“Sofia
Nordin!”
“Ya, bos?” Opie
terdongak. Di tepi kubikelnya, ada seorang lelaki berdiri sambil bercekak
pinggang. Lelaki itulah yang memanggilnya tadi.
“Dah check emel?” tanya lelaki itu.
“Ada job baru masuk ke?”
“Tak.”
“Habis tu?”
Lelaki itu
membetulkan rambut kerintingnya beberapa kali, melihat kiri dan kanan
sebelum menggerakkan telunjuk ke
biliknya. “Masuk sekejap.”
“Okey,”
sahut Opie lalu menekan option sleep
pada komputernya supaya tidak digodek oleh orang lain. Sejurus masuk ke bilik
bosnya, Opie menutup pintu. Tanpa
dijemput, dia duduk di hadapan bosnya seraya bertanya, “Apa hal?”
Bosnya
memutar skrin monitor ke arah Opie sambil menyeringai. “Baca ni.”
Opie
mendekatkan mata ke skrin. “Jemputan ke majlis reunion budak kejuruteraan batch
DB1-2-3 di Homestay Doyok, Bagan Lalang pada 1 Disember 2014.”
“Ha, apa
pendapat kau?” tanya Tajol.
“Kau ke yang
buat ni Tajol?” tanya Opie pula.
“Ish, kalau
aku yang buat mestilah aku buat kat tempat
kelas-kelas sikit. Lepas tu aku kutip seorang paling kurang RM1000. Tapi
ini macam jemputan je kot, tak payah bayar apa-apa. Check emel kau sekarang,” arah Tajol lagi.
Opie
bergegas mengeluarkan telefon dari kocek seluar lalu memeriksanya beberapa
ketika. “A’ah, aku pun dapat jemputan ni. Kau rasa semua orang dapat ke?”
“Kalau ikut
isi emel tu, aku rasa ya,” jawab Tajol.
“Kalau semua
orang dapat, maknanya yang anjurkan ni mesti dalam kalangan batch kita jugak
kan? Kau rasa siapa eh?” tanya Opie lagi.
Tajol sudah
duduk bersandar merapatkan jari-jemari daripada kedua tangannya. “Kau nak risau
apa? Paling kurang sekarang kau kena fikir nak pergi ke tak, atau dengan siapa
kau nak pergi.”
Opie buat
muka cuak. “Kena pergi ke? Aku rasa macam malaslah. Reunion adalah waktunya
semua orang nak buat perbandingan hidup siapa paling berjaya, famili siapa
paling besar, laki siapa yang paling handsome,
bini siapa yang lawa. Aku tak naklah.”
Tajol sengih
lagi. “Aku tahu kenapa kau tak nak pergi. Sebab Adif, kan? Come on-lah, dah lama kot. Dahlah masa kenduri kahwin dia dengan
Erika hari tu kau tak datang. Kalau kali ini kau tak tunjuk muka juga, dia
orang cakap apa pulak.”
“Masa dia
orang kahwin tu, aku ceri-beri kan,” kata Opie.
“Macamlah
tak ada masa lain nak cirit-birit. Kau ingat orang tak tahu ke kau
berpura-pura? Jomlah,” pujuk Tajol lagi.
“Tak naklah
datang sorang-sorang.”
“Ha, itulah.
Aku ajak kau kahwin kau tak mau,” balas Tajol.
“Ala... kau
dengan semua orang kau ajak kahwin. Masa Madi ada problem dengan Darius sengal
tu pun kau ajak dia kahwin jugak,” tempelak Opie. “Lagipun, tak naklah aku
kahwin dengan kau. Kau ni dah macam Didi tau.”
“Tapi kau
kena ingat, aku ni bos kau. Kau kena dengar cakap aku,” kata Tajol lalu
menayangkan gigi.
Opie
mengeluh. “Hai.. entah macam manalah aku boleh stick dengan kau sampai tujuh, lapan tahun.”
“Kan kita
dah buat pakatan masa season 3 dulu, kau ni saja buat-buat lupa kan. Apa-apa
hal, aku mesti support kau punya.
Tengoklah sekarang, siapa orang kepercayaan aku – kau jugak,” balas Tajol.
