338,072
Kategori:
Genre:
Bab 190
"Ya Allah.. Penatnya..!!"
Rasa tercungap-cungap nafasku. Jalan dari office sampai ke lobi dan ke kereta seperti mendaki gunung je rasanya. Sangat penat. Hari ni kerja pun tak sibuk mana. Banyak duduk office je. Tadi pun waktu lunch, aku tak turun makan. Minta tolong Nina bungkuskan makanan  dan makan dalam office je.

Faliq pula empat hari outstation ke Kedah. Jadi, pergi balik kerja aku sendiri je. Kalau tak, biasa pergi balik dengan dia. Mana dia bagi aku pergi balik sendiri kecuali kalau dia tak ada. Itupun, asyik whatsapp tanya itu ini. Amboii.. Suamiku. Risau benar dia. Hehe..!!

Aku sandarkan badan dan kepala diseat kereta. Enjin kereta ku hidupkan dan pasang aircond. Nak lancarkan dulu pernafasan ni. Aku pejamkan mata sekejab, tarik nafas dalam dan hembuskan perlahan-lahan. Rasa sempit dada ni, dah mula balik dah sakit ni. Aduhai.. Sabar jelah. Time Faliq tak ada pula tu, mujurlah aku masih duduk rumah mama. Boleh juga minta tolong mama kalau apa-apa terjadi padaku. Hujung minggu ni cadang nak pindah. Aku pun dah kemas sikit-sikit pakaian. Tak sabar nak duduk rumah sendiri.

Lebih kurang 10 minit aku rehatkan badan, dan bila rasa dah okey sikit, aku memulakan pemanduan. Kepala pula pening tiba-tiba. Macam-macam hal lah aku ni. Tadi dekat office pun, rasa loya je tekak. Nak muntah tapi tak pula muntah. Lain macam pula ni. Sakitlah waktu Faliq ada, baru seronok nak manja-manja dengan dia. Aku tak fikir lain dah, aku nak kena sampai ke rumah dengan cepat. Kepala makin pening. Selamatlah lalulintas pun lancar, tak sesak. Allah permudahkan. Beberapa hari ini, aku rasa badan aku tak berapa sihat. Dengan dada yang sering sakit, kepala yang tiba-tiba pening, selera makan pun tak ada. Tak tahulah kenapa dengan aku ni. Mungkin anemia aku kut. Last check up dengan Doktor Raziq. Katanya tahap hemoglobin darah aku rendah dan sepatutnya aku kena duduk wad. Oh!! Tidak..!

Dalam perjalanan, aku terfikir pula. Elok aku terus je ke klinik. Sekali jalan pun. Pergi klinik tempat aku selalu pergi dan kira personal doktor aku jugalah. Aku rasa ada sesuatu dekat dalam badan ni kut. Kut-kut nak muncul orang baru. Teka aku. Senyum sendiri. Tak apa, jumpa doktor dulu. Sampai di klinik, orang tak ada. Lega! Aku terus dibenarkan masuk. Tersenyum Doktor Intan melihat aku. Aku cerita semua masalah kesihatan aku. Apa yang doktor suruh, aku ikutkan je. Denyutan jantungku diperiksa, tekanan darah, dan macam-macam lagilah.

" Awak sedang jalani rawatan jantung kan Aliaa?!" Tanya Doktor Intan.

" Iya doktor.." jawabku. Muka dia berubah pula. Risau pula aku ni. Berdebar jugalah hati ni. Jangan dia cakap jantung aku dah tahap 4 sudah. Mati aku. Ishh!! Merepek apa ni Aliaa oii. Kata hatiku. Aku sengeh.

"Hmm.. Good news Aliaa.." senyum manis Doktor Intan.

" Good news?!" Aku terpinga-pinga.

"Awak pregnant. Tahniah!" Kata Doktor Intan. Aku terkedu sekejab.

"Iyeke Doktor. Cepatnya saya pregnant.." Boleh pula terkeluar ayat tu dari mulut aku. Doktor Intan gelak kecil.

" Dah rezeki Allah bagi.."

"Hehe.. Alhamdulilah, syukur. Bukan apa doktor, sebab anak first dulu lama juga setahun lebih. Ni rasa baru dua bulan. Cepat pula lekatnya. Hehe. Berapa minggu dah ye Doktor. Excited pula saya ni.." Seronoknya hati. Memang sangat good news ni.

"Kalau ikutkan dari period awak ni. Alhamdulilah dah 6 minggu.." jelas Doktor Intan.

