Home Cerpen Komedi/Romantik Komedi Adik Cinta Akak!
Adik Cinta Akak!
Domi Nisa
23/12/2014 16:13:38
29,050
Kategori: Cerpen
Genre: Komedi/Romantik Komedi

Cerpen :- Adik Cinta Akak

"Assalamualaikum!" salam diberi sebelum aku melangkah masuk ke dalam. Tadi masa dekat sekolah mama asyik gesa supaya aku balik cepat ke rumah. Katanya ada hal mustahak. Yang mustahak sangat aku pun tak tahu. Nasib baik tiada aktiviti korikulum petang ini. Kalau tak harus mintak cuti kecemasan.

"Wa'alaikumussalam, haa Syaza mari duduk dekat mama. Kami tengah bincang pasal kamu ni," mama menggamit aku untuk duduk di sisi. Kak Long serta Abang Long juga sudah tersenyum melihat aku. Aku pula kerut dahi. Apasal tiba-tiba mereka balik secara mengejut. Apa majlis istimewa yang aku tak tahu ke?

"Kak Long, Bang Long, sihat ke? Bila sampai Malaysia?" tanyaku sebelum melabuh di sebelah mama. Tangan Kak Long aku salam. Mereka suami isteri menetap jauh nun di bumi Dublin sana sejak suami kak long kena tukar ke sana. Balik Malaysia pun jarang-jarang kecuali ada hal penting saja. Tinggal aku dengan mama saja di bumi Kelantan ini berdua.

"Syaza, mama dah bincang masak-masak dengan abang dan kakak kamu tadi. Mereka berdua pun dah bersetuju dengan cadangan mama ni,"

"Cadangan apa ma?" laju saja aku menebas ucapan mama yang tak dapat aku nak tangkap maksudnya.

"Kami nak nikahkan kamu dengan salah seorang dari anak Kak Long," hampir aku hilang nyawa tika ini. Kata-kata mama buat aku rasa lumpuh separuh. Kahwin aku dengan anak buah sendiri?! Jadi menantu pada kakak sendiri?! Oh Allah! Adakah dunia sudah terbalik?

"Mama tak kira kamu setuju atau tidak. Yang mama tahu hujung bulan ni kamu dah akad nikah," mama menyambung lagi. Aku dah pening lalat. Yang Kak Long dan Abang Long diam tak menyampuk langsung. Iyalah dah mama guna kuasa vetonya. Anak-anak hanya perlu patuh.

"Ma...Syaza dah ada pilihan sendiri. Lagipun anak kak long tu anak saudara Syaza ma..." aku merayu. Mahu kecoh satu dunia kalau aku kahwin dengan anak saudara sendiri.

"Calon yang kamu pilih tu langsung tak lulus ciri-ciri menantu mama. Firdaus tu tak layak untuk kamu, merokok, kerja pun tak tentu hala. Usyair dibesarkan depan mata anak mama sendiri jadi dia layak untuk jadi suami kamu nanti," tegas mama berkata. Langsung aku tak boleh menyelit di mana-mana. Firdaus memang seorang perokok tegar. Itu dulu sekarang dia dah berubah demi aku. Yang pasal pekerjaan dia tu, mana ada tak tentu halal. Tauke sate itu. Luaran saja nampak selekeh harta bertimbun jugak pak cik tu. Eh, kejap!

"U...Usyair? Mama nak suruh Syaza kahwin dengan anak lelaki bongsu kak long tu? Mama!" aku membantah keras.

"Mama nak naik solat zuhur kejap," mama tiba-tiba bangkit dan menonong panjat anak tangga. Seolah mahu mengelak dari terus diusul dengan soalan bukan-bukan oleh aku nanti.

Aku mengeluh berat. Wajah Kak Long dan Bang Long aku tatap hiba. "Kenapa tiba-tiba ni kak long, bang long?" aku bertanya kepada diorang.

"Entahlah dik. Kami nipun mama telefon suruh fly balik nak bincangkan soal ini secara mengejut,"

"Sampai hati mama buat macam tu dekat Syaza macam tu, kak long... Syaza dah ada pilihan sendiri. Hmm…Usyair tak cakap apa-apa ke dekat kak long dan abang long pasal ini? Dia tak bantah?" hatiku dah banjir dengan tangisan.

Aku tahulah aku hanya anak angkat mama sejak aku masih bayi lagi. Jadi aku tak berhak nak bantah keputusan mama. Tapi ini pasal masa depan aku! Kenapa mama tak tanya aku dulu sebelum membuat keputusan? Mahu pitam aku bila dapat tahu bakal suami aku nanti anak saudara angkat sendiri. Lepas tu dari kecil pernah duk main sama-sama. Mandi hujan sama-sama. Tidur pun pernah sekatil dan sebantal. Allah...ujian sungguh!

"Abang long dan kak long ada juga berbincang dengan Usyair pasal ni. Dia kata dia ikut tok ma dia. Pilihan orang tua biasa tepat kata dia lagi," Abang Long bersuara. Aku dah tak tahu nak cakap apa.

Wajah Kak Long yang 20 belas tahun tua dari aku. Aku tatap. Kenapa mama tiba-tiba buat macam dekat aku hah? Aku tak habis nak fikir.

"Syaza, ini foto Usyair sekarang. Kamu berduakan jarang jumpa. Last korang jumpa masa kami balik tujuh tahun yang lepas kalau tak silap. Usyair bukan nak ikut kami balik setiap kali raya, mesti ada aktiviti yang hendak dibuat dekat sana. Ini pula cincin risik merangkap cincin pertunangan," Kak long dah hulur dua benda pada aku. Tak sempat nak buat apa-apa Kak Long pantas mencapai tangan kiri aku dan terus menyarungkan cincin emas tanpa permata di jari manis. Dengan ini secara rasminya aku Syaza Qayla binti Abdullah sah menjadi tunangan orang. Orang itu pula adalah anak kak long dan cucu kepada mama angkat aku sendiri. Oh Tuhan...tak dapat aku nak bayangan suami aku orang yang pernah aku mandikan sewaktu kecil dulu.

Sekeping foto aku ambil untuk dilihat. Wajah seorang lelaki yang baru nak kenal dunia aku tatap. Muka nampak tersangatlah macam mamat korea. Jambu! Itu saja yang boleh aku katakan. Nasib baik rambut tak stail ala korea. Kalau tak sah-sah orang ingat dia mamat korea. 23 dengan 28, lima tahun berbeza?! Lagi dahsyat kot.

"Ini kak long cuti sampai bila?" soal aku sebaik meletakkan kembali foto itu ke meja. Takpelah tak tatap lama-lama. Kan dia akan jadi suami aku juga nanti. Kahwin nanti aku tatap wajah dia dari pagi sampai malam. Kenyang duduk tatap wajah dia sahaja.

"Kami ambil cuti sebulanlah Syaza, nak uruskan majlis kamu nanti. Sebulan nak handle semuanya mahu tercabut tulang empat kerat," Kak Long berseloroh. Aku senyum aje.

Sebulan dari sekarang aku akan jadi isteri orang dah. Hmmm...kenapa cepat sangat… Aku kan masih muda belia lagi. Muda kata kau Syaza? Hello dua tahun lagi awak dah masuk 30-an dah!

