-HARIMAU
JADIAN BANGLADESH MARI-
EPISOD
1
-HANTU CERMIN HITAM
Rembulan mengambang penuh, sinarnya
tersimbah di kotaraya sesak dengan manusia. Bunyi hon kereta membingit. Semua sedang
berkejaran untuk pulang ke rumah setelah seharian penat membanting tulang dan
memerah keringat bekerja. Nahi , mengayuh basikal fixie berwarna kuning
membelah kesibukan kotaraya.
Kasi murah kalkulator Encik Tabo,
Nih Pak Leman tak meleter, yay mau
tabur!,
Kangaroo patahkan shin guard Amar,
Walaupun wat budaya tak bayar,
amma!,
Geli, Mat!,
Geli, Mat Mat Mat Mat......
Ke laut, nyanyian Nahi ternyata
sumbang mambang, tapi dia tidak peduli semua itu janji hatinya terhibur. Biarlah
apa orang nak kata mengenai dirinya, dia sudah lali dicerca dan dihina. Nahi atau
nama penuhnya Nahi Mungkar seorang pemuda rajin bekerja, meskipun dia perantau,
biarpun malaysia ini bukan bumi tumpah darahnya tetapi dia sangat pandai
menyesuaikan diri. Sudah 2 tahun lamanya dia menetap di sini, dia fasih
berbahasa melayu, mungkinlah ada sedikit kesilapan tetapi masih boleh difahami.
Kadang-kadang dia terkenang
keluarganya di Bangladesh, apalah perkhabaran mereka semua sudah sekian lama
dia tidak menjenguk mereka di sana. Hanya wang belanja dihantar sebagai ganti
dirinya untuk meringankan beban keluarganya di Bangladesh. Tetapi berapalah
sangat yang mampu untuk dia kirimkan ke sana, gajinya sebagai pengawal
keselamatan tidaklah sebesar mana. Ditambah pula dengan tuntutan kos kehidupan
yang kian meningkat di bumi malaysia ini. GSTlah, kos perubatanlah,harga
hantaran meningkatlah dan macam-macam kos lagi membebankan insan seperti Nahi. Basikal
Fixie kuning yang dia naik sekarang pun
bayar 3 kali. Nahi mengeluh sendirian mengenangkan hal itu. Tiada lagi kedengaran
lagu geli mat meniti di bibirnya, hatinya pilu mengenangkan kesusahan diri.
Nahi bukannya tidak pandai dalam
pelajaran, otaknya bergeliga, pintar, cekap, bijak, genius dan lain-lain lagi. Tetapi
ketika dia sedang menyambung pelajaran di Universiti of Cambrige dalam jurusan kejuruteraan
kimia, ayahnya meninggal dunia kerana disambar petir ketika sedang leka
bercanda asmara dengan jiran sebelah rumahnya. Kepiluan hati Nahi ditambah pula
dengan kematian mengejut ibunya yang diserang angin ahmar sebaik sahaja
mengetahui ayahnya telah pun berkahwin dengan jirannya itu bahkan sudah memiliki
sepasang cahaya mata. Disebabkan kehilangan dua insan yang dikasihinya dalam
sekelip mata, Nahi mengalami tekanan jiwa dan tidak dapat meneruskan pengajian.
Nahi pulang ke tanah airnya, tempat tumpah darahnya. Dia menjaga dua adik barunya
dan ibu tirinya yang dulunya merangkap jiran dan madu arwah ibunya. Kemudian dia…
“Hey! Tukang cirita! sampai bila
kamu mahu cirita kisah hidup saiya? Ini kisah seram meysteri, bukan kisah
sedeyh” Nahi menengadah ke langit, kaki kanannya menongkat ke bumi. Senyap,
Nahi hanya berteriak keseorangan. Mata-mata di sekelilingnya memerhati
gelagatnya yang persis orang gila itu. Nahi mempersetankan sahaja pandangan
orang sekitarnya, dia terus sahaja menyambung kayuhannya menuju destinasi yang
perlu ditujuinya kini, Hospital. Bukan kerana disebabkan dia hendak mendapatkan
rawatan atau menziarahi taulan yang sedang sakit tetapi kerana tanggungjawabnya
menjaga keamanan dan ketenteraman di fasiliti perubatan itu.