“Jomlah. Kalau kau tak nak pergi seorang, kau pergi dengan aku. Kalau kau nak
cakap kita couple pun aku tak kisah.
Nanti aku layanlah kau macam mem besar.”
“Kau pergilah
sendiri. Dah kau yang beria-ia sangat,” balas Opie.
“Ramai-ramailah
best. Dah banyak tahun kita tak jumpa
dia orang. Takkan kau tak rindu kat Madi, Adif, Anizah, Sariah, Yusof
ex-boyfriend kau tu, Suzana semua.”
“Buat apa
aku nak rindu Suzana tu. Hari-hari aku boleh jumpa dia,” kata Opie.
“Eh, kau
rasa dia datang tak?”
“Mestilah.
Bila lagi dia nak show-off kejayaan
hidup dia. Tercapailah hasrat dia kan nak kawin dengan orang kaya,” kata Opie
dengan tangan di bahu, mata ke atas.
“Ish, tak
baik dengki tau. Kau pun apa kurangnya, jadi orang kanan kepada seorang
pengurus yang berjaya iaitu aku,” kata Tajol sambil menuding kedua ibu jari
kepada diri sendiri, “Plus, kau masih
macam dulu apa - comel, cantik, bergaya.”
“Kau tak
payahlah nak puji aku sangat. Aku tahulah aku dah gemuk,” kata Opie sambil
memutar bola mata.
“Kau ni dari
dulu tak pernah nak berubah. Cubalah jangan memandang rendah kat diri sendiri. Keding
macam itu pun asyik rasa diri tu tak cantik. Kang aku hantar kau pergi
kaunseling, brainwash sikit otak kau
tu baru tahu,” ugut Tajol.
Opie
memuncung. Dia tunduk bermain-main dengan kuku. Sehinggalah Tajol melontar
penutup pen, barulah Opie mendongak semula. Lambat-lambat dia menjawab, “Nantilah
aku fikir dulu.”
Tajol
menyahut dengan bunyi gumaman. Selepas itu dia berkata, “Dah, pergi buat kerja.
Bergosip je, makan gaji buta ya.”
“Hampeh kan
kau ni. Nasib baiklah kau ni bestfriend
aku, dulu, kini selamanya,” balas Opie lalu berdiri meninggalkan Tajol yang
masih tersengih sendirian.
Petang itu
ketika hendak balik, Tajol mengajak Opie melepak di kedai makan di barisan
bawah bangunan di kawasan pejabatnya. Pastinya untuk sambung bergosip hal
reunion tadi. Cuma yang Opie tidak tahu, Tajol berjaya mengajak salah seorang
rakan batch mereka untuk bertemu pada
petang itu.
Sebelum
apa-apa, anda perlu menggambarkan Tajol yang business-minded ni memang akan selamanya terlibat dengan bisnes. Selain
agensi pelancongan yang diurus sejak zaman belajar, main MLM sampai dapat tahap
diamond saphire dan entah apa lagi,
Tajol telah menggunakan kemudahan internet secara maksimum untuk mencari
pelanggan untuk bermacam-macam bisnes yang lain. Siap main saham juga. Walaupun
dia tak ada tower macam Donald Trump,
boleh dikatakan dia ni kaya jugak sebenarnya.
Opie pula
sejak lepas grad, memang kerja dengan Tajol. Mula-mula kerja part-time saja sebab nak tolong kawan. Masa
itu dia sudah bekerja di sebuah syarikat anti-virus. Tetapi selepas tak tahan
kena buli di syarikat itu, Opie pun kerja sepenuh masa dengan Tajol. Dia
sanggup berhenti walaupun gaji yang Tajol tawarkan lebih sedikit daripada
tempat kerja lama dan pejabat mereka hanya menumpang sebelah kedai henfon entah
siapa pulak.
Tapi Opie
redha saja sebab kalau disingkap sejarah, banyak bisnes yang Tajol mulakan
mesti berjaya. Jadi Opie yakin Tajol mesti berjaya mengkayakan dirinya juga.
Dan benarlah, Tajol sudah mampu menyewa pejabat yang lebih selesa. Beberapa
tahun lagi, katanya nak beli bangunan. Dia ambil satu tingkat dan yang lain
akan disewakan. Begitulah berwawasannya mamat bernama Tajol ni.
