Cetusan Hati …
Pabila hati mula bersuara
Kau sendiri akan terdiam kelu tak terkata
Kerana itu bukan dari pemikiran mahupun nukilan
Tapi dari seraut hati yang diperlukan setiap insandi dunia ni.
Aku ingin kau tahu
Bahawa aku di sini tegap berdiri penuh sabar setiapmasa
Setia menunggu kehadiran kau
Setia merindui kau di sebalik senyuman meskipunterukir atas paksaan
Namun, aku tetap tabah menunggu kepulangan kau.
Nostalgia mewarnai awangan setiap ketika
Perasaan sayang aku makin tertanam jauh di suatu suduthati
Menghiasi segenap ruang kesepian
Adakah tu yang dinamakan sebuah cinta hakiki?
Bagai tersesat jauh di dalam rimba kejujuran
Mengalirnya sebuah sungai kesaktian
Yang sentiasa menanti kehadiran kau dalam kegelapan
Di dalam syahdu sebuah perhubungan.