336,442
Kategori:
Genre:
Bab 194
Lalalalalaaa... Aliaa bernyanyi kecil dengan wajah yang berseri-seri. Keceriaan diwajahnya cukup menggambarkan hati dan hidupnya bahagia. Bahagia bersama suami tercinta dan anak tunggalnya yang keletah. Harinya disinari dengan cahaya pelangi nan indah. Dihiasi dengan warna-warni keceriaan. Sentiasa tersenyum manis dan tawa dengan gurauan si suami yang suka menyakat dan kecerdikan si anak yang amat menghiburkan. Alhamdulilah.. Sinar kebahagiaan untuk rumahtangganya.

Dia menghidangkan lauk yang pelbagai untuk makan malam. Sebentar lagi, Faliq akan balik dari masjid. Malam ini mereka mengundang Adil makan malam bersama. Dah hampir seminggu tak jumpa si abang, masing-masing sibuk dengan kerja. Aliaa yang masak semua makanan. Airtangannya sendiri. Sejak berpindah rumah, memang Aliaa rajin masak. Kadang-kadang saja Sis Tuti masak kalau dia sibuk kerja dan tak sempat masak. Masakkan dari airtangan isteri adalah salah satu tips untuk memikat hati si suami. Itu yang diberitahu oleh Puan Asmah dan Aliaa pegang kata-kata itu.

Sis Tuti sibuk melayan Dhia didalam biliknya. Aliaa tak benarkan Sis Tuti ke dapur pun, sengaja mahu bagi Sis Tuti rehat. Tapi tak rehat pun, melayan si Dhia yang macam-macam karenahnya. Rumah dua tingkat itu sungguh nyaman sekali. Redup mata memandang, sejuk saja hati. Rumahku syurgaku. Tempat yang paling seronok. Pandai Faliq mendeko rumahnya, memang mengikut citarasa Aliaa dan Faliq juga.

" Assalammualaikum.. Sayang oh sayang..!!" Suara Faliq kedengaran baru balik dari masjid. Aliaa senyum dan terus meluru keluar menuju ke ruang tamu untuk menyambut si suami.

"Waalaikumsalam.. Iya abang, sayang ada dekat sini ni.."

" Busy ke?! Ni abang ada beli buah anggur ni.." Faliq menghulurkan bungkusan plastik buah anggur pada Aliaa.

"Taklah.  Laa.. abang pergi cari anggur ni ke. Esok pun bolehlah abang. Sayang tak kisah pun. Terima kasih abang!" Aliaa mengambil bungkusan dari Faliq.

"Tak jauh pun kedai tu. Tak apalah, yang penting bidadari abang ni happy..!" Faliq mencubit hidung Aliaa. Senyum..!!

" Mana Dhia. Senyap je..!" Faliq mengekori Aliaa ke dapur pula.

"Dekat atas lagi. Tak tahu buat apa. Jangan tidur sudah.." jawab Aliaa sambil mencuci segugus buah anggur di sinki. Faliq pula menuang air suam dan meneguknya perlahan.

" Tak ada maknanya dia nak tidur. Lagi pula tahu uncle dia nak datang. Kejab lagi turunlah tu.." Aliaa gelak kecil. Faliq mengangkat tudung saji diatas meja.

"Wah!! Special lunch kita malam ni ye. Macam-macam ada. Terus berbunyi perut abang ni ha..!" Aliaa gelak melihat gelagat Faliq.

"Hahahaa... Sekejab lagi kita makan ye. Tunggu boss kita sampai dulu. Meh tolong saya, susun pinggan. Boleh?!"

"Ofcourse..!!" Faliq mengambil pinggan dan menyusun satu persatu diatas meja dan menuang air oren disetiap gelas.

" Thanks..!!"

"Oh ya sayang..!! Lupa pula abang nak info. Petang tadi Inspektor Adam call abang.." Aliaa berkerut.

"Kenapa dia call?!" Tanya Aliaa. Hairan.

"Dia info, Tasya dah dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan atas dua tuduhan. Tasya mengaku sendiri. Cubaan membunuh dan polis jumpa dadah dalam keretanya. Berapa tahun penjara semua tu dia tak info pula dan abang pun tak tanya. Inspektor Adam cakap, Tasya betul-betul menyesal dengan apa yang dia dah buat. Tasya nak jumpa kita dan Adil. Nak minta maaf tapi abang cakap kena tanya sayang dulu.." Aliaa tekun mendengar apa yang diberitahu oleh Faliq.

