalnya.

Raiqal mengamatinya. Akhirnya dia sedar. Dia memandang ke arah Aiman Aklaken yang turut sama memandangnya.

“Kubur!” kata mereka serentak.

 

 

 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.