Berbalik
kepada babak di kedai makan. Ketika Opie dan Tajol baru meng-order makanan, datanglah seorang
perempuan terkocoh-kocoh berjalan dengan gaya makcik-makcik.
“Madi!” Opie
terjerit.
“Opie!” Madi
terus menerkam Opie untuk memeluknya. “Eh, rindunya aku kat kau ni. Kau sihat
ke? Mak kau dengan bapak Suzana masih bersama ke?”
“Wah terus
gosip. Tak berubah kau ya,” kata Opie.
“Eh, aku
tanya khabar je, mana ada gosip. Tak baik mengumpat tau, berdosa.”
Tajol
menolak kerusi supaya Madihah duduk. “Kau masih macam dulu eh?”
“Apa kau
ingat aku dah anak dua, tak boleh jaga badan ke? Eh tolong sikit eh. Sejak ada
anak ni, aku jadi manusia paling berdisiplin tau, tak sepah-sepah macam dulu.
Entah-entah aku lagi pengemas dari Suzana,” kata Madihah dengan mulut
termuncung-muncung.
“Aku tak
tahu pun kau panggil Madi datang,” kata Opie sambil memandang Tajol, kemudian
dialih pada Madihah, “Darius mana?”
“Dia bawa
anak aku pusing naik kereta. Budak-budak tu tak nak turun daripada kereta. Aku
tak boleh lama ni, nanti dia pusing se-round
dua, aku baliklah,” beritahu Madihah.
Apabila
pelayan menghantar air, Tajol menyuruh Madihah memesan minuman. Madihah enggan tetapi
merembat milo ais Opie sebelum sempat tuan empunya minum terlebih dahulu.
Opie
menjeling, tak puas hati. “Kata tak nak minum.”
“Ala, aku
tumpang minum sikit je. Itu pun nak berkira. Sengal!” Sesudah menyedut air
hampir suku gelas barulah Madihah berhenti menyedut lalu berkata, “Kau orang
pergi ke reunion tu?”
“Aku tak
pergi kot,” jawab Opie.
“Kau?”
Madihah bertanya Tajol pula.
“Aku mesti
pergi. Aku tengah memujuk si Opie ni. Kau faham-fahamlah.”
“Ala... apa
nak dikisahkan sangat hal Adif tu. Sepatutnya kau tumpang gembira dia dah ada
famili sendiri dan bahagia pulak,” kata Madihah. Bab mentarbiah orang memang
nombor satu makcik ni.
“Siapa kata
aku tak bahagia. Aku okey,” balas Opie, tergelak-gelak sambil mengangkat kedua
ibu jarinya.
“Hmm,
mengaku ajelah kau masih belum terima hakikat si Adif tu dah terlepas kat orang
lain. Lepas tu kau rasa tak ada lelaki sebaik Adif tu kan?” duga Madihah.
“Kau ni...
sesekali jumpa nak bersyarah pulak. Yang kau ni, tanya orang. Kau pergi tak?”
tanya Opie.
“Mestilah
aku pergi. Harapnya tak sama serentak dengan waktu Darius exam nanti.”
“Tak grad
lagi pakcik tu? Itulah, masa belajar main-main,” ujar Tajol.
“Kau ni, tak
baik tau. Darius tu tengah sambung master tau haa, kau jangan tak tau. Dia jadi
cikgu sekarang. Bab-bab budak bermasalah memang dia selalu handle, maklumlah dia kan dulu macam itu. Kalau dia dah habis
belajar nanti, dapat naik gred gaji haa terjamin sikitlah hidup kita orang
nanti,” kata Madihah.
“Itulah
kau... aku ajak kau kerja dengan aku, kau tak mahu,” kata Tajol.
“Mana sempat
aku nak kerja Tajol. Budak-budak nak membesar, kalau aku nak kerja, siapa pula
nak jaga anak-anak aku. Gaji Darius sekarang ni, bukan besar sangat pun,” bebel
Madihah.