"Uzman dan Uzair tak balik ke?" tanya aku lagi.

"Mereka berdua akan sampai esok petang dengan isteri dan anak-anak. Uzma dan Uzmir pun sekali semuanya besok. Hmm... Usyair mungkin akan balik sehari sebelum majlis akad nikah nanti. Sekarang dia di Korea masih dalam exam,"

“Usyair tak habis belajar lagi ke?" aku agak terkejut sedikit. Eh, silap bukan sedikit tapi banyak! Suami aku seorang pelajar? Ya Allah! Mati hidup balik aku tak mahu kahwin kalau macam ni!

"Aah, tapi Syaza jangan risau anak kak long tu dah di tahun akhir. Insha Allah bakal graduan hujung tahun ni,"

Aku dah hilang kata-kata. Nak tak nak aku terpaksa menerima dalam pasrah. Usyair Firas bakal menjadi suamiku nanti. Alahai adik kakak akhirnya aku jadi suami aku nanti!

"Apa?! Usyair tak dapat nak balik Malaysia? Habis majlis akad nikah malam nanti macam mana? Okeylah wa’alaikumussalam." Kak Long menjerit tiba-tiba. Aku yang sedang mengenakan busana pengantin terus kalih dan segera mendapatkan Kak Long di tingkap bilikku.

"Apa hal kak long?" Kak Long mengeluh lembut.

“Flight Usyair tergendela. Mungkin esok atau lusa baru dia sampai di Malaysia,” Mataku membuntang luas.

“Apa?!” kali aku turut terkejut. Tapi tak lama, sesaat kemudian aku sengih panjang.

“Kalau macam tu gayanya…majlis akad nikah malam nanti secara automatik terbatallah kan kak long?” aku jungkit kening berkali-kali. Seronok bila si pengantin lelaki tak dapat hadir. Aci tak kalau aku nak lompat sampai ke bintang sekarang?

“Kenapa nak batal pulak? Akad nikah berjalan seperti biasa. Nanti abang long kamu akan jadi wakil pengantin lelaki untuk kamu nanti,” celah mama yang kebetulan masuk ke dalam bilik pengantin aku. Aku dah keluh berat. Baru aje nak rasa bebas.

“Alah mama, tunggulah Usyair balik dulu baru kita buat akad nikah nanti,” aku buat muka sedih

“Tak payah nak mengada sangat. Imam yang jadi wali kamu malam nanti hanya freemalam ni aje. Malam-malam lain dia nak kena nikahkan orang lain pulak,” bantah mama. Muka serius aje.

Aduh, ini yang susah jadi anak yatim piatu ni! Takde ahli keluarga yang nak jadi wali aku. Nak tak nak si tok kadi jugak jadi mangsa.

Malam itu aku duduk bersipuh di bantal yang khas disediakan untuk aku. Penuh debaran di hati kerana bakal menamatkan bakal bujang tang-tang aku. Yang sedih bakal suami tiada dalam majlis ini. Bakal bapa mentua sendiri yang menjadi wakil untuk anaknya.

“Saya kahwinkan Usyair Firas bin Faruq yang telah berwalikan Faruq bin Mansur akan Syaza Qayla binti Abdullah yang telah berwakil walinya kepada saya dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai,” tok kadi sudah memulakan majlis.

“Saya terima nikahnya Syaza Qayla binti Abdullah untuknya Usyair Firas bin Faruq dengan maskahwin yang telah disebut,” abang long menyahut.

“Sah!” soal tak imam kepada saksi yang hadir.

“Sah!Sah!” jawab saksi serentak. Doa dibacakan untuk meminta berkat majlis perkahwinan aku dan juga suami muda aku.

Alhamduillah, semuanya sudah selesai. Kini dan di saat ini aku telah sah menjadi isteri kepada anak saudara sendiri. Anak saudara angkat ya bukan kandung sungguh. Kalau sungguh mahu kena tangkap dekat majlis agama kahwin darah daging sendiri. Dalam Islam pun melarang!

Air mata bercucuran turun. Aku tak tahu sama ada air mata kegembiraan ataupun air mata kesedihan. Abang Long datang tepat di hadapan aku untuk disarung gelang ke tangan. Aku tunduk seraya mengucup tangan abang long aka bapa mentua aku sekarang.

“Abang long minta maaf bagi pihak Usyair yang tidak dapat balik untuk akad ijabkabul dia sendiri,” aku senyum saja.

“Alhamduillah, Syaza dah jadi menantu kak long. Hubungan kita akan lebih rapat lagi dari yang sebelum ini,” dahi aku kak long sudah kucup.

“Eh! Apa abang dengan kakak laginya? Sekarang Syaza dah jadi menantu kamu berdua. Jadi sekarang kamu kena biasakan panggilan ibu dan ayah untuk Syaza,” mama di sebelah sudah menegur. Yang lain tergelak lucu. Aku? hanya senyum hambar. Hatiku kini dipalut duka.

Kami baru sampai ke Kelantan sebaik menghantar mama ke KLIA semalam. Mama dah berangkat untuk ke Mekah mahu mengerjakan ibadah umrah. Sunyi rasanya mama takde dekat rumah. Kalau tak selalu dengar mama membebel. Lusa Kak Long dan Abang Long dah nak berangkat balik Dublin semula dan encik suami adik aku tu entah bila mahu sampai balik Kelantan, aku pun tak tahu. Enak berbaring santai di bilik, Kak Long datang lalu bertenggek di birai katil.

“Syaza, Usyair dah nak sampai. Pergilah jemput suami kamu tu,” aku betulkan kedudukan.

“Dah sampai ke? Hmmm… Tunggu kejap Syaza nak siap,” aku sudah buka pintu almari untuk mencari pakaian yang sesuai. Nak jumpa encik abang adik kan!

Usai bersiap aku terus mendapatkan kak long. “Jom ibu,” ajak aku. Ibu…? Pada mula susah juga lidah aku nak sebut perkataan itu. Dari kecil lagi aku duk biasa panggil kak long. Sekarang dah kena tukar mahu tak berbelit. Selepas dimarahi mama baru nak reti sebut. Hailaa…

“Takpe, Syaza pergilah jemput dia sendiri. Ibu dengan ayah duk dekat rumah aje,” tolak Kak Long lembut.

“Laa…Macam tu ke? Habis macam mana Syaza nak cam dengan Usyair nanti ibu?” Aku dah sedih.

“Syaza, kan ibu dah bagi gambar dekat kamu. Pasti kenal punya. Lagipun ibu dah bagi nombor telefon kamu dekat dia, nanti dia hubungi kamulah bila dia sampai nanti,” pesan kak long lagi. Aku mengangguk lemah. Kus semangat nak pergi jemput dan jumpa cik adik abang aku aka suami muda aku di airport.

Hampirsetengah jam aku menunggu kelibat si dia namun si dia tak muncul tiba. Aku ni pantang menunggu orang, mulalah nak angkat kaki cabut dari situ. Nak kata dia call aku, langsunglah tak. Dan aku pula berpuluh-puluh kali telefon suami muda aku itu, langsung tak dapat.

