Home Puisi Cinta Dan Selamanya Ku Menanti
Dan Selamanya Ku Menanti
Nur Ashiya
3/2/2017 12:15:30
890
Kategori: Puisi
Genre: Cinta
Begitu mudah melafaz suka,
Begitu mudah meluah cinta,
Namun ku ingin bahagia,
Lantas mengapa masih derita?

Aku hanya insan biasa,
Yang cuba belajar setia,
Namun kasih ku dipersia,
Kerana cintaku penuh bisa.

Wahai hati mengapa begini?
Apa ingin terus tersakiti?
Mengapa dia direla pergi?
Bilakan kau cari pengganti?

Dan Selamanya Ku Menanti,
Pada jawapan yang tidak pasti,
Adakah cinta akan mati?
Kerna ku menyepi bersendiri.

Biarlah cinta pergi...
Jika jodoh pasti kembali...

Duhai hati...
Simpanlah dia sebagai memori,
Patrikan dalam mimpi,
Bahawa dia selamanya di hati,
Dan Selamanya Ku Bermimpi,
Dalam impi yang tidak pasti.

Dan Selamanya Ku Menanti.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.