Home Puisi Seram/Misteri Puisi-puisi Kejam dan Seram
Puisi-puisi Kejam dan Seram
Alilla Semerah
24/8/2016 10:25:31
3,263
Kategori: Puisi
Genre: Seram/Misteri
Tika larut malam,
Dalam sepi yang mencengkam,
Di bawah cahaya kelam,
Sinar neon yang suram,
Di sebuah rumah agam,
Binaan zaman silam,
Masih kukuh tersergam,
Yang warna catnya sudah kusam,
Dan di belakangnya ada jeram,
Terpandang susuk lembaga hitam,
Mata merah merenung tajam,
Dengan bunyi menderam,
Kuku panjang hitam dan tajam,
Seperti mahu menerkam.

Aku tergamam,
Gigil tubuh terasa nak pitam,
Ketar lutut menahan seram,
Seakan mahu jatuh tersembam,
Mahu membaca tapi tergumam,
Ingin menjerit tapi suaraku tenggelam,
Berat kelopak mataku terus terpejam

Dipukau lembaga hitam,
Tanpa kata sepatah haram
Aku bagaikan khadam,
Menurutinya hingga ke jeram,
Ditolaknya aku ke sungai dalam,
Ke dalam air aku terbenam,
Terkapai-kapai hampir tenggelam.

Tiba-tiba berkumandang azan memecah sunyi alam,
Menyingsing subuh mengusaikan malam
Terjagaku dari lena di atas tilam,
Seketika aku terduduk diam,
Mengimbau peristiwa malam
Apakah mainan syaitan yang direjam,
Panas badanku diterjah demam,
Tubuh sejuk dan seram-seram,
Tangan dan kakiku lebam-lebam,
Dan di bucu katil seekor kucing hitam,
Matanya merenung tajam,
Dengan bunyi menderam,
Hrrrmmmmmmmmm,
Buat aku seram,
Ku pandang jam,
Sudah hampir pukul enam,
Di luar terdengar suara memberi salam,
Aku rasa semacam,
Seram.

Alilla Semerah
5.6.2016
12.25a.m.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.