Home Cerpen Cinta SAMBUTLAH CINTAKU
SAMBUTLAH CINTAKU
Domi Nisa
3/1/2013 23:46:20
3,261
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

USAI mendengar taklimat untuk program anak angkat, aku menghayun kaki ke kaferia untuk mengisi perut yang kosong ini. Gara-gara terlewat tidur malam tadi aku tak sempat untuk bersarapan dan terus masuk ke dewan untuk mendengar taklimat bagi program anak yang bakal berlangsung minggu depan. Semasa dalam perjalanan ke kaferia, Zamani menepuk kasar bahuku dengan wajah agak bengang.

“Pekak ke? Aku melaung macam orang gila panggil nama kau, bukan nak berhenti. Dipercepatkan lagi langkah adalah!” marah Zamani padaku.

“Aku lapar wey. Kalau perut dah lapar, aku tak nampak benda lain dah kecuali makan,” jelasku padanya sambil memegang perutku. Zamani sudah mula tersengih-sengih itulah sikap yang boleh membuatkan aku satu kepala denganya. Tidak cepat terasa dengan sikap aku yang jenis ikut kepala sendiri.

“ Wah! Tak sabar rasanya nak pergi ke program anak angkat tu!” suara Zamani teruja sambil membawa hidangan makanan tengah harinya dan melabuh betul di hadapanku.

“Ikutkan hati aku, memang aku tak minat nak sertai program ni. Kalau tak kerana aktiviti senior yang mewajibkan kita pergi, takkannya aku ikut serta,” balasku malas.

“Kau memang! Anak mak!” sindir Zamani sambil terkekek ketawa.

“Wey, bro mulut jaga sikit!”marahku sambil menggeleng kepala. Zamani mengangkat tangan tanda kalah.

HARI yang dinantikan sudah tiba. Bila semuanya selesai kami bergerak ke tempat yang di tuju. Semasa dalam perjalanan aku terlelap, sebaik mata terbuka tengok-tengok bas dah berhenti di tempat yang dituju. Dengan badan yang lemah aku menghayun kakiku perlahan, tak semangat pulak nak sertai program, tambah-tambah seminggu. Tak gemar betul aku!

“Okey semua. Abang Mie nak kamu dapatkan beg masing-masing dalam masa 15 minit, kemudian kita akan berkumpul dekat dewan untuk menbahagikan kumpulan masing-masing. Cepat! arah abang Mie lembut tapi berbaur tegas, selaku ketua pelajar untuk Fakuti Kaunseling, UKM.

Semua budak-budak kelas aku kelam kabut untuk mendapatkan beg masing-masing di perut bas. Mana taknya abang Mie bagi masa 15 minit saja sebelum berkumpul di dewan, itulah faktor utama aku malas ikuti sebarang program kerana tak suka diarah dan diperintah!

“Hazmi, cuba kau tengok perempuan kat depan tu, cun gila wey,” bisik Zamani bila kami sudah berkumpul di dewan.

“Mana?” Soalku malas.

“Tu!” Tunjuk Zamani pada dua orang perempuan yang duduk di kerusi hadapan. Mataku terpaku pada seorang gadis yang bertudung lingkup, berwarna unggu muda yang asyik berborak dengan rakan sebelahnya sambil tersenyum manis. Hatiku tiba-tiba bergetar kencang. Yang tak pernah ku alami sebelum ini.

“Cantikkan?” suara Zamani mengejutkan aku dari terbuai dengan kecantikkan gadis itu.

“Hrmm, memang cantik! Yang tudung unggu tu, kan?soalku kembali.

“Laa, bukan yang tulah! Tu kakak kita lah. Tengok muka dah tau, tua dari kita. Yang sebelah tu, yang pakai selendang berbelit-belit, cun gila wey, cair hatiku bila tengok wajahnya,” jelas Zamani dengan wajah sudah berbunga cinta.

“Mana? soalku lagi, tapi mata masih tidak lepas dari terus melihat perempuan yang berjaya mencuit hatiku. Dia sungguh anggun dan senyumannya betul-betul membuatkan jantungku tidak berhenti berdegup. Dan mungkin tidurku tidak lena nanti malam.