" Alhamdulilah..!! Tapi saya tak mabuk teruk pula macam anak pertama. Ya Allah!! Happy nya. Hahaa!." Aku gelak depan doktor.

" Setiap anak tak sama Aliaa. Pengalaman mengandung pun tak sama. Ada orang anak pertama teruk dan anak kedua dipermudahkan.." sambung Doktor Intan. Aku senyum ke telinga.

"Betul lah tu doktor. Anak saya dah masuk 5 tahun dah. Jadi, ni nak dapat anak kedua ni rasa macam nak dapat anak pertama je.." kataku. Sangat teruja.

" Itu biasa. Tapi Aliaa, disebabkan awak ada masalah jantung dan masih dalam rawatan. Jadi, awak kena rujuk pada pakar jantung tau. Awak kena bagitahu Doktor Raziq atau saya akan buat surat untuk awak serah pada Doktor Raziq ya.." Aku mula rasa tak sedap hati.


Macam serius je bunyinya ni.

" Kenapa Doktor. Kalau ada masalah jantung memang ada effect pada kandungan ke?!" Tanyaku.

" Eh!! Tak. Ada juga orang sakit jantung dan selamat melahirkan. Cuma perlu nasihat dan pantauan dari yang pakar. Doktor Raziq lebih mengetahui keadaan awak, insha Allah dia akan bantu awak. Kalau ikutkan sini, jantung awak laju, tahap hb awak pun rendah. Tekanan darah pun rendah.." Belum sempat doktor habiskan cakap, aku dah potong cakap dia.

" Tapi saya sihat kut. Tak ada rasa nak pitam ke, rasa lemah. Tak pula. Cuma dada sakit sikit tapi okey masih boleh kawal.." jawabku.

"Tak apa. Nanti saya bagi surat dan tolong bagi Doktor Raziq ya.." Doktor Intan hanya tersenyum. Dia dah masak sangat dengan perangai aku ni. Memang ada je yang aku akan komenkan kalau bab kesihatan aku. Degil.

Selesai semua, aku dibekalkan dengan vitamin, dan beberapa ubat lagi. Okey jelah. Telan jelah. Yang penting kandungan aku sihat dan aku juga sihat. Surat yang Doktor Intan beri, aku masukkan dalam handbag. Dan, aku meninggalkan Doktor Intan.

Happy nya aku. Tak sabar nak bagitahu suamiku. Baru kelmarin dia cakap nak orang baru, dan hari ni pula dapat berita aku pregnant. Wah!! Mesti Faliq happy sangat. Sabar. Jangan info dia dulu. Tunggu dia balik dari Kedah nanti. Kalau info dia sekarang, dah tentu hari ni juga dia balik. Bukan betul dia tu. Hahaha.. Aku nak buat surprise dekat dia. Nak info berita ni waktu kami pindah nanti. Baru best..!!

Aku memandu terus ke rumah dengan hati yang happy yang amat. Segala rasa sakit dan pening tadi terus hilang. Fuhh!! Penangan berita gembira. Hahahaa. Aku bersyukur sangat, aku tak mabuk. Loya-loya, pening-pening tu biasalah kut. Tapi ni baru sebulan aku pregnant.  Manalah tahu minggu depan aku mabuk. Tak naya!! Harap dipermudahkanlah pregnant kali ni.

Sampai je di rumah. Aku terus ke ruang tamu. Mama dan Dhia sedang tengok tv. Rancak betul perbualan mama dan Dhia. Aku gelak je tengok gelagat Dhia.

" Lambat balik Aliaa. Banyak kerja ke?!" Tanya mama. Aku terus duduk sebelah mama. Senyum.

"Taklah ma. Aliaa singgah klinik tadi.." jawabku.

"Klinik?! Aliaa tak sihat ke? Demam? Sakit? Kenapa sayang..!" Terus mama genggam tangan aku. Alahai.. risaunya mama dekat aku. Terharunyaa..

" Tak berapa sihat sangat tapi sekarang dah sihat. Mama jangan risau ya.." jawabku dengan senyuman.

" Aik!! Boleh pula macam tu.." Mama berkerut. Aku gelak kecil.

" Okeylah ma. Aliaa nak mandi nak solat dulu.."

"Baiklah. Nanti turun ya. Sis Tuti ada buat kuih keria keledek tu. Nanti kita minum sama-sama" pesan Mama.

" Okey mama!! Amboii.. Fokusnya anak mama ni tengok tv. Ni dah mandi ke belum.." tanyaku pada Dhia.