“Kau tahu
kan aku outsource service center aku kat Filipina. Setakat
nak setup kerja untuk kau, apalah
sangat. Kau tengok Opie ni, walaupun tak kaya macam aku, masih boleh
dikategorikan berjayalah juga. Kerja bukan susah sangat, manage dan forwardkan
kerja yang masuk je untuk kakitangan kita orang,” beritahu Tajol.
“Kau pulak
buat apa?” soal Madihah.
“Aku bos,
mestilah duduk diam merangka kerja-kerja Opie dan melihat gambaran yang lebih
besar,” balas Tajol lalu mengangkat-angkat kening.
Belum sempat
Madihah menjawab, kedengaran bunyi hon di depan kedai makan tersebut.
“Eh, laki
aku dah sampai,” kata Madihah.
Disebabkan
tiada parkiran kosong, Darius hanya memberhentikan kereta di depan kedai tanpa
turun.
“Kita
sambung cerita reunion nanti eh? Kau datang Opie, kalau tak putus sahabat!”
ugut Madihah. Kemudian menukar watak kembali ceria. Dengan badan bergoyang
–goyang, macam menari dangdut pun ada juga, Madihah berkata, “Bye Opie, bye Tajol.”
Madihah
berlari-lari anak juga gaya makcik-makcik mendapatkan Proton Saga BLM putih
yang dipandu Darius itu. Sejurus berbalas lambaian, kereta itu hilang dari
pandangan.
1 Disember 2014
Hari yang
dinanti-nanti telah tiba. Tajol berjaya juga meyakinkan Opie untuk datang ke
majlis reunion itu. Syaratnya, Tajol
perlu melayan Opie seperti seorang awek kerana mereka akan berpura-pura menjadi
couple untuk satu malam.
Event itu berlangsung di sebuah homestayberupa sebuah banglo. Lamannya luas.
Terdapat dua buah kanopi dengan gerai-gerai kecil di tepi yang mana menyediakan
pelbagai makanan. Ada jug sebuah pentas kecil dengan set audio di patio,
berhadapan dengan kanopi-kanopi berkenaan.
“Cantik juga
homestay ni eh? Menarik kalau bercuti
kat sini,” kata Tajol sambil membukakan pintu buat Opie. Mereka terpaksa park di luar pagar sahaja sebab tiada
ruang untuk kereta di laman banglo berkenaan.
“Itulah kau,
pandang rendah lagi kat Bagan Lalang,” balas Opie lalu keluar. Kemudian
membetul-betulkan kebaya yang dipakainya.
Tajol segera
menutup pintu kereta dan menguncinya. Kemudian dia menyua lengan.
Opie
mengerut dahi lalu memberi isyarat bertanya, ‘Kenapa?’
“Kau kan
awek aku. Kenalah berlakon lebih sikit kalau nak meyakinkan orang kau dah move-on daripada sukakan Adif tu,” jawab
Tajol tersengih.
“Tak
payahlah Tajol. Cukuplah kita pakai baju warna sedondon ni.” Opie menolak
tangan Tajol, seterusnya berjalan mendekati pagar yang terbuka. Tajol
terkocoh-kocoh mengikut rentak langkah Opie.
“Hai!
Selamat datang ke homestay aku!” Muka
yang menyambut di pagar membuatkan mereka terkejut.
“Sariah?”
Opie dan Tajol bertanya serentak. Tajol bertanya lagi, “Jadi, kaulah yang organize reunion ni?”
“Ya,
akulah.” Sariah nampak agak berlainan tanpa trademarknya;
spek gadang dan rambut ketak kejung yang diikat ketat. Dah rebonding kau. Dan rasanya kat mata dia tu, Glam Grey dari Lofalens. Sekurang-kurangnya gigi besar ketika
tersenyum itu masih ada. Itu cukup meyakinkan mereka bahawa betullah itu
Sariah.
“Kau punya homestay? Biar betul,” tanya Tajol.
“Jangan
ingat kau sorang je yang pandai bisnes ya. Ini homestay aku yang ke 111. Alang-alang, baik aku promote kat kawan-kawan aku dulu. Sambil
tu boleh jumpa-jumpa, borak-borak, makan-makan. Masuklah, semua dah ada
rasanya,” kata Sariah.
“Err,
semua?” tanya Opie, mula buat muka cuak semula.
