Home Buku Fantasi The New King
Bab 97

Kairin



Di suatu tengah malam, terdengar raungan kesakitan di menara istana. Tempat itu kebiasaannya untuk skuad pengintai jarak jauh kerajaan Rin. Tetapi malam itu kosong. Tiada siapa di situ melainkan seseorang yang sedang kesakitan.


Ternyata orang itu Kairin. Kelmarin dia baru sembuhkan ramai tentera yang cedera. Sekarang, dia harus menanggung semua kesakitan tentera itu dalam badan. Kairin memiliki Core Heal Counter, Strong Type yang mampu menyerap kecederaan orang lain dan juga mampu mengembalikan kecederaan pada orang yang dia mahukan. Disebabkan banyak kecederaan yang di serap olehnya, dia harus merasa sakit dari kecederaan orang lain. Tiada parut mahupun luka di tubuhnya. Namun rasa sakit itu di rasai di sekujur tubuhnya tanpa ada sebarang kesan parut dan luka.


Kairin meraung dan meratapi kesakitan itu seorang diri. Dia tidak mahu ayahanda dan adik beradiknya berfikir bahawa dirinya lemah. Airmata mengalir keluar kerana menahan kesakitan itu. Kadang-kadang dia menggulingkan dirinya sendiri, mengigit kayu dan menjerit sekuat hati. Dalam menara itu ada tiga jendela yang terbuka luas. Tanpa Kairin sedari, ada seseorang ada di jendela itu sedang duduk memerhatikan gelagat Kairin.


Kairin : haaahh!!!


Rioma : menjerit sekuat hati tak akan menyelesaikan apa-apa.


Kairin terus menoleh ke arah suara itu.


Rioma : kau harus berhenti.


Kairin : kau siapa?


Rioma : siapa aku tak penting.. yang penting sekarang apa yang boleh kau buat untuk membebaskan diri kau?


Kairin : ada cara lain ke?


Kairin termengah-mengah nafasnya.


Rioma : semua ini terjadi sebab perang. Jadi cara nya... Kau fikirlah sendiri..


Rioma lalu terjun dari menara itu dan menghilangkan diri.


...................................


Itulah yang terjadi beberapa waktu dahulu. Kesakitan yang di rasai oleh Kairin kini mengubah mentalnya menjadi gila. Beberapa tentera cuba menghentikannya tetapi serangan Counter Heal yang membuat seseorang itu terluka lebih parah.


Kairin : kalau kau dekat, aku akan kembalikan semula luka-luka yang aku sembuhkan dari dulu!!


Tama : kairin berhenti!!


Kairin : kau tak layak mengarah aku!


Kairin menyerang Tama. Dia sempat mengelak dari serangan berbahaya itu.


Kairin : kau rasa hidup kau lebih terseksa tetapi kau tak pernah tahu aku lebih terseksa!!!


Saat itu, Zafar telah sedar dari pengsannya. Dia cuba untuk memahami situasi itu.


Qan : kau dah bangun? Raja kau suruh aku jaga kau tadi.


Zafar : Badar? Dia bukan Raja aku!


Qan : aku tak tahu apa masalah kau dengan dia. Tapi bagi aku, dia seorang Raja yang berbeza dari Raja-raja yang kau tahu.


Zafar : ergghh.. sakitnya.


Qan : maaflah, bila aku makan pedas aku akan mengamuk. Sebab tu aku tak suka makan pedas.


Sementara itu, Tama dan Ozen cuba untuk menghentikan Kairin. Kairin terus menyerang dengan kekuatan Core.


Bahrin : Fast Ice!


Serangan itu di hentikan oleh Raja Bahrin.


Bahrin : hentikan. Semuanya tak ada guna!


Tama : .......!


Ozen : bagus. Aku boleh serang dia. Tornado point!


Ozen terus memanah Kairin yang beku dalam ais itu.


Tama : apa kau buat?! Dia keluarga aku!


Tama tiba-tiba mematahkan serangan Ozen dengan pedangnya.


Ozen : cis! Kau nak membahayakan kami semua ke? Core dia core yang dalam mengembalikan sakit.


Tama : bagi aku peluang untuk bercakap dengan dia.


Bahrin : Tama...


Tama melihat sahaja wajah Raja Bahrin itu. Dia tidak marah cuma masih tidak mahu menerima Ayahnya itu. Tama terus berjalan dekat ke arah Kairin.


Kairin : berhenti! Jangan dekat.


Nurin : kakak! Hentikan semua ni.