" Iye ke abang?! Ya Allah..!! Kasihannya dia. Sayang dah cuba pujuk dia dan nasihatkan dia dulu. Nak bagi dia sedar tapi hmm entahlah. Sayang tak sampai hati sebenarnya.." Aliaa menarik nafas dalam.

Faliq mengenggam tangan Aliaa yang duduk disebelahnya. Senyum melihat wajah sedih Aliaa.

" Baiknya hati isteri abang ni. Tapi apa daya kita sayang. Itu pilihan dia. Sayang dah cuba tolong tapi dia tetap dengan keputusan dia. Apapun yang kita lakukan didunia ni, Allah balas semuanya. Jadi, inilah balasan yang Allah bagi pada dia atas apa yang dia dah lakukan pada kita. Sekarang ni, kita doa je semoga dia bertaubat dan semoga Allah ampunkan segala dosa-dosanya.." Faliq menenangkan hati Aliaa.

" Insha Allah abang. Tak semestinya dia jahat akan jahat selamanya kan.." Aliaa senyum.

" Iya..!! Jadi, sayang nak jumpa dia tak?!" Faliq bertanya lagi.

" Okey boleh juga. Sayang pun nak minta maaf dekat dia. Sayang pun ada buat jahat dekat dia juga. Selalu buat dia marah.." Jawab Aliaa.

" Eloklah tu. Nanti abang call Inpektor Adam. Abang confirmkan dengan dia ye.."

" Okey..!! Eh!! Dah jam berapa dah ni. Mana abang ni tak sampai lagi pun. Jangan abang lupa lunch dengan kita sudah.." Aliaa melihat jam ditangan Faliq. Berkerut dia.

"Relaxlah. Kejab lagi sampailah tu. Jom sayang..!! Kita tunggu dekat luar. Ni mana anak dara kita ni. Tak turun lagi pun.." Faliq menutup semula hidangan dengan tudung saji dan menarik tangan Aliaa. Mesra dan romantik mereka.

"Assalammualaikum..!" Faliq dan Aliaa berpandangan dan senyum.

"Panjang umur Adil. Waalaikumsalam..!" Jawab Faliq dan mereka terus menuju ke pintu utama. Pintu dibuka. Tercegat Adil dengan senyuman.

"Abang... Kenapa lambat? Adik ingat abang tak datang. Kut-kut lupa ke.." Aliaa mencebik manja lalu terus mencium tangan abangnya.

"Alaaa.. Sorrylah. Lewat sikit je kut. Abang mesti datang punya.." kata Adil.

"Risau betul dia, kau tak datang Dil.." sampuk Faliq bersalaman dengan Adil.

" Mestilah risau. Orang dah masak special kut. Kalau sampai abang lupa, memang abang tak sayang adik. Penat tau adik abang ni masak..!" Adil dan Faliq gelak saja.

"Assalammualaikum..!" Satu suara lembut memberi salam. Aliaa terdiam sekejab. Seorang wanita menghampiri mereka. Aliaa berkerut memandang Adil dan kemudian memandang Faliq. Adil senyum-senyum saja.

" Waalaikumsalam.."jawab Aliaa dan Faliq serentak.

"Apa khabar Aliaa?" Senyum manis wanita itu.

" Alhamdulilah sihat walafiat. Eh!! Doktor Dina??" Abang.. Apa cerita ni? Cerita dekat adik sekarang?!" Aliaa bersalaman pula dengan Doktor Dina. Pelik dia.

" Kut iye pun bagilah kami masuk dulu. Tak kan nak berkampung dekat luar ni pula dik oii.."

"Eh!! Aduhai.. Sorry Dil sorry. Jom jemput masuk. Nak cerita sampai esok pun tak apa..!" Faliq ketuk kepala. Mereka semua gelak dan terus masuk ke dalam rumah. Duduk diruang tamu. Meriah rumah Faliq malam tu.

" Okey abang..!! Dah masuk kan. Okey!! Tolong cerita.." Aliaa tak puashati. Tetap mahu tahu kisah sebenar. Doktor Dina tersipu-sipu malu. Faliq dan Adil berpandangan dan gelak kuat. Entah apalah plan mereka berdua ni.

" Ni dah kenapa ni gelak bagai nak rak. Ada sesuatu yang you all sembunyikan ni kan. Abang.. Awak cepat cerita cepat..!" Aliaa serius bertanya.

"Amboii.. Janganlah serius sangat sayang. Adil.. Cepat cerita, kalau kau tak cerita a to z selagi tu dia akan tanya.. Hahaha" Faliq gelak kecil.