“Kau tak nak
jumpa Adif dengan Erika ya?” Sariah menunjuk jari ke muka Opie.
“Taklah. Aku
okey,” balas Opie sambil tergelak-gelak.
“Dia dah move-onlah. Dia dah ada pengganti yang
lebih handsome dan lebih kaya
daripada Adif tau,” celah Tajol.
“Siapa?”
tanya Sariah.
Tajol
mengangkat ibu jari, menunjuk ke arah diri sendiri. “Ha, akulah.”
“Betul ke?”
Sariah membulatkan mata.
Tajol
mengangkat-angkat kening. Di belakang Sariah, Opie menggerakkan bibir mengucap,
‘Thank you.’ Hanya Tajol dapat
melihatnya. Seperti biasa, Tajol hanya tersenyum.
“Dah,
pergilah cari tempat kau orang. Kejap lagi majlis nak mula,” gesa Sariah.
Opie dan
Tajol pun bergegas mencari nama-nama yang sudah diletak di atas meja. Sempat
mereka bertemu dan bertegur sapa dengan beberapa pelakon tambahan sebelum
menemui meja mereka di hadapan pentas. Mereka duduk semeja dengan Suzana, Anizah,
Madihah, Darius, Yusof dan... Adif.
“Hai Adif,”
sapa Opie. Kenapa macam nervous pulak ni.
“Hai Opie,
kau okey ke?” tanya Adif sambil senyum.
“Aku okey,”
balas Opie. Kenapa kau suka buat muka
inesen Adif? Buat aku cair je. “Sorrylah
aku tak datang kau kahwin hari tu, aku tak sihat.” Opie tergelak-gelak, cuba
kaver nervous.
“Tak apa,
dah tak sihat nak buat macam mana. Kita tak boleh paksa diwi, kan,” jawab Adif
dengan sebutan R yang pelat. Kekeke!
Belum sempat
Opie bertanya apa maksud kata-kata Adif, Tajol mencelah. Dia bersalam dengan
Adif lalu bertanya, “Erika mana?”
“Ewika tengah
mabuk. Sebab tu aku datang seowang,” beritahu Adif tersipu-sipu.
“Tahniah
bro. Kalau dah ada Adif junior nanti beritahulah kita orang. Kita orang mesti
lawat bagi hadiah baek punya,” kata Tajol sambil memegang tangan Opie. Opie
terkejut dengan tindakan Tajol, tapi dia layankan saja. Dia terangguk-angguk
macam burung belatuk.
“Oh kau owang
berdua ke sekawang? Baguslah, aku memang dah agak dah kau orang akan couple punya, sebab selalu bersama, kan.
Aku happy untuk kau owang,” kata Adif
sambil tersenyum. Kemudian serius pula ketika menambah, “Tapi kau orang kena
ingat, tak baik bercinta lama-lama. Baik kau orang kahwin je, baru dapat
keberkatan. Kap ba wo, kaf alif, taa nun – keberkatan.”
“Kita orang
memang dah plan. Kau tunggu ajelah kad kita owang... eh kita orang,” kata Tajol
dengan confident. Opie masih
tergelak-gelak dan mengangguk.
“Amboi,
jejak kasih beghia-ghia. Kot ya pun,
takkan sembang bertiga aje?” sampuk Madihah di meja.
Opie baru
tersedar. Dia bergegas berlaga-laga pipi dengan kawan-kawan lamanya. Madihah
dia sudah jumpa tempohari. Yang lain-lain juga, walaupun sudah lama tidak
bertemu, masih happening seperti
dulu.
Majlis malam
itu dimulakan dengan bacaan doa oleh entah ustaz mana Sariah cari. Kemudian
Sariah sebagai penganjur memberi kata alu-aluan. Seterusnya bab kegemaran semua
orang - makan. Dan tak semena-mena, baru sahaja Opie hendak memulakan second round, Sariah memanggilnya ke
pentas untuk menyampaikan sebuah lagu.
Seberapa
beria-ia Opie menolak, begitu juga beria-ia mereka menyuruh. Alasan si Sariah,
dia dah taja semua, maka dia nak Opie taja suara selagu dua. Opie pun mengalah.