Telefon rosak ke apa suami muda aku ni? Haih, tak kira setengah jam lagi kalau dia tak muncul juga aku nak balik!

Aku duduk di kerusi setelah penat berdiri. Dari sini aku lihat ada beberapa orang sedang menaikkan kertas yang tertulis nama ‘Alesya dari Londan’. Tanpa aku sedari aku tergelak kecil. Aku nak kena buat macam tu jugak ke? ‘Usyair suami muda Syaza’. Oit, sampai mati aku tak akan buat macam tu. Bikin malu aku aje!

“Amboi, comeynya suko?” sapa satu suara di sebelah. Aku kalih serara jungkit kening sebelah.

Mamat korea tersesat dari mana ni? Rambut… Ya ampun panjang berdepa. Muka ala jambu gitu. Ini orang Kelantan tercelup korea ke apa? Mintak-mintak bukan dia suami aku. Oh Tuhan…

“Akak tunggu siapa?” tanya dia lagi. Alahai adik ramah pulak kamu ni. Kejap? Akak? Dia panggil aku akak. Ohmai…Nampak tua sangat ke aku ni? Sedihnya…

“Tunggu sua… eh, tunggu adik. Kamu pulak?” tanya aku balik. Orang ramah tak akan kita buat tak layankan. Kesian juga.

“Tunggu parents,” jawab dia pendek. Kedua tangannya selamba dilipat lalu di bawah ke belakang kepala. “Penatnya…” dia mengeluh kecil. Aku curi pandang ke arahnya. Nampak macam ya, tapi bukanlah. Usyair mana rambut panjang macam ni. Kalau betul dia macam ni, balik nanti aku ikat dia dekat pokok mangga lepas tu, potong rambut dia sampai botak. Puan Syaza Qayla tak suka suaminya berambut panjat ala artis korea!

“Dah terpikat ke?” soal dia tiba-tiba sambil membetulkan kedudukan. Aku tersentap hampir terlompat. Terus aku kalih pandang. Uish, mulut! Boleh tahan pedas juga ni.

“Kawan akak tu tak sampai lagi ke?” dia menyambung bicara. Senyuman cukup manis. Semanis gula-gula Melaka.

“Hah? Err..Tak lagi kot,” jawab aku tergagap-gagap.

“Sekejap lagi sampailah tu. Parents saya pun tak sampai-sampai lagi. Dah dekat setengah dah saya tunggu,”

“Kenapa tak telefon saja?”

“Telefon terjatuh lepas tu rosak terus,” alahai kesiannya dekat budak ni.

Aku kerling jam di pergelangan tangan. Sepuluh minit lagi cukup satu jam aku menunggu. Aku dah nak balik rumah dah. Pandai-pandai dialah nak balik naik apa kalau dia sampai nanti. Aku dah panas punggung menunggu ni.

“Adik, akak balik dulu ya. Rasanya kawan akak tu nak kena hempuk dekat akak sebab buat akak tertunggu dia sampai satu jam,” tanpa aku sedari aku dah terbebel dekat dia. Dia hanya senyum saja. Manis pula tu. lebih manis dari tadi. Mahu tergoda hatiku dibuat budak itu.

“Eh, nak dah balik dah? Baru aje saya nak kenal akak,” dia dah kenyit mata dekat aku. Haih, bukan setakat suami muda aku nak kena sengkeh. Budak ini pun kalau aku bagi sebijik! Dari tinggi macam tiang lampu boleh jadi kaki kerusi ni.

Sorry akak dah kahwinlah dik. Akak pergi dulu, bye!” tak menunggu mamat itu menjawab balik, terus sahaja aku berlalu pergi.

“Ibu! Usyair takde pun. Dah banyak kali Syaza call tapi tak dapat!” masuk saja ke dalam rumah terus aku membebel. Kak Long dan Abang Long yang sedang bersantai di ruang tamu terus kalih.

“Takde? Macam mana boleh jadi macam tu pulak?” Dahi Kak Long sudah berkerut. “Semalam bukan ke Usyair telefon kata, flight dia petang ni kan bang?” Kak Long menyoal Abang Long di sebelah.

“Aah, itulah yang dia bagitahu dalam telefon semalam,”suara Abang Long pulak.

“Uf! Satu jam Syaza tunggu dekat sana langsung kelibat dia tak nampak!” aku sudah mendengus geram sebaik menjatuhkan punggung ke sofa yang bertentangan dengan mereka berdua.

“Usyair takde call kamu ke?” soal Kak Long.

“Takde! Anak lelaki bongsu ibu dan ayah tu langsung tak telefon Syaza,” aku tarik muka masam dan tidak puas hati.

“Kenapa boleh jadi macam ni pula?” kak long hairan dengan perangai anak lelaki bongsunya itu walaupun anak bongsu mereka adalah perempuan.

“Atau Syaza tak kenal dia?” Kak Long menduga aku pulak.

“Allah ibu ni, Syaza memanglah tak pernah jumpa dia, tapi melalui gmbar yang ibu bagi tu, Syaza kenal sangat dia. Dalam ribuan manusia dengan airport tadi takde pun dia,” balas Syaza. Kecuali seorang adik mamat korea celup tadi. Uish, kenapa dia pula yang muncul dalam kepala otak aku pula? gumam aku sendiri.

“Assalamualaikum!”

Tiba-tiba ada seseorang memberi salam. Kak Long bangkit seraya menyahut salam itu.

“Wa’alaikumussalam. Allah! Usyair, kamu balik dengan apa ni?” Kak Long sudah menjerit di muka pintu.

Aku peluk tubuh. Geram dan terasa sangat-sangat dengan sikap dia. Baru kahwin dah tunjuk perangai. Macam mana nak hidup lama kalau dah dari awal dah buat perangai?

“Syaza, ni haa Usyair dah sampai. Telefon dia rosak sebab tu kamu tak dapat nak hubungi dia,” ujar Kak Long sebaik tiba di hadapan aku semula.

Aku panggung wajah. Hati masih membara. Sebaik kelibat suami muda aku menerjah di pandangan. Mataku terbeliak besar. Mulut terlopong habis. Serta merta aku bangkit dan jari telunjuk lurus menunjuk ke arah mukanya,

“Adik?!”

Aku sudah bersiap-siap untuk tidur. Jam pun dah berganjak ke angka 11 malam. Malam ni lewat sikit aku tidur di sebabkan melayan mentua dan suami muda aku. Biasanya dalam pukul 10 malam dah berbungkus dalam selimut. Tidur awal sebab takut terlewat bangun untuk ke sekolah. Masa aku tarik selimut di hujung kaki tiba-tiba pintu bilik aku dibuka dari luar. Dah tahu siapa tetamu tu. Encik Usyair Firas aka Mamat Korea celup berambut panjang.

Bila mana dia melangkah masuk pandangan kami bertaut. Dia pandang aku aku pandang dia. hampir lima minit begitu dia memulakan bicara.

“Ibu cakap saya kena tidur dengan kakak malam ni," aku dah tepuk dahi. Dari tadi asyik duk panggil aku kakak, kakak. Panas telinga okey! Tahulah aku tua dari dia.