" Ha.. Tau tak apa!" Aliaa tak sabar nak dengar.

"Kami jumpa masa abang masuk wad tempoh hari tu, kebetulan kawan Dina yang rawat abang. Masa abang nak buat xray, terserempak dengan Dina. So, kami pun bertukar-tukarlah nombor telefon dan borak punya borak dia pun still single belum kahwin. Abang pun sama. Jadinyaaa... iyalah kan. Orang kata, berpisah jauh macam mana sekalipun, selama mana sekalipun kalau Allah dah kata itu jodoh kita. Pasti akan bertemu semula.." panjang lebar Adil cerita. Doktor Dina hanya tersenyum saja.

"Oooooo... Jadi kiranya. Cinta berputik semula lah ni ye. Alkisahnya... Tapi, abang masuk wad dah lama kan. Kenapa adik tak tahu pula ni.."

" Macam tulah ceritanya dik. Mana boleh info adik dulu, kalau contoh abang info adik awal tiba-tiba Dina reject abang lagi. Macam mana? So, sekarang ni. Hubungan kami ni baru je dirasmikan sebab tu malam ni abang bawa Dina jumpa adik. Dan.. kami berdua dah bincang dan abang pun dah bincang dengan family Dina. Insha Allah.. Kami akan bernikah hujung bulan depan. Okey tak?!" Berseri muka Adil.

"Ha?? Okey sangat-sangatlah tu abang. Alhamdulilah, syukur sangat. Akhirnya.. kahwin juga abang aku sorang ni. Taklah jadi bujang terlajak.." Selamba saja Aliaa cakap.

" Oii.. Amboi sedapnya mulut. Masih okey lagi tau abang awak ni. Belum terlajak lagi tau Saham masih tinggi lagi tau.."

"Hahahaa.. Memang.. Memang tinggi sangat. Kalau tak, tak kanlah Doktor Dina terpikat dekat abang balik kan.. kan.. Hehe.. Sorry Doktor Dina, jangan ambil hati ye. Gurau je..!" Aliaa gelak kecil. Sempat lagi memerli Adil. Doktor Dina gelak saja.

" No komenlah dik..! Tu kena tanya Dina sendiri.." Adil gelak.

" Aik..!! Tanya saya pula. Saya pun no komenlah. Dah jodoh kut kan.." Doktor Dina bersuara lembut. Memang merah mukanya tahan malu.

" Apapun.. Aku dan Aliaa ucapkan Tahniah dekat korang berdua. Insha Allah.. Niat yang baik Allah akan permudahkan. Tahniah Adil.." Faliq pula bersuara.

"Terima kasih bro. Ini pun atas doa dari korang juga.." balas Adil.

" Tahniah abang. Tahniah Doktor Dina..!! Tak sangka nak dapat kakak ipar.. hahahaa" Sampuk Aliaa pula. Gelak happy.

" Thanks adikku sayang..!!" Seronok mereka. Satu berita gembira yang amat membahagiakan. 

"Sama-sama. Lepas ni kalau adik tak sihat, senanglah ada Doktor Dina. Kan Doktor kan..!!" Aliaa sengeh.

"Boleh je.." jawab Doktor Dina.

" Uncle...!! " Muncul Dhia terus meluru ke arah Adil. Dipeluk dan diciumnya.

" Iya sayang..!! Rindulah  dekat Dhia..!!"

"Dhia lagi.. lagi.. lagi rindu uncle tau..!!"
Adil melayan keletah Dhia. Gelak tawa, gurau senda silih berganti.

" Borak.. Borak juga. Perut pun dah berbunyi ni. Jom Adil, Dina ke dapur. Kita makan dulu nanti sambung lagi borak. Nak borak sampai esok pun tak apa.." Mereka bangun dan menuju ke dapur. Masing-masing duduk di kerusi dan memulakan menikmati makan malam. Sambil makan sambil juga borak.

Selesai makan, mereka kembali ke ruang tamu. Berborak lagi. Aliaa naik ke bilik sebentar, meninggalkan tetamu bersama Faliq. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam handbagnya. Satu kertas kecil di renung dengan tajam sekali. Senyum lebar. Dilihat dengan teliti sekali. Teringat akan pengalaman keguguran enam bulan lepas. Memang sukar mahu terima kenyataan pada mulanya tapi semua itu hanya sementara saja atas sokongan kuat suami tercinta dan keluarga. Akhirnya dia seikhlas hati menerima dengan redha.