Sedang dia membetul-betulkan baju, Tajol menghulur tangan. Setelah Opie sambut,
Tajol memimpin Opie ke pentas. Opie menyampaikan lagu Elyana, Diriku Tapak
Sulaiman. Maklumlah, ramai yang cakap dia seiras penyanyi comel itu. Bukan itu
sahaja, suara pun sebiji sama.
“Tapak
sulaiman konon,” ejek Madihah dengan bibir mencebik. Ketika itu Opie sudah
kembali ke meja. Anizah dan Suzana yang duduk berhampiran dengan Madihah
tersengih-sengih.
“Kau cakap
apa ni?” Opie menjeling Adif yang sibuk berborak dengan Tajol dan Yusof di satu
bahagian.
Suzana
menyampuk. “I baru cakap dengan dia
orang, you berdua dengan Tajol
berlakon je.”
“Eh, aku
dengan Tajol memang couple-lah. Kita
orang dah lama dah bercinta ni. Kau je yang tak tahu,” gerutu Opie. Mahu saja
ditunjal muka Suzana yang tebal mekapnya itu.
“Kau nak
tipu Adif, boleh. Tapi kita orang ni kau tak boleh tipu tau,” kata Anizah.
Madihah mengangguk.
“Tapi kan Opie, ada baiknya kalau kau betul-betul bercinta dengan Tajol. Dia tu
pun boleh tahan apa.”
“A’ah, dia
tu banyak duit kan?” Suzana menyampuk.
“Kau ni...
duit aje.” Madihah merenung Suzana, tetapi kemudian bersetuju pula. “Tapi ya
jugak. Kira kalau kau dengan dia, terjamin hidup tau. Dahlah kuat berusaha,
kira okeylah nak dijadikan suami.”
Opie
menggaru-garu dahi. “Kau orang ni..”
“Cuba
bagitahu kita orang, apa yang kau kejarkan sangat si Adif tu?” tanya Anizah.
“Macam dah
tak ada lelaki lain dalam dunia ni. Siap menangis bengkak mata masa Adif kawin,
lepas tu kata cirit-birit, konon.” Madihah mengomel lagi.
Opie merenung
Suzana sambil menuding jari. “Siap kau Suzana kat rumah nanti.”
“Tak payah
nak marah Suzana pulak. Kalau dia tak cakap pun, semua orang tahu,” kata
Madihah.
“Aku
bukan... aku... aku,” kata Opie tersekat-sekat.
“Ha... confius-lah tu. Dari dulu tak berubah. Asyik
konfiuss aje. Cubalah kau fikir, kau ni betul-betul sukakan Adif ke? Dulu masa
kau minat Yusof, kau macam ini jugak. Itu Yusof, ini Yusof. Bila dah dapat,
lain pulak. Kau jamin ke kalau kau dapat Adif dulu sebelum Erika, kau akan
masih dengan dia sampai sekarang?” tanya Anizah.
Opie diam
sebentar, cuba memikirkan rasional soalan Anizah sebentar tadi.
Adif tu bukan kategori handsome tapi dia
baik. Antara lelaki yang lembut yang sopan, bukan lembut auw-auw tu. Paling
best, Adif ni seorang pendengar yang baik. Mungkin itu yang membuatkan aku rasa
macam rugi je bila Adif terlepas kat orang lain. Tak semua lelaki macam tu.
“Macamlah
tak ada lelaki lain yang baik macam Adif,” kata Madihah pula.
“Eh, aku
cakap kuat ke tadi?” tanya Opie sambil menutup mulut.
“Hmm,
berangan sampai tak sedar berdrama kat situ. Nasib baik mamat tu tak dengar.”
Madihah memuncung mulut ke arah Adif di sebelah sana.
Opie
tersipu-sipu. Dia benar-benar ingat dia bercakap dalam hati, rupa-rupanya
tidak. “Kau orang... kau orang janji dengan aku, jangan bocorkan rahsia aku kat
orang lain eh? Malulah. Memanglah aku dengan Tajol tu berlakon je. Aku tak nak
Adif perasan aku ada simpan perasaan lagi kat dia.”
“Ya, biar
pecah di perut, jangan pecah di mulut,” kata Suzana.
