Home Novel Cinta Pengawal Hati Encik Tengku
Pengawal Hati Encik Tengku
thussss_
23/1/2017 01:48:00
20,117
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Eps 15

Mikael membaca surut ugutan yang diterimanya berkali-kali. Dia harus siasat siapa yang berani mengugutnya sebegitu. Rasanya dia tiada musuh dalam hidupnya. Mikael berjalan ke arah beranda biliknya. Fikirannya sangat berserabut buat masa sekarang. Kenapa dia dapat merasakan ada orang terdekat yang sedang cuba jatuhkannya.

Mikael menongkat dagu dengan kedua-dua tangannya sambil duduk di meja batu yang tersedia di beranda itu. Cermin matanya ditanggalkan lalu diletak di atas meja.

Pandangannya dihalakan ke arah pintu kaca di beranda. Tiba-tiba dia ternampak pancaran laser mengenai tepat dahinya.

Walaupun dia rabun, dia dapat melihat dengan jelas cahaya laser itu. Mikael cuba untuk berlagak seperti biasa lalu bergerak perlahan-lahan ke dalam bilik. Satu tembakan terus dilepaskan mengenai pintu kaca itu sebaik saja Mikael melangkah masuk ke dalam bilik.

Mikael berlari ke arah closet lalu mencapai pistol miliknya. Dia kembali semula ke arah beranda secepat mungkin. Dia ternampak seorang lelaki bertopeng sedang berura-ura untuk melarikan diri. Mikael melepaskan tembakan berkali-kali. Salah satu tembakan tersebut mengenai kaki lelaki itu. Walaupun terkena tembakan, lelaki itu tetap berjaya menghilangkan dirinya di dalam hutan belakang rumah Mikael.

"Mikael, bunyi apa tadi tu? Kenapa pintu ini pecah?" soal Tengku Arsyad kebingungan.

"Ada orang cuba tembak Mikael tadi," ujarnya pendek saja.

Mikael menyisip pistol miliknya ke pinggang lalu menghampiri pintu yang pecah itu. Serpihan peluru di atas lantai dicapai lalu dibelek. Berkerut dahinya melihat jenis peluru itu. Peluru seperti itu hanya boleh didapati di sekitar Eropah. Siapa yang cuba menembaknya tadi? Jika diikutkan, penembak itu bukan calang-calang orang.

"Daddy rasa tak selamat kita tinggal di sini. Baik kita pulang ke KL." Tengku Arsyad memberikan pendapatnya. Dia risau akan keselamatan Mikael dan keluarganya.

"No daddy. Mikael perlu siasat semua ini. Sekejap lagi Mikael nak ke balai polis untuk buat report." Mikael terus meinggalkan Tengku Arsyad.

Mikael memandu keretanya menuju ke hospital. Entah kenapa dia nak pergi ke hospital pula tiba-tiba. Dia perlu ke balai polis sepatutnya untuk membuat laporan. Mungkin ada sesuatu yang sedang berlaku di hospital yang membuatkan dia nak sangat ke hospital.

Sebenarnya, semakin hari dia semakin pelik dengan keadaan Umairah. Kenapa wanita itu masih belum sedar sedangkan Umairah hanya menjalani proses pembedahan untuk melahirkan anaknya sahaja. Tambahan pula, doktor menyatakan keadaan Umairah semakin teruk pula Hatinya kuat mengatakan ada yang sengaja buatkan Umairah tidak sedar.

Setibanya di hospital, Mikael memakir keretanya di ruangan VIP. Dia sengaja berbuat demikian kerana tidak mahu sesiapa tahu keberadaannya di situ. Langkah Mikael dibawa ke arah lobi hospital. Sementara menanti pintu lif terbuka, dia ternampak kelibat Erin dalam unifom jururawat.

Gadis itu kelihatan agak tergesa-gesa seperti telah melakukan suatu kesalahan. Erin tidak perasan akan kelibat Mikael kerana lelaki itu menutup wajahnya dengan hoodie jaket yang dipakainya.

Apa yang Erin buat di sini? Siap pakai unifom jururawat bagai. Dahi Mikael semakin berkerut memikirkan sesuatu. Mikael mengikut langkah Erin hingga gadis itu memasuki sebuah stor yang berada di hujung hospital. Lama dia menunggu di luar stor hingga Erin keluar semula berpakaian seperti biasa.