Apa yang berlaku selama ni semuanya ada hikmah. Selepas habis pantang. Dia jalani rawatan jantung, alhamdulilah semua berjalan lancar dan kesihatannya bertambah baik. Hinggalah ke hari ini. Dia senyum lagi dan beberapa minggu lepas dia dapat lagi satu berita gembira.

"Sayang.. ! Buat apa ni. Kenapa tak turun lagi.." Lamunannya terhenti. Terus Aliaa menoleh pada Faliq. Faliq menghampiri Aliaa. Tersenyum-senyum Aliaa sendiri.

"Kenapa senyum je ni. Apa kena sayang abang ni. Ada sesuatu ke ni.. Hmm.." Teka Faliq. Aliaa gelak kecil. Berseri wajahnya.

" Gelak- gelak. Kenapa ni sayang. Risau pula abang tengok sayang ni.." Aliaa gelak lagi.

" Hari ni, hari paling bahagia untuk sayang. Berita abang sayang nak kahwin dan ada satu lagi berita yang akan menggembirakan seluruh family kita.." kata Aliaa penuh rasa bahagia.

"Okey.. Yang sebab abang awak nak kahwin tu abang faham. Dan abang pun happy. Tapi yang berita satu lagi tu. Abang tak fahamlah sayang.." Faliq garu kepala.

" Hahaha.. Sebab ini..!" Aliaa menarik lembut tangan Faliq dan meletakkan tangan Faliq diperutnya. Dan menunjukkan kertas kecil pada Faliq.

" Sayang pregnant?!" Faliq terkedu. Aliaa angguk malu.

" Sayang tapi abang risau nanti sayang..." Percakapan Faliq terhenti. Berubah airmukanya.

"Abang.. Sayang tahu apa abang fikir. Abang jangan risau. Sayang dah jumpa Doktor Raziq, dah bincang semua dan dia cakap. Kesihatan sayang okey dah. Tak ada masalah untuk mengandung. Sayang dah okey, dah sihat. Jangan risau ya.." Jelas Aliaa beri keyakinan.

" Betul ke? Sayang tak tipu abang?"

"Iya.. Kalau tak percaya boleh call Doktor Raziq. Abang tak happy ke sayang pregnant?!" Aliaa mencebik.

"Taklah. Bukan tak happy tapi abang risau kesihatan sayang je. Abang tak sanggup tengok sayang sakit semata-mata nak beri abang zuriat.." kata Faliq.

"Insha Allah.. Semuanya akan okey. Jangan risau ya..!"

"Alhamdulilah. Terima kasih sayang. Ini memang betul-betul berita gembira. Jom.. kita info Adil.." 

Terus mereka turun dengan senyuman tak lekang dari bibir. Adil sedang melayan Dhia.

"Adil.. Aku ada satu lagi berita gembira nak info ni.." kata Faliq.

" Berita gembira apa?!" Faliq memandang Aliaa dan Aliaa senyum tersipu. Merah muka.

" Family kita akan terima seorang lagi orang baru tak lama lagi. Kau akan dapat anak buah lagi..!!"

"Iyeke?! Alhamdulilah. Wah!! Maknanya family kita akan terima dua orang baru lah ni kan. Allahuakhbar..!! Syukur.." Mereka betul-betul gembira dengan berita itu. Faliq memeluk bahu Aliaa dan mencium dahi Aliaa. Terharunya Aliaa hingga menitis airmata.

Adil dan Doktor Dina juga senyum ke telinga. Menumpang gembira atas berita tersebut.

" Tahniah adik.. Tahniah Aliq..!! Aku tak tahu nak cakap apa. Aku rasa memang sangat.. sangat.. happy. Bahagia tak terkata. Ya Allah.. Terima kasih atas semua kebahagiaan ini Ya Allah..!!" Kata Adil jujur.

" Terima kasih abang..!! Abang selalu cakap kan. Sabar selagi mampu, tak rugi orang bersabar kerana Allah akan bagi keindahan yang tak pernah kita fikir. Sabar itu indah. Kan abang.. !" Adil angguk perlahan.

Berkat kesabaran. Berkat doa mereka. Memang benar, senyuman yang menutupi segala kedukaan tak kan selamanya dalam kedukaan. Bila sampai masanya, Allah akan menggantikan senyuman kedukaan itu dengan senyuman kebahagiaan diatas kesabaran mereka sendiri. Iya..!! Senyuman kebahagiaan. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.