"Dik, bukan setakat malam ini aje, tapi malam ni dan malam-malam seterusnya pun adik kena tidur dalam bilik ini. Di sini.." aku tepuk katil dengan tangan kanan aku pada ruangan kosong.“ Di sebelah akak!"

Dia tersengih tiba-tiba sambil menggaru leher.

"Kenapa sengih?" soalku.

“Erk…Akak tak segan ke kalau saya tidur tepi akak? Akak tak takut kalau saya buat apa-apa pada akak?" lurus betul soalan dia.

"Adik nak buat apa dekat akak?" aku cuba menduga.

"Saya takut saya akan terpeluk akak masa tidur nanti," jawab dia dengan wajah selamba.

"Adik peluk akak, akak akan terajang adik sampai jatuh katil!"

"Janji tak peluk!" cepat dia menjawab siap sumpah janji lagi tu. Tahu takut.

Dia sudah panjat katil. Mak oi.. jauhnya dia baringkan badan. Betul-betul di hujung katil. Takut kena terajang dekat aku ke? Haih sejahat mulut aku tak pernah lagi aku terajang orang.

“ Kenapa jauh sangat tidur tu? Mai dekat sikit, akak tak akan terajang adiklah,"

“ Takpelah kak. Saya dekat sini dah okey. Saya takut saya tak dapat nak tahan diri dari memeluk akak nanti,"

Glup! tersedak aku. Jawapan dia bukan main miang ya. Syaza ingat dia tu lelaki walaupun umur baru setahun jagung. Tambah-tambah kau dah halal dengan dia. Kucing tak akan lepas kalau dah ada ikan depan mata. Syuhh.. pergi jauh-jauh. Tak mahu fikir itu lagi. Malam ni nak tidur santai-santai dulu. Baru nak berkenalan. Boleh kan?

"Hmmm…Tadi kenapa akak tak bagitahu yang akak sedang tunggu saya dekat airport?" dia bersuara. Aku kalih.

"Akak mana nak cam muka adik. Dahlah rambut macam mamat korea. Dalam gambar lain dekat luar lain. Yang adik pulak kenapa tak cakap yang adik ni suami akak? Kalau tak akak tak buang masa menunggu tadi,"

"Saya pun tak cam jugak. Dalam gambar nampak muda, tapi bila lihat depan mata sendiri nampak lain. Akak nampak tua," selamba badak aje mulut dia mengata aku. Nampak tua? Allah… besar kecil aje aku tengok dia ni.

Tak membalas terus aku tarik selimut sampai ke atas. Terasa okey!

"Akak marah ke saya cakap akak tua?" ewah boleh lagi dia tanya.

“Tak marah pun. Sedap pula dengar suami muda akak ni duk puji akak!" aku menyindir. Dia tiba-tiba gelak. Gelak besar pula tu. Aish…Geram!

"Huwaa..ngantuknya…" aku menguap seraya menekup dengan belakang tapak tangan.

"Amboi! Tahulah tengah mood honeymoon" Zalia di sebelah sudah tersengih miang.

"Ish, kau ni! Dalam banyak-banyak benda ke situ pulak yang kau fikirkan. Otak unggu betul! Aku penat wey… kahwin dahlah last minit lepastu, hantar mama aku dekat KLIA terus balik. Hari ni datang sekolah pulak memang tak sempat nak rehatlah," aku menjelaskan tanggapan negatif si kawan sekerja.

"Iyalah… Wey suami kau dah balik Malaysia ke? Dahsyat betul majlis kau kan? Orang lain kahwin bakal suami sendiri yang jabat tangan tok kadi, tapi kau bakal mentua merangkap abang angkat sendiri. Hahahaha!" Cit! mereng punya kawan. Sempat lagi tu perli aku.

"Syaza Qayla!" laung satu suara sebaik kaki aku melangkah keluar dari pintu pagar sekolah. Aku dan Zalia kalih serentak.

"Siapa tu?"soal Zalia. Bahu aku ditolak sedikit. “Hensemnya…"

Aku gigit bibir sambil berdecit kecil. Budak ni memang nak kena betul. Tak silap akulah kan pagi tadi aku ada bagi pesanan special punya dekat dia. Nak datang jemput aku potong rambut dulu biar kemas. Apa… Dia ingat kacakkah dia dengan rambut panjangnya itu?

"Adik aku," jawab aku. Tapi mata dah berapi pandang wajah si suami muda yang sedang duduk bersantai di bonet kereta. Siap melambai dekat aku lagi tu. Kami menapak menghampiri Usyair.

“ Tak bagitahu pun kau ada adik laki? Ehem…Agak-agak boleh tak kenalkan dengan aku. Aku tak macam kau yang tak nak suami muda. Aku tak kisah janji hemsem!" Zalia sudah tersengih miang pada suami muda aku tu.

Glup! tersedak sesaat. Kalaulah Zalia tahu yang budak tu suami aku. Agak-agak dia ketawa sampai pecah perut tak? Aishmen…malu-malu…

"Dia anak kak long akulah. Kiranya anak saudara angkat akulah," aku menjelaskan. Wajah Usyair aku kerling sekilas.

"Siapa ni? Cantik!" dengan selamba miangnya tangan Usyair sudah mendarat di bahuku.

"Kawan akak. Dia nak ngorat adik boleh?" aku sengaja nak mengenakan suami muda aku.

"Eh, kenapa tak boleh pulak? Bak sini nombor fon mana tahu kami berjodohkan. Sekarang bukan senang nak dapat isteri yang kerja cikgu ni," Allah! Gatal punya suami!Aku tengok Zalia sudah tersengih-sengih. Uf! Dua-dua memang gatal tak bertempat!

Masuk dalam kereta, aku kecilkan pandangan. Wajah jambunya serta rambut yang panjang mengurai ala-ala puteri Rapunzel tu aku renung tajam.

"Ni! Rambut panjang ni bila nak potong? Semak mata nak tengok tahu!Jom kita singgah kedai," aku dah mula membebel. Rambutnya aku tarik.

"Janganlah usik rambut adik. Lama kut simpan sampai panjang gini.Jeleslah tu sebab rambut adik lebih cantik dan lembut dari rambut maggie akak tu,"

“Eee…Jangan nak mengutuk rambut akak boleh tak? Walaupun maggie tapi cantik tahu. Ala-ala Ezlyn gitu. Takde kuasa akak nak jeles dengan rambut adik ni," aku balas balik dengan tangan menepis-nepis rambut panjangnya itu. Hati adalah sikit terasa sebab dia kutuk rambut aku.

Usyair menepis tangan aku dengan kasar. Pandang cerlung ke dalam anak mataku. Wajahnya pula sudah seinci mendekat. Aku terkedu dan lidah terus kelu. Bila dia semakin mendekat aku mengundur sedikit sehinggalah badanku tersekat dekat pintu. Bila mana dia betul-betul di pandanganku aku terus tutup mata. Dada dah berombak kencang. Kusangkakan dia mahu mengucup bibirku akan tetapi…

"Oh, kerengga rupanya duk atas tudung akak. Nasib baik tak sempat nak kencing dalam mata. Nanti kesian dekat akak," aku terus buka mata. Tengok dia telah meniup binatang berwarna merah itu keluar tingkat.