“Memandangkan kamu semua ada 20 orang, jadi kami sudah membahagikan tiga orang satu keluarga. Saya minta kamu dengar baik-baik nama keluarga yang kamu akan tinggal selama seminggu.”

Abang Mie selaku ketua program ini sibuk membahagikan kumpulan masing-masing, mataku masih ralit menatap wajah itu. Wajah yang bersinar walaupun kulitnya tidak cerah sangat. Tapi dimataku dia tetap tampak anggun.

“Hazmi! Hazmi!”

“Hoi, Hazmi! abang Mie panggil nama kau tuh,” bisik Zamani kuat.

“Hah?” Aku terpinga-pinga seketika. Sebaik otakku waras kembali aku lantas berjalan ke hadapan. Darah sudah mnyerbu naik ke muka. Malu!

“Okey Hazmi, kamu dan Amila serta kak Diana akan tinggal dengan keluarga Pak cik Kub, ketua kampung sini,” jelas abang Mie.

Lututku lemah, dan aku betul-betul peranjat rupanya gadis yang berjaya menarik perhatian aku adalah anak ketua kampung di situ. Aku juga bakal tinggal bersama dengannya. Wah gembiranya hatiku! Dapat dekat dengan orang yang aku suka. Yeay!

“Okey selesai semua, saya harap kamu semua jaga sikap dan akhlak kamu, ingat kita datang membawa imej universiti kita. Jangan memalukannya.”

Amanat terakhir dari abang Mie sudah tidak masuk ke dalam telinganku kerana hati sudah melonjak sakan. Berbunga-bunga. Ini kali pertama aku rasa seronok macam ini. Apakah ini dinamakan cinta? Wah memang dah gila kau ni Hazmi Mustaqim, jatuh cinta pada pandangan pertama dan orang itu pula jauh jarak umur denganku. Tapi tak salahkan? Sebabnya usia bukan penentuan kebahagian dalam sebuah perhubungan.

DARI siang sampailah sekarang jantungku tak berhenti berdenyut kencang. Setiap perihal laku kak Adeeba pasti ku perhatikan. Gadis yang berjaya mencuri hatiku diberinya Nur Adeeba binti Yakub, berusia 27 tahun. Memang betul cakap Zamani kak Deeba memang kakak kami. Tapi hati aku dah cakap suka, macamana harusku undur lagi.

“Mari makan Amila, Diana, Hazmi”, ajak kak Adeeba lembut. Membuat hatiku terus bergetar.

“Wah, sedapnya umi,” suara Amila yang memang terkenal dengan sikap kecohnya cuba membodek ibu angkat kami.

Aku hanya menunduk. Cuba control macho, padahal malu rasa bila berhadapan begini dengan kak Deeba.

“Eh, bukan umi yang masak. Kak Deeba kamu yang masak,” terang umi.

Bila dengar je kak Deeba yang masak, seleraku terus membuak-buak. Selalunya makan tak perlu ditambah terus menambah nasi mala mini. Inilah dinamakan panahan cinta.

“Kak Deeba kerja apa?”,. Kini giliran kak Diana pula yang bertanya.

“Kerja dengan abang sendiri dekat Bangi,” balas kak Deeba sambil mengambil lauk dan di hulurkan pada Amila dan kak Diana. Padaku tidak mungkin jarak kedudukan kami jauh sedikit.

“Bangi? Dah dekat dah tu, nanti kalau akak free akak datanglah lawat kami dekat UKM ye,” sampuk Amila riang.

“Iyalah. Kak pasti pergi terjah korang bertiga ya. Boleh ke Hazmi?”

“Hah? Er.. boleh, boleh…” Balasku gugup bila kak Deeba menyeru namaku. Nasib baik tak tersedak aku dibuatnya.

“Haih, mengelamun je, teringatkan siapa tu Hazmi? Sampaikan kak tanya pun tergagap-gagap menjawab.” usik kak Deeba mengundang tawa pada yang lain.

Mukaku memerah malu ditegur begitu oleh kak Deeba. Andainya kak Deeba tau aku jadi macam ni gara-gara berkenan dekat akak lah!

Selesai makan Amila dan kak Diana tolong umi dan kak Deeba di dapur, manakala aku ke depan dengan Abuya untuk menonton televisyen.

