Dikeheningan malam disajikan kopi panas dan biskut mayat ,sejenak aku berfikir "Aku dah gagal ke?". Itu yang bermain diruangan mindaku , ya "Gagal" dan aku berpisah tiada. Hakikat.Aku meneguk kopi panas lalu tersentak dengan pandangan malam yang kabur ,kehadiran seseorang yang memberikan aku dua pilihan. Gagal sekarang atau Gagal selamanya. Aku tergamam. Dua maksud berbeza tapi masih ada GAGAL. Seseorang itu berpesan pada aku, "GAGAL lah kau hari ini , kerana GAGAL ini bisa membangkitkan semangat kau dikemudian hari." Lalu bayangan seseorang itu hilang dimamah waktu.