"Arghh!Benci betul dengan adik ni!" aku dah mengelupur. Bengang dengan tindakan selamba miang dia tu.

"Kenapa? Ke akak nak adik buat sesuatu dekat akak tadi?" dia dah jungkit kening sebelah. Hujung bibirnya terherot miang.

“Eee..Tolonglah dik!" aku dah peluk tubuh. Malas nak melayan.

"Kalau suka tu cakaplah suka.Jangan asyik nak ngaku yang adik ni adik akak saja. Bila member tanya cakap ini suami saya," dia mengajar aku pula. Nak suruh aku mengaku yang dia tu suami aku, yang dia asyik membiasakan diri tu adik jugak kenapa?

"Dah, jangan nak cakap lagi. Jom balik akak lapar dan nak makan ni!"

“ Okeylah. Untuk akak dan isteri adik ni, adik sanggup buat apa saja," dia sengih manis serta menggoda. Aku terus kalih pandang. Tak boleh nak pandang lama-lama nanti terjatuh sayang pulak.

Aku buka mata sambil terkebil-kebil pandang kipas siling yang berputar ligat. Aku kat atas katil? Oh, lupa lak. Balik sekolah tadi aku masak dan makan dengan suami muda aku lepas tu, berehat sekejap tengok-tengok terlelap pulak. Hmmm… suami muda aku mana ya? Bila mana aku mahu bangkit, terasa ada satu tangan yang melingkari pinggang aku. Aku kalih sebelah. Tengok si dia sedang nyenyak tidur. Sah budak ni suka tidur memeluk. Malam-malam takpelah tidur peluk aku pun. Ini di siang hari pun nak memeluk jugak? Hmmm… Manjanya…

Tanpa aku sendiri sedar, tangan kanan naik untuk membelai rambut yang terjutai menutupi wajahnya. Dia nampak cute sangat bila tidur. Tenang saja aturan nafasnya. Jantung tiba-tiba berdetak hebat. Sudah jatuh cintakah aku kepadanya? Asyik membelai wajah si dia, aku teringat berbualan aku dengan PA mama dekat sekolah tadi. Malam Jumaat nanti majlis makan malam sempena perlantikan Usyair sebagai pengarah akan diadakan. Nak tonjolkan Usyair depan khalayak ramai dengan imej mamat korea celup ni? Oh Tuhan… Taknak aku! Nanti jatuh maruah mama dan yang penting maruah aku sebagai seorang guru. Rambut panjang yang lurus itu aku gentel sedikit. Jeles jugak dengan ramai dia. Lurus dan lembut. Manakala rambut aku pulak kerinting halus tapi lembut dan cantik kot! Ahaks perasan sendiri. Tiba-tiba aku dapat idea. Tangannya yang masih melingkari pinggang aku, aku angkat. Satu benda yang perlu aku cari. Iaitu gunting! Tadi dah bertengkar sebabak dalam kereta suruh pergi kedai potong rambut. Dia tak mahu. Okey, kali ini biar Cikgu Syaza Qayla yang jadi tukang gunting. Aku menghampiri Usyair yang masih lena. Perlahan-lahan aku capai rambut panjang dan mulakan sesi pemotongan rumput berwarna hitam itu. Padan muka! Confirm bangun nanti akan pergi terjah kedai rambut.

Usai sesi itu, aku turun ke dapur untuk sesi mengisi perut pulak. Tak sampai sepuluh minit di dapur aku terdengar Usyair menjerit.

"Akak!!" aku dah terkekek. Seminit kemudian dia muncul dengan wajah tidak puas hati.

"Akak, apa semuanya ni?" dia marahkan aku.

"Apa, apa?" aku buat-buat tak faham.

"Kenapa buat rambut adik macam ni? Kalau nak potong, potonglah cantik-cantik! Jangan memusnahkan sampai buruk nampaknya," dia semakin mendekat.

“Kan akak dah cakap tadi. Pergi potong rambut tapi adik tak nak. Lagipun malam jumaat nanti adik kena bagi ucapan sebagai Pengarah untuk mengantikan nenek adik nanti. Akak taknak adik pergi dengan imej berambut panjang. Ingat kita di Kelantan bukannya Korea. Penampilan sebagai orang melayu kena jaga sikit," ngomelku berjeda sambil membalikan tubuh untuk membuka pintu peti. Entah bila dia datang dekat padaku serta merta dia menutup kembali pintu peti itu. Kedua belah bahuku dia cengkam lembut.

“Akak dah buat adik sakittt hati sangat-sangat sebab dah potong rambut kesayangan adik. Balik dari kedai nanti wangi-wangi sikit ya? Adik nak minta upah!" mataku sudah membulat. Dia sengih gatal plus miang. Cara dia pandang aku sama macam dalam kereta tadi. Dan jantung aku sekali lagi berdetak. Aih, tak boleh jadi ni.

"Taknakkk!" aku tolak tubuhnya dan terus lari dari situ. Geram betul. Dia gelak kuat. Sejak bila suami muda aku ni pandai menggatal?!

Majlis makan malam sempena Usyair dilantik sebagai pengarah Batik Usmiah Pertama di adakan di Hotel Renaissence. Seluruh warga kerja di butik itu dijemput hadir.

Aku pandang ke kiri dan ke kanan. Tiada. Ish, mana 'adik' kesayangan aku ni? Sekejap lagi orang dah nak jemput dia untuk naik ke pentas dah. Haih! Kaki merayap sungguh budak tu, bebel aku sebakul.

"Syaza mana Usyair? Sekejap lagi dia kena naik ke atas nak bagi ucapan untuk warga Butik Usmiah," datang Norli PA mama. Wajah dia juga nampak resah semacam.

“Kejap saya pergi cari dia,” aku cuba menenangkan hati si gadis muda itu.

“You ni lawaklah Syair…I mana ada cantik,"

“Serius i cakap! You nampak lebih bergaya dan mengancam bila pakai dress ni. Nampak macam model muslimah gitu,"

Hati aku dah bengkak bernanah. Dari aku duk mencari dia rupanya dia dekat sini. Sedang menggatal dengan perempuan sebaya dengan dia ya? Memamg nak kena diajar budak ini. Menyesal pulak aku heret dia pergi kedai potong rambut. Kalau biarkan panjang dan serabai pasti orang tak terpikat. Bila dah pendek dan kemas ni…Bukan orang lain aku sendiri pun boleh mati cair.

"Ehem" sengaja aku berdehem kuat. Nak bagitahu 'adik' yang akak dia sedang memerhati.

"Hanim, kenalkan Syaza, kakak i," mata aku membulat. Kakak I? Amboi! Ini kes nak balas dendam ke adik oii…? Mentang-mentang aku pernah cakap dengan member aku yang adik aku. Malam ni dia nak balas dendam. Depan perempuan pulak tu. Uf! benci tahu…

“Hai kak," ramah si langau pengacau. Aku tarik senyum yang tak berapa nak senyum.

"Hai… Usyair cepat sikit, kejap lagi adik kena bagi ucapan,"

"Okey akak. Nanti adik pergi. Eh, Hanim sekarang you buat apa?" aku dah terlopong luas. Boleh dia buat tak layan aku? Okey, balik nanti ada orang nak kena terajang dekat aku.

