Home Novelet Seram/Misteri Cahaya
Cahaya
Leia Zalyanna
5/5/2017 16:36:17
4,250
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 4

"Aku sudah bilang agar kamu pergi segera! Apa lagi kamu buat di sini?!" Lelaki tua tadi terjegul di pintu apabila pintu dibuka. Aman terketar untuk menjawab. 
"Ka..kami ingat nak..rehat." Muka orang tua itu semakin marah.
 
"Pergi berehat di duniamu! Ini bukan dunia kamu. Lekas pergi supaya kamu tidak terus terperangkap di sini!"
Aman, Amni dan Zahira pelik dengan ayat lelaki tua itu namun tidak berani bertanya lebih. Mereka segera berjalan pantas menuju ke simpang bercahaya.

Sepanjang perjalanan, mereka mendengar pelbagai suara yang menakutkan, meminta tolong, meminta mereka dibebaskan, menjerit, menangis dan bermacam lagi. Ada juga tangan yang ingin mencapai mereka daripada semak samun Namun, Aman tegas berpesan agar mereka terus berjalan dan tidak mempedulikan semua itu.

Mereka semakin hampir ke arah cahaya itu. Dan semakin mendekatinya.

* * * * *

"Syukur Alhamdulillah Amni dah sedar." Itu suara ibu Amni. Amni tidak pasti apa yang berlaku. Dia hanya dapat melihat kegembiraan keluarganya.

Semua orang sudah bersurai. Hanya Aman dan Amni sahaja yang masih berteleku di hadapan kubur yang jasadnya baru disemadikan. 
"Abang, kenapa Zahira buat macam tu?" Tanya Amni kepada suaminya.
"Zahira pernah cakap dia suka pada abang. But I have you. Abang ingat masa tu betul-betul dia nak jernihkan keadaan. Tak sangka dia rancang nak bunuh kita berdua. Tapi Allah selamatkan kita melalui kemalangan tu." Terang Aman.
"Amni dah anggap dia macam adik. Anyway, terima kasih sebab masih jaga Amni walaupun dalam dunia koma kita."

Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Aman dan Amni melalui jalan yang muncul dalam mimpi koma mereka. Simpang kanan dan kiri memang ada. Rumah kayu di tengah-tengah juga ada. Cuma, tidak cantik seperti dalam mimpi. Semak samun tinggi hampir ke bumbung, atap berlubang sana sini, tingkap dan pintu pula terkopak.

Disinilah mereka ditemui kemalangan dengan kereta yang remuk teruk. Kereta Aman terbabas selepas Zahira mengugut supaya memberhentikan kereta sambil mengacu pisau kepada Amni. Zahira benar-benar hilang kewarasan waktu itu. Aman melihat ke arah papan tanda di situ.

'Awas. Kawasan Kemalangan'

Aman dan Amni segera berlalu pergi. Kalau boleh tidak mahu lagi ingat peristiwa itu.

* * * * *

Mereka semakin hampir ke arah cahaya itu. Dan semakin mendekatinya.

Tiba-tiba sekumpulan 'manusia' berlumuran darah datang dari arah belakang mereka. 
"Teman akuuuu..."
"Jangan pergiii...."
"Tungguuuuu...."
Terkejut mereka bertiga. Entah kenapa Aman pantas memegang tangan Amni lalu memaksa berlari ke arah cahaya di depan mereka. Zahira juga berlari tetapi agak tertinggal ke belakang.

Aman dan Amni selamat melangkah masuk ke 'dalam' cahaya itu. Manakala Zahira pula telah ditangkap oleh 'manusia' berdarah.

-TAMAT-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Leia Zalyanna