Delirin yang bangun daripada pengsan juga terus menuju ke adik nya.


Delirin : kamu semua pergi cari tempat selamat. Biar abang yang selesaikan ini.


Harin : dia bukan adik kau seorang.


Seketika semua adik-beradik Rin datang menemui Kairin.


Darin : betul tu. Kita semua keluarga walaupun tak sama ibu!


Delirin : tidak... Aku yang seharusnya bertanggungjawab. Aku Abang tapi aku tak pernah tahu.


Man : mulalah drama keluarga tu.


Crisa : kau diam je la.


Crisa ketuk kepala Man.


Werza : padan muka. Haha..


Semua adik-beradik Rin masih percaya akan Kairin.


Tama : Kairin, maksud saya. Kakak Kairin! Berhenti.. masih ada masa untuk patah balik.


Patarin : betul tu. Saya setuju dengan Tama!


Kairin : Huh selepas kau tinggalkan kami bertahun-tahun...


Tama : saya di buli dengan kamu semua!! Saya di pandang rendah! Sebab itu tak akan ada masalah jika saya pergi!


Sairin : hahaha. Itu yang kau fikir? Apa yang kami lakukan hanya untuk mendidik kau. Kami tahu kau akan menjadi orang lemah lagi-lagi lepas bunda meninggal.


Tama : apa?!


Yaewrin : benar Tama. Kami bukan bunda kamu tapi sekurang-kurangnya kami boleh ajar kau untuk kuatkan hati untuk menerima kehilangan seseorang.


Darin : kami juga kehilangan seorang ibu, Tama.


Delirin : huh aku nak bagitahu kamu semua wahai adik-adik ku. Abang kamu bercinta dengan anak Raja Darul. Ya tak ada rahsia lagi!


Raja Darul : Apa?!!!!!!!


Dayendra : tidak!!!!


Daud : dah jodoh kan. Silakan.


Nurin : wah dia sungguh memahami.


Tama : eee pelik kamu semua ni.


Sairin : jadilah satu keluarga.


Kairin : errr errr ahhh semua dah terlambat!! Aku akan bunuh semua orang!!


Kairin mengeluarkan aura besar yang kuat hingga semua orang di situ terkena serangan. Mereka yang terkena serangan itu tiba-tiba mendapat kesan luka.


Badar yang melihat itu terus berlari pantas ke arah Kairin. Dia tidak peduli dengan luka-luka yang muncul di badan nya itu.


Badar : berhenti!!


Badar terus memukul Kairin dengan sekali serangan dan pengsan di situ. Orang yang melihat itu melopong.


Tama : Badar!


Tama memangku Kairin yang tak sedarkan diri itu.


Ozen : wah, satu cara yang aku tak terfikir pun. Ternyata ada cara lain selain membunuh. Hahaha. Hebat Raja kita.


Sayangnya, dari serangan Kairin tadi ada seseorang yang terkena lebih banyak luka-luka dan cedera parah. Orang itu ialah Raja Bahrin. Raja Bahrin jatuh di lantai perang kerana lemah.


Delirin : Ayahanda!


Bahrin : heh. Bukankah kamu sudah bencikan ayahanda?


Delirin : sebenci-bencinya saya terhadap ayah, ayah tetap ayah saya.


Hairin : doktor! Mana doktor?


Dahlia : biar aku periksa!


Delirin : Dahlia?


Dahlia seorang doktor di kerajaan Daye. Semua orang menunggu pemberitahuan dari Dahlia. Mereka memandang Dahlia dengan penuh pengharapan.


Delirin : macamana?


Dahlia : kritikal.. luka dari counter heal itu dah mengoyakkan organ dalaman dia.


Hairin : apa?


Darin : tidak.. ayahanda.


Bahrin : tak apalah. Ini mungkin dosa yang ayah harus tanggung. Ayah sungguh terlambat untuk menyesal. Dan ayah tak dapat buat apa...


Raja Bahrin batuk darah. Tubuhnya juga mengeluarkan darah dari luka yang di dapatkan.


Bahrin : ayah tak minta kemaafan dari kamu semua. Tetapi ayah tahu, ayah yang bersalah. Kalaulah kita dapat menjadi keluarga yang harmoni. Ayah akan cintai keempat-empat isteri ayah dengan tulus.


Tama memandang ayahnya itu.


Bahrin : selama ini ayah hanya bertugas menjadi seorang Raja, bukannya sebagai ayah kamu semua. Tama.. maafkan ayah..