Aku mengatur langkah untuk bergerak ke meja VIP. Pandang masih pada pasangan itu. Siap kau adik. Balik kang akak kerjakan kau cukup-cukup. Mulut manis bergula tu akak bagi cili sekilo. Biar berasap seumur hidup. Bila mana aku mahu memalingkan wajah untuk pandang ke hadapan tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Hampir sahaja aku mahu tersungkur dia telah berjaya memaut kedua belah bahuku.

“Syaza!" seru dia. Aku terkebil-kebil buat seketika waktu.

"Firdaus?!" aku terkejut seraya membetulkan kedudukan.

"Kenapa awak boleh ada dekat sini?" soalku. Iyalah macam mana dia boleh ada dekat majlis ini? Dia senyum nipis.

"Pekerja awak ada menempah sate dari restoran saya. Awak bahagia Sya?" dia mula menyoal tentang kehidupan aku.

"Baru sekarang awak nak tanya? Kenapa dulu sebelum saya jadi isteri orang awak taknak pulak nak bertanya. Ke mana awak masa saya suruh awak jumpa dengan mama untuk bagitahu yang awak sayangkan saya?" aku dah mula nak naik angin.

“Saya takde kekuatan nak buat semua tu Sya. Saya terlalu cintakan awak, tapi kedudukan awak sangat tinggi berbanding saya. Saya orang susah Sya mana mama awak nak terima saya," sayu saja suaranya.Aku mendengus geram.

"Awak memamg pengecut Firdaus. Saya bencikan awak! Kalau awak bersungguh mahu ambil saya sebagai isteri awak tak akan rasa semua itu. Jika dibanding awak dengan saya, awak lagi bertuah sebab awak ada ibu dan ayah kandung yang menjaga, tapi saya? Saya hanyalah si yatim piatu hanya menumpang kasih sayang mama,"

"Saya masih cintakan awak Sya…" dia merayu. Aku jengil mata. Tak kuasa mahu melayan jiwang karatnya terus aku angkat kaki untuk mendapatkan Usyair. Bila terlihat Usyair aku terus berlari anak.

“Adik," aku menyapa.

"Jadi itulah Firdaus yang selalu akak duk puja? Hmmm… Hensem. Wajah maskulin idaman semua wanita. Patutlah adik depan mata buat tak berapa nak nampak," lepas melepaskan rasa geram Usyair menonong naik ke pentas sebaik namanya dipanggil. Bahuku sudah jatuh. Allah… Ujian datang lagi. Usyair macam marahkan aku. Apa aku nak buat ni?

Dalam kereta Usyair senyap. Tiada celoteh darinya. Aku tahu dia memang marahkan aku.

"Adik…" aku cuba bangkitkan mood celotehnya.

"Akak, adik takde mood nak bercakap. Sekarang adik tengah memandu. Silap hari bulan dua-dua masuk wad!" pedas dan makan dalam kata-katanya itu. Aku tersentap terus menangis.

"Akak minta maaf kalau akak buat adik marahkan akak. Tadi akak sendiri tak tahu yang dia ada jugak dekat situ. Kami dah lama putus. Putus sejak mama minta akak jadi isteri adik…" ujarku dalam sendu. Wajah dipekup rapat dengan tapak tangan.Usyair memberhentikan keretanya di bahu jalan. Bahu aku dia tarik lalu dipeluk kemas.

"Syyh…Adik tak marahkan akak… Adik cuma cemburu bila ada lelaki lain dekat dengan akak. Akak isteri adik dan selamanya akan jadi isteri adik. Ingat tu," aku mengangguk perlahan. Bila nampak aku dengan lelaki lain cemburu. Yang dia tu nampak sakan melayan perempuan lain di depan aku. Aku tak tahu nak cemburu ke? Ah, biarlah! Yang penting aku sangat terharu sebab dia sayangkan aku. Sedangkan aku tak pernah langsung mengungkap rasa cinta kepadanya apatah lagi nak panggil dia abang. Allah…Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan dia. Dia suami muda aku. Tubuhnya terus aku peluk. Menangis sepuas-puas dalam dakapannya.Terasa ubun-ubun aku dikucup bertambah cinta lagi aku kepadanya.

“Aaabang…Cepatlah akak panggil adik macam tu," Usyair dah mulakan sesi pembelajaran.

"Macam mana nak biasakan panggil abang kalau dah adik sendiri biasakan diri tu adik," aku dah mula naik angin. Dia nak suruh aku panggil dia abang sedangkan dia sendiri duk biasakan dirinya adik. Haih, siapa tak geram!

"Okey-okey. Abang akan ulang semula…" tiba-tiba dia gelak. “Lucu pulak bila sebut abang ni,"

"Tahu takpe!" aku dah mencemik.

“Tak boleh. Lucu atau tidak akak, eh, silap! Sayang tetap kena belajar panggil Usyair abang. Cepat sebut sayang aaabang…” aku gigit bawah bibir cuba menahan gelak. Kelakar pula bila wajah Usyair jadi versi garang ni.

“Hmmm…Aabang! Hah okey tak?" dia mencemik.

“Bolehlah…"

“Amboi! langsung tak puji. Taknak panggillah kalau macam tu," aku dah tarik tangan rapat ke dada.

"Alalala…Jangan merajuk sayang. Hmmm…Sebenarnyakan sayang merajuk bertambah cantik pulak," dia sengih gatal. Aku jeling maut. Di saat aku kalih pandang serta merta pipiku dikucup. Aku kembali menoleh pada dia.

“Manisnya pipi sayang ni. Rasa macam nak gigit aje," dia cuba pancing perhatian aku. Tak terlayan. Hati masih lagi sakit okey!

"Akak,"

"Apa?!" aku tiba-tiba menjerit. Dia gelak.

“Nampak sangat tak dapat nak terima Usyair sebagai suami lagi kan?"

"Kalau tak dapat nak terima malam tu akak tak akan serahkan…" Kata-kataku mati di situ. Malu nak sebab bila teringat malam pertama aku dengan si dia.

“Serahkan apa?" dia jungkit bersama senyuman nakal.

"Eee…sengajakan! Bencilah abang ni!" aku dah angkat kaki nak lari dari diejek. Eh, boleh pulak aku sebut perkataan abang tadi. Si suami muda aku dah gelak sakan.Nasib badanlah dapat suami yang tak cukup ukur lepastu tak cukup akal. Alahai…

Aku melangkah masuk ke butik sambil membimbit mangkuk tingkat untuk santapan tengah hari buat suami muda aku tercinta. Sebaik kaki melangkah masuk Norli PA mama yang sekarang menjadi setiausaha Usyair sudah tersengih panjang padaku.

"Amboi…Muka dia sekarang bertambah seri nampak! Ke ada berita baik yang hendak dikongsi ni?" usiknya.

"Ish, takdelah Norli. Awak ni pandai-pandai aje nak usik sayakan? Kami ni masih dalam mood honeymoon masih nak berdua lagi. Bertiga nanti-nanti dululah. Bos ada?"

"Encik Usyair ada aje dekat dalam tu, tapi dia ada tetamu," aku kerut dahi.

“Tamu… Siapa?"