“Hazmi, ada berapa tahun lagi?” soal abuya tiba-tiba.

“Insya-Allah abuya dua tahun lagi,” balasku pendek.

“Kamu boleh jadi imam ke?”

“Hah?” Aku terkedu bila ayah angkatku tiba-tiba menanyakan sesuatu soalan yang tak pernah ku sangkakan? Ini dah keluar dari topik nih!

“Aih, abuya nak jadikan budak tu menantu ke? Kita mana ada anak perempuan lagi, sampuk umi sambil tersengih. Dia mengambil tempat di sisi abuya.

“Si Adeeba tu siapa? Bukan ke anak kita?” cantas Abuya sambil tersenyum.

“Umi! Abuya apa ni?” marah kak Deeba sambil menarik mukanya. Aku tersenyum bahagia. Yelah pasti dia marah bila nak kaitkan soal jodoh dengan aku. Aku nikan adik dia. Jarak umur kami 6 tahun pasti dia tak sudi. Bagiku hal ini tiada masalah, hati dah suka, usia di tolak ke tepi asalkan cintaku tersambut.

“Abuya gurau je, kamu tu dah lanjut usia manalah si Hazmi ni berkenan. Betul tak Hazmi?”

“Abuya mengatakan Deeba,ya!”

Belum sempat aku menjawab kak Deeba dan sampuk terlebih dahulu.

Meletus ketawa kami bila abuya terus menyakat kak Deeba. Alahai cantik pulak kak Deeba bila masa dia marah. Macamana aku tak berkenan.

“Insya Allah boleh. Dulu masa sekolah menengah, Hazmi sekolah agama. Abuya nak Hazmi jadi imam untuk solat jemaah, ke?” jawab aku pada soalan yang tergendala tadi.

“Hah, bagus sangat lah tu! Boleh ganti abuya jadi imam untuk solat jenazah Pak Abu yang mati sakit jantung maghrib tadi, dalam pukul 10 pagi diorang nak mandikan jenazah tu. Abuya tak boleh pergi sebab ada meeting dengan orang pejabat tanah.”

“Insya Allah abuya, kalau tak de masalah Hazmi akan jadi imam,” ucapku sopan.

“Hazmi ni memang hebatlah! Jarang akak dengar orang muda macam Hazmi tak tolak kalau diminta jadi imam,” puji kak Deeba dengan nada semangat.

“Macam nilah nak cari suami, Deeba, Amila, Diana. Jangan tengok rupa je, agama lagi perlu, baru selamat rumah tangga.” tokok abuya diselangi hilai tawa mengekek.

Pujian melambung dari keluarga ni, betul-betul membuat aku tersipu malu. Tak sia-sia mama dan abah aku bagi didikan agama, kan berguna untuk diri dan masyarakat.

ABANG Mie memanggil kami semua untuk berkumpul di dewan bersama-sama keluarga angkat masing-masing kerana ada aktiviti riadah bersama, aku juga tidak ketinggalan. Semasa taklimat berlangsung aku tidak pasang telinga kerana asyik memandang kak Deeba yang asyik ketawa bersama Amila dan Diana. Apa yang dibicarakan mereka aku sendiri tak tahu?

Aku dapat cerita dari Amila bahawa kak Deeba pernah bertunang dengan seorang jejak dari kampung ini juga. Tapi jodoh mereka tak panjang sebulan mereka bertunang, tunang kak Deeba kena langgar lari oleh sebuah kereta dan disebabkan kejadian itulah kak Deeba tidak mahu untuk mengikat sebarang ikatan lagi. Katanya kalau ada jodoh dia pasti akan kahwin juga satu hari nanti. Bagi aku itu satu rahmat, rahmat untuk aku menyunting dirinya.

Tiada orang yang dapat buat aku gila macam ni kecuali seorang iaitu kak Deeba. Aku tekad untuk memikat dia dengan cara aku sendiri. Mataku masih tertancap pada kak Deeba yang agak seronok bermain aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kami. Aku sendiri? Aku lebih rela jadi pemerhati dari bermain kerana aku dapat lihat kak Deeba dari jauh. Memang sah aku diserang penyakit jiwa bayang.