Basikal fixie kuning ditongkatnya
menyendeng ke tepi tiang lalu dia lingkarkan dengan rantai besi sebesar ibu
jari ke tiang itu. Zaman sekarang, zaman ekonomi gawat semua benda jadi
berharga waima basikal fixie Nahi itu. Peluh yang terembes di dahinya segera
dilapkannya dengan sapu tangan berwarna pink. Nahi tidak pernah tertinggal sapu
tangan azimat itu, itulah pemberian terakhir ibunya sebelum ibunya itu meninggal
dunia.
Dia berdiri tegak menghadap cermin
tingkap bangunan jabatan dietetik hospital itu. Dek kerana di sebalik tingkap
itu gelap tak bercahaya, Nahi dapat melihat imejnya terpamer di tangkap. Dia menyisir
rambutnya dengan jemarinya sahaja, memang dia tidak pernah menggunakan sikat
pun. Baju uniformnya diperkemaskan agar tampak segak dan bergaya. Sekali dipandang wajahnya seiras Amir khan tapi pandangan kedua,ketiga dan seterusnya ada iras-iras belacan. Nahi
merapatkan hidungnya yang mancung itu ke ketiaknya yang basah dek peluh. Busuk!
Bau bawang! Nahi segera menarik beg sandang yang tersangkut dibahunya sejak
tadi lagi, lalu direntapnya zip beg itu. Tangannya menyeluk ke dasar perut beg
sandangnya, berkelintaran jemarinya mencari sesuatu.
“Ini dia saiya punya deodorant! Nivea
for men, adaa ini..saiya tedaa bau bawang” Nahi mengekek seorang diri
memikirkan kenapa pula orang tidak menyukai bau bawang sedangkan mereka semua
makan bawang. Nahi segera memulas penutup deodorant itu hingga terpisah dari
badannya. Kemudiannya dia suakan bebola pada deadorant itu ke dalam baju dan
digoleknya ke kedua ketiaknya segolek dua.
TOK! TOK! TOK! Nahi tersentak, bunyi
ketukan itu datang dari cermin gelap di hadapannya. Nahi menelan air liur
kelat. Deodorant disimpannya ke dalam beg sandang semula . Nahi bergerak
merapati cermin itu dan meneliti cermin jendela itu. Terlalu gelap, tiada apa
yang terlihat disebalik cermin itu.
“Mungkin tikus, main ketuk-ketuk
sama saiya” Nahi membuat telahan di dalam hati. Dia berpaling untuk menyulung langkah ke pondok pengawal keselamatan.
TOK! TOK! TOK! Nahi segera
berpusing memandang cermin itu, dadanya kian berdebar. Di saat itu jugalah dia
teringat filem-filem seram ditontonnya sebelum ini, Nahi melangkah perlahan
merapati cermin itu sekali lagi. Dia membongkokkan tubuhnya merenung ke dalam
tingkap gelap itu.
“Woi Nahi! Kau mengintai ye?”
Terkujat Nahi, terasa jantungnya seperti hendak luluh disergah sebegitu.
“Mana ada Tuan Sadiq..saiya tengok
saja..tadi ada bunyi tok..tok..tok dari
dalam sana..saiya rasa ada hantulah” Nahi menjuihkan bibir bawahnya dan perut jari
telunjuknya diletakkan di bibirnya yang terjuih itu. Tuan Sadiq menjegilkan matanya
mendengarkan bicara Nahi itu. Tangannya dicekakkan ke pinggang menampakkan lagi
struktur perutnya yang memboroi itu.
