Home Novel Cinta Pengawal Hati Encik Tengku
Pengawal Hati Encik Tengku
thussss_
23/1/2017 01:48:00
20,078
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Eps 16

"Aku nak kau tambah dos cecair itu. Kalau boleh kau kena pastikan dia mati juga malam ini. Kau tahu tak identiti kau hampir terbongkar. Kalau perempuan tu sedar, semua plan aku akan gagal," ujarnya sinis di hujung corong telefon.

Wajahnya diraup kasar setelah menamatkan panggilan. Semua benda yang berada di atas meja dilempar ke bawah. Sakit hatinya bukan kepalang lagi kerana rancangannya hampir saja terbongkar. Apa yang dia inginkan sekarang hanyalah melihat Mikael menderita. Dia hanya mahu Mikael rasa apa yang telah dia rasa selami ini. Sakit kehilangan orang yang tersayang.

"Fawwaz..." panggil seseorang dengan nada separuh berbisik.

Fawwaz memusingkan tubuhnya ke arah suara itu. Dia tersenyum senang melihat pemilik suara itu. Lama sudah dia tidak mendengar suara itu. Suara yang sangat dia rindui. Langkahnya dibawa ke arah suara itu.

"You tahukan I memang sayangkan youYou harus balas dendam untuk atuk dan I. Mikael penyebab semua ini. akan selalu di samping you walaupun ..." air matanya mengalir laju. Fawwaz segera meletakkan jari telunjuknya pada bibir pemilik suara itu.

"akan balas dendam untuk you. Dia yang buat you sampai jadi macam ni. Dia memang tak guna. Dia juga tak layak dengan Maira sebab itu I nak ambil Maira dari hidup dia." Fawwaz membelai kepala pemilik suara yang sudah hampir botak dan terdapat kesan melecur.

Fawwaz memimpin Aira ke arah katilnya semula. Wanita itu hampir kehilangan deria melihatnya dalam kemalangan lima tahun lepas. Wajahnya juga terdapat kesan terbakar sehinggalah ke atas kepalanya. Kemalangan yang disebabkan oleh Mikael kerana egonya yang terlampau. Kemalangan yang sengaja dirancang untuk mengorbankan satu nyawa yang tidak bersalah.

*****

Lima tahun yang lalu ...

"I nak you gugurkan kandungan itu. ada kawan yang boleh tolong you buat abortion." Mikael mengeluarkan buku cek yang tersimpan dalam blazer yang dipakainya. Sejumlah cek bernilai RM5000 dilempar ke arah Aira.

"Are you crazy Mikael? You nak I gugurkan kandungan ini? You harus bertanggungjawab. Ini anak you," ujar Aira separuh menjerit. Air matanya laju mengalir.

Mikael menolak tubuh Aira kasar sehingga terjatuh. Rambut wanita itu direntap kasar hingga kepalanya terdorong ke belakang. Bukan susah pun apa yang dia minta. Dia hanya mahu wanita itu gugurkan kandungannya. Selama ini boleh saja perempuan yang mengandungkan anaknya gugurkan kandungan. Kenapa susah sangat Aira nak ikut apa yang dia mahukan.

"Eh bukan susah pun yang aku minta. Gugurkan saja kandungan kau. Kalau kau tak nak susah, baik kau gugurkan. Lagipun aku tak pernah minta pun nak sentuh kau. Kau yang datang serah diri pada aku," ujar Mikael sinis.

"You dah janji dengan dulu. You akan kahwin dengan I. Tapi kenapa sekarang you tak nak bertanggungjawab," jerit Aira menggila.

Mikael menarik rambut Aira kasar. "Kau ni memang bodoh. Aku takkan pernah tunduk pada mana-mana perempuan."

Mikael terus pergi meninggalkan Aira sendirian. Dia harus aturkan rancangan untuk Aira gugurkan kandungan itu. Langkah Mikael dibawa ke arah ruangan parkir kereta. Matanya melilau mencari kereta milik Aira. Setelah menjumpai kereta itu, Mikael segera mendekati.

Dia sangat terdesak sekarang ini. Aira harus dihapuskan kerana dia tahu perempuan seperti Aira yang akan jatuhkan martabat dirinya. Mikael membuka bonet depan kereta Aira. Setelah itu dia memotong wayar brek kereta itu.

"Kau taknak buat apa yang aku suruh kan. So, welcome to the hell," Mikael tersenyum puas.

Tanpa Mikael sedar ada mata yang memerhati perbuatannya sebentar tadi. Mata yang penuh dengan dendam.

Aira terasa senak di bahagian bawah perutnya setelah ditolak Mikael sebentar tadi. Tangannya meraba-raba celahan pehanya. Dia agak terkejut kerana terdapat kesan darah. Aira cuba untuk bangun dengan berpaut pada kerusi meja makan.

Langkahnya diatur perlahan-lahan ke arah pintu. Kandungan ini harus diselamatkan. Nyawa yang berada di dalam rahimnya itu tidak bersalah. Aira melangkah dengan penuh berhati-hati ke arah ruangan parkir. Dia terus masuk ke dalam kereta lalu memandu kereta itu menuju ke hospital yang terdekat.

"Aira!" jerit Fawwaz. Malangnya wanita itu tidak dengar kerana keretanya telah jauh.

Fawwaz menunggang motosikal berkuasa tingginya laju mengejar kereta Aira. Malangnya Aira terlalu laju hingga Fawwaz tidak mampu memintas kereta itu. Peluh dingin membasahi dahi Aira. Kesakitan yang dia rasa tidak tertahan lagi. Pedal minyak dipijak lagi agar kelajuan kereta semakin bertambah. Setibanya di selekoh tajam, Aira ingin memperlahankan kelajuan. Brek ditekan perlahan malangnya ia bagaikan tidak berfungsi. Berkali-kali dia memijak brek itu.

"Aira.... cuba control kereta itu baik-baik." Fawwaz berjaya memintas Aira.

"Fawwaz, I takut. Please tolong I," rayu Aira.

Wajah Aira jelas terpancar ketakutan.Fawwaz meletakkan kakinya pada cermin sisi kereta. Dia cuba mengambil alih tempat Aira. Malangnya kereta itu terlalu laju untuk Fawwaz berbuat demikian.

Kereta Aira akhirnya terbabas ke sisi jalan lalu terjunam ke dalam gaung di tepi jalan. Fawwaz terus menghentikan motosikalnya lalu berlari ke arah kereta Aira. Api mula menyala di sekitar kereta akibat tumpahan minyak.

"Airaa... Aira... You dengar suara I tak," jerit Fawwaz. Penglihatannya agak kabur akibat banyak kepulan asap ditambah pula dengan gelap malam.

"Fawwaz, I dekat sini." suara Aira kedengaran tersekat-sekat.

Fawwaz segera menarik tubuh Aira keluar daripada kereta. Banyak darah yang membasahi tubuh Aira. Sebelah wajahnya seperti sudah terbakar. Fawwaz terus merangkul Aira ke dalam pelukannya.

"You mesti kuat Aira. I tahu you kuat," ujar Fawwaz perlahan.

Aira terkulai dalam pelukan Fawwaz. Malang sekali nasib gadis itu. Air mata Fawwaz mengalir laju. Kalaulah Aira menerima dirinya dahulu, semua ini tak akan terjadi. Lama dia perhatikan gerak-geri Mikael. Dia kenal sepupunya itu. Mikael akan buat apa sahaja untuk menutup aib dirinya.

"Mikael ! Aku bunuh kau nanti." jeritan Fawwaz bergema di setiap pelusuk.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.