TIGA kuntum bunga kertas sudah ku gengam. Untuk memberi bunga mawar jauh dari pekan hendak membelinya. Aku memanggil seorang kanak-kanak perempuan yang asyik bermain berkejar-kejaran untuk mendekatiku. Aku membisik ke telinga supaya memberi bunga kepada kak Deeba dan jangan bagitahu aku yang memberinya. Bila budak itu mengangguk tanda setuju aku memberi tiga biji coklairs kepadanya. Dari jauh aku dapat melihat kerutan di wajah kak Deeba, mesti dia tercari-cari siapa gerangan yang memberinya bunga. Dahlah bunga kertas! Memang lawaklah aku ni!

SELEPAS mendapat respon dari kak Deeba, dia tidak membuang malah menyimpannya. Itu pun aku dapat tahu kerana aku tidak sengaja terlihat kuntuman bungan di biliknya. Jadi setiap pagi dan petang aku pasti menyuruh budak tadi memberi tiga kuntum bunga kertas pada kak Deeba, aku terhibur gadis itu terpinga-pinga bila mendapat bunga itu serta tertinjau-tinjau mencari siapa pengirimnya. Senyumanku melebar bila melihat wajah comel itu.

TINGGAL sehari lagi masa untuk aku tinggal di sini. perasaan sedih mula menjalar dipangkal jantungku. Jika aku pergi meninggalkan kampung ini, bermakna aku akan berjauhan dengan kak Deeba. Hatiku pasti kembali sepi dan sunyi.

“Hazmi!”

Semasa aku memetik bunga kertas untuk kali terakhir aku, disergah oleh seseorang dengan pantas aku menoleh kebelakang. Alangkah terkejutnya bila aku melihat kak Deeba sudah menatapku dengan wajah yang merah.

“Jadi, Hazmilah yang memberi akak bunga kertas ni, ya? “ soal kak Deeba keras.

“Err…” Lidahku terkelu.

“Kenapa Hazmi lakukan semua ni? Hazmi tau tak, maksud memberi bunga pada seorang gadis?”

“Tau. Hazmi sukakan akak! Bukan setakat suka tapi cinta!”

Aku lihat kak Deeba tercengang dengan luahan secara langsung dariku. Yelahkan siapa yang tak terkejut tiba-tiba dilamar oleh seorang lelaki yang muda 6 tahun darinya.

“Hazmi! Jangan nak melawak kat sini, dik.”

“Tak kak, Hazmi memang serius! Hazmi memang cintakan akak. Hazmi harap akak dapat sambut cinta Hazmi. Esok hari terakhir Hazmi di sini, jadi Hazmi nak jawapan dari akak sebelum Hazmi bertolak balik esok,” ujarku terus beredar dari situ. Tapiku sempat melihat mulut kak Deeba melongo.

Malam itu kak Deeba tak keluar bilik, umi cakap dia tak sihat. Tapi aku tahu bukan itu alasannya, mungkin dia malu berhadapan dengan aku. Aku memang gila sebab boleh berterus terang dengannya. Tapi aku tak nak jadi lelaki pengecut sukakan perempaun tapi hanya disimpan dalam hati. Itu bukan Hazmi Mustaqimlah. Bagi aku jika aku cintakan seseorang itu, aku harus mengakuinya cinta itu sebelum terlambat. Tersambut atau tak itu terletak pada jodoh.

AKU agak kecewa kerana pemergianku tidak dihantar oleh kak Deeba. Ini bermakna cintaku tidak tersambut olehnya. Aku berharap sangat boleh berjumpa dengannya walaupun sekejap. Aku mendengus kasar sebelum melangkah naik ke dalam bas. Baik dudukku selesa di kerusi, Amila datang menghampiriku dan memberi sepucuk surat kepadaku.

“Hazmi, kak Deeba bagi surat untuk kau.”

Aku mengangguk lemah, sebaik Amila beredar ke tempatnya aku dengan rakus mengoyak sampul surat itu.