" Dah mama. Nenek mandikan Dhia tadi. Wangi tak?! Mak Ngah belikan Dhia minyak wangi baru.."  Jawab Dhia.

" Hmm.. Wanginya. Okeylah mama nak mandi dulu. Mama busuk ni.."

" Okey ma!!" Aku terus bangun dan mendaki anak-anak tangga. Bernyanyi kecil. Pintu bilik ku buka, labuhkan badan di tilam. Senyum dan gelak sendiri pandang syiling. Dan, duduk. Perutku sentuh.

" Haii baby.. Hari ni hari paling gembira buat mama tau. Kehadiran baby dalam family kita. Tak sabar nak info papa. Mesti papa gembira sangat. Baby jangan nakal-nakal tau kat dalam ni. Mama, papa dan kakak Dhia sayang baby..!!" Aku sangat happy. Memang akan tersenyum jelah sampai Faliq balik nanti. Rasa lamalah pula sayangku itu nak balik. Hahaha.. baru pergi semalam kut. Dah rasa lama.

Selesai membersihkan badan dan menunaikan solat asar. Aku bersiap mahu turun ke bawah. Baru nak buka pintu, handphone berbunyi. Cepat-cepat aku capai handphone diatas meja solek. Dah semestinya sayangku yang call. Senyum lebarlah aku.

" Hai abang sayang..!!" Kataku sebaik jawab panggilan.

" Assalammualaikum.. Ceria semacam je ni. Bagi salam pun tak ni.." Aku sengeh.

"Hehe.. Waalaikumsalam.." jawabku.

" Dah balik kerja tak ni?" Tanyanya.

" Dah. Dah siap mandi pun. Nak turun bawah ni nak makan kuih. Abang masih kerja lagi ke?!"

"Iya.. Masih dekat office lagi. Banyak kerja dekat sini. Abang nak siapkan cepat-cepat.Cepat siap, cepat balik.." jelasnya.


" Okeylah tu. Abang dengan siapa ni?!"

" Dengan Nizam dan Encik Khalid ni. Stress sangat dekat sini. Banyak kerja diaorang buat salah, abang yang kena betulkan semua. Tak tahulah macamana arkitek sini ni. Benda simple pun tak boleh buat. Dahlah surat perjanjian kena buat balik dan nak kena hantar lusa. Kalau tak siap, memang dibatalkanlah projek ni..." luah Faliq.

"Iyeke.. Kasihan abang. Tapi tak apalah. Abang kan lebih berpengalaman, mungkin arkitek tu tak tahu sangat nak uruskan projek tu. Saya tahu. Suami saya ni kan hebat, arkitek yang disegani. Setakat projek macam tu, saya yakin mudah je abang uruskan. Kalau tak, tak adanya Dato' Muhsin minta abang uruskan projek tu. Betul tak?! So, jangan stress- stress tau. Kena relax and cool. Okey abang..!" Aku memberi semangat padanya. Dari nada suara Faliq pun memang kedengaran nada tegang je.

" Insha Allah sayang.. Terima kasih banyak-banyak. Awak sihat tak ni?!"

"Alhamdulilah sihat. Kalau tak sihat pun sebab abanglah yang buat.." aku gelak kecil.

" Abang yang buat? Abang buat apa?"

"Hahahaa.. Tak adalah. Saja gurau.."

"Rindu abang ye..!"

" Ofcourse lah rindu. Kerja elok-elok tau. Ingat..!! Jangan stress sangat. Buat kerja kena happy baru berkat kerja tu. Saya pun tak sabar nak tunggu abang balik ni. Nanti abang balik je abang mesti akan double triple happy.." Aku saja cakap ayat-ayat kias konon. Hahaha.. Kiaslah sangat.

" Insha Allah sayang..!! Hmm.. Double triple happy? Macam best je. Ni yang buat abang tak sabar nak jumpa bidadari abang ni.." katanya.

" Hahaha.. Okeylah. Saya nak turun bawah ni. Mama dan anak dara kita dah tunggu. Kerja elok-elok, jaga diri baik-baik.."

" Baiklah. Awak pun sama ye. Love you sooo much sayang..!"

" Love you toooo..!!" Talianku matikan. Senyum lagi dan lagi. Handphone ku letak semula diatas meja solek dan aku terus turun ke bawah.

Aku menuruni satu persatu anak tangga. Tiada orang pula. Ni mesti ada dekat luar ni. Aku terus keluar pula. Dhia sedang main bola bersama papa. Awal pula papa balik. Aku menghampiri mama yang duduk sendirian memerhatikan papa dan Dhia.

