Home Puisi Umum Puisi-puisi Gila
Puisi-puisi Gila
Alilla Semerah
25/8/2016 18:56:03
1,373
Kategori: Puisi
Genre: Umum
Apa yang kau kusut,
Apa yang kau serabut,
Semua yang kau sebut,
Bunyinya mencarut,
Banyak yang melalut,
Banyak yang karut,
Banyak yang marut,
Hati bagai diparut,
Jiwa bagai dipagut,
Kalbu bagai dicerut.

Kau bikin kalut,
Kau bikin ribut,
Dengan muka cemberut,
Lancangnya mulut,
Carut berlanjut-lanjut,
Takkah kau semput,
Mereka terkejut,
Semuanya kecut,
Semuanya takut,
Tak berani menyahut.

Usahlah kau carut,
Janganlah diikut,
Marah yang menyalut,
Benci yang membalut,
Sejenaklah kau melangut,
Fikirkan segenap sudut,
Bebaskan segala kemelut,
Yang enak menyelaput,
Moga marahmu susut,
Moga bencimu surut.

Alilla Semerah
28.7.2016
11.40 a.m.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.