"Hmmm…Norli nak bagitahu pun Norli tak kenal Kak Sya. Rasanya kawan dia kut," aku mengangguk kemudian tersengih nakal.

"Agak-agaklah kan…Kalau akak terjah masuk sekarang ni Norli rasa bos Norli tu marah tak?"dia tergelak besar.

“Takde nak marahnya Kak Sya. Sayangkan?" kali ini aku pulak yang gelak.

“Sayanglah sangat. Takpelah akak masuk dalam dulu,"

Hati bagaikan tidak mahu duduk diam sebaik tombol pintu dipegang. Dada berombak tsunami rindu. Bila dah jatuh sayang dekat Usyair aku bagaikan terangau dengan suami sendiri. Sehari tak jumpa rasa macam ada sesuatu yang kurang saja. Di saat pintu pejabat dibuka mangkut tingkat di tangan sudah terlepas dari tanganku. Mata dah berair banjir. Bibir pula bergetar menahan sebak. Sungguh dadaku sesak tika ini. Melihat tubuh Usyair sedang menindih tubuh seorang perempuan di atas sofa aku terus menjerit.

"Abang!" aku menjerit.

Usyair dan perempuan itu kalih serentak padaku.

"Sayang!"

“Syaza bencikan abang! Benci!" aku terus berlari meningalkan pasangan sumbang itu. Sakit hati sangat bila aku dicurangi oleh suami mudaku di depan mata sendiri

Air mata semakin lebat merembes keluar. Sampai hati dia buat aku macam ni setelah aku menyerahkan seluruh hatiku kepadanya. Sudah puaskah dia dengan aku yang tua ini sehingga dia sanggup mencari yang sebaya dengannya? Kenapa Usyair…kenapa?"

"Sya dengan dulu apa abang nak cakap ni?" tangan aku ditarik dari arah belakang. Serta merta tubuhku mengadap dia.

"Nak cakap apa laginya. Nak cakap, Sya abang tak sengaja. Apa yang Sya tengok tadi bukan apa yang sebenarnya berlaku. Itu semua hanyalah drama adik! Akak tak dapat nak maafkan adik lagi!" perkataan adik dah keluar dari bibir aku. Selalunya bila aku nak mengusik dia sahaja perkataan itu keluar, tapi kali ini ia keluar tika aku sedang menjadi naga berapi.

“Kenapa susah sangat Sya nak dengar cakap abang ni? Dah berapa kali abang cakap. Abang dengan dia takde apa-apapun.Tadi dia nak pitam abang tolong sambut dia entah macam mana imbangan badan abang tak kukuh terus hempap Hanim. Percayalah sayang," Usyair cuba meraih tangan aku. Segera aku menepis kasar.

“Akak sedar akak ni tua dari adik. Dah tak bergetah buat adik. Jadi sebab itulah adik mula nak cari pasal dengan akak kan? Baik, adik dah mulakan sekarang dan tak mustahil adik akan buat lagi untuk masa yang akan datang. Akak nak bercerai," lancar saja perkataan cerai meluncur keluar dari bibir aku.

“ Tak! Abang tak akan ceraikan sayang. Tak akan!"tegas dia bersuara.Tak mahu bertengkar lagi terus aku angkat kaki untuk balik ke rumah. Niat tadi nak menggedik dengan suami tapi terpaksa di kuburkan bila kejadian melukakan hati terjadi.

Hampir tiga hari aku tak bercakap dengan Usyair.Tidur pun dah tak sebilik. Aku dah halau dia tidur di bilik tamu. Aku benci nak tatap wajah dia lagilah. Boikot suami muda! Lain kali kena fikir dua tiga kali nak kahwin muda. Banyak risiko, cemuh aku dalam hati. Kerana marah semua nampak buruk.

Tok!Tok

Eee… dia tak serik-serik ke kena marah dekat aku? Ketuk sampai pecah pintu tu pun tak dapat nak ubati hati aku yang bernanah ini.

"Sya… bukalah pintu ni. Ada orang nak jumpa," lembut saja butir bicaranya. Ya. Aku tahu sejak dari dulu lagi Usyair tak pernah nak tinggikan suara padaku walhal tika dia sedang marah.

“Pergilah…Jangan ganggu akak! Akak taknak apa-apa lagi alasan adik tu. Pergilah! Selagi adik tak lepaskan akak, akak tak akan keluar dari bilik ni!” keadaan sepi seketika.

“Syaza Qayla…"

Itu…itu suara mama.Mama dah balik ke? Tak menunggu lama, terus aku berlari dan pintu bilik di buka. Tubuh mama di belakang Usyair aku rangkul erat.

“Mama…Syaza rindu," aku mengongoi lebih kepada sedih sebab tak dapat nak menerima perbuatan terhadap aku.

“Syaza, kenapa sampai boleh nak bercerai ni?"

“Mama bila sampai ni?" aku cuba mengelak dari disoal.

“Jangan nak mengelak. Soal mama tak penting. Kenapa Syaza nak minta cerai dengan Usyair ni? Maaflah kalau Syaza rasa mama buat keputusan yang salah dengan mengahwinkan Syaza dengan Usyair. Sampai nak bercerai berai ni mama rasa berdosa pulak," mama mula bersuara. Aku tunduk pandangan. Usyair tiada di situ. Aku tak benarkan dia masuk ke sini.

“Bincang elok-elok tak boleh ke Syaza? Mama bukan apa, sebelum menutup mata ni mama nak tengok anak mama ni bahagia. Bila tengok kamu bahagia di samping cucu mama bolehlah mama mati dengan tenang dekat Mekah nanti. Arwah babah dikuburkan dekat sana jadi mama nak mati dekat sana," aku panggung wajah bersama air mata yang keluar.

“Mama…Syaza tak dapat nak terima Usyair buat Syaza macam tu ma…Syaza ada hati dan perasaan. Tengok mereka berpelukan seolah Usyair telah mencurangi Syaza ma…Syaza dah takde sesiapa dekat dunia ni kecuali mama…Mama nak tinggalkan Syaza dekat sini?”

“Sebab itu ma kahwin Syaza dengan Usyair. Mama yakin dia boleh jaga kamu,"

“Syaza tak boleh mama… Syaza…” kata-kataku mati di situ. Leher terasa loya dah mual. Terasa ada sesuatu melekat di leher terus saja aku berlari ke bilik air. Segala isi perut yang kosong aku muntahkan.

“Syaza, kamu mengandung?" mama menegur. Belakang tubuhku diusap lembut. Aku terus kalih pada mama di sebelah. Mengandung? Aku mengandung?! Allah…

Tiba-tiba duniaku gelap gelita dan aku terus hanyut.

“Sya…Sya…bangun sayang. Jangan tinggalkan abang…" sayup-sayup satu suara kedengaran di cuping telingaku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku di dalam bilik sendiri.

“Syukurlah kamu dah sedar Syaza. Risau betul mama,” mama terus merangkul tubuhku. Aku pandang sekeliling. Usyair takde pun dekat sini, tapi tadi aku dengar suara dia yang berbisik di telingaku. Aku mengesot bangun untuk bersandar di kepala katil. Mama menghulurkan segelas air kosong kepadaku.