" Meh sini Aliaa.. Panas lagi kuih ni.. " pelawa mama.  Aku duduk disebelah mama. Mama menuang air nescafe panas didalam cawan. Dan beri pada aku.

"Thanks mama.." aku senyum. Seronok tengok Dhia bermain dengan atoknya.

" Alang ada bagitahu mama, katanya kamu nak pindah hujung minggu ni. Jadi ke..?!" Tanya mama. Aku mengunyah kuih keria. Sedap!!

"Cadangnya macam tulah ma. Tapi tak pasti pula jadi ke tak, sebab abang balik pun hari Jumaat. Takut dia penat pula.." jelasku.

" Tak adanya sampai Jumaat tu dia balik, kut-kut esok dia muncul. Dia mana pernah nak lama-lama kalau outstation. Cakap je seminggu tapi dua tiga hari dah muncul depan rumah.." kata mama. Aku gelak je. Memang betul lah cakap mama. Memang setuju sangat.

"Dhia pergi naik atas, mandi ye. Nanti maghrib nak ikut atok dan nenek pergi masjid tak?!" Papa datang dan duduk. Berpeluh-peluh melayan cucu.

"Nak.. nak..!! Tapi nak kena tanya papa dulu. Mama.. Papa balik bila? Dhia nak ikut atok pergi masjid.."kata Dhia.

"Papa balik Jumaatlah sayang. Dhia pergilah, mama izinkan. Nanti mama bagitahu papa.."

"Betul ke ma? Thank you mama. Sayang mama!! Atok tunggu tau, Dhia nak siap-siap ye. Atok jangan tinggalkan Dhia tau..!" Aku angguk je. Senyum.

" Iya.. Atok tak tinggal.."

"Okey atok.. Dhia naik atas..bye mama, bye nenek..!" Terus Dhia berlari masuk ke dalam rumah.

" Nak pergi mandi pun bye.. bye.. Hehe..!!" Mama gelak kecil.

" Aliaa.. Abang Aliaa apa khabar, dah sihat ke?!" Tanya papa.

" Alhamdulilah. Abang dah sihat.."

"Syukurlah. Bilalah agaknya dia nak kahwin tu.."

" Entahlah pa. Kalau ditanya pasal kahwin je memang tak dijawabnya. Layan pun tak.." jawabku.

" Belum terbuka hatinya kut nak kahwin.." sampuk mama pula.

" Mungkin kut. Abang tu fikir kerja je. Mak Long selalu bising dekat dia. Sampai Mak Long yang nak carikan jodoh tapi abang tak nak.." jelasku lagi. Aku menghirup air nescafe. Aduhai..


Loyanya tekak. Bau nescafe ni tiba-tiba jadi pening pula. Aku tahankan je. Tak kan aku mabuk dengan nescafe kut. Biar betul.

" Mama.. Papa.. Nanti Aliaa nak ikut ke masjid ya.." kataku.

"Elok juga tu. Lagipun ada ceramah dari Ustaz Badli malam ni. Nanti ajak Sis Tuti sekali.."

"Oyeke.. Okey pa..! Aliaa naik atas dulu ye ma, pa.." Sebelum bangun aku sempat menghirup air nescafe lagi. Ah!! Sudah.. Memang sah aku mabuk nescafe ni. Sekali teguk je terus rasa nak terkeluar balik. Aduhhh!!

" Aliaa.. Kenapa ni?!" Tegur mama bila tengok aku nak termuntah.

" Tak tahulah ma. Nescafe ni buat Aliaa loya pula.."Aku menutup hidung. Berkerut.

"Aik!! Bukan Aliaa suka nescafe ke. Sebab tu mama buat air nescafe ni.." tanya mama kehairanan.

" Ke loya sebab ada isi ni ye sayang ye..!" Teka mama dengan tersenyum. Papa senyum je. Tak boleh nak sembunyi dari mama dan papa ni. Mereka lebih tahu. Aku senyum je. Tak cakap iya tak cakap tak. Segan pun ada. Tak apalah, biar nanti Faliq yang umumkan pada mereka. Nak surprise dekat suami aku dulu.

Hai lah abang.. Kenapalah rasa lambat sangat awak balik ni. Tak sabar nak tengok reaksi abang bila tahu khabar berita gembira ni. Hihii..

Sabar Aliaa.. Sabar..!! 

Previous: Bab 189
Next: Bab 191

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.