Kepada adikku Hazmi,

Cinta itu buta, tidak kenal usia, pangkat atau darjat. Akak agak adik dah terkenanya. Adik, jangan mudah melafazkan cinta kerana tak semestinya cinta itu kita yang punya. Jangan mudah terpikat wajahnya kerana wajah tidak melambang sikap sebenarnya. Akak nak adik kenali apa itu cinta barulah adik ada kekuatan melafazkannya. Akak tak tolak sekiranya adik adalah jodoh akak, tapi apa yang akak ingin bagitahu kenali siapa yang adik cinta itu sebelum menyesal.

Aku mengukir senyuman nipis, melalui kata-katanya dia tidak menolak sekiranya aku jodoh. Jadi aku perl berusaha keras sedikit untuk mencuri hatinya. Kak Deeba, Hazmi akan buktikan bahawa Hazmi pasti dapat memikat hati akak. Tunggu, ya!

AKU mendapatkan alamat rumahnya di Bangi daripada Amila. Seminggu sekali pasti tiga kuntum bunga ros ku hantarkan padanya, tanda cintaku padanya. Bila diajak berjumpa dengan kak Deeba aku mengelak sebabnya aku tak mahu dengar bebelan darinya.

Petang itu aku mendapat panggilan dari Amila, katanya dia ingin berjumpa denganku di kafe mahu amik nota, dengan malas aku turun dari katil dan melangkah ke kafe. Mataku membuntang bila melihat kak Deeba turut berada di situ. Hati berdengup kencang seperti kali pertama aku melihatnya.

Selepas mengucap salam aku duduk mengadap kak Deeba. Dia tetap seperti dulu, anggun dan manis. Lama menyepi seketika, Amila meminta izin untuk berundur memberi ruang untuk aku dan kak Deeba bersuara.

“Hazmi sihat? Pelajaran macamana?” soalnya sedikit gementar.

“Alhamduillah sihat, pelajaran mestilah baik sebab nak tanggung bakal ‘isterikan’,” jawabku cuba menduga hatinya. Aku lihat kak Deeba menunduk sekejap, kemudian kembali menatap wajahku yang tenang ini. dalam hati sudah bergetar hebat.

“Hazmi, akak minta jangan hantar bunga lagi pada akak. Kak tak nak Hazmi bazirkan duit Hazmi untuk beli bunga-bunga tu semua,” ujarnya dengan suara masih gugup.

“Kenapa? Akak tak nak terima ke? Sebab hazmi yang hantar, kan? Kalau lelaki yang sebaya atau lebih tua dari akak yang hantar, akak pasti akan terimakan?” Soalku bertubi-tubi dengan geram. Itulah aku malas nak berjumpa dengannya, dia pasti menasihati aku supaya berhenti dari terus mengejar hatinya. Kak Deeba silap, sekali ku melangkah pantang untuk aku berundur kembali.

“Hazmi. Bukan macam tu maksud akak! Akak hargai bunga yang Hazmi kirimkan. Tapi akak tak nak hazmi bazirkan duit yang sepatutnya Hazmi guna untuk belajar. Hazmi salah gunakan duit itu. Akak tak nak!” balas kak Deeba sedikit tegas.

“Cakaplah, akak tak sudi terima cinta Hazmikan?” tembakku dengan senyuman sinis di wajah.

“Ya Allah Hazmi, dengar cakap akak dulu. Soal cinta tolak ke tepi dulu. Hazmi masih muda, apa yang penting sekarang adalah pelajaran Hazmi. Akak tak nak Hazmi kecundang gara-gara cinta.” Suara kak Deeba sudah mula kendur, mungkin tidak larat mahu bertelingkah denganku.

“Akak tak perlu nasihatkan Hazmi, soal pelajaran, Hazmi sendiri tahu. Tapi kalau pasal cinta, kakak tak berhak untuk melarang Hazmi dari terus mengejar Hazmi. Itu hak Hazmi!”

“Hazmi, akak anggap Hazmi macam adik akak je, tak lebih dari tu,”

“Itu akak, bukannya Hazmi! Bagi Hazmi akak adalah seorang gadis yang membuatkan hati Hazmi tak senang duduk!” bentakku keras. Mata pengunjung di situ tidak aku hiraukan.

“Umur kita jauh berbeza dik,” kata kak Deeba lagi. kali ini betul-betul perlahan.