“Kau diamlah
Suzana. Aku tak percaya dah kat kau,” ujar Opie kepada kakak tirinya itiew.
“Eh, Suzana.
Berdosa pecahkan rahsia-rahsia ni. Tak ada keberkatan betullah kau ni,” pesan Madihah.
“Ha,
sekarang ni, kita orang nak kau selesaikan masalah kau yang satu ni once and for all supaya lepas ni, kau
tak perlu berpura-pura lagi. Hidup dalam realiti Opie, pada masa nyata,” kata
Anizah. Kebanyakan masa memang dia ni nampak paling matang. Mujurlah minah ni
tak on dengan si Fazley gila tu.
Kalau tak tahap kematangan dia mesti effected
dan ikut terencat macam mamat tu jugak.
“Yalah,
yalah. Tapi korang... aku nak buat apa eh?” soal Opie.
Madihah,
Anizah dan Suzana terdiam. Bukan kerana tidak tahu jawapannya, tetapi kerana
tiba-tiba pula Adif datang duduk di sebelah Opie. Dia bertanya, “Hei, kau owang
cewita apa ni?”
“Cerita
kisah-kisah lama kita kat U dulu,” balas Madihah, kemudian memandang Anizah dan
Suzana, “Errr... kau orang tadi kata nak kambing panggang kan? Jom kita makan
kambing.”
“I tak suka kambinglah. Busuk,” ujar
Suzana.
“Aku suruh
kau makan tu, makan ajelah. Lagipun kambing boar tak busuklah. Sengal!” gerutu
Madihah sambil menolak-nolak Suzana supaya berdiri kemudian tersengih-sengih
apabila memandang Adif dan Opie.
Sejurus
kemudian, Opie dan Adif ditinggalkan sendirian. Opie tidak tahu hendak
memulakan cerita. Bimbang kalau buka mulut, yang terkeluar adalah, ‘I wove you... Eh I love you. Kenapa aku nak ikut pelat pulak ni.’
“Kau dengan
Tajol sewius eh?” tanya Adif.
“A’ah,
kenapa?” tanya Opie pula.
“Taklah, aku
tak sangka dia simpan pewasaan kat kau selama ni. Mula-mula dulu, dia mengalah
sebab aku sukakan kau lepas tu kau pulak sukakan Yusof kan. Lepas tu, dia sibuk
bisnes semua, tapi memang dia sukakan kau wupanya,” kata Adif.
“Dia cakap
dengan kau ke?” tanya Opie. Sempat dia menjeling Tajol yang sibuk menghulur kad
bisnes kepada sekelian yang ada.
“A’ah.
Yalah, kalau bukan sebab dia sukakan kau, apa lagi alasan dia nak kau selalu
dengan dia sampai kerja pun nak sama-sama, kan?” kata Adif lagi , masih
tersenyum. “Setiap hawi kau dengan dia, tukar-tukar cerita macam zaman kita kat
uni dulu.”
Eh, betul juga kan. Dalam tidak sedar, selama ini memang
Tajollah tempat dia mengadu itu dan ini. Ini bermakna Tajol juga pendengar yang
baik. Dia memang ada ciri-ciri lelaki
yang aku suka. Tapi betul ke Tajol suka aku? Ke masih dalam watak lakonan?
“Aku dengan
Ewika pun kadang-kadang cewita pasal kita jugak. Windu kan, zaman kat
universiti dulu,” kata Adif, mengejutkan khayalan si Opie.
“Oh ya? Err,
kau dan Erika dan scan ke, jantina baby?”
“Tak nampak
lagi,” jawab Adif, tiba-tiba macam malu-malu pula. Macamlah aku tanya jantina dia.
“Kalau kau
dapat anak perempuan nanti, bagi nama Sofia. Mesti cantik dan baik, macam aku,”
kata Opie.
“Okey,”
jawab Adif, lurus terangguk-angguk.
Opie senyum.
Sebeban perasaannya seperti luruh dari hati. Entah kenapa dia berasa sedikit
tenang. Mungkinkah ini tandanya aku sudah
melepaskan Adif dengan rela?
Majlis
berakhir jam 12 malam, tetapi masih ada beberapa orang yang tercongok di
meja-meja terutamanya yang bujang. Ini termasuklah
Opie, Tajol dan Yusof.
