Persahabatan yang terbina tanpa ada sebuahsalam mula bicara. Setiap pelajar yang mahu tamatkan zaman sekolah mestilahmelalui satu tahun penting bagi mereka. Penentuan yang dilakukan serentak satunegara menjadi titik tolak tahap penguasaan individu pelajar sebelum melangkahtinggalkan zaman sekolah.
Beberapa tahun berjaya dilalui sejak berusiatujuh tahun lagi. Tahun satu jadi saksi mulanya sebuah perjalanan panjang yangberliku sebelum sampai ke penghujung sesi sekolah menengah. Tingkatan lima jadisaksi perjuangan sebenar dilakukan oleh setiap pelajar termasuklah aku.
Pahit manis dirasai sepanjang perjuangan dibangku sekolah. Jatuh bangun aku turut bersama rakan-rakan lain meneruskanhidup sebagai seorang pelajar.