Home Novelet Seram/Misteri Cahaya
Cahaya
Leia Zalyanna
5/5/2017 16:36:17
4,268
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 1

Tiga orang rakan berjalan dalam kegelapan malam. Kereta mereka yang rosak ditinggalkan sahaja di tepi jalan. Bagai jatuh ditimpa tangga, sudah lah kereta rosak, telefon pula masing-masing mempunyai mslh tersendiri. Ada yang bateri habis, tiada rangkaian dan telefon tidak dapat dibuka. Pelik juga. Sedangkan mereka bertolak tadi dengan bateri telefon penuh. Disambung dengan powerbank pun tak jadi.

Kereta yang rosak itu adalah milik Aman dan ikut menumpang bersama adalah Zahira dan Amni. Mereka bertiga membuat keputusan untuk berjalan kaki mencari bantuan di samping tempat berteduh pada malam yang gelap itu.

Sampai di sebatang jalan, mereka berhenti melepaskan lelah di kegelapan malam. Hanya lampu suluh kecil menemani mereka. Tiada satu pun kenderaan yang lalu. Tiba-tiba Zahira ternampak seorang lelaki tua sedang berjalan ke arah mereka. Tiga sahabat itu kaget.

"Apa kalian buat di sini?" Kata lelaki tua itu. Nadanya jelas marah. Wajahnya yang berjanggut panjang serta memakai jubah putih itu menakutkan mereka.

"Jawab pertanyaanku!"

"Kereta kami rosak. Kami mencari bantuan. Juga tempat untuk bermalam." Aman menjawab dengan separuh ketar.

"Ini bukan tempatmu. Pergi balik sekarang!" Suara lelaki tua itu semakin menyinga.

"Kereta rosak". Hanya itu yang keluar dari mulut Zahira.

"Pergi ke hujung jalan sana. Kamu akan jumpa simpang. Masuk ke simpang yang kamu lihat bercahaya. Jangan kembali ke sini lagi! Lekas pergi!" Ketiga-tiga mereka bergegas menuju ke hujung jalan. Sempat Amni menoleh ke belakang ingin melihat orang tua itu tetapi susah tiada. Badan Amni seram sejuk.

Mereka sampai di hujung jalan. Ke kanan, adalah simpang yang dimaksudkan lelaki tua tadi. Jalan yang mempunyai cahaya di hujungnya manakala satu lagi simpang gelap gelita. Tetapi di antara dua simpang ini terdapat sebuah rumah kayu yang lamannya kelihatan bersih.

"Apa kata kita menumpang tidur sini dulu. Lagipun kita dah tahu jalannya belah kanan. Esok kita try tumpang mana-mana kereta. Nak?" Usul Aman.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Leia Zalyanna