“Syaza, kamu masih nak teruskan niat kamu tu?" aku senyap. Gelas yang masih ada air di dalamnya aku tatap kosong.

“Walaupun kamu bencikan Usyair sekurangnya kamu fikirkan soal budak dalam kandungan kamu tu," aku terus kalih. Mama mengangguk.

“Tadi masa kamu pitam mama minta Usyair panggilkan doktor. Dia cakap kamu hamil enam minggu. Patutlah mama tengok tubuh kamu lain macam rupanya dah ada isi. Hmmm…Syaza lupakan perkara buruk tu. Ambil yang jernih. Mama percayakan Usyair, dia tidak akan buat perkara terkutuk tu," mama bersuara lagi.

“Ma…Syaza tak boleh nak lupakan benda tu dengan senang ma. Tiap kali Syaza tengok wajah dia Syaza bayangkan dia dalam pelukan gadis tu ma. Syaza tak dapat nak terima… Kalau itu yang sudah tertulis untuk Syaza dan Usyair Syaza rela ma. Syaza akan ikut ma pergi Mekah sama,"

“Jangan bekukan hati tu Syaza. Buka mata luas-luas untuk menilai kesungguhan Usyair untuk memiliki kamu. Mama tak tahu macam mana nak cakap. Ikutkan hati memang ma nak terus terang saja kepada kamu, tapi Usyair melarang. Entahlah kamu berdua dah matang fikirlah mana jalan terbaik," habis bicara terus mama angkat punggung lalu keluar dari situ. Aku hanya memerhatikan langkah mama. Adakah aku begitu kejam dengan suami sendiri?

"Sayang makanlah sikit nanti sakit. Doktor cakap tadi badan sayang lemah sangat. Abang suapkan ya?" lembut Usyair bersuara. Bubur nasi di mangkuk disudu lalu disuakan ke arah mulutku. Aku kalih pandang. Benci sungguh nak lihat wajahnya.

“Sayang cuba dengar cakap abang ni?" kali ini dagu aku dipagut oleh tangan kasarnya supaya aku memandangnya.

“Kenapa saya perlu mendengar cakap awak lagi?! Kenapa tak pergi jumpa kekasih awak tu?" aku menepis kasar tangannya. Serentak itu juga mangkuk di tangannya terjatuh ke bawah.

“Saya bencikan abang! Keluar dari sini…Jangan pernah tunjukkan muka awak depan saya lagi…tolonglah…"aku dah mula menangis.

“Kalau boleh membuat sayang bahagia abang akan pergi. Tolong jaga anak kita baik-baik," Usyair dah bangkit dan menapak perlahan-lahan meninggalkan aku keseorangan di bilik. Air mataku bertambah laju mengalir. Beginikah kesudahan kisah cinta aku?

“Syaza, kenapa buat suami macam tu? Tak baik sayang. Mama rasa dah tiba untuk mama cerita segala-gala tentang perasaan Usyair terhadap kamu sebelum ini," dahi aku berkerut.

“Apa yang mama cuba nak cakap ni?” mama berdehem kecil sebelum meneruskan bicara.

“Kalau Syaza nak tahu yang membuat keputusan untuk perkahwinan kamu berdua bukan rancangan mama. Mama tak pernah paksa kamu dalam buat keputusan tambah-tambah pasal soal hidup kamu. Usyair…Dia yang minta mama pinang kamu untuk dia. Setiap kali dia hubungi mama dia langsung tak pernah tak tanyakan pasal kamu. Ada satu hari tu mama bagitahu yang kamu dah ada kekasih, dia terkejut sangat. Tiba-tiba dia cakap dia nak kahwin dengan kamu. Dia minta mama bantu dia untuk dapatkan kamu, dia cakap kamu pasti terima kehendak mama. Mama membantah sebab mama tahu kamu pasti tak akan bersetuju nanti. Dia merayu dekat mama. Sejak kecil lagi dia taruh perasaan dekat Syaza. Dia anggap kamu sebagai wanita bukan seorang kakak mahupun mak sedara dia. Dia betul-betul ikhlas dengan kamu. Mama percaya itu kalau mana mungkin dia merayu dekat mama,” lidahku kelu wajah mama aku tatap hiba. Tak tahu nak cakap apa. Otak pula kosong.

“Dia dekat mana sekarang ma?” soal aku dalam nada serak.

“Dalam bilik tamu,”

Aku terus bangkit untuk mendapatkan dia. Masuk saja ke bilik tamu aku lihat dia sedang mengemaskan beg pakaiannya. Dia yang membelakangi aku terus sahaja aku menerpa dan memeluk belakang tubuhnya.

“Ampunkan Syaza abang… Syaza berdosa dengan abang. Syaza tak pernah tahu yang abang rancangan perkahwinan kita. Syaza ingatkan mama…Syaza…”

“Syyh…” Usyair membalikkan tubuhnya untuk berhadapan dengan aku. Dahiku dia kucup lama.

“Segala dosa sayang abang dah maafkan. Abang tak pernah nak marahkan sayang. Abang tahu sayang belum sepenuhnya lagi untuk abang. Abang akan tunggu tu. Sejak kecil sayang sentiasa muda di mata abang. Tak pernah nak nampak tua. Masa dekat lapangan terbang hari tu abang memang dah kenal isteri abang cuma abang sengaja berpura-pura. Seronok pula bila tengok sayang marah-marah. Tak sangka hal ini berlanjutan. Tambahan pula abang tengok sayang macam tak ikhlas saja terima abang. Nak mengaku dekat kawan kata abang ni suami sayang pun taknak. Sebab tu abang sengaja melayan Hanim. Sengaja nak uji hati sayang,” air mata yang mengalir turun dia seka lembut. Senyuman manis terukir di bibirnya. Aku kemam bibir. Menahan sebak di dada. Melihat wajahnya tenang langsung takde rasa nak marah aku terus menyemban wajah ke dadanya.

“Syaza minta ampun sebab tuduh abang melulu lepas tu tak percaya cakap abang…Maafkan Syaza abang…” tubuhku semakin erat dipeluknya.

“Dah jangan cakap lagi. Nanti baby kita jadi ratu air mata bila keluar nanti. Akak dah cantik bila nangis-nangis ni nampak buruk sangat,” sesi mengusik dah mula.

“Jahat!” dia sengih.

“Baru tahu ke abang jahat?”

“Nakal!”

“Memamg pun,”

“Gatal! Miang!"

“Kalau tak gatal tak mengandunglah sayang. Kalau tak miang sah-sah malam pertama kita akan berlangsung lagi,” dia gelak kuat. Aku bulatkan mata.

“Adik ni memamg tahu!” perutnya aku cubit kuat.

“Aduh, sakitlah akak!”

“Tahu pun. Lain kali jangan nak gatal-gatal lagi,”

“Janji tak gatal dah tapi nak miang sikit heee…Adik cinta akak.Cinta sampai ke syurga…” aku tarik senyum. Tubuhnya aku peluk kembali. Bahagia terasa. Bagaikan menyerap masuk ke lubuk hati. Semoga ikatan ini kekal abadi. Adik cinta akak. Comel aje ungkapan itu. Semoga aku sentiasa di hatinya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.