PARASIT
BAMMM!!! Pak Sood menghempas pintu
rumahnya. Berang betul dia, seekor lagi kambingnya dicuri orang. Minggu lepas
dia sudah kehilangan 2 ekor kambing dan hari ini hilang lagi seekor. Pelbagai
cara sudah dia ikhtiarkan untuk mencari kambingnya, namun segala usahanya
menemui jalan buntu.
“Bang, kenapa ni mengamuk tak tentu pasal”
Mak Temah mula risau dengan keadaan suaminya itu, bagai kerasukan hantu
mengamuk tak tentu hala.
“Kambing aku hilang lagi, malaun mane punya
kerja ni. Kalau aku dapat tangkap siap aku kerjakan” Ujar Pak Sood sambil
mengetap giginya, kemarahannya kian meruap-ruap.
“Bang, saya rase awak tak boleh nak
harapkan si Jali dangan si Najib je yang tengokkan kambing awak tu,” Ujar Mak
Temah seraya menghidangkan secawan kopi
di atas meja makan . Pak Sood segera duduk lalu mencapai secawan kopi yang dihidangkan
Mak Temah itu. Selapas kecurian kambingnya yang kedua, Pak Sood tekad untuk
mengupah dua pemuda kampung untuk menjaga kambingnya. Namun usahanya mengupah
Jali dan Najib tetap tidak dapat menyelamatkan kambingnya dari terus dicuri.
“Ermm betul kata kamu Mah, entah-entah
budak dua ekor tu yang berpakat dengan pencuri” Tuduh Pak Sood.
“Takkanlah bang, budak dua orang tu saya
rase tak lah sampai tahap tu, mungkin budak-budak tu tertidur mase kambing abang tu kene ambil”
Pak Sood hanya mengeluh, amarahnya kian
berkurang. Dia perlu mengambil langkah yang lebih agresif, jika diharapkan
kepada Najib dan Jali entah-entah esok lusa dengan kandang kambing pun lesap diangkut orang. Dia menghirup
kopi panas, benaknya ligat mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kecurian
kambingnya itu.
“Mah! Mane Pali? Tidur ke petang-petang
begini?” Tanya Pak Sood akan perihal anak lelaki tunggalnye itu kepada Mak
Temah.
“Ada di dalam bilik agaknya, tengok DVD lah
tu. Saya Nampak dia balik dari rumah kawan dia si Bobo tu tadi bawak DVD”Beritahu
Mak Temah, tangannya sibuk memotong sayuran untuk hidangan makan malam mereka
sekeluarga.
“Tengok DVD? Kamu ni Mah, cubelah tengokan
apa yang Pali tu buat. Budak sekarang ni bukan boleh percaya, entah DVD apa
ditengoknya” Pak Sood segera bangun lantas melangkah menuju ke bilik anak
tunggalnya itu.
“Allahuakbar,cerita apa yang kamu tengok ni
Pali,macam tak elok je ayah tengok” Suara Pak Sood membuatkan Pali yang kusyuk
menonton filem di komputernya tersentak. Pali segera menekan button pause
seraya berpaling memandang ayahnya.
“Cerita jepun ni ayah, pali pun baru
tengok..cerita alien kot” Jelas Pali untuk menyangkal persepsi negetif ayahnya
terhadap diriya.
“Ermm kamu ni tak ajak ayah, tengok
sorang-sorang ..cerita apa kamu tengok?” Soal Pak Sood, dia menghampiri anaknya
itu.
“Tajuk dia Parasyte ayah, cerita makhluk
asing agaknya sebab pali tengok makhluk pelik2 saja” Terang Pali. Pak Sood
membelek-belek sampul dvd filem yang ditonton anaknya itu. Gambar makhluk-makhluk
pelik memenuhi sampul dvd itu.
“Huh! Tak minatlah ayah cerita macam ni, ni
ape ni tangan macam sotong,gigi tajam, mate pula tersembul. Sudahlah pergi
mandi, malam ni kita pergi berjaga di kandang kambing ayah”Arah Pak Sood.
“Abang Najib dengan Abang Jali kan ada jaga
kambing”Pali tidak mahu tidur di kandang, sudah serik terpaksa berperang dengan
nyamuk lagipun dia sayang nak meninggalkan filem yang baru separuh ditonton
olehnya.
“Kamu ni! Dengar sajalah cakap ayah,lepas
maghrib nanti ayah nak tengok kamu dah bersiap ye..kalau tak ayah yang siapkan
kamu” Kecut perut Pali mendengarkan amaran daripada ayahnya itu. Pak Sood
memang terkenal dengan sikap panas barannya. Pernah sahaja dia menumbuk muka
cikgu sekolah Pali sampai berdarah kerana memulas telinga Pali disebabkan Pali
tidak siap kerja sekolah.
*****
Pali melihat jam tangannya, Pukul 12.30
tengah malam, matanya benar-benar mengantuk ,sekali sekala dia tersengguk. Pali
berpaling memandang ayahnya yang berdiri merenung keluar jendela pondok,
meninjau kawasan sekeliling kadang kambing yang tidak jauh dari pondok mereka
bermalam.