Tama : nama saya TamaRin.


Raja Bahrin tersenyum kecil mendengar itu. Tahulah dia bahawa Tama telah sedia memaafkan dirinya.


Bahrin : dan anak-anak ayah. Jadilah adik yang baik, dengar cakap akan abang kamu Delirin.


Harin : baik ayah.. tapi jangan mati.


Yaewrin : ya jangan tinggalkan kami. Kami tak kisah kena marah atau kena hukum. Tolonglah..


Bahrin : Delirin.. ayah memberi restu kepada hubungan kamu bersama anak Raja Darul. Ayah tak tahu nama dia siapa.


Raja Darul : Bahrin. Bertahanlah.


Delirin : nama dia Dahlia ayah.


Bahrin : oh Dahlia. Jaga anak ayah wahai dahlia.


Darul : jangan banyak cakap.


Bahrin : aku terima keadaan aku. Darul, berjanjilah pada aku yang kau akan tetap menjadi sahabat aku.


Dahlia : ayah, Raja Bahrin makin banyak kehilangan darah!


Darul : aku berjanji Bahrin..


Bahrin : ibu-ibu kamu mesti akan ketuk kepala ayah sebab tak jaga kamu semua dengan baik.


Sairin : kami di jaga dengan baik ayah!


Sejurus kemudian, dengan perlahan menutupkan mata... Raja Bahrin meninggal dunia dengan penyesalan.


Semua orang berdukacita. Dayendra mengambil pembesar suara. Dia berdiri di atas batu besar.


Dayendra : dengar sini semua! Baik Tentera Daye mahupun Tentera Rin. Dengan ini, kami mengumumkan.. Perang yang berlangsung berpuluh-puluh tahun ini, Tamat!!!!


Semua tentera yang ada di situ bersorak kegembiraan. Ada yang menangis sedih kerana penantian yang panjang. 


Tentera Rin : akhir perang bodoh ni tamat!! Huuu..


Tentera Daye : tak ada lagi perang.. aku nak baring..


Mereka semua mengekspresi kan kemenangan dengan cara masing-masing.


Beberapa jam kemudian, Delirin berada di pentas untuk memberikan kata-kata terakhir selepas peperangan tersebut yang di saksikan oleh ratusan orang dari kerajaan Daye dan Rin.


Delirin : kami berdukacita atas pemergian Ayahanda kami iaitu Raja Bahrin dan Adik kami. Farurin. Mudah-mudahan kita semua dapat hidup damai dan akur.


Giliran Raja Darul.


Darul : rakyat beta yang dikasihi. Dengan berakhirnya perang ini, beta mengundurkan diri dari pangkat kebesaran Raja!


Pengumuman itu membuat kejut ramai orang.


Warga kota 95 : apa? Habis siapa yang akan jadi raja kami?


WK40 : kami masih perlukan raja!!


Darul : jangan risau, kita masih hidup dalam pimpinan Raja. Cuma kali ini kita akan ada hanya Satu Raja sahaja!!


Mereka semua bersorak kerana mendapat Raja yang baru.


Darul : kami ingin berterima kasih dengan orang asing yang datang ke negeri ini. Mereka sangat membantu dalam peperangan yang menamatkan segalanya. Salam kasih dari saya, Kelompok Badarien!


Badar : terima kasih, terima kasih.


Heigo & Man : booooooo ramai-ramai..


Mereka berdua diketuk kepalanya oleh Crisa.


Tama : kau orang nak kena tebas ke?


Ozen : hahaha.. 


Darul : sinilah. Ucapkan sepatah dua kata.


Badar : ........


Semua orang terdiam menunggu apa yang akan di sampaikan oleh Badar.


Badar : kita adakan pesta besar-besaran!!!!

Tapi sambil-sambil itu, kita harus menghormati yang telah pergi. Dan pesta!!


Warga kota bersorak-sorai.


Warga Kota 19 : jangan-jangan dia akan jadi raja baru kita.


W.K 30 : bagus juga. Dia macam rapat dengan orang.


Malam itu, semua yang terlibat berada di ruangan makan dalam istana Daye. Pesta itu akan di adakan selepas perbincangan Raja baru negeri Frexe.


Badar : uhh makan.


Tama : Badar, macamana dengan Zafar?


Crisa : ya lah. Dia tiba-tiba hilang dari medan perang.


Badar : nanti kita fikirkan. Makan dulu.


Bersambung...... 



Previous: Bab 96
Next: Bab 98

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy