Home Novel Seram/Misteri Tamu Tak Diundang
Tamu Tak Diundang
1/4/2016 12:41:09
2,514
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Senarai Bab
BAB 2

Jam sudah menunjukkan pukul dua setengah petang. Akid sudah tidak tahan lagi duduk didalam hutan itu. Rasanya mahu sahaja dia membatalkan sahaja percutian itu dan pulang ke rumah. Akid melihat ke arah Dali yang leka merakamkan gambar didalam kemera kesayangannya. Dia melihat Dali langsung tidak mengendahkan keadaan mereka ketika itu. Ini menyebabkan rasa marah Akid semakin membukam.

Daripada awal lagi semuanya diaturkan oleh Dali. Tetapi apabila berlaku hal seperti ini, Akid terpaksa menyelesaikannya seorang diri. Dia hanya mampu menghembus nafas berat.

Akid cuba melihat-lihat di sekeliling kawasan tersebut kalau-kalau ada orang yang boleh meminta bantuan tetapi hampa. Kawasan itu hanya terdapat hutan kecil ditepi jalan dan sesekali terdengar bunyi cengkerik bersahutan dan angin menghembus lembut.

“Cuba telefon pihak hotel, mana tahu mereka boleh tunjuk jalan yang betul.” Akid memberi cadangan. Dali terus mencapai telefonya daripada dalam kocek seluar dan terus mendail nombor telefon pihak Hotel Seri Malam. Suara dihujung talian sangat menghampakan mereka waktu itu. Pihak Hotel Seri Malam tidak dapat dihubungi.

“kita cuba cari orang di kawasan ini, mungkin boleh membantu.” Akid memberi cadangan lagi. Dia tidak berputus-asa, mereka mesti mencari jalan keluar sebelum malam menjelma. Kali ini Dali hanya diam seribu bahasa, dia masih lagi menghadap telefon bimbitnya yang tidak berfungsi itu. Hatinya sakit, mahu sahaja dia membaling telefon bimbitnya itu jauh-jauh kerana apabila saat mereka betul-betul memerlukannya apa jua kemudahan tidak dapat digunakan.

Selepas berehat agak lama, mereka meneruskan perjalanan untuk bercuti di Hotel Seri Malam. Akid cuba mencari-cari di sekitar dikawasan itu sekiranya terjumpa sesiapa untuk bertanyakan jalan ke hotel itu. Tiba-tiba Akid ternampak seseorang sedang berjalan di tepi simpang seorang diri. Akid terus mempelahankan kenderaannya dan berhenti berhampiran simpang.

Apabila Akid mengamati susuk tubuh orang itu, ternyata dia adalah seorang perempuan. Dia memiliki rambut yang panjang melepasi pinggangnya dan memakai payung kertas. Akid yang tidak berfikir panjang mahu bertanyakan jalan keluar daripada tempat itu dan terus menuju ke Hotel Seri Malam.

“kau tunggu sekejap, aku nak bertanya dengan perempuan itu jalan ke Hotel Seri Malam.” Akid terus membuka pintu kereta dan terus berlari anak mengejar perempuan yang dimaksudkan. Dali hanya mengangguk faham. Dia langsung tidak menoleh. Matanya hanya terarah kepada gambar-gambar yang telah dirakamkan didalam kameranya sahaja.

“Assalamualaikum, cik boleh tumpang tanya? Kemana arah jika hendak ke Hotel Seri Malam.” Akid yang mengah memberhentikan langkahnya. Perempuan itu yang sejak tadi berjalan juga memberhentikan langkahnya.

Tanpa menoleh dia mengarahkan tangannya ke kanan. Akid mengerutkan dahinya. Tiba-tiba sahaja dia rasa tidak sedap hati. Akid cuba mengundur selangkah ke belakang.

“Terima kasih.” Akid terus berlalu meninggalkan perempuan itu seorang diri. Niatnya mahu bertanya kemana perempuan itu mahu pergi tetapi setelah dihidu bau yang kurang menyenangkan Akid membuat keputusan untuk beredar sahaja.

“Ke mana saja Akid ni, takkan tanya arah jalan pun lama?” Dali mengomel sendiri apabila Akid meninggalkannya agak lama disitu. Dali cuba melihat melalui cermin belakang tetapi hanya nampak kelibat Akid yang berdiri seorang diri. Tidak lama kemudian Akid balik semula ke kereta dengan segera.

“kita jalan terus.” Akid terus menekan pedal minyak dan mengikut arahan daripada perempuan yang di jumpainya di tepi jalan tadi.

“tadi kau bercakap dengan siapa?” Dalam perjalanan mengikut laluan yang diberikan, Dali memecah sunyi dengan bertanyakan sesuatu yang sedang bermain dimindanya waktu itu.

“Aku tanya seorang perempuan di tepi simpang itu.” Akid menjawab selamba tanpa berfikir apa-apa.

Dali berfikir sejenak, siapa pula yang berani berjalan di tepi hutan seorang diri? Pada waktu begini? Dia tidak mahu menyoal lagi destinasi untuk ke Hotel Seri Malam perlu dicari segera sebelum malam.

Setelah lama menyusuri laluan itu Dali merasakan tidak sedap hati. Dia merasakan mereka semakin lama semakin jauh kedalam hutan.

“Betul ke jalan ni Akid?” Dali merasakan seperti ada yang tidak kena dengan jalan itu. Suasananya juga lain tidak seperti tadi, terasa aman dan damai tetapi yang ini seperti hutan gelap yang penuh misteri. Dali yang fokus pada pemanduan hanya diam. Dia juga merasakan yang sama tetapi tidak mahu memberitahu kepada Dali yang kelihatan agak panik.

“Akid di depan itu seperti … “ Dali tidak dapat meneruskan kata-katanya. Kereta yang dipandu Akid semakin lama semakin menghampiri kawasan itu. Matanya memandang tepat ke satu kawasan yang amat di kenalinya. Dia mengurut dada perlahan-lahan kerana jantungnya seperti mahu berhenti berdegup apabila melihat apa yang berada di hadapan matanya sekarang ini. Bibirnya tidak berhenti membaca Al fatihah berulang kali.

“Kita patah balik sahaja.” Dali memberikan cadangan. Akid hanya mengangguk. Mulutnya yang ternganga tidak mampu ditutup. Kata-katanya hilang apabila ternampak tanah perkuburan terbiar betul-betul di tepi simpang. Bulu roma mereka seakan akan meremang apabila terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa di kawasan perkuburan itu. Akid dan Dali melihat sekeliling tetapi tanah perkuburan itu sunyi tiada orang.

“dari mana datangnya suara itu?” Tegur Dali. Matanya melilau mencari jika ada orang berhampiran. Sesekali mereka terhidu bau busuk yang tidak menyenangkan. Segera mereka menekup hidung apabila bau itu semakin kuat seperti ada bangkai berhampiran mereka.

“Betul ke arah yang perempuan tu beritahu kau?” Dali tiba-tiba naik angin.

“itu yang dia beritahu aku!” Akid membela diri. Dia juga tidak sangka akan ditipu.

Dali memegang kepalanya yang buntu. Dia cuba melihat-lihat di sekitar kawasan itu sekiranya ada jalan keluar daripada tanah kubur itu. Dia memberanikan diri untuk keluar daripada kereta dan melihat sekeliling. Tiba-tiba dia ternampak seseorang, dihatinya cuma satu mahu bertanyakan jalan untuk keluar. Setelah beberapa langkah menuju kepada orang yang dimaksudkan tiba-tiba terdengar suara Akid menjerit dari dalam kereta dan bunyi hon ditekan lama.

“Dali masuk kereta! Dali jangan!!” Akid sangat cemas. Dia tidak beerputus asa. Bunyi hon kereta telah memecah sunyi di kawasan itu.

“Kenapa? Ada apa?” Dali menoleh sambil terpinga-pinga. Akid tidak berhenti menekan bunyi hon memberi amaran kepada Dali. Akid tidak berhenti mengarahkan Dali untuk masuk segera kedalam perut kereta.

Dali menoleh kembali kehadapan dia melihatnya dengan teliti. Seorang wanita yang berambut panjang yang mengerbang menghampirinya dengan memakai payung kertas lusuh dan bajunya yang puti dipenuhi darah. Matanya membutang memandang Dali. Dali yang amat terkejut terus menjerit sekuat hati dan berlari memasuki perut kereta dengan segera.

Akid terus menurunkan brek tangan dan menukar gear reves untuk patah balik ke belakang. Bukankah perempuan itu yang dijumpainya disimpang tadi? Akid bingung dia tidak menyangka akan berjumpa makhluk halus betul-betul dihadapan matanya. Dia beristighfar panjang.

Dia melihat keadaan Dali yang sudah pucat lesi seperti kehilangan darah. Dali hanya diam. Dalam fikirannya hanya mahu keluar daripada tempat itu dengan segera. Badannya menggigil tidak dapat dikawal. Bibirnya kumat kamit membaca Al fatihah berulang kali.

“Tolong aku Akid, kita mesti keluar daripada tempat ni segera. Tempat ni keras!” Dali seperti merayu. Sementara Akid buntu memikirkan nasib mereka. Setelah keadaan menjadi reda semula mereka meneruskan perjalanan mereka semula mencari jalan keluar.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.