“Alah, itu semua alasan! Usia bukan penentu kebahagian!” ujarku tegas,sambil memandang wajah kusam kak Deeba. Aku tahu dia pasti serba salah.

“Akak, tolonglah Hazmi pinta sangat, sambutlah cinta Hazmi supaya hati Hazmi tidak berkecelaru. Otak Hazmi sangat serabut setiap kali memikirkan akak. Tolonglah akak,” rayuku padanya. Kak Deeba masih senyap. Sesaat kemudian dia mengambil beg tangan lantas meninggalkan aku seorang diri. Aku mengeluh. Kenapa hatinya begitu keras?

SEBULAN peristiwa itu aku tidak lagi mengirim bunga ros kepada kak Deeba tapi bunga itu diganti dengan mesej kata-kata cinta dan rindu dari aku. Walaupun tiada balasan, aku tetap menghantarnya kerana apa yang inginkan adalah menyampaikan perasaan aku padanya.

Seminggu lagi aku bakal berperang dengan exam, subjek semester ini agak susah jadi aku terpaksa berhenti dari menghantar mesej kepadanya. Pelajaran harus diutamakan. Walaupun hatiku kadang-kadang tergoda ingin menghantar mesej padanya, aku gagahi juga dengan mengambil wuduhk dan menunaikan solat-solat sunat supaya hatiku tenang.

“Alhamduillah, akhirnya beres jugakan Hazmi,” kata Zamani sebaik keluar dari bagunan peperiksaan. Aku hanya mengangguk. Bila kaki menapak ke tempat parking motor, Amila datang menegurku. Dia datang membawa pesanan dari kak Deeba. Dah lama tak mendengar nama itu. Rindu pulak rasanya.

“Ada apa akak nak jumpa Hazmi?” tanyaku padanya bila kami selesa mengambil tempat duduk di sebuah kedai makan yang berhampiran dengan kampus aku. Aku cuba untuk tenangkan diri supaya tidak gopoh bila berbicara dengannya.

“Akak….”

Belum sempat dia bersuara aku terus mencantasnya. “Kalau akak datang jumpa saya semata-mata nak bagi amaran supaya jangan dekati akak lagi, akak silap! Selagi akak tak jadi isteri orang, selagi itulah saya akan tetap menghantui akak!”

“Hazmi stop it? Hazmi tahu tak, dengan sikap Hazmi yang begitu aku turut terseksa. Akak tak boleh nak berhenti fikirkan hazmi. Dengan mesej-mesej Hazmi buat akak sakit jiwa tau!”

“Apa maksud akak?”soalku hairan.

“Setiap malam akak akan dapat mesej dari Hazmi. Tapi sejak akhir-akhir ini mesej hazmi tidak masuk dalam inbox akak. Akak jadi tertunggu-tunggu. Akak buat keputusan untuk menelefon Amila bertanyakan hal Hazmi, rupanya Hazmi ada exam. Hazmi tahu tak, akak betul-betul tak keruan bila tidak dapat mesej dari Hazmi, akak yakin akak dah….,”

“Jatuh cinta dengan saya!” Pintasku laju.

Kak Deeba mengangguk, aku bersorak tanpa pedulilkan orang ramai.

AKU kini tinggal dengan kak Deeba merangkap isteriku di rumahnya dekat Bangi. Ramai yang tidak tahu perkahwinan kami, yang tahu hanya Zamani, Amila dan kak Diana saja. Tanggungjawab aku kini telah bertambah, walapun aku masih lagi bergelar pelajar aku melarang kak Deeba menanggung pelajaranku, kerana biasiswa JPA mampu untuk aku dan dia dan tugas aku untuk menanggungnya.

Pengajian aku hanya tinggal satu semester lagi, iaitu semester untuk latihan industri jadi sebelum berpisah rakan sekuliahku ada membuat jamuan akhir tahun, yelahkan selepas ini pasti susah nak berjumpa lagi.

“Wah ,Hazmi! Cantik kakak kau, boleh bagi nombor phonetak?” usik kawanku cuba memikat isteri aku, bila kak Deeba sudah berkumpul dengan teman sekuliah yang perempuan.