“Ayah, mana Abang Jali dengan Abang Najib
ye..tak nampak pun” Soal Pali apabila dia sedar akan ketiadaan dua orang
pekerja ayahnya itu.
“Ayah suruh budak dua ekor tu balik,
membazir duit saja upah diaorang”Jawab Pak Sood, matanya masih meninjau
persekitaran kawasan kandang kambing mereka. Pali mengeluh, ayahnya itu selalu
sahaja mengambil tindakan terburu-buru tanpa berfikir panjang dahulu. Alangkah
bagusnya kalau ada Jali dan Najib, sudah tentu dia boleh tidur dan tak perlu
berjaga menemani ayahnya.
Tiba-tiba Pak Sood ternampak satu kelibat
hitam bergerak dengan pantas masuk ke dalam kandang kambingnya. Pak Sood segera
mencapai senapangnya, dia memeriksa peluru senapangnya kalau-kalau belum diisi.
Kemudian dia mencapai lampu suluh yang di letakkan olehnya di atas meja.
“Ayah! Nanti! Ayah nak ke mana?” Langkah
Pak Sood terhenti di muka pintu pondok, dia berpaling.
“Ada orang nak curi kambing aku, siap dia
malam ni” Ujar Pak Sood,
“Ayah nak tembak orang ke?”
“Ayah gertak sahaja, sudah cepat ikut
ayah!”Pak Sood mula berang dengan soalan-soalan dari anaknya, dia khuatir
pencuri kambingnya itu akan terlepas lagi.
“s..saya takut, ayah pergilah”Jawab Pali.
Pak Sood merengus kecil seraya menapak pantas keluar dari pondok , dia malas
nak melayan karenah anaknya itu lagi. Kalau dilayan makin lambat, nanti
terlepas pula pencuri itu.
Jarak antara pondok dan kandang kambingnya
kira-kira 100 meter, melangkah laju membuatkan Pak Sood mengah. Nafasnya
kencang ,letih bercampur dengan amarahnya membuatkan dada Pak Sood terasa
sesak. Sedang dia menapak menuju ke kandang kambingnya satu kelibat hitam
dengan susuk tubuh manusia melompat keluar dari kandang kambingnya dan berlari
menuju ke arah hutan.
BAMMMM!! Kedengaran bunyi senapang Pak Sood
memecah keheningan malam,Pak Sood menembak ke langit. Kelibat hitam itu berhenti bergerak.
“Woi! Jangan lari kalau tidak bersepai
kepala kamu aku tembak” Jerkah Pak Sood seraya melangkah merapati kelibat itu.
“Ya Allah!” Pak Sood terkejut,berbekalkan
cahaya daripada lampu suluhnya dia dapat melihat jelas di hadapannya kini
bukanlah manusia tetapi makhluk hodoh yang menyerupai susuk manusia. Makhluk
itu memikul seekor kambing Pak Sood, jadi sudah semestinya dia yang dikehendaki
Pak Sood selama ini. Pak Sood mengacukan senapang patahnya kepada makhluk itu.
“Kau ni hantu ke jin?”Pak Sood beranikan
diri untuk bertanya. Rupa makhluk itu memang menakutkan, matanya kemerahan dan
giginya yang tajam cukup menambah rasa gerun buat Pak Sood. Warna kulitnya
kelabu dan kusam seperti mayat,tubuh badannya penuh parut seolah-olah setiap
anggotanya dicantum-cantum. Makhluk itu menyeringai, dia meletakkan kambing
yang dipikulnya tadi di atas tanah. Ternyata kambing itu sudah tidak lagi
bernyawa. Pak Sood masih lagi kaku memerhatikan tingkah perbuatan makhluk itu.
Tiba-tiba makhluk itu menerkam ke arah Pak
Sood, Pak Sood Mula kaget. Dia segera menarik picu senapangnya. Bunyi senapang
Pak Sood sekali lagi memecah keheningan malam itu. Makhluk itu rebah di hadapan
Pak Sood. Bidikan Pak Sood tepat menembusi kepala makhluk itu, Pak sood hanya
melihat makhluk itu mengelupur kesakitan. Apabila makhluk itu tidak lagi
bergerak, Pak Sood menguis-nguis jasad makhluk itu dengan kakinya untuk
memastikan makhluk itu tidak lagi bernyawa. Pak Sood menghela nafas lega, dia
berpaling untuk kembali ke pondok. Jasad makhluk aneh itu harus ditanam.
ZASSSS!!! Sesuatu merodok menembusi abdomen
Pak Sood secara tiba-tiba. Darah memercik di sekitar tubuh dan muka Pak Sood.
Dalam kepayahan menahan kesakitan Pak Sood cuba berpaling melihat gerangan yang
menyerangnya.
“Manusia kau terlalu lemah untuk tewaskan
kami”bisik makhluk yang baru sahaja ditembak oleh Pak Sood sebentar tadi. Darah
mengalir dengan pantas keluar dari luka tikaman tangan makhluk aneh itu. Pak
Sood semakin lemah, dia banyak kehilangan darah. Pak Sood menutup mata, degup
jantung nya kian lemah. Makhluk aneh itu menarik tangannya yang menembusi tubuh
Pak Sood dan membiarkan Pak Sood rebah ke bumi.