“Sudah kau jangan nak mengarut!” Jerkah
Tuan Sadiq yang juga merangkap chief pengawal keselamatan di hospital itu. Menikus
Nahi dijerkahi Tuan Sadiq “Dasar bangla pemalas, banyak alasan kau ni..”
Terguris hati Nahi, tiada niat dia
hendak menipu. Dia hanya berkata benar, tiada yang benar melainkan benar
belaka. Tetapi di perlakukan sedemikian oleh Tuan Sadiq. Nahi pun menghayun
langkah longlai beredar meninggalkan Tuan Sadiq yang bongkak itu.
“Berlagaak punya worang, saiya doa
Tuan Sadiq kina makan sama itu hantu curmin.. puiih!” Nahi meludah ke dalam
longkang. Air liurnya jatuh ke dalam air busuk yang mengalir dari dapur jabatan
dietetik.
TOK! TOK! TOK! langkah Tuan Sadiq
untuk meninggalkan perkarangan bangunan jabatan dietetik itu terhenti.
“Nahi kau jangan main-main dengan
aku..” Tuan Sadiq berpaling ke belakang, melilau dia mencari batang tubuh Nahi
yang difikirnya segaja ingin memperdajalkannya. Namun tiada tanda-tanda Nahi
masih di situ. “hishh! Perasaan aku je agaknya..” ujar Tuan Sadi sendirian. Dia
memutarkan kayu cotanya persis gerakan Bruce lee seraya kembali menyambung langkah. Perutnya
kelihatan bergegar ketika dia berbuat demikian.
TOK! TOK! TOK! kali ini kemarahan
Tuan Sadiq meletus, wajahnya membengis. Langkahnya deras menghampiri cermin
gelap itu. “Woi! Nahi keluar kau! Kau main-main dengan aku..cepaattt!! keluar!!”
Tuan Sadiq mengamuk. Dia mengetuk-ngetuk kayu cotanya ke cermin tingkap itu.
Tiba-tiba Tuan Sadiq terhenti dari terus
menurus mengetuk cermin tingkap itu, matanya terpaku memandang cermin gelap
likat itu. Sepasang tangan berdarah dengan kuku meruncing terpacul keluar dari cermin itu lalu
mencekak leher Tuan Sadiq yang terpukau itu. Puas Tuan Sadiq mengerah kudrat
bertarung melepaskan diri dari cengkaman tangan berdarah itu. Seluruh sendi
Tuan Sadiq bagai terbius, dia gagal mengerakkan walau seulas jari. Suaranya juga
tersekat di kerongkongnya. Tangan berdarah itu menarik Tuan Sadiq merapati
cermin hitam itu. Tuan Sadiq tidak dapat berbuat apa lagi. Menyesal timbul
dihatinya memperolokkan Nahi tadi. Tuan Sadiq turus ditarik ke dalam cermin
hitam itu sehingga seluruh tubuhnya hilang diratah cermin berhantu itu.
“Nahi kamu punchcard sudah?” Aldi Yuliadi mengangkat kening double jerk. Menganjinglah
tu! Mentang-mentang aku lambat. Bentak hati kecil Nahi. Dia mengendahkan sahaja
pertanyaan Aldi Yuliadi itu. Dia segera masuk ke dalam pondok pengawal
keselamatan. Aldi Yuliadi berlalu meninggalkan Nahi keseorangan di pondok itu,
usikannya tidak disambut baik oleh Nahi. Aldi Yuliadi tahu, wrong timing! Untuk
dia bergurau.
“Kalaulaa saiya sama macam zizang dalam
cirita werewolf dari bangladesh itu, sudah lama saiya kasi flying kick pada
Tuan Sadiq” Nahi merenung bulan pernama yang diselimut kepul-kepul awan tipis,
dia terpesona dengan kecantikan rembulan yang bersinar itu….