Home Novelet Seram/Misteri Cahaya
Cahaya
Leia Zalyanna
5/5/2017 16:36:17
4,266
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 2

"Apa kata kita menumpang tidur sini dulu. Lagipun kita dah tahu jalannya belah kanan. Esok kita try tumpang mana-mana kereta. Nak?" Usul Aman.

"Takutlah. Lagipun pakcik tadi suruh kita pergi dari sini." Ujar Amni. Zahira juga setuju.

"Awak nak takut apa Amni. Saya akan jaga awak". Aman dan Amni senyum manakala perasaan Zahira pula menjeruk.

Mereka berjalan menghampiri rumah itu. Selepas salam tidak berbalas, Aman menolak dedaun pintu rumah tradisional melayu itu. Tidak berkunci. Aman melangkah masuk lalu membuka suis lampu. Tersergam kecantikan perabot jati melayu lama. Tergamam mereka bertiga.

"Aku rasa ni homestay. Cantik gila kot. Habuk pun takde". Ujar Zahira. Dua orang rakannya bersetuju.

Zahira menuju ke dapur untuk mencari sesuatu yang boleh dimakan. Amni pula baring di sofa. Aman menuju ke arah Amni dan berbaring di lantai berdepan sofa Amni. 
"Penat Amni?" Tanya Aman. Amni hanya angguk.
"Kesian kesayangan saya penat." Amni tergelak. Mengganggap itu semata-mata gurauan.
"Saya maksudkannya, Amni. Saya lama dah suka awak." Amni terkelu. 
"Saya janji akan sayang awak sampai hujung nyawa saya".
"You confess at wrong time la Aman. Ada ke confess time sesat." Amni senyum.
"Tapi itu memang janji saya." 
"Promise?" Tanya Amni untuk kepastian. Aman mengangguk laju. Tangannya ingin mencapai jemari Amni.

"Hoi! Korang jangan nak buat maksiat lah. Aku sibuk cari makanan, korang bercinta dekat depan. Amni, jom masak. Aku jumpa megi!" Rengus Zahira.

Mereka semua sudah selesai mengisi perut dengan mi segera yang dijumpai oleh Zahira di dapur. Bagaikan rezeki, ada tiga bungkus untuk mereka. Selesai mandi, mereka semua duduk di ruang tamu sambil berbual.

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi kenderaan yang banyak lalu di depan rumah yang mereka diami. Bunyi hon di sana sini. Mereka semua kehairanan kerana jalan itu tidak pernah dilalui sebarang kereta sejak tadi. Zahira dan Amni mula takut. Mana tidaknya, bunyinya seperti rumah ini seperti berada di tengah persimpangan lampu isyarat yang sibuk. Bunyi hon seperti penuh amarah.

Previous: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Leia Zalyanna