Opie sedang
duduk sendirian ketika Tajol datang menghampirinya. “Fuh, lepas ni aku boleh
pergi casting untuk berlakon filem
sebab setakat ni semua orang percaya kita ni couple.”
“Apa yang
kau cakap dengan Adif tu, betul ke?” tanya Opie.
“Pasal aku
sukakan kau tu? Mestilah berlakon. Kalau tak Adif tak percaya kau dah okey.”
“Tapi kalau
fikir balik, macam lojik juga, kan? Kenapa kau tak ajak Anizah kerja dengan
kau, padahal dia lagi pandai daripada aku, atau Suzana sebab setahu aku, kau
pernah sukakan dia, kan? Kenapa kau ajak aku buat pakatan masa season3 dulu?” tanya Opie lagi.
“Sebab kita bestfriend-lah. Kau ni kenapa nak
marah-marah pula?” soal Tajol, kerut dahi.
“Aku bukan
marah. Aku cuma nak tahu sebab, kalau kau suka aku, aku boleh faham. Dan aku
rasa ada kebarangkalian juga untuk aku pun sukakan kau,” kata Opie.
“Kau cakap
apa ni?” Tajol cuba mengelak.
“Cuba
beritahu aku, kau pernah suka aku tak?” tanya Opie.
Tajol diam.
“Takkan
sikit pun kau tak pernah sukakan aku?” tanya Opie lagi. “Tolak Darius suami
orang tu, kat dalam cerita ni hanya ada tiga lelaki dalam batch kita yang selalu muncul – Adif, Yusof dengan kau. Aku heroin,
takkan sekali pun kau tak pernah sukakan aku kot?”
Tajol
menghela nafas panjang. Dramalah pulak. Tapi setelah berkira-kira akhirnya dia
berkata, “Aku pun macam tapak sulaiman. Hanya menanti kesempatan, untuk kuluah
segala. Pabila kau bersedia.”
Mata Opie
jadi bulat sekejap. Siap hafal lirik
pulak mamat ni, biar betul.
Tajul
cepat-cepat menambah, “Tapi aku tak nak kau anggap aku buat kelakar. Kita kawan
baik selama ni.”
Opie
mengangguk, menunggu Tajol membuat pengakuan.
“Kalau aku
kata aku betul-betul suka kau, kau okey ke?” tanya Tajol.
“Entahlah
Tajol. Aku confius tiba-tiba.
Maklumlah, aku ni confius orangnya,”
jawab Opie.
Kedua-duanya
diam seketika. Opie mengeluh lalu berkata, “Aku kena jual mahal sikit untuk
bagi impak yang baik dalam babak ni. So...”
“So?” Tajul bertanya tanda tak sabar.
Opie tiba-tiba
senyum. “Apa kata, esok pagi lepas Subuh aku beritahu? Tapi aku janji. Jawapan
aku tu adalah baik untuk kau dan baik untuk aku.”
“Kenapa tak
cakap sekarang?”
“Biasa la...
cerita cinta mesti nak kena dramatik sikit. Baru orang nak tengok
sambungannya.”
“Jadi drama
kita ada sambungannya?”
Opie
herot-herotkan mulut. “Adalah kot. Nanti aku tanya penulis skrip dia, Cik Wan
Hasliza. Sekarang kita balik dulu eh Tajol sayang.”
Tajol senyum
pulak dipanggil sayang tadinya. Terus dia balas,“Okey.”
Malam itu
pasti menjadi malam yang panjang untuk kedua-dua mereka. Sama panjang macam
masa aku menunggu Dunia Baru Musim 4 dulu. Yang sudahnya keluar dengan Dunia
Baru Reunion kat Gua.com.my yang gua rasa tak puas hati. Dan sampai sekarang
aku tertanya-tanya apa entah sepatutnya jadi kat diorang Musim 4. Dan
abaikanlah perenggan akhir ni sebab ini dah jadi monolog penulis dan tak ada
kena-mengena dengan cerita kekeke...
Terima
kasihlah siapa yang baca sampai habis. Mesti you ols pun rindu kat Dunia Baru macam I ols kan kan? Daaa....