"Hello, aku dah buat apa yang kau suruh. Esok aku akan masukkan lebih sikit." ujar Erin separuh berbisik semasa berbual menggunakan telefon bimbitnya. Setelah itu Erin terus keluar dari hospital menggunakan pintu belakang.

Mikael melangkah masuk ke dalam stor itu. Dia membuka semua pintu almari di dalam stor sehingga terjumpa unifom yang dipakai oleh Erin sebentar tadi. Mikael membelek-belek unifom itu dengan teliti. Tiba-tiba, sebuah picagari terjatuh daripada unifom itu.

"Apa ni?" Mikael mencapai picagari itu lalu menghidu cecair yang tersisa di dalamnya.

*****

Fawwaz menghampiri Umairah yang terlantar di atas katil. Sayu sekali hatinya melihat keadaan Umairah. Wajah Umairah kelihatan sangat pucat dan tidak bermaya. Entah bila dia akan sedar dari tidurnya yang panjang itu. Fawwaz cuba menyentuh wajah Umairah tapi dia dikejutkan dengan kehadiran Mikael.

"Kau buat apa dekat sini? Dah lewat malam kan. Takkan nak melawat wife aku sampai tak sanggup tunggu waktu melawat," ujar Mikael sinis.

Tangannya pantas mengeluarkan sehelai selendang daripada loker lalu menutup kepala Umairah yang terdedah itu. Fawwaz melangkah setapak ke belakang menjauhi katil. Mikael kelihatan agak tegang setelah melihat keberadaannya di situ.

"Aku nak pergi France esok. So , aku decide nak melawat Maira malam ini. Flight aku awal pagi esok," terang Fawwaz.

"Berapa lama kau pergi? Kau nak tengok anak aku dulu ke? Well, kau ada hak sebab kau yang jaga Maira selama ini." Mikael memeluk tubuhnya.

"Maybe a month or maybe a year. Aku nak uruskan studio dekat sana. Kalau kau izinkan aku tengok anak kau, aku on saja." ujar Fawwaz.

Mikael mengangguk kepalanya. Dia melangkah keluar dari ruangan yang menempatkan Umairah ke arah unit rawatan rapi. Fawwaz pula mengikut langkah Mikael daripada belakang. Setelah mendapatkan kebenaran daripada jururawat yang bertugas, Mikael dan Fawwaz melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan bayi itu. Fawwaz memerhati sebuah inkubator yang terletak di tengah-tengah bilik itu. Seorang bayi comel sedang tidur dengan nyenyak walaupun banyak wayar yang berselirat di atas tubuhnya.

"Comel. Apa nama dia?" soal Fawwaz.

"I haven't decide yet. I thought he is too small to get his name." Mikael mengusap-ngusap permukaan inkubator itu.

Fawwaz hanya mengangguk. Salahnya juga sebab buatkan Umairah pergi hari itu. Kalau tidak semua ini pasti tak akan terjadi. Si kecil ini juga pasti masih selamat di dalam kandungan ibunya.

"It's okay Mikael. I need to go. Jaga baby dan wife kau baik-baik okay." Fawwaz menepuk bahu sepupunya sebelum berlalu pergi.

Mikael menghantar langkah Fawwaz dengan pandangan matanya. Dia kembali memadang anaknya di dalam inkubator. Sesekali bayi itu begerak-gerak perlahan dan menguap. Tidurnya langsung tidak diganggu walaupun wayar yang berselirat di tubuhnya mungkin menyakitkan.

"I'm sorry baby. Kalau daddy jaga mummy baik-baik, mesti baby tidak perlu sakit begini. I'm really sorryDaddy memang tak guna kan? Daddy sanggup buang isteri sendiri. Daddy tidak ada di samping mummy sewaktu dia perlukan daddy." tanpa dia sedari air matanya mula mengalir perlahan. Sungguh dia menyesal dengan sikapnya yang dahulu.

"Tengku..... Tengku jaga Puan Umairah malam ini?" soal seorang jururawat. Mikael segera mengesat air matanya. Dia memusingkan tubuhnya ke arah jururawat itu lalu mengangguk perlahan.

"Untung Puan sebab dapat husband seperti Tengku. Baby ini pun untung dapat daddy seperti Tengku," ujar jururawat itu sambil memeriksa sesuatu pada skrin yang terletak di tepi inkubator.

Mikael hanya tersenyum. Pahit sekali senyuman itu. Perlukah Umairah dan anaknya berasa untung kerana mempunyai suami dan ayah sepertinya.


Next: Eps 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.