*****
Pali bersembunyi di sebalik kandang kambing
memerhati kejadian yang menimpa ayahnya. Dia terlalu takut untuk membantu
ayahnya. Dia hanya mampu melihat makhluk itu berlalu selepas membunuh ayahnya. Pali
beranikan diri untuk keluar dari persembunyiannya. Dia melangkah mendekati
jasad ayahnya yang tidak lagi bernyawa. Air matanya mengalir pantas,
mengenangkan kelemahan dirinya yang tidak mampu menyelamatkan ayahnya. Jasad
ayahnnya harus dikebumikan dan perihal makhluk pembunuh ayahnya harus
disampaikan kepada orang kampung dan
pihak polis. Dengan berbekalkan sisa-sisa semangat yang tinggal Pali melangkah
pulang. Orang pertama yang mesti diberitahu mengenai kejadian tragis yang
menimpa ayahnya ini adalah ibunya.
Tanpa memberi salam, Pali terus sahaja
menerpa masuk ke dalam rumah. Matanya melilau mencari ibunya itu. Dia melangkah
ke dapur apabila terdengar suara ibunya
rancak berborak dengan seseorang.
“ibu!..” Suaranya tersekat, hasratnya untuk
menceritakan kejadian yang menimpa ayahnya terbantut tatkala melihat insan yang
sedang berborak dengan ibunya kini adalah AYAHNYA!!. Pali mula dihambat
kebingungan, baru sebentar tadi dengan matanya sendiri dia melihat ayahnya
rebah dibunuh makhluk aneh.
“Ayah, bila ayah balik? Tadi Pali tengok
Ayah….”
“Kan tadi ayah suruh kamu tunggu di pondok,
Ayah balik ambil peluru senapang” Beritahu Pak Sood. Pali bertambah bingung, adakah
segala kejadian yang belaku di hadapan matanya sebentar tadi adalah mimpi semata-mata?
Atau segala yang berlaku tadi hanya ilusi akibat terlalu taksub menonton DVD
filem yang dipinjamnya dari Bobo.
“Sudah Pali kamu jangan nak buat muka di
situ lagi,pergi masuk tidur..ayah pun dah penat nak berjaga, esok malam
sahajalah kita berjaga semula di kandang kambing tu”Kata Pak Sood lagi kepada
anaknya itu. Pali hanya mengangguk lemah, dia masih diganggu kebingungan dengan
apa yang berlaku. Pali melangkah longlai masuk ke dalam biliknya dan terus
menghempas tubuh di atas katilnya. Matanya terkebil-kebil menerawang memandang
siling rumahnya, segala ingatannya masih berkisarkan kejadian di kandang
kambing tadi.
AHHHHHHH! Jeritan suara Mak Temah
membuatkan Pali tersentak. Pali bingkas bangun dari perbaringannya dan meluru
pergi ke dapur untuk mendapatkan ibunya. Pali tergamam, sesampai sahaja di
dapur dia melihat percikan darah memenuhi di dinding dapur rumahnya. Jasab
ibunya terbaring tak benyawa di atas lantai. Pak Sood hanya berdiri dan
tersenyum kepada Pali, badannya di basahi darah yang masih segar. Pali
menggeletar ketakutan, terasa dua lututnya berlaga. Dia terpaku, kakinya terasa
terlalu lemah untuk melangkah. Pak Sood melangkah mendekati anak kesayangannya
itu.
“K..k..kau siapa?”suara Pali tersekat-sekat
di kerongkongnya.
“Aku?kamu tak perlu tahu..” Pak Sood
menyeringai. “Aku tak punya jasad seperti kamu manusia..jadi aku
perlukannya”ujar Pak Sood lagi yang seperti kerasukan hantu itu.
“Tolong la, jangan bunuh aku, aku muda
lagi..kan dah banyak kambing kau orang curi, kau pakai badan kambing
sahajalah.”Pali benar-benar dicengkam ketakutan.
“Hahaha.. bodoh! aku curi kambing untuk
makanan tubuh baru aku..” Pak Sood menjegilkan matanya. “otak manusia pintar..dan
aku perlukannya..”Pak Sood membalik-balikkan kedua tangannya. Matanya memandang
tangannya yang digerakkan dengan cara aneh itu. Sangat selesa, tubuh manusia
hidup. Jika dibandingkan dengan mayat
yang dicantum-cantum,Pergerakannya lebih kemas dan lancar.
“Badan kau lebih muda dan bertenaga tentu lebih bagus..”
Pak Sood tersenyum lebar penuh kejahatan merenung Pali tersandar ke dinding.
Pali meneguk air liurnya sendiri, terasa kesat melewati kerongkongnya.
“Sekarang masa kau telah tamat”Tubuh Pak
Sood yang dikawal makhluk itu meluru pantas ke arah Pali. Terlalu pantas untuk
Pali menduga pergerakan Pak Sood ketika itu. Darah segar terpercik ke dinding. Jeritan
Pali kedengaran dan kian sayup ditelan kegelapan malam.