“Yelah Hazmi, tak cakap pun kau ada kakak yang cantik. Bila lagi kita nak beripar- duai, kan?” tokok yang lain pulak.

Aku dah mula naik angin. Inilah akibatnya kahwin tak bagitahu orang. Isteri dikatakan kakak, yelahkan dah isteri terlebih usia siapa yang tak salah sangka kan?

“Sabar Hazmi.” Zamani sudah menggosok belakangku, cuba menenangkan aku.

“Nak makan penumbuk aku?” ucapku dengan intonasi keras.

“Wow, kami gurau jelah. Rileks lah!”

“Dia tu bukan kakak aku, tapi isteri aku!”

“Kau biar betul!” soal mereka serentak.

“Ya isteri aku!” Kenapa tak puas hati ke? Ingat cinta tak kenal usia, yang paling penting usia bukan penentu kebahagian dalam sebuah perhubungan!” Aku cuba menyindir dorang semua terkejut dah terlongo.

KINI aku bergelar seorang siswazah UKM, alhamduillah berkat rezeki anak aku yang bakal lahir, aku diterima kerja sebagai kauselor di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Kehidupan aku dengan kak Deeba sangat bahagia walaupun ada yang mengata yang penting aku cintakan dia sudah cukup buat aku bahagia dengannya.

“Abang,” panggil kak Deeba lalu melabuh duduk di sampingku yang sedang membaca surat khabar.

“Kenapa sayang?” soalku sambil mengucup ubun-ubunnya. Surat khabar kuletak ketepi kemudian melabuh diperutnya yang semakin membesar.

“Terima kasih sebab sudi terima isteri abang yang sudah tua ini,” ujarnya manja.

“Tak pe tua asalkan cantik si mata abang saja dah cukup,” ucapku romantik.

“Baby, umi cantikkan?” Aku berbicara dengan janin kami. Kak Deeba tawa mengekek.

Seketika kemudian aku menyeluk poket baju melayuku dan menghulurkan sekuntum bunga mawar mereah padanya. “Nah!”

Bunga itu disambut olehnya dan dihidunya sekejap.

“Sekuntum je? Dulu Tiga? Kenapa sekarang berkurang?” soalnya dengan wajah berkerut.

Nak jimat bajet, simpan untuk baby yang bakal lahir, usikku. Kak Deeba sudah buat muka.

“Haih, dulu tak berkira, bila dah kahwin dah mula nak berkira, ya?” soalnya cuba menyindirku.

“Hahaha, tak de abang gurau je. Dulu abang bagi tiga sebab sayang bukan milik abang lagi dan makna tiga itu I love you. Sekarang sayangkan dah sah jadi milik abang,hanya sayang yang berada dalam hati abang tiada orang lain dah. Kalau abang terus bagi tiga. Abang rasa seolah-olah abang minta izin dengan sayang supaya sayang benarkan abang untuk memenuhi 3 tempat yang kosong lagi itu,” jelasku sedikit panjang sambil mencubit lembut pipinya yang semakin tembam itu.

“3 tempat kosong…” ujar kak Deeba sambil berfikir sesuatu

“Abang! Gatal ek,” marah kak Deeba bila dia dapat menangkap maksud kata-kataku tadi. Aku sudah mengekek.

“Ustaz abang ada cakap, tak sempurna iman seorang lelaki itu, kalau dia tidak terlintas nak kahwin lebih dari sorang,” ujarku lagi.

“Oo, jadi abang nak kahwin sorang lagi lah ni?”

“Hahaha, mana ada nak kahwin lagi, cuba terlintas je. Hrm, nak dapatkan yang sorang ni pun susah, nak suruh tambah lagi? Adus matilah abang,”

“So, jangan pernah nak tambah lagi ya?”ugut kak Deeba lalu sebuah cubitan hinggap di perutku.

Menyeringai aku dibuatnya dan menggeleng tanda tidak mahu. Aku bersyukur kerana impianku ingin memilik dirinya akhirnya tercapai. Kan betul kata orang, kalau kita ikhlas mencintai seseorang kita perlu berusaha dan bertawakkal tidak kiralah siapa dia yang penting ikhlas untuk jalinkan perhubungan itu. Aku juga bersyukur akhirnya